Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Showing posts with label Azharina Azhar. Show all posts
Showing posts with label Azharina Azhar. Show all posts

Azharina Akui Lelaki Takut Dekatinya Sejak Bergelar Janda

Penyanyi lagu Elegi Sepi iaitu Azharina mengakui lelaki takut mendekatinya selepas bergelar janda sejak enam tahun lalu. Azharina atau nama sebenarnya Azharina Azhar, 28, berkata, disebabkan perkara itu juga dia masih solo namun mengakui selesa dengan statusnya itu. "Orang akan ingat saya jenis yang memilih atau sudah serik untuk berumah tangga tetapi sebenarnya lelaki takut hendak dekat dengan saya selepas bergelar janda,' katanya kepada mStar Online. Bagiamanapun kata Azharina atau lebih mesra dengan sapaan Nina, ada beberapa lelaki yang cuba mendekatinya sebelum ini namun hubungan tersebut tidak kekal lama. Jelas Nina, lelaki yang cuba rapat dengannya itu tidak dapat memahami kariernya sebagai seorang penyanyi tambahan pula jadualnya padat sejak beberapa tahun kebelakangan ini. "Bukan tidak ada yang cuba tetapi hubungan itu tak dapat bertahan kerana saya sangat mengutamakan karier berbanding percintaan tetapi saya tidak kisah kerana menganggap jodoh belum sampai," jelasnya. Tambah Nina, walaupun keinginan untuk mempunyai keluarga sendiri menembal dalam dirinya namun selepas enam tahun hidup bersendirian dia tidak melihat perkahwinan sebagai keutamaan pada masa ini. "Apabila tengok adik-beradik yang telah berkahwin dan mempunyai anak rasa cemburu juga tetapi saya tidak tertekan hidup menjanda malah lebih berdikari," ujarnya. Dalam pada itu, Nina berkata, dia sebelum ini tidak berniat untuk merahsiakan status perkahwinannya daripada pengetahuan umum sebaliknya memberitahu dia tidak mempunyai pilihan. Jelas Nina, bekas suaminya tidak mahu perkahwinan mereka diketahui umum dan dia telah berjanji untuk tidak membocorkan mengenai perkara itu kepada pihak lain. "Saya buat begitu kerana diberi kata dua oleh bekas suami dan sebagai isteri saya perlu taat kepadanya. Jika perkara itu terbongkar saya akan diceraikan dengan talak tiga," katanya. Dalam perkembangan lain, Nina berkata, dia bakal muncul dengan single terbaharunya iaitu Pergilah Cinta dan akan melakukan strategi pemasaran berbeza bagi mempromosikan lagu itu.

GAYA TERKINI AZHARINA AZHAR?

Jika sebelum ini cerita mengenai Azharina Azhar panas kerana didakwa menjadi isteri ketiga kepada Datuk Syukri Mohd, 55, yang berasal dari Kelantan, namun selepas bercerai... cerita mengenai penyanyi ini agak sunyi. Apakah yang dilakukan oleh Azharina sekarang? Mungkin agaknya gambar-gambar yang tidak diketahui tarikhnya ini mampu menjawab sedikit persoalan yang timbul. Allahualam.

Azharina buat kecoh di lapangan terbang


ALAHAI, apa jadi dengan penyanyi Azharina Azhar ni? Raja dengar pengalun lagu Elegi Sepi dan Rawan itu mencetuskan sedikit kekecohan di sebuah lapangan terbang, baru-baru ini. Apa dah jadi Azharina?

Seorang teman Raja yang secara kebetulan berada di situ menyaksikan kejadian yang berlaku. Khabarnya, Azharina mula `naik hantu' apabila bagasinya dikatakan hilang. Yalah, siapa pun panik dan marah apabila bagasi yang memuatkan banyak barang peribadi dah terbang entah ke mana... Silap hari bulan sampai ke Eropah, memang malang nasib. Bagaimanapun, bagasi Azharina tu tidak ke mana-mana, cuma mungkin ketika Azharina nak mengambilnya bagasi tu belum tiba lagi. Ketika Azharina mengamuk di bahagian `Baggage Services Lost And Found’, tiba-tiba bagasi muncul di sebelahnya. Hai, terkulat-kulat, buat letih mengamuk hari tu kan! Cuma ada beberapa cerita yang menggeletek hati Raja, entahlah mungkin Azharina tengah marah ketika itu, tetapi kalau marah sekalipun, jagalah emosi dan mulut sikit. Awak tu kan artis...

Raja dengar dahlah Azharina meninggikan suara, percakapannya berlagak pula. Kalau pun dalam bagasi tu berisi `emas 40 karat', tak payahlah dok sibuk bercerita yang hebat-hebat, buat orang meluat saja mendengarnya. Kalau ada barang kemas, kenapa tak dibawa dalam beg tangan atau dipakai saja, kan lebih selamat!

Tutur kata kenalah jaga, kalau awak tu orang biasa, tiada siapa ambil peduli, tapi awak tu - Azharina Azhar, seorang penyanyi yang ada nama, walaupun kini dah suam-suam kuku.

Teman Raja memerhati saja gelagat Azharina ketika itu, nampak jelas ketidakpuasan hati di wajah petugas. Kalau nak `kekwat' pun, bertempatlah, depan-depan umum janganlah buat perangai. Kalau bercakap manis dan lembut tutur kata, kan lebih baik dan dihormati. Petugas-petugas pun dengan lapang dada nak membantu. Tapi kalau muka dah macam `singa kelaparan' dan suara macam halilintar, siapa nak tolong? Kalau Raja, memang angkat kaki lah...
Raja pasti, persepsi orang luar terhadap golongan artis semakin buruk. Tak mustahil ada yang menganggap artis memang tidak sedar dek untung. Inilah dinamakan kerana nila setitik, rosak susu sebelanga!

Kepada Azharina, jangan berkecil hati dengan teguran Raja. Sekadar menyampaikan ketidakpuasan hati mata-mata yang melihat adegan itu, Raja mohon maaf jika kata-kata Raja menyinggung perasaan.

Azharina Elak Dapat Suami Pisau Cukur!


PENGALAMAN kecundang dalam perkahwinan di usia muda banyak mengajar penyanyi dan usahawan Azharina Azhar untuk berhati-hati dalam memilih pasangan hidupnya selepas ini.

Pemilik suara lantang yang kini popular dengan lagu ‘Rawan’ ini berkata sebolehnya dia ingin mengelak daripada mendapat suami jenis pisau cukur.

“Saya mahu elak suami yang jenis nak makan harta isteri. Apa yang saya lihat sebelum ini, banyak orang memandang saya dengan maksud tersendiri dan tidak kurang juga hendak mengambil kesempatan dengan apa yang saya ada.

“Saya pernah lalui satu fasa untuk ada ‘masjid’ yang indah tetapi akhirnya ia runtuh di tengah jalan,” katanya yang sedang sibuk dengan perniagaan dan karier seninya.

Menurut Azharina, sejak bercerai dengan usahawan Datuk Shukri Mohamed kira-kira tiga tahun lalu, dia banyak menumpukan kepada syarikatnya, Top 3 Production Sdn Bhd dan Azharina Entertainment.

Syarikat produksinya telah membuat ratusan ‘trailer’, ‘teaser’, iklan, pesanan khidmat awam, dokumentari dan video korporat untuk pelbagai syarikat dan pertubuhan.

“Sudah lebih dua tahun saya menyolo dan sekarang memang saya sengaja menutup pintu hati saya untuk mana-mana lelaki kerana sibuk dengan kerja dan tiada masa untuk mencari teman lelaki.

“Kalau berjumpa dengan lelaki yang mula hendak memikat saya dan mengajak saya ke tempat yang tidak sepatutnya, saya akan terus ‘direct’ soal mereka sama ada saya suka atau tidak dengan lelaki itu.

“Bukan apa, sebab dalam umur 24 tahun seperti saya ini sudah mempunyai beberapa buah rumah dan mengumpul ‘rezeki’ dengan kemampuan sendiri. Jadi, mungkin itulah kelebihan yang lelaki akan nampak pada saya,” tambahnya lagi.

Malah Azharina tidak hairan jika dia tidak berkahwin kerana sikapnya yang amat memilih itu. Namun dia tidak menolak andai bertemu jodoh suatu hari nanti.

“Sekarang ini, saya tidak terlalu memikirkan soal jodoh tetapi kalau ada jodoh dengan sesiapa, alhamdulillah. Tetapi jika tiada jodoh pun saya tetap bersyukur kerana saya belum terfikir untuk berkahwin lagi. Kalau kawan tu memang ramai.

“Kalau saya keluar dan bertemu dengan mana-mana lelaki pun atas urusan bisnes. Lelaki yang ingin menjadi suami saya perlu tahu yang keluarga saya bukan seperti keluarga lain. Jadi, saya akan kahwin dengan orang yang beriman,” katanya yang turut mempromosikan program terbitan syarikatnya, ‘Dari Tawau ke Simpang Mengayau’ yang sedang disiarkan di RTM1 pada setiap Selasa, pukul 2.30 petang.

Namun begitu, atas memikirkan nasibnya pada masa hadapan, Azharina telah memikirkan untuk mengambil anak angkat pada tahun depan.

“Saya memang ada terfikir tentang siapa yang akan menjaga saya semasa tua nanti. Tetapi sekarang saya bersyukur kerana mempunyai anak saudara sebagai tempat bermanja.

“Lama mana saya hendak bergantung harap dengan mereka. Jadi, saya fikir untuk mengambil anak angkat pada tahun hadapan kalau ada rezeki dan setelah rumah saya siap.

“Sebelum ini saya pernah menjaga empat orang anak angkat tetapi telah dipulangkan kepada penjaga mereka,” tuturnya yang baru sahaja kehilangan datuk tersayang, penyanyi Datuk M.Y. Ahmad, 71, pada 30 Ogos lepas akibat sakit tua.

Arwah datuknya pernah merakamkan lagu dengan penyanyi Datuk Ahmad Jais suatu ketika dahulu.

Dalam perkembangan lain, Azharina juga sedang menyiapkan album terbarunya, ‘Rawan’ yang telah selesai menjalani proses rakaman.

Selain lagu ‘Rawan’, album itu juga turut memuatkan sembilan buah lagu lain. Antaranya, ‘Rasa’, ‘Gitar Berbunyi’ (lagu nyanyian semula yang dipopularkan oleh Wan Chik Daud), ‘Hey Lelaki’ (duet dengan Mimi One Nation Emcees), ‘Sakarat’, dan ‘Primadona’.
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
free counter

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails