Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Showing posts with label Datuk Ramli MS. Show all posts
Showing posts with label Datuk Ramli MS. Show all posts

Lewat Daftar Nikah: Ramli MS & Alyah Boleh Dipenjara

Pengarah muzik Datuk Ramli MS sepatutnya mendaftarkan perkahwinannya dengan penyanyi Alyah dalam masa enam bulan selepas tarikh mereka bernikah mengikut Seksyen 31 Undang-Undang Keluarga Islam Negeri Selangor 2003. Penolong Pengarah Unit Dasar, Penyelewengan dan Doktrinisasi, Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), Shahrom Maarof, berkata, kegagalan pasangan itu berbuat demikian dalam tempoh ditetapkan boleh disabitkan sebagai kesalahan selain dikenakan penalti. "Secara dasarnya pasangan yang berkahwin di luar negara perlu mendaftarkan perkahwinan tersebut dalam masa enam bulan selepas tarikh perkahwinan itu dengan hadir di hadapan Pendaftar Perkahwinan, Perceraian dan Rujuk di bawah enakmen tersebut. "Sebaik-baiknya sejurus kembali ke Malaysia pasangan yang menetap di negeri Selangor terus hadir di hadapan mana-mana Pendaftar di negeri ini dengan mengemukakan surat perakuan nikah dan dokumen berkaitan untuk mengesahkan perkahwinan itu telah berlaku," katanya kepada mStar Online ketika dihubungi pada Khamis. Ramli atau nama sebenarnya Ramli Mohamed Salleh pada Selasa lalu hadir ke Jais bagi menyerahkan pasport perjalanan antarabangsa miliknya dan isteri selain buku pernikahan mereka. Perkahwinan Ramli dan Alyah atau nama sebenarnya Noor Hasilah Hassan, 33, terbongkar apabila sekumpulan pegawai penguatkuasa Jais membuat serbuan di rumah mereka di Bandar Kinrara, Puchong kira-kira pukul 7.30 pagi, 28 Ogos lalu. Kedua-dua pasangan tersebut telah berkahwin pada 18 Mac 2013 di Batam, Indonesia. Dalam pada itu, Shahrom berkata, pihak penguatkuasa akan menjalankan siasatan menyeluruh terhadap pasangan itu memandangkan mereka tidak mendaftarkan perkahwinan yang sudah menjangkau usia setahun lima bulan. "Jika jelas peraturan itu dilanggar maka pasangan itu boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM1,000 atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya sekali mengikut Seksyen 35. "Bagaimanapun kes Ramli dan Alyah masih diperingkat siasatan dan mereka akan dipanggil untuk memberi keterangan sama ada perkahwinan tersebut ada mendapat kebenaran di luar dan dalam negara dan perkara-perkara berkaitan sebelum kes itu dibawa ke Mahkamah Syariah untuk dibicarakan," jelasnya.

Jais Terima Tiga Dokumen Sokongan Nikah Ramli MS & Alyah

Pengarah muzik terkenal Datuk Ramli MS menyerahkan pasport perjalanan antarabangsa miliknya dan isteri, penyanyi Alyah selepas diminta hadir ke Bahagian Penguatkuasa, Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) pada Selasa. Pengarah Jais, Ahmad Zaharin Mohd Saad berkata, Ramli atau nama sebenarnya Ramli Mohamed Salleh turut menyerahkan buku nikahnya bagi membolehkan agensi penguatkuasa agama itu menjalankan siasatan lanjut. "Ramli menyerahkan tiga dokumen seperti mana diminta oleh pihak Jais dan setakat ini pihak kami berpuas hati dengan semua dokumen yang diserahkan," katanya kepada mStar Online menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan di sini pada Selasa. Perkahwinan Ramli dan Alyah atau nama sebenarnya Noor Hasilah Hassan, 33, terbongkar apabila sekumpulan pegawai penguatkuasa Jais membuat serbuan di rumah mereka di Bandar Kinrara, Puchong kira-kira pukul 7.30 pagi, 28 Ogos lalu. Dalam serbuan itu kedua-dua pasangan tersebut memberi kerjasama yang baik kepada anggota penguatkuasa selain berjaya meyakinkan mengenai pernikahan mereka yang dilakukan di Batam, Indonesia itu. Ramli hadir ke pejabat Jais kira-kira pukul 3 petang namun tidak ditemani isterinya. Ahmad Zahirin memberitahu pasangan itu bernikah pada 18 Mac 2013. Dalam pada itu, Ahmad Zaharin berkata, Ramli turut diminta menyerahkan bukti tambahan iaitu sokongan daripada kedutaan Indonesia mengenai pernikahan mereka untuk melengkapkan siastan. Jelasnya lagi, pihaknya juga berpuas hati dengan keterangan diberikan oleh Ramli yang memberikan kerjasama baik berhubung kes berkenaan. "Siasatan berjalan lancar dan pihak kami berpuas hati dengan keterangan dan kerjasama diberikan beliau," katanya.

"Macamlah Saya Jual Dadah," Kata Ramli MS Isu Kahwin Alyah

Konduktor muzik terkenal Datuk Ramli Mohamed Salleh atau Ramli MS berkata ada sebab beliau merahsiakan pernikahannya dengan penyanyi Alyah yang dilakukan di Batam, Indonesia kira-kira setahun lalu. Bagaimanapun Ramli tidak berhasrat untuk berkongsi sebab kenapa beliau berbuat demikian. "Dah setahun kami kahwin, tentu ada sebabnya kami rahsiakan perkara ini. Kenapa kamu semua nak sibuk? Ini adalah hak mutlak asasi saya," katanya kepada mStar Online dalam nada bergurau ketika dihubungi di sini pada Khamis. Ramli diminta mengulas mengenai kontroversi perkahwinannya dengan Alyah atau nama sebenarnya Noor Hasilah Hassan, 33, selepas rahsia itu terbongkar apabila sekumpulan pegawai penguatkuasa, Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) membuat serbuan di rumah mereka di Bandar Kinrara, Puchong kira-kira pukul 7.30 pagi, Khamis. Dalam serbuan itu kedua-dua pasangan tersebut memberi kerjasama yang baik kepada anggota penguatkuasa selain berjaya meyakinkan mengenai pernikahan mereka yang dilakukan di Batam, Indonesia itu. Pengarah Jais, Ahmad Zaharin Mohd Saad dalam satu kenyataannya kepada sebuah portal berkata pasangan berkenaan akan menyerahkan dokumen berkaitan kepada pihaknya pada Selasa ini untuk penelitian. Sementara itu, Ramli menyifatkan kontroversi perkahwinannya itu terlalu diperbesarkan seolah-olah beliau melakukan kesalahan serius seperti menjual dadah. "Kamu semua ingat... macamlah saya jual pil kuda atau ekstasi... hahaha." "Sedangkan kami (Ramli dan pihak Jais) siap bergurau senda lagi di dalam rumah. Macam pihak polis buat sekatan jalan. Mereka tahan, bertanya dan kemudian kita jalan. "Tetapi orang luar buat cerita macam saya jual dadah... haha," ujarnya pula menerusi mesej khdimat pesanan ringkas (SMS). Sebelum ini Ramli mengunci mulut apabila ditanya gosip perkahwinannya dengan Alyah. Penyanyi itu pula tidak banyak bercerita mengenai hubungan mereka tetapi meminta pihak media bertanyakan sendiri kepada Ramli jika ingin penjelasan dengan alasan biar ia disahkan sendiri oleh pihak lelaki.

Selidik dulu - Ramli M.S

ISU memplagiat lagu bukanlah perkara baharu dalam industri muzik tempatan mahupun antarabangsa. Namun, baru-baru ini isu tersebut berbangkit semula apabila lagu Botingkek-tingkek nyanyian W.A.R.I.S feat Juzzthin yang pernah didakwa sebagai plagiat tercalon dalam kategori Lagu Hip Hop Terbaik Anugerah Industri Muzik ke 20 (AIM 20). Mengungkit kisah tentang lagu tersebut, ia didakwa meniru muzik dan lagu berjudul Racks On Racks nyanyian YC bersama Nelly, B.o.B., Trae The Truth, Yo Gotti, Cyhi Da Prynce, Dose & Ace Hood yang dihasilkan pada tahun 2011. Malah, judulnya juga hampir menyamai lagu tersebut yang kelihatan seperti dialih bahasa. Ketika sidang akhbar AIM 20 yang diadakan di Hotel Istana, Kuala Lumpur baru-baru ini, Datuk Ramli M.S, selaku ketua juri ditebak persoalan tentang penghakiman lagu dalam kategori yang menerima paling kurang penyertaan itu. Mungkin lagu tersebut kedengaran hampir serupa jika didengar sambil lalu, bagaimanapun, ia akan diselidik secara teknikal mengikut undang-undang muzik dunia. “Saya baru tahu mengenai perkara ini. Keputusan belum dikeluarkan dan ini baru tahap pencalonan. Saya akan selidik semula perkara ini. Jika ia melanggar peraturan iaitu lagu tersebut ditiru melebihi empat tiang muzik, maka lagu tersebut akan dikeluarkan. “Saya akan berbincang kerana baru kini saya mendapat aduan tentang perkara ini. Jika aduan itu betul dan memang ada isu ciplak, kami akan menjalankan penjurian semula terhadap lagu tersebut,” tegas Ramli yang memandang serius tentang perkara tersebut.
Tambahnya tentang isu tersebut, dari segi teknikal, walaupun mungkin kurang satu tiang muzik, maka pihaknya tidak berhak mendakwa ia lagu ciplak. Meskipun kedengaran agak sama dari segi muziknya, ia masih perlu dinilai sebanyak empat tiang muzik atau nada. Selain itu, antara lagu lain yang didakwa diplagiat merupakan lagu nyanyian Amran Ismail yang berjudul Ini Janjiku. Lagu tersebut dikatakan meniru kumpulan K-Pop Indonesia iaitu Smash melalui lagu yang berjudul I Heart You. Bagaimanapun, dakwaan tersebut dinafikan oleh Amran dengan mengatakan dia telah mendapat ilham lagu tersebut ketika terlibat dalam penggambaran drama. Nasyid harus sederhana Selain itu, ketika ditebak persoalan mengenai kumpulan nasyid yang mengungguli pencalonan Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu (berkumpulan), tutur Pengerusi Jawatankuasa Pengelola AIM 20, Rosmin Hashim, kumpulan nasyid memenuhi kriteria yang ditetapkan. “Ini kerana kriteria utama yang kami lihat dalam kategori tersebut ialah nyanyian dan vokal harmoni. “Kami tidak boleh nafikan kumpulan nasyid memang memenuhi kriteria tersebut. Kami memang ada terima pencalonan kumpulan lain juga, namun, dari segi permarkahan lebih memihak kepada kumpulan nasyid,” jelas Rosmin tentang perkara tersebut. Namun, selaku ketua juri, Ramli sempat menyelitkan nasihat kepada kumpulan nasyid bahawa walaupun zaman mungkin berubah, irama dan konsep nasyid harus sederhana. “Walaupun kini telah moden yang menggunakan peralatan bertali, namun, ia harus secara sederhana. Mereka tidak boleh memasukkan unsur muzik seperti rock kerana ia tidak sesuai. “Ketika membuat penilaian, kami juga banyak berbincang. Akhirnya kami perlu akur kerana konsep muzik telah berubah mengikut peredaran zaman. Bagaimanapun, saya melihat nasyid itu merujuk kepada agama, maka ia harus sederhana,” nasihat Ramli mengakhiri temu ramah. AIM 20 dijadual berlangsung pada 14 Disember ini di Stadium Putra Bukit Jalil pada pukul 9 malam.

Datuk Ramli MS & Alyah Dah Nikah Senyap-Senyap?

Awal minggu ini penyanyi Alyah dikhabar mahu memboikot akhbar Utusan Malaysia gara-gara penyiaran sebuah artikel di akhbar tersebut yang berjudul Alyah Tunggu Pinangan Ramli MS. Selama ini pelantun Tak Mungkin Kerna Sayang ini memang digosipkan bercinta dengan pengarah muzik terkenal itu. Terbaru, dalam portal hiburan murai.com.my menyebut, Datuk Ramli MS dan Alyah sebenarnya sudah pun berkahwin senyap-senyap. Berita tersebut datangnya daripada seorang rakan yang agak rapat jugalah dengan Ramli MS. Individu tersebut dikatakan telah terlepas cakap. Menurut portal berkenaan, pasangan itu sudah pun berkahwin selepas Alyah mengerjakan umrah pada April lalu iaitu selepas dia mengambil keputusan untuk berhijab penuh. Alyah juga sudah pun tinggal bersama di rumah pengarah muzik itu yang terletak di Bandar Kinrara, Puchong. Jika benar seperti yang didakwa, kami doakan Ramli MS dan Alyah berbahagia selamanya. Perkara baik, apa yang hendak disorokkan, peminat pun nak tahu juga. Kan...
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
free counter

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails