Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Showing posts with label Astrid. Show all posts
Showing posts with label Astrid. Show all posts

Astrid pentingkan susu badan untuk anak

JIKA ada sesetengah penyanyi yang mencuba lapangan seni lakonan selepas sukses dalam karier muzik, tetapi lain pula dengan penyanyi seberang yang popular dengan lagu Tentang Rasa, Astrid Sartiasari atau Astrid. Penyanyi berusia 31 tahun itu belum berani untuk berkecimpung dalam dunia lakonan biarpun tawaran tidak putus-putus hadir untuknya. Kata Astrid: “Saya belum berani untuk berlakon. Bagi saya berlakon itu bukan mudah. Mungkin harus ke sekolah (belajar berlakon) dulu.” Kata-kata itu diluncurkan Astrid kepada Kosmo! ketika di tanya pada majlis rumah terbuka sambutan Aidilfitri Kumpulan Utusan di Jalan Chan Sow Lin, Kuala Lumpur. Bicara Astrid lanjut, katanya, sejak popular menerusi lagu Tentang Rasa, dia menerima banyak tawaran berlakon. Begitupun, dia masih belum berani menerimanya kerana berasakan tidak berbakat dalam bidang lakonan. Ungkapnya, biarlah dia hanya fokus kepada dunia nyanyian yang dicintanya dulu tanpa mencuba bidang lain seperti bidang lakonan mahupun pengacaraan. Sedih Melihat pada bentuk badannya yang kembali ramping selepas melahirkan anak sulungnya, Alec Djuara Djoewarsa, lapan bulan, pada 24 Disember 2012, Astrid mengakui tidak mengamalkan diet yang ketat. “Sebenarnya saya masih ingin menurunkan berat badan. Berat asal saya sebelum mengandung adalah 47 kilogram, tetapi selepas melahirkan anak adalah 49 kilogram. Saya tidak berdiet ketat cuma mengurangkan pengambilan nasi,” jelasnya yang berjaya mengurangkan berat badan sebanyak 17 kilogram selepas naik 64 kilogram ketika mengandungkan Alec lapan bulan lalu. Ujar Astrid lanjut, dia juga masih memberi sepenuhnya susu badannya kepada Alec dan berharap agar dia dapat berbuat demikian sehingga anak lelakinya itu berusia dua tahun. Mengakui agak sedih kerana stok susu badannya semakin berkurangan di peti ais, Astrid bagaimanapun masih berterusan mengepam susunya jika perlu ke keluar negara. “Sewaktu awal kehamilannya dahulu, stok susu badan ada berpuluh-puluh botol, tetapi kini semakin berkurangan. Bagaimanapun, saya tetap pastikan jika keluar negara saya mengepam susu agar Alec sentiasa mempunyai susu yang mencukupi,” ujarnya dengan semangat. Konsert Kedatangan Astrid ke Malaysia selama tiga hari itu adalah untuk mempromosikan single kedua untuk album baharunya iaitu Mendua. Tuturnya, single Mendua itu turut digunakan sebagai lagu tema dalam drama, Diandra, lakonan Nur Fathia dan Aiman Hakim Ridza. Mengulas mengenai album baharunya, kata Astrid, ia bakal dipasarkan secara serentak di Indonesia dan Malaysia pada bulan Okotber ini. “Album itu merupakan album kedua saya di Malaysia, manakala di Indonesia ia merupakan album ketiga saya,” ungkapnya yang berharap single keduanya itu diterima peminat Malaysia sama seperti lagu Tentang Rasa. Astrid yang masih setia menggunakan khidmat komposer Ade Govinda untuk single Mendua memberitahu, terdapat sebanyak 11 buah lagu di dalam album baharunya itu. Disoal sama ada dia berhasrat untuk mengadakan konsert di Malaysia suatu hari nanti, dengan senyuman Astrid mengakui hasrat tersebut sudah lama dipendamnya. Katanya: “Sudah lama saya teringin mengadakan konsert mini di Malaysia. Jika tiada aral, hasrat itu akan menjadi realiti pada bulan Oktober ini sempena pelancaran album kedua saya nanti.”

Astrid & suami Bahagi Tugas Jaga Anak

SEBAGAI pasangan suami isteri, penyanyi Astrid Sartiasari dan Arlan Djoewarsa memiliki peranan masing-masing dalam menjaga anak mereka yang kini berusia tiga bulan, Alec Djuara Djuwarsa. "Kebiasaannya setiap malam suami akan mengambil alih tugas menukar lampin Alec sementara saya akan bertanggungjawab memberinya susu jika dia lapar," katanya. Tambah Astrid, kehadiran Alec telah mengubah pola kehidupan mereka dan tidak boleh berenggang lama dengan buah hatinya itu. "Sejak ada anak saya banyak berubah dan sentiasa ingin cepat pulang ke rumah selepas selesai sesuatu tugas," katanya. Astrid berkata, anaknya itu juga sudah mula mengenali wajahnya dan Arlan dan sentiasa menangis jika tahu mereka akan keluar bekerja.

Berpantang tidak bererti berhenti - Astrid

DUA bulan selepas melahirkan cahaya mata sulungnya yang diberi nama Alec Djuara Djoewarsa, Astrid enggan meletakkan dirinya dalam posisi terlalu selesa dan bersantai. Kali terakhir membuat persembahan ketika usia kandungannya lapan bulan sekitar hujung tahun lalu, membuatkan Astrid benar-benar ghairah untuk kembali beraksi di lantai yang menguji keunggulan vokalnya. Kata Astrid atau nama sebenarnya Astrid Sartiasari, 31, sepanjang tempoh kelahiran bayi lelakinya secara pembedahan (caesarean) pada tanggal 24 Disember 2012 lalu, dia mahu kembali ligat mengadakan promosi untuk albumnya yang akan muncul menjelang bulan Mei nanti. "Saya pun kaget apabila sudah kuat untuk bekerja sekarang. Tempoh berpantang biasanya enam bulan. Mungkin kerana terlalu teruja untuk kembali bekerja setelah lama bercuti. "Lagipun, komitmen ini saya harus lunaskan kerana proses pembikinan album ini sudah dibuat sebelum saya melahirkan Alec lagi jadi sekarang sudah sampai masa untuk saya beraksi semula," ujarnya yang ditemui ketika sesi fotografi di Studio Utusan, Chan Sow Lin, Kuala Lumpur baru-baru ini. Astrid diterbangkan khas oleh Sony Music Entertainment Indonesia untuk sesi promosi single terbaharu berjudul Mendua selain dijemput khas untuk menerima Anugerah Lagu Pilihan Popular pusat karaoke RedBox menerusi lagu Tentang Rasa pada malam Rabu lalu. Mendua Mengulas lanjut mengenai keunikan lagu berentak balada berjudul Mendua yang dilancarkan terlebih dahulu di Indonesia, kata Astrid, pengertian lagu itu lebih menyakitkan berbanding Tentang Rasa. Ia mengenai situasi seorang wanita yang dikhianati dan dicurangi oleh kekasihnya. Dia memberikan cinta sepenuh hati tetapi lelaki itu menduakan dia akhirnya, kata Astrid yang merakamkan lagu tersebut awal tahun lalu. Lagu Mendua dicipta oleh komposer sama yang menghasilkan lagu Tentang Rasa, Ade Govinda dan merupakan single pertama yang daripada album ketiga Astrid. Lagu itu terpilih untuk menjadi lagu tema drama Diandra yang akan disiarkan di slot Lestary TV3 tidak lama lagi. Sebelum ini lagu Tentang Rasa digunakan sebagai lagu perdana drama Vanilla Coklat. Sementara itu, Astrid mengakui dia perlu mencari formula baharu untuk turut kekal bersaing dalam industri yang semakin pantas berkembang. "Saya tidak boleh berhenti berkarya untuk menjadi yang terbaik dan sekarang sudah banyak sekali persaingan. Saya harus melakukan sesuatu baharu dan mempertahankan yang sudah ada sekarang. "Saya tidak akan berhenti bekerja keras. Kalau ditanya sampai bila, jawapan saya adalah selagi saya masih diinginkan dalam industri dan selagi ada peminat," tuturnya. Keluarga Selain itu, Astrid turut merakamkan sebuah lagu ciptaannya sendiri berjudul Lagu Untuk Anakku ketika mengandung lapan bulan. "Ini lagu pertama yang saya hasilkan sendiri bersama suami untuk anak kami, Alec dan lagu ini saya cipta ketika saya sedang hamil empat bulan. "Lagu ini mengenai kecintaan seorang ibu kepada anaknya yang sama sekali gembira dan teruja dengan adanya dia. Ia ibarat sebuah nasihat kepada anak supaya membesar menjadi insan berguna suatu hari kelak," jelas penyanyi kelahiran Surabaya, Indonesia itu. Astrid tidak meletakkan sebarang halangan untuk anaknya memilih haluan hidup pada masa hadapan dan memberikan peluang sekiranya Alec meminati bidang seni. "Kalau dia mahu jadi penyanyi saya tidak halang, apatah lagi ibunya juga penyanyi. Asalkan rezeki itu halal," tambah Astrid yang tidak keruan berpisah selama tiga hari dari Alec yang ditinggalkannya di Indonesia. Astrid bagaimanapun belum merancang untuk mendapatkan cahaya mata seterusnya dalam tempoh terdekat namun tetap memberikan prioriti kepada keluarga selain kerjaya. "Kalau dulu, apabila keluar rumah saya tidak perlu bawa banyak barang tapi sekarang perlu pintar merancang perjalanan. Saya tidak boleh terlalu lama meninggalkan Alec kerana dia masih kecil," getus Astrid.

Astrid mahu kahwin


SUASANA kebahagiaan sedang menyelimuti penyanyi yang berasal dari Surabaya, Astrid. Ini kerana, Arlan, si kekasih yang juga merupakan seorang penyanyi baru saja melamar dirinya.

“Dia datang ke rumah orang tua saya untuk berbincang hal pernikahan. Jujur, saya sangat senang dengan momen itu dan kini saya sedang memikirkan waktu yang tepat untuk bernikah. Kami harus mempersiapkan diri dari segi mental dan fizikal termasuk pembiayaan majlis itu kelak,” kata Astrid penuh bahagia.

Ditanya adakah berita mereka akan segera bernikah pada tahun ini seperti yang telah disiarkan sebelum ini, Astrid belum berani memberi pengesahan. Sebaliknya dia hanya memberitahu mereka masih berusaha mencari tarikh dan lokasi yang sesuai.

Mengaku Arlan kini sudah menjadi sebahagian daripada hidupnya, penyanyi yang cukup terkenal dengan lagu Tentang Rasa itu kemudian memberitahu: “ Kami juga masih sibuk dengan karier masing-masing.

“Saya juga bergantung kepada persiapan Arlan dan kepada Tuhan. Semoga apa yang direncanakan akan terlaksana dengan baik nanti.”
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
free counter

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails