Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Showing posts with label Cristina Suzanne. Show all posts
Showing posts with label Cristina Suzanne. Show all posts

Cristina Suzanne Enggan Kongsi Hal Peribadi

Pelakon Cristina Suzanne Stockstill menganggap populariti seseorang artis tidak semestinya dengan berkongsi segala hal peribadi kepada umum. Cris, 28, mengakui lebih selesa menceritakan kerjaya lakonannya berbanding hal peribadi kepada peminat, malah dia tidak mempunyai laman sosial seperti instagram dan keek untuk tatapan umum. "Saya tidak mahu cerita pasal hal-hal peribadi yang tiada kena mengena dengan kerjaya, saya tidak selesa sebab bagi saya tiada siapa yang ingin tahu pun. "Saya tidak ada laman sosial seperti keek dan instagram, kalau ada pun Facebook dan Twitter yang jarang sekali update dan hanya menulis tentang perkembangan kerjaya dan promosi sahaja," katanya ketika ditemui. Cris berkata demikian ketika diminta mengulas tentang hubungannya dengan pelakon Bront Palare yang dikatakan semakin intim. Bagaimanapun, juara program Pilih Kasih ini menganggap dia mampu berjaya tanpa bantuan media sosial, hal peribadi dan kontroversi terhadap dirinya. "Saya ada cara lain untuk berada dalam industri ini, bagi saya lebih baik peminat tengok kita hanya di kaca televisyen atau di pawagam dan bukan secara percuma sahaja," katanya. Jelasnya, dengan cara tersebut peminat atau masyarakat luar lebih menghormati kerjaya dan peribadi seorang selebriti. Sementara itu, bercerita tentang filem KIL terbitan Grand Brilliance, Cris yang memeggang watak sebagai Zara berkata adegan dalam lif merupakan paling sukar untuk dilakonkannya. "Babak dalam lif paling susah kerana kita perlu melakonkan dengan cepat kerana hanya satu sahaja lif di rumah pangsa itu, "Itu pun dalam beberapa jam juga terpaksa menghentikan lif, kesian dengan penduduk di situ yang terpaksa menunggu," katanya. Cris turut berpuas hati dengan filem pertama lakonannya dan berharap ia dapat menghiburkan penonton dan peminat filem tempatan. Filem KIL mengisahkan tentang Akil (KIL) seorang pemuda yang tertekan dan cenderung untuk membunuh diri namun sering gagal sehingga bertemu seorang wanita bernama Zara.

Ada Keserasian Antara Cristina Suzanne & Bront Palarae

KUALA LUMPUR: Pelakon baru Cristina Suzanne Stocktill (Cris) tidak menolak jika dia dan aktor Bront Palarae menjalinkan hubungan cinta pada masa akan datang kerana wujud keserasian antara mereka. Menurut Cris, 27, walaupun mereka baru rapat sejak sama-sama terlibat dalam projek filem terbaru berjudul Jwanita, karakter dan ciri-ciri yang dimiliki Bront menepati kriteria lelaki idamannya. “Kalau diikutkan, saya mula mengenali Bront sebagai rakan artis pada awal tahun ini tetapi kami tidak rapat ketika itu. Kami semakin rapat sejak kebelakangan ini apabila saya dan dia sama-sama berlakon dalam filem Jwanita. “Berdasarkan cara kami berkomunikasi, saya akui selesa dengannya. Sikapnya yang sederhana, ringkas dan baik hati itu menepati kriteria lelaki idaman saya,” katanya kepada mStar Online. Bagaimanapun, ujar Cris dia enggan mengulas mengenai status hubungan itu kerana ia masih berada pada peringkat awal untuk membolehkan mereka lebih mengenali antara satu sama lain. “Saya tidak mahu komen lanjut kerana kami hanya berkawan buat masa ini. Saya selesa berkawan rapat dengannya tapi kami belum ada apa-apa lagi. “Namun saya tidak menolak kemungkinan kalau ditakdirkan hubungan ini menjadi lebih serius pada masa akan datang. Buat masa ini, biarlah ia berlangsung secara semula jadi,” katanya yang kini berstatus solo. Berkongsi pandangan berhubung pemilihannya membintangi filem berkenaan, Cris berkata dia terkejut dan tidak pasti mengapa dia menjadi pilihan pengarah berkaliber itu. “Saya sendiri pun tidak pasti apa yang Osman Ali lihat dan nilai pada saya sehingga menjadi pilihannya untuk filem ini sedangkan saya masih baru dan kurang dikenali. “Mungkin dia melihat pada faktor rupa atau potensi bakat saya, hanya dia ada jawapannya,” katanya sambil mengakui berasa gementar untuk berlakon dalam filem itu. Filem yang turut dibintangi Maya Karin dan Marsha Londoh itu bakal memulakan penggambaran pada 30 Jun ini selama 30 hari di sekitar Kuala Lumpur dan Terengganu.
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
free counter

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails