Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Showing posts with label Datuk Siti Nurhaliza. Show all posts
Showing posts with label Datuk Siti Nurhaliza. Show all posts

"Saya Bukan Bimbang Soal Bayar Cukai" - Siti Nurhaliza

Penyanyi Datuk Siti Nurhaliza Tarudin menjelaskan perasaan kurang senangnya dengan pendedahan kononnya beliau sebagai wanita ketiga terkaya di Malaysia bukan kerana bimbang perlu membayar cukai pendapatan. Siti, 36, sebaliknya beliau bimbang dengan laporan yang dikeluarkan oleh portal savemoney.com itu akan mengancam keselamatannya dan keluarga jika perkara itu menjadi perhatian ramai. "Sebagai seorang warganegara Malaysia saya sentiasa melaksanakan tanggungjawab membayar cukai tanpa sebarang masalah dan tidak perlu bimbang mengenai hal itu. "Saya bukan bimbang tentang cukai tetapi keselamatan saya yang mungkin terancam dengan laporan yang tidak tepat itu. Jujur saya kurang senang dengan perkara itu," katanya kepada mStar Online. Beliau berkata demikian sebagaoi mengulas laporan portal savemoney.com yang menyenaraikan Siti sebagai wanita ketiga terkaya di Malaysia dengan nilai kekayaan RM50 juta. Dalam pada itu, Siti berkata, beliau kurang pasti atas dasar apakah pihak berkenaan menilainya dengan jumlah itu dan menganggap ia sebagai satu tanggapan dan andaian. "Saya faham artikel berkenaan sekadar andaian dan tanggapan dalam mencerminkan yang hebat-hebat tentang wanita di Malaysia tetapi ia sama sekali tidak benar. "Saya sendiri kurang tahu atas penilaian apakah mereka menganggarkan saya mempunyai harta kekayaan RM50 juta," katanya. Sementara itu, Siti berkata, sebagai penyanyi dan usahawan, dia berharap laporan yang dikeluarkan tersebut akan menjadi kenyataan pada suatu hari nanti. Malah kata Siti, beliau sentiasa menyimpan impian untuk mencapai tahap lebih tinggi dalam hidupnya dan sedang berusaha ke arah tersebut. "Belum lagi tahap itu, tetapi siapa yang tidak mahu mempunyai nilai kekayaan sebanyak RM50 juta? Saya sendiri memasang impian untuk mencapai tahap itu suatu hari nanti. "Tetapi sekarang belum lagi dan masih lagi berusaha," jelasnya.

Kejar ganjaran Ramadan, rai kemenangan raya - Datuk Siti

IRONI, sudah saban tahun Datuk Siti Nurhaliza berkongsi cerita Ramadan dan Aidilfitrinya kepada khalayak. Ini bukan tahun pertama, tetapi sudah memasuki tahun ke-18, sejak beliau pertama kali menjadi penyanyi pada tahun 1995. Saban tahun, tanpa jemu beliau ditanya dan menjawab persoalan raya. Namun setiap kali disua topik yang serupa, mata bintang tersohor ini sentiasa bersinar dan teruja bercerita. Sama seperti tahun ini. Siti rancak bercerita tentang nikmat Ramadannya. Beliau yang kini berada di tanah suci Mekah sejak 9 Ogos lalu memberitahu, Ramadan yang paling digemarinya tentulah sewaktu zaman kanak-kanak. "Kalau dapat putar waktu, saya ingin kembali ke zaman kanak-kanak. Berpuasa pada zaman kanak-kanak lain keseronokannya. "Selain sibuk berniaga dan bertemu ramai orang sewaktu menjual kuih, saya juga akan dapat habuan duit upah sebab berpuasa penuh. Selalunya mak akan bagi kami upah bergantung kepada berapa banyak hari kami berpuasa. Sebagai kanak-kanak, itu adalah hadiah sebelum raya yang dinanti-nanti," cerita Siti bersulam tawa. Sementara apabila meningkat dewasa, persepsi Ramadan Siti sudah berubah. Ia tidak sekadar bulan untuk mengumpul upah dan menjaja kuih, sebaliknya digunakan sepenuhnya sebagai bulan menambah amal ibadat. Lebih-lebih lagi selepas beliau diberi keizinan Allah untuk sering bertamu ke tanah suci kota Mekah. Cerita Siti, Kaabah selalu menggamit rasa untuk beliau kembali ke sana. "Alhamdulillah, sejak lebih lima tahun lalu, saya dan suami, Datuk Khalid, berkesempatan kembali menunaikan umrah pada bulan Ramadan. "Kaabah adalah perkara teragung dan selalu menggamit saya untuk beribadat di hadapannya setiap kali Ramadan. Selalu kita sujud pada sejadah dengan gambar Kaabah, tetapi di Mekah, Kaabah berada di depan mata kita, Subhanallah. "Bukan saya menafikan ibadat umrah pada bulan lain, tetapi nikmat dan suasana berada di Mekah pada bulan Ramadan cukup berbeza," ujarnya bersungguh-sungguh. Tambah Siti, suasana berbuka puasa walau hanya dengan menikmati yougart dan kurma serta tidak mewah seperti di Malaysia, itu antara perkara yang menjadi satu kerinduan dan kepuasan buatnya setiap kali berada di sana. Katanya lagi: "Di sana (Mekah) juga, manusia itu sama, tak mengenal darjat, selebriti atau siapapun kita. Semua berlumba-lumba membuat ibadat. Sebab itu saya sentiasa menunggu Ramadan supaya saya akan terus dapat dijemput ke sana." Percutian waktu raya
Beralih cerita tentang sambutan Aidilfitri, Siti memberitahu beliau hanya akan berhari raya di Kuala Lumpur pada hari pertama memandangkan beliau dan suami pulang ke tanah air sehari sebelum raya. "Kami akan berhari raya di Kuala Lumpur dahulu, sebelum memutuskan untuk pulang berhari raya di kampung saya dahulu iaitu Kuala Lipis, Pahang, atau sebelah suami di Kedah," ujarnya. Ditanya tentang tradisi masa kini yang menyaksikan semakin ramai memilih untuk melancong pada hari raya berbanding pulang ke kampung halaman, Siti melontar persepsi dengan bernas. Beliau melihat perkara tersebut dilakukan atas sebab dan pilihan masing-masing. Ujarnya, mungkin segelintir orang yang memilih melancong sewaktu hari raya kerana sudah tidak mempunyai orang tua, justeru melancong menjadi pilihan untuk merapatkan hubungan kekeluargaan yang ada. "Bagaimanapun, untuk saya, hari raya tak lengkap kalau tak pulang ke kampung. Alhamdulillah, sehingga hari ini, saya dan keluarga tidak pernah lagi pergi melancong pada hari raya. "Suami juga amat mementingkan sambutan raya di kampung. Raya kami jadi sempurna dengan beraya di kampung," ujarnya yang menjadikan musim perayaan sebagai medan bertemu sanak saudara kerana kesibukan pekerjaan masing-masing. Diminta memberi satu perkara yang tidak pernah terlepas daripada menyentuh kalbunya, Siti pantas menjawab saat mendengar takbir raya dan sesi bermaafan bersama keluarga. Hal itu ujar Siti lagi adalah satu momen klasik yang hanya dirasai setahun sekali.

Ramadan, Syawal penuh makna

ETIKA artikel ini ditulis, penyanyi kesayangan ramai ini berada di Tanah Suci Mekah bagi menunaikan umrah yang sudah menjadi rutin tahunan setiap kali tibanya bulan Ramadan. Apatah lagi berpeluang mengunjungi rumah Allah untuk sekian kalinya, Datuk Siti Nurhaliza mengakui bagaikan tidak lengkap sambutan Ramadan seandainya tidak merasai suasana berpuasa di sana. Siti Nurhaliza memanjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi apabila sekali lagi diberi peluang menunaikan umrah sekali gus menyambut 10 hari terakhir bulan mulia itu. Bukan itu sahaja, saban tahun rindunya untuk menjadi tetamu Allah SWT juga tidak dapat dibendung sejak kali pertama menjejakkan kaki di sana pada tahun 1997. Lantaran itu, seandainya diberi peluang, Siti dan suami tercinta, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa tidak akan melepaskannya. "Alhamdulillah, nampaknya rezeki saya dan suami sekali lagi ke Mekah untuk beribadat selain mahu mencari keberkatan sementelah kami ke sana pada 10 Ramadan yang terakhir. "Seperti mana yang kita semua maklum, tempoh itu merupakan waktu yang diberikan nikmat serta ganjaran pahala yang berganda. Sudah pasti sebagai hambaNya, saya tidak mahu melepaskan peluang itu. "Apatah lagi, selepas bekerja keras sepanjang dari awal Ramadan, kini masanya untuk saya menumpukan perhatian serta fokus kepada ibadat," ujar penyanyi jelita itu. Berbicara mengenai sambutan Syawal pula, Siti yang telah pulang ke ibu negara sehari sebelum umat Islam merayakan Aidilfitri memberitahu dia telah mengadakan majlis rumah terbuka pada Ahad lalu. "Ia sekaligus dengan majlis ulangtahun perkahwinan kami yang ke-6," kata Siti yang hanya beraya di Kuala Lumpur untuk Syawal kaliini. Bercakap mengenai majlis ulang tahun perkahwinan mereka yang keenam yang jatuh pada hari ini, sama seperti tahun-tahun sebelum ini, bukannya hadiah-hadiah mahal yang dipinta oleh penyanyi bersuara emas ini. Sebaliknya, dia mengharapkan agar perkahwinannya akan terus kekal bahagia dan abadi buat selamanya selain kasih sayang yang berpanjangan daripada suami yang dicintai. "Begitu juga dengan doa dan harapan saya untuk memiliki cahaya mata sendiri. Itu adalah sesuatu yang tidak pernah saya lupa untuk memohon kepada Yang Maha Esa," katanya yang tidak pernah putus berharap untuk memiliki cahaya mata sendiri. Kekal sibuk Biarpun sudah 17 tahun menjadi seorang penyanyi tersohor negara, Siti belum menunjukkan tanda-tanda untuk berehat daripada dunia seni dan perniagaannya yang semakin berkembang maju. Memang benar. Sepanjang bulan Ramadan lalu, jadualnya cukup padat sehingga tidak menang tangan dibuatnya sehingga Siti harus membahagikan masa antara karier seni dan fokusnya sebagai seorang ahli perniagaan. Setiap kali bertemu dengan penyanyi berusia 33 tahun ini, soal album dan lagu baharu pasti tidak akan terlepas ditanyakan kepadanya. Apatah lagi, selepas kali terakhir muncul dengan album Melayu solo, Tahajjud Cinta sekitar tiga tahun lalu, kerinduan peminat terhadap lagu-lagu baharunya tidak dapat dibendung lagi. Siti juga amat sedar akan senario tersebut tetapi sebagai penyanyi berpengalaman, dia tidak mahu membikin album sekadar tangkap muat sahaja. Sudah pasti dia mahu menghasilkan album yang berkualiti tinggi seperti mana album Transkripsi (2006) yang telah disifatkan sebagai penanda aras untuk Siti. Buat masa ini katanya, dia masih lagi mencari material terbaik dan di dalam simpanannya sudah ada beberapa buah lagu hasil ciptaan komposer baru dan lama. Sebagai pengubat kerinduan peminat, Siti terlebih dahulu muncul dengan single berjudul Muara yang dinyanyikan secara duet bersama juara Akademi Fantasia musim ketujuh, Hafiz Suip. Lagu ciptaan vokalis kumpulan 6ixth Sense, Adi itu juga bakal dijadikan lagu tema drama bersiri terbaru, Adam dan Hawa lakonan Aaron Aziz dan Nadiya Nisaa yang akan ditayangkan tidak lama lagi. Seperkara lagi yang rasanya bukan lagi satu rahsia apabila Siti dikhabarkan akan membuat persembahan di pentas mewah yakni Dewan Filharmonik Petronas (DFP) tahun depan. Jelasnya, buat masa ini, pihak Siti Nurhaliza Productions masih lagi berbincang dengan pihak DFP dari pelbagai aspek. "Saya pun tidak mahu mengulas lanjut dan memberikan sebarang pengesahan kerana semuanya masih lagi di peringkat perbincangan. "Seandainya menjadi kenyataan, ia adalah satu penghargaan buat saya kerana mahu menyahut cabaran apabila menyanyi bersama orkestra. "Bukan mudah untuk berbuat demikian dan saya sendiri sudah lama tidak menyanyi diiringi pemuzik orkestra. Satu kepuasan yang tidak dapat digambarkan apabila dapat menyanyi dengan muzik yang hebat," ujarnya bersungguh. Jika benar apa yang dirancangkan, Siti merupakan penyanyi tempatan keempat yang akan membuat konsert di dewan penuh prestij itu selepas Tan Sri S.M. Salim, Datuk Sheila Majid dan terbaru, Datuk M. Nasir. Promosi tetap penting Tidak hanya sibuk dengan karier seni, tetapi keutamaan bekas juara Bintang HMI 1995 ini adalah kepada SimplySiti. Maka itu, tidak hairanlah apabila hampir setiap hari, Siti akan meluangkan masa bersama peminat di setiap lokasi di hampir seluruh negara. Kata Siti, hanya itulah masa terbaik untuknya menemui peminat yang telah banyak menyokongnya selama 17 tahun dia bergelumang dalam dunia seni. "Meskipun pertemuan itu berlangsung dalam masa yang singkat sehingga ada kalanya saya perlu berada di hampir tiga destinasi setiap hari, saya puas kerana dapat bertemu dengan mereka (peminat). "Soal penat saya tolak ke tepi sebaliknya melihat kegembiraan di wajah mereka yang sanggup datang dari jauh untuk menyokong saya dan SimplySiti adalah sesuatu yang cukup berharga," ujar penghibur yang diberi jolokan Biduanita Muda Negara ini dalam nada penuh rendah diri. Barangkali untuk sesetengah artis, urusan promosi dianggap remeh dan memenatkan tetapi hakikat sebenarnya, ia adalah jentera pemasaran terbaik dalam menarik perhatian peminat. Atas alasan itu jugalah, Siti tidak menumpukan hanya kepada bandar besar sahaja sebaliknya sanggup ke bandar kecil dan ceruk rantau bagi memastikan perniagaannya berjalan lancar.
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
free counter

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails