Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Showing posts with label Dayana Roza. Show all posts
Showing posts with label Dayana Roza. Show all posts

Dayana Roza Minta Kekasih Pastikan Instagram Mode 'Private'

Pelakon Dayana Roza meminta teman lelakinya meletakkan akaun Instagram milik dirinya dalam mod peribadi kerana tidak mahu hubungan mereka menjadi perhatian umum. Dayana atau nama sebenarnya Nur Dayana Kamsun Baharin, 24, berkata, dia membuat permintaan itu kerana ingin pemuda berkenaan mengekalkan kehidupan seperti orang biasa kerana dia tidak terlibat dalam bidang hiburan. "Dia adalah orang biasa dan tidak terlibat dengan industri hiburan jadi saya minta dia 'private' akaun Instagram milik dia agar tidak menjadi perhatian umum. "Malah saya minta dia tidak sewenang-wenangnya menerima pengikut daripada individu yang tidak dikenali di akaunnya," kata Dayana Roza kepada mStar Online. Dayana ditemui pada sidang media drama lakonan terbaharunya, Memori Cinta #3 di Menara Kuala Lumpur di sini, Rabu. Drama arahan Boy Cavalera itu turut menampilkan barisan pelakon seperti Amy Mastura, Shima Anuar dan Riz Amin.
Ia bakal menemui penonton bermula 11 November depan, setiap hari Rabu dan Khamis, pukul 9 malam di HyppSensasi, HyppTV saluran 116. Pelakon yang popular menerusi drama bersiri Asam Pedas Untuk Dia itu sebelum ini pernah bercinta dengan pemain bola sepak kebangsaan, Mohd Muslim Ahmad namun hubungan berkenaan berakhir pada awal tahun ini. Dalam pada itu, Dayana berkata, hubungan bersama teman lelaki baharunya itu masih lagi pada peringkat mengenali hati budi masing-masing. "Buat masa ini saya selesa berkawan dengannya selepas diperkenalkan orang rakan kami. "Pada saya biarlah kami mengenali hati budi masing-masing terlebih dahulu kerana jika ada jodoh pasti tidak ke mana," ujarnya. Sementara itu, Dayana yang juga bekas peserta program Anak Wayang berkata, dia bersyukur usahanya selama enam tahun untuk membina nama sebagai pelakon mula menampakkan hasil biarpun nyaris berputus asa. Bagaimanapun dia tidak pernah berasa selesa dengan kedudukannya kini kerana masih banyak perkara perlu dipelajari sebagai pelakon. "Alhamdulillah usaha tanpa jemu sebelum ini mula membuahkan hasil sehingga dapat memegang peranan utama dalam drama tetapi saya tidak boleh berasa selesa kerana ia akan menyebabkan saya malas. "Saya perlu sentiasa memperbaiki diri dan menghargai peluang dan kepercayaan diberikan kepada saya kerana masih banyak kekurangan yang perlu dipertingkatkan," jelasnya. Bercakap mengenai drama bersiri Memori Cinta #3, Dayana berkata, ia adalah projek paling panjang yang pernah dia terlibat iaitu perlu menyelesaikan 30 episod. Bagaimanapun kata Dayana, dia seronok dapat menjayakan projek berkenaan kerana ia mengetengahkan kisah menarik mengenai tiga penuntut universiti yang mengalami pelbagai rintangan untuk pulang ke Malaysia. Dalam perkembangan lain, Dayana baharu sahaja memasuki set penggambaran drama bersiri Demi Allah Aku Pilih Kamu untuk slot Samarinda di TV3.

Dayana Roza Anggap Pembantu Peribadi Sebagai 'Spy' Ibu

Pelakon yang popular dengan drama Asam Pedas Untuk Dia, Dayana Roza memberitahu tidak selesa menggunakan khidmat pembantu peribadi bagi mengurus aktiviti sehariannya. Dayana atau nama sebenarnya Nur Dayana Kamsun Baharin, 24, berkata, sebelum ini dia menggunakan khidmat pembantu peribadi adalah atas dasakan keluarga yang bimbang tentang keselamatannya. "Saya tidak menyambung kontrak pengurus peribadi saya yang sudah berakhir bulan ini kerana saya ingin bebas melakukan tugas tersebut sendiri. "Kalau ikutkan memang saya tidak suka ada pembantu yang ikut ke mana sahaja saya pergi, namun ibu saya seorang yang terlalu risau dengan keselamatan saya dan mahu saya ditemani," ujarnya kepada mStar Online. Dayana berkata, ibunya mengupah pengurus peribadi supaya mudah untuk mengesan dan memantau pergerakkannya ketika keluar dari rumah. "Saya tinggal bersama keluarga dan selalunya kalau keluar rumah dan penggambaran sampai tengah malam ibu saya akan telefon banyak kali kerana dia bimbang. "Jika ada pembantu, dia senang untuk kesan dan hubungi saya. Saya anggap pembantu peribadi itu seperti spy mak saya sahaja," ujarnya. Bagaimanapun, Dayana tidak menafikan kerja pengurusannya lebih mudah dan teratur apabila ia diuruskan oleh pembantu peribadi.

Dayana Ubah Nama Selepas 6 Bulan Tiada Tawaran Berlakon

Pelakon Dayana Anak Wayang yang kini dikenali sebagai Dayana Roza mengakui membuang nama Anak Wayang di belakang namanya kerana dianggap tidak membantu dalam kerjaya lakonan. Dayana atau nama sebenarnya Nur Dayana Kamsun Baharin, 23, berkata, dia pernah berada dalam keadaan paling buruk apabila tidak menerima sebarang tawaran berlakon hampir enam bulan selepas beberapa bulan keluar daripada program realiti Anak Wayang itu. "Saya terlalu muda dan tidak menggunakan peluang sebaiknya selepas keluar daripada rancangan realiti Anak Wayang itu. Ketika itu juga saya menganggap dengan nama Anak Wayang tawaran berlakon tidak akan putus. "Namun, selepas beberapa bulan program itu barulah saya sedar kerja tidak datang bergolek hingga enam bulan saya duduk sahaja di rumah dan meminta duit daripada ibu," katanya kepada mStar Online. Katanya, dia terpaksa memberanikan diri dan membuang perasaan malu untuk bertanya kepada beberapa produksi drama yang ingin menggunakan pelakon tambahan. Tambah Dayana, dia juga hampir putus asa dan berusaha mencuba pelbagai pekerjaan lain. "Saya rasa sangat kecewa dan putus asa, saya tebalkan muka untuk pergi berjumpa mana-mana kenalan yang bekerja dengan produksi untuk bertanyakan kalau ada watak-watak sampingan untuk saya. "Alhamdulillah, saya terima tawaran untuk dua babak sahaja, tapi saya fikir memadai untuk orang produksi mengenali kewujudan saya dalam industri, "Ketika itu saya tidak fikir tentang malu atau saya daripada program Anak Wayang sekalipun, saya hanya meletakkan diri saya seperti pelakon baru sahaja,"" katanya. Tambah Dayana selepas itu, sedikit demi sedikit dia menerima tawaran berlakon dan melakonkan watak-watak besar. Dayana yang turut membintangi filem terbaharu Mamat Khalid berjudul Zombi Kilang Biskut menganggap peluang ini sebagai salah satu cara untuk menunjukan bakat lakonannya kepada masyarakat. "Saya tidak mahu sia-sia peluang berlakon filem Zombi Kilang Biskut ini, saya sudah beri yang terbaik untuk membuktikan bakat lakonan saya melalui filem ini," katanya. Dayana memeggang watak sebagai Sofea mengakui adegan berlawan merupakan cabaran utama sepanjang penggambaran filem ini. Bagaimanapun, Dayana bekata, semua pelakon dan pengarah banyak memberi tunjuk ajar kepadanya untuk melakukan semua aksi tersebut dengan baik.

Saling percaya, berkasih

1 Syawal yang disambut pada tahun ini cukup istimewa buat dua pasangan kekasih artis ini kerana secara rasminya bergelar kekasih. Semarak cinta yang disemai cukup bererti apabila kedatangan bulan penuh keberkatan ini. Sesungguhnya, ia adalah perasaan yang cukup menggetarkan kerana cinta yang dipupuk beberapa bulan sebelum ini bertambah mekar mengharum. Lantaran itu, Pancaindera cuba mengumpulkan pasangan kekasih pelakon dan penyanyi ini buat pertama kalinya bagi berkongsi momen istimewa mereka. Pancaindera tertarik dengan persamaan antara figura awam ini apabila iaitu Awi Rafael dan Aril merupakan penyanyi berpasangan dengan Hanez Suraya serta Dayana Roza merupakan pelakon. Kolaborasi yang cukup menyenangkan juga melicinkan perjalanan sepanjang fotografi berlangsung. Team Pancaindera dapat melihat sendiri ekspresi perasaan cinta di wajah Hanez yang umum sudah mengetahui tentang cintanya dengan penyanyi kelahiran Singapura, Awi. Berada di sisi Awi bersama lawak jenaka spontan menyebabkan raut wajah Hanez manis sentiasa. Begitu juga keadaannya dengan penyanyi kelahiran program realiti Akademi Fantasia, Aril yang ada ketika cukup manja di sisi Dayana. Keadaan kesihatan Aril yang tidak memberangsangkan membuatkan pelakon kelahiran rancangan realiti Anak Wayang ini cukup sabar melayan kerenahnya. Tak cukup dengan itu, sifat 'abang' Aril yang mengambil berat keadaan Dayana yang kadangkala merajuk menarik perhatian. Apa pun, semua perlakuan itu adalah menunjukkan pasangan kekasih itu sedang diselubungi atmosfera bahagia. Atas sebab itu juga Pancaindera cuba menyelami perasaan indah yang sedang dilalui mereka tatkala ini.
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
free counter

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails