Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Astrid pentingkan susu badan untuk anak

JIKA ada sesetengah penyanyi yang mencuba lapangan seni lakonan selepas sukses dalam karier muzik, tetapi lain pula dengan penyanyi seberang yang popular dengan lagu Tentang Rasa, Astrid Sartiasari atau Astrid. Penyanyi berusia 31 tahun itu belum berani untuk berkecimpung dalam dunia lakonan biarpun tawaran tidak putus-putus hadir untuknya. Kata Astrid: “Saya belum berani untuk berlakon. Bagi saya berlakon itu bukan mudah. Mungkin harus ke sekolah (belajar berlakon) dulu.” Kata-kata itu diluncurkan Astrid kepada Kosmo! ketika di tanya pada majlis rumah terbuka sambutan Aidilfitri Kumpulan Utusan di Jalan Chan Sow Lin, Kuala Lumpur. Bicara Astrid lanjut, katanya, sejak popular menerusi lagu Tentang Rasa, dia menerima banyak tawaran berlakon. Begitupun, dia masih belum berani menerimanya kerana berasakan tidak berbakat dalam bidang lakonan. Ungkapnya, biarlah dia hanya fokus kepada dunia nyanyian yang dicintanya dulu tanpa mencuba bidang lain seperti bidang lakonan mahupun pengacaraan. Sedih Melihat pada bentuk badannya yang kembali ramping selepas melahirkan anak sulungnya, Alec Djuara Djoewarsa, lapan bulan, pada 24 Disember 2012, Astrid mengakui tidak mengamalkan diet yang ketat. “Sebenarnya saya masih ingin menurunkan berat badan. Berat asal saya sebelum mengandung adalah 47 kilogram, tetapi selepas melahirkan anak adalah 49 kilogram. Saya tidak berdiet ketat cuma mengurangkan pengambilan nasi,” jelasnya yang berjaya mengurangkan berat badan sebanyak 17 kilogram selepas naik 64 kilogram ketika mengandungkan Alec lapan bulan lalu. Ujar Astrid lanjut, dia juga masih memberi sepenuhnya susu badannya kepada Alec dan berharap agar dia dapat berbuat demikian sehingga anak lelakinya itu berusia dua tahun. Mengakui agak sedih kerana stok susu badannya semakin berkurangan di peti ais, Astrid bagaimanapun masih berterusan mengepam susunya jika perlu ke keluar negara. “Sewaktu awal kehamilannya dahulu, stok susu badan ada berpuluh-puluh botol, tetapi kini semakin berkurangan. Bagaimanapun, saya tetap pastikan jika keluar negara saya mengepam susu agar Alec sentiasa mempunyai susu yang mencukupi,” ujarnya dengan semangat. Konsert Kedatangan Astrid ke Malaysia selama tiga hari itu adalah untuk mempromosikan single kedua untuk album baharunya iaitu Mendua. Tuturnya, single Mendua itu turut digunakan sebagai lagu tema dalam drama, Diandra, lakonan Nur Fathia dan Aiman Hakim Ridza. Mengulas mengenai album baharunya, kata Astrid, ia bakal dipasarkan secara serentak di Indonesia dan Malaysia pada bulan Okotber ini. “Album itu merupakan album kedua saya di Malaysia, manakala di Indonesia ia merupakan album ketiga saya,” ungkapnya yang berharap single keduanya itu diterima peminat Malaysia sama seperti lagu Tentang Rasa. Astrid yang masih setia menggunakan khidmat komposer Ade Govinda untuk single Mendua memberitahu, terdapat sebanyak 11 buah lagu di dalam album baharunya itu. Disoal sama ada dia berhasrat untuk mengadakan konsert di Malaysia suatu hari nanti, dengan senyuman Astrid mengakui hasrat tersebut sudah lama dipendamnya. Katanya: “Sudah lama saya teringin mengadakan konsert mini di Malaysia. Jika tiada aral, hasrat itu akan menjadi realiti pada bulan Oktober ini sempena pelancaran album kedua saya nanti.”
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
free counter

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails