Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..
Showing posts with label Awi Rafael. Show all posts
Showing posts with label Awi Rafael. Show all posts
Awi Rafael Tidak Mungkin Bercinta Artis 'Satu Bumbung' Diterbitkan: Sabtu, 15 Ogos 2015 5:00 AM
Penyanyi Awi Rafael tidak akan menjalinkan sebarang hubungan cinta dengan mana-mana penyanyi wanita di bawah naungan syarikatnya iaitu Runaway Production.
Awi atau nama sebenarnya Muhammad Nabawi Gunawan, 28, menyifatkan perkara seperti itu dilihat tidak profesional apatah lagi kedua-dua belah pihak (iaitu dia dan penyanyi) mempunyai misi tersendiri dalam membangunkan kerjaya seni muzik.
Saya seorang profesional. Tidak mungkin saya akan menjalinkan hubungan dengan penyanyi-penyanyi di bawah naungan produksi saya.
"Nampak pelik pula jadinya. Alhamdulillah, setakat ini tiada lagi mana-mana penyanyi wanita berhubungan dengan saya," katanya kepada mStar Online.
Awi diminta mengulas mengenai tuduhan yang mengatakan dia sedang menjalinkan hubungan cinta dengan Sarah Anne, salah seorang anggota kumpulan Girl Republik naungan Runaway Productions.
Dalam pada itu, Awi berkata, dia mempunyai agenda besar mempertaruhkan nama Girl Republik untuk dikenali secara umum pada masa akan datang dan tidaj mungkin mempunyai masa menjalinkan hubungan dengan mereka.
Insya-Allah Girl Republik akan muncul dengan single lagu baharu tidak lama lagi. Tetapi sebagai pengenalan, mereka ditampilkan bersama saya dan pelawak Shahrul (Shiro) menerusi lagu Oh My Bajet.
Malah saya turut akan menampilkan band lelaki yang bernama Karla. Itu semua dalam perancangan. Insya-Allah, saya akan selesaikan kerj-kerja satu persatu," ujarnya.
Dalam perkembangan lain, Awi berkata dia juga kini sibuk menyiapkan lagu-lagu baharu bagi beberapa barisan penyanyi popular.
Pada masa sama Awi juga akan melancarkan album baharu dalam masa terdekat nanti.
Awi Rafael tidak kisah
TEMPOH empat tahun berkecimpung dalam pentas hiburan nyata membukakan mata anak jati kota Singa ini agar terus maju ke hadapan dan memacu kejayaan membanggakan. Atas dasar itu jugalah, Awi Rafael sentiasa mahu yang terbaik dalam perjalanan kerjaya demi impiannya untuk mempunyai sebuah album Inggeris tercapai.
Selain menyanyi, Awi Rafael juga berkebolehan mencipta lagu. Malah lagu ciptaannya, seperti Pulanglah, Kalau Aku Kaya dan Bila Aku Jatuh Cinta, sering menjadi siulan ramai. Dikurniakan kebolehan itu tidak membuatkan anak seni kelahiran Singapura itu besar kepala. Malah dia lebih senang bersikap merendah diri dan bersedia menyanyi lagu ciptaan komposer lain.
Tanpa rasa ragu-ragu, Awi bersedia menyanyikan lagu Takdir Cinta, ciptaan vokalis 6ixth Sense, Adi Priyo yang merupakan lagu tema untuk telefilem Kusinero Cinta yang telahpun berakhir tayangannya itu.
Kata Awi, dia tiada masalah untuk menyanyikan lagu ciptaan daripada komposer lain.
Kenapa mesti kita nak sombong dan membangga diri untuk tidak menerima lagu daripada orang lain kan? Saya rasa untuk nyanyikan lagu daripada komposer lain, tak ada masalah bagi saya.
Muzik adalah universal dan dianugerahkan kepada semua. Kita tak perlu ego kerana jika saya hanya mahu menyanyi lagu yang saya nak, akhirnya nanti saya yang akan rugi," jelasnya.
Jelas Awi, dia telah cuba memberikan yang terbaik dalam lagu tersebut kerana Takdir Cinta sebenarnya terlalu tinggi untuk nada suaranya.
Sebelum Adi bagi lagu ini pada saya, dia beritahu yang dia buat lagu ini berdasarkan jalan cerita Kusinero Cinta. Jadi saya sendiri perlu menjiwai lagu tersebut dengan lebih mendalam. Saya sungguh selesa bekerjasama dengan Adi dan seronok. Lagipun saya menyanjungi karya-karya yang dihasilkan oleh Adi.
Sebagai penyanyi, menjiwai lagu merupakan tugas saya. Jadi saya cuba untuk menjiwai lagu tersebut biarpun pada hakikatnya lagu tersebut bernada sangat tinggi untuk saya. Tetapi bila dah dapat jiwai lagu tersebut, benda itu jadi mudah difahami dan saya tiada masalah bawa lagu tersebut," katanya sambil tersenyum.
Idam album Inggeris
Pada majlis pelancaran single terbaharunya, Takdir Cinta itu juga, Awi turut bercerita tentang perihal lagu-lagu Inggeris yang dihasilkannya.
Saya sudah mula menulis lagu sejak berusia 14 tahun lagi. Lagu berjudul I Will, saya cipta pada usia 15 tahun .
Bila saya rasa sudah selesa, saya terfikir mengapa tidak mencuba suatu kelainan lain untuk mencabar diri saya. Terdetik juga untuk buat album Inggeris dan kini saya rasa adalah masa yang sesuai," kata Awi.
Jelas Awi, dia mahukan sebuah album mini Inggeris yang mempunyai lima buah lagu dan menepati jiwanya.
Saya rancang buat album mini Inggeris dulu. Dalam album itu nanti ada lima lagu. Ini pun sudah cukup membanggakan saya andai ia menjadi kenyataan," katanya penuh harapan.
Dalam pada itu menyentuh kepada single Takdir Cinta, Awi turut menyatakan rasa bersyukurnya kerana baru kini dia dapat melancarkan lagu tersebut secara rasmi.
Sebelum ini, bagi peminat tegar drama bersiri Kusinero Cinta, Hits pasti pembaca sudah begitu sinonim dengan lagu berkenaan.
Biarpun lagu tersebut sudah pun hangat diputarkan di corong-corong radio dan ketika ditanya mengapa mengambil masa yang agak lama untuk melancarkan lagu tersebut.
Memandangkan isu-isu yang berlaku di Malaysia seperti insiden MH17, pihak Warner Music memahami negara sedang dilanda waktu sukar. Atas sebab itulah kami menangguhkan seketika sebarang aktiviti promosi.
Kalau dulu macam lagu Pulanglah pun lagu keluar dulu baru buat promosi. Jadi situasinya sama jugalah macam lagu Takdir Cinta ini di mana drama keluar dulu kemudian barulah diikuti dengan single," jelas Awi.
Awi Rafael Tidak Ambil Tahu Kontroversi Bekas Kekasih
Penyanyi Awi Rafael tidak pernah mengambil tahu mengenai kontroversi yang melanda bekas kekasihnya, pelakon Hanez Suraya ketika ini.
Awi atau nama sebenarnya Muhammad Nabawi Gunawan, 28, berkata, sejak berpisah pada tahun lalu, mereka tidak lagi berhubung antara satu sama lain namun dia tetap mendoakan yang terbaik buat Hanez.
"Apa yang berlaku sebelum ini adalah pengajaran kepada saya dan pada tahap ini saya tidak mempunyai sebarang sebab untuk mengambil tahu mengenai hal-hal berkaitan dengannya lagi," katanya kepada mStar Online.
Terdahulu penyanyi lagu Asalkan Aku OK! ini diundang untuk mengadakan persembahan bersama Krisdayanti sempena minggu setiausaha di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) yang bakal berlangsung di Dewan Perdana, PICC pada 17 April ini.
Dalam pada itu, Awi berkata, dia tidak pernah menyesal memutuskan hubungannya dengan Hanez kerana ia adalah keputusan terbaik untuknya pada ketika itu.
Kata Awi, biarpun hubungan itu tidak kekal lama namun ia banyak memberi pengajaran dan mematangkannya dalam pelbagai sudut kehidupan.
"Saya tidak kesal mengikut kata hati saya dan pada masa sama ia banyak memberi pengajaran biarpun ia tidak kekal lama," katanya.
Tambah Awi, dia kini tidak mempunyai pengganti dan memberikan fokus sepenuhnya kepada kerjaya nyanyian.
Sementara itu, Awi menolak dakwaan lagu duetnya bersama Altimet berjudul Kalau Aku Kaya ditujukan kepada bekas kekasihnya itu.
Awi berkata, tanggapan tersebut tidak masuk akal kerana dia hanya menyanyikan lagu berkenaan. Ia dicipta oleh Altimet, Omar K dan Audi Mok.
"Tidak benar sama sekali dan orang mungkin hanya salah anggap tambahan pula bukan saya yang buat lagu itu," katanya.
Dalam perkembangan lain, Awi sedang sibuk di studio rakaman bagi menerbitkan lagu terbaharu untuk penyanyi seperti Datuk Siti Nurhaliza, Alif Aziz, Aisyah Aziz dan Syura.
Hanez Suraya dikecam peminat Awi Rafael
JIKA sebelum ini pelakon Hanez Suraya tidak kisah berkongsi cerita perihal kekasih ketika masih bercinta dengan penyanyi Awi Rafael. Bagaimanapun, setelah putus dengan penyanyi lagu Kalau Aku Kaya itu, Hanez, 28, kini lebih selesa mengunci mulut apabila disoal tentang kehadiran lelaki dalam hidupnya.
Biarpun mengambil tindakan sedemikian, kisah cintanya tetap dicungkil orang. Beberapa bulan lalu, beberapa keping foto intim Hanez dengan seorang lelaki dimuat naik di sebuah blog.
Akibat daripada penyebaran gambar tersebut, pelakon yang kini sedang popular menerusi drama Love You, Mr. Arrogant di TV3 itu dikecam umum terutamanya peminat Awi Rafael.
Pelbagai kata negatif dihamburkan kepada Hanez.
Lantaran itu, Hanez berasa sedih dan terkilan. Malah, dia enggan langsung berkongsi waima sedikitpun tentang seorang lelaki yang berjaya mengetuk pintu hatinya.
Kosmo!: Khabarnya anda kini sudah mempunyai kekasih baharu? Siapakah lelaki tersebut?
HANEZ: Kalau boleh, saya enggan lagi berkongsi mengenai perihal kekasih kepada umum. Bila sudah disahkan akan berkahwin baru saya beritahu.
Kenapakah anda mengambil tindakan untuk berdiam diri dalam percintaan kali ini?
Saya takut kalau tidak jadi. Saya takut dihentam lagi.
Apakah yang dimaksudkan Hanez itu (takut dihentam lagi)?
Ketika tersebar gambar saya dengan seorang lelaki dalam keadaan intim di sebuah pantai itu, ramai yang kecam terutama peminat Awi Rafael. Mereka cakap lelaki tersebut punca hubungan saya dan Awi putus. Saya dihentam di laman sosial seperti Instagram, Twitter dan blog.
Sebelum ini lagi saya sudah katakan yang lelaki tersebut bukan teman lelaki saya. Memang dia cuba untuk mengenali saya dengan lebih rapat tetapi saya cuma anggap dia kawan sahaja. Kalau boleh saya mahukan lelaki yang faham kerja saya. Tetapi dia bukan seperti itu. Walaupun hubungan kami masih belum sah sebagai kekasih tetapi dia berani ambil tindakan memuat naik gambar dia bersama saya di Instagramnya. Akibatnya, blogger yang tidak bertauliah telah menyebarkan gambar tersebut. Selepas penyebaran gambar tersebut, saya dikecam teruk oleh peminat-peminat Awi Rafael.
Apakah perasaan Hanez apabila dikecam teruk oleh peminat Awi Rafael?
Saya sedih sebab mereka tidak faham. Masa saya dan Awi bersama, peminat-peminat Awi menjadi peminat saya. Kami sentiasa berkumpul buat majlis bersama. Tetapi bila putus, kami bawa haluan masing-masing malah, bila saya dikaitkan dengan lelaki mereka menuduh saya tinggalkan Awi disebabkan lelaki tersebut.
Kalau ada kekasih memang saya akan menyayangi kekasih saya itu. Sebabnya, saya mengharapkan hubungan kami ke jenjang pelamin. Disebabkan itu, bila hubungan saya bersama Awi tidak menjadi, saya berasa sangat kecewa.
Beralih pada soalan lain, apakah perkembangan terbaharu anda dalam bidang seni?
Sekarang saya tengah mengacarakan sebuah program sukan di RTM bertajuk Cool. Program tersebut memaparkan sukan-sukan yang lasak dan juga sukan yang mungkin semakin dilupakan seperti permainan skateboard.
Adakah anda seorang yang lasak?
Saya akui bukan seorang yang lasak tetapi ada beberapa sukan yang saya cuba ketika melakukan penggambaran program Cool seperti menyelam.
Bagaimanakah penerimaan peminat menerusi watak antagonis yang dilakonkan anda dalam drama hangat yang sedang ditayangkan di TV3 iaitu Love You, Mr. Arrogant?
Ramai yang membenci sangat watak Sherry itu. Sehinggakan, saya ada terima tweet daripada orang yang mahu baling kasut ke arah saya kerana kesan daripada watak dalam drama tersebut.
Awi Rafael Sudah Temui Pengganti Hanez Suraya?
Setelah beberapa bulan hubungan cinta antara penyanyi Awi Rafael dan pelakon Hanez Suraya berakhir, tersebar khabar angin mendakwa kononnya Awi Rafael mula menjalinkan hubungan cinta dengan Sasha Saidin.
Dan dalam masa yang sama timbul juga spekulasi yang mengatakan bahawa Hanez Suraya sudah bertemu teman lelaki baru, berikutan tersebarnya beberapa foto mesra mereka sekitar 17 September lalu.
Bagaimanapun, masing-masing telah menepis khabar angin tersebut dan menjelaskan bahawa hubungan mereka sekadar teman biasa sahaja.
Terbaru, penyanyi yang popular dengan lagu Kalau Aku Kaya ini dikatakan sudah menemui cinta baru. Gosip tersebut dikukuhkan lagi ekoran Awi memuat naik beberapa fotonya bersama seorang wanita yang dikenali sebagai Sarah Anne.
Ramai peminat yang memuji kecantikan gadis itu. Akan tetapi Awi telah membalas respon tersebut dengan menjelaskan bahawa dia dan Sarah sekadar teman biasa dan tiada sebarang ikatan istimewa antara mereka. Hmm...
Awi Rafael Minta Tidak Dikaitkan Dengan Sasha Saidin
Penyanyi Awi Rafael menganggap hubungannya dengan penyanyi dan pelakon Sasha Saidin, 36, hanya sebagai rakan artis dan meminta tidak dikaitkan dengan pelakon itu sebagai pasangan kekasih.
Awi, 27, berkata, dia hanya menjadikan wanita tersebut sebagai individu untuk bertukar pandangan khususnya bagaimanakah Sasha menubuhkan kumpulan Elite yang pernah dianggotainya suatu ketika dahulu.
"Saya dan Sasha hanya kawan sahaja, memang kami ada keluar bersama kerana saya ingin minta pendapat dia tentang projek menubuhkan kumpulan wanita seperti kumpulan Elite dulu.
"Lagi pula saya belum bersedia untuk bercinta lagi. Saya pun baru putus cinta dengan Hanez Suraya sebab tidak mampu beri komitmen dengan cinta," katanya kepada mStar Online.
Awi berkata demikian ketika diminta mengulas tentang hubungan cintanya dengan pelakon Sasha Saidin yang juga bekas anggota kumpulan Elite.
Tambah Awi, Sasha banyak memberi pandangannya tentang projek bagaimana dia terlibat menubuhkan kumpulan berkenaan
"Sasha banyak pengalaman bagaimana kumpulan artis wanita dapat berperanan dalam memeriahkan dunia hiburan.
"Sekarang ini kita tiada kumpulan wanita macam Elite dan Feminin dan saya lihat di Korea trend itu sudah kembali," katanya.
Ditanya tentang kenyataan Sasha dalam sebuah akhbar tempatan yang mengiakan hubungan mereka, Awi berkata, ia mungkin disilap tafsir.
"Dia ada beritahu saya tentang kenyataannya di dalam akhbar baru-baru ini, dia menjelaskan perkara tersebut.
"Mungkin ianya disilap tafsir. Secara jujurnya siapalah saya ini, dia boleh bercinta dengan orang yang lebih kaya dan lebih bagus dari saya," katanya.
Awi Rafael dan Shasha Saidin intim
Sebelum ini gosip bertebaran berkenaan hubungan intim yang berlaku di antara Shasha Saidin dan Awi Rafael namun begitu Awi Rafael awal lagi sudah menepis gosip tersebut.
Mendengar dari kenyataan Shasha, dia memberitahu bahawa hubungan dengan Awi Rafael masih lagi di fasa berkawan dan apabila ditanya soal jodoh.
Shasha memberitahu dia menyerahkan segalanya kepada takdir.
Memberitahu Awi Rafael seorang lelaki yang baik, matang, bijak dan sangat berpengetahuan di dalam bidangnya membuatkan mereka senang bercerita sebagai kawan.
Namun begitu dia tidak menolak jika suatu hari dia dijodohkan dengan Awi kerana masing-masing solo.
-rotikaya
Awi Rafael Enggan Cari Pengganti Selepas Putus Cinta
Penyanyi Awi Rafael mengakui fokusnya kini bukan kepada hal peribadi dan tidak terfikir untuk mencari pengganti selepas putus cinta dengan pelakon Hanez Suraya.
Awi atau nama sebenarnya Muhammad Nabawi Gunawan, 27, berkata, dia enggan menjalinkan hubungan cinta dengan mana-mana wanita buat masa ini kerana belum bersedia untuk mempunyai komitmen.
"Tidak adil untuk saya serius dengan mana-mana wanita buat masa ini kerana fokus saya tidak ke arah itu sebaliknya hanya kepada kerjaya muzik saya," jelasnya kepada mStar Online.
Dalam pada itu, Awi berkata, dia berharap selepas ini dia tidak lagi dikenali kerana cerita-cerita kontroversi sebaliknya tentang perjalanan kariernya.
Jelas Awi, walaupun kontroversi mampu menaikkan namanya sebagai penyanyi namun dia merasakan sudah menerima terlalu banyak pendedahan tentang kehidupan peribadi.
"Saya tidak pernah menyangka akan terlibat dalam pelbagai kontroversi namun saya bersyukur kerana ia juga memperkenalkan saya kepada peminat.
"Bagaimanapun rasanya sudah terlalu banyak cerita yang keluar tentang saya dan harap-harap selepas ini hanya cerita mengenai kerjaya yang diberi perhatian," jelasnya.
Dalam perkembangan lain, Awi sedang merancang untuk menembusi pasaran Indonesia selain bakal menerbitkan album terbaharu.
Awi Rafael Ambil Berkat Ramadan Erat Hubungan Dengan Keluarga
Penyanyi lagu Asalkan Aku Ok! iaitu Awi Rafael akan menggunakan kesempatan kedatangan bulan Ramadan ini untuk mengeratkan hubungan dengan ahli keluarganya.
Jelas Awi, 27, dia merancang untuk ke Jakarta, Indonesia dalam masa terdekat ini untuk bertemu dengan bapanya yang kini menetap di Kepulauan Bali untuk meluangkan masa bersamanya.
"Ayah tinggal di Bali tetapi jika kami ingin berjumpa dia akan ke Jakarta untuk bertemu. Kesibukan masing-masing dengan kerjaya masing-masing membuatkan kami jarang berjumpa.
"Tetapi saya tidak mahu melepaskan peluang mengambil keberkatan bulan Ramadan ini untuk mengeratkan silaturahim di antara kami," katanya ketika ditemui mStar Online baru-baru ini.
Dalam perkembangan sama, Awi berkata, dia juga akan mengambil peluang ketika berada di Jakarta untuk mencari ilham untuk material album terbaharunya selain mengintai peluang bagi melebarkan sayap ke negara itu.
Jelas Awi, sebagai penyanyi dan pencipta lagu dia harus membuat kajian tentang penerimaan muzik masyarakat di sana selain memahami budaya mereka dengan lebih mendalam.
"Bukan mudah untuk menembusi pasaran di Indonesia dan sebagai pemuzik saya mahu mendalami tentang citarasa dan budaya selain bahasa mereka supaya dapat menghasilkan produk yang mampu diterima masyarakat di sana," jelasnya.
Dalam pada itu, bercakap mengenai persiapan Hari Raya, Awi berkata, dia seorang yang ringkas dan akan lebih banyak menghabiskan masa untuk menziarahi saudara mara dan rakan-rakan.
Jelas Awi, setiap kali menjelang Aidil Fitri dia akan memastikan dapat berhari raya di Pontian, Johor iaitu kampung ibunya sebelum ke Singapura dan seterusnya ke Jakarta.
"Saya banyak berjalan apabila tiba Hari Raya kerana ini adalah masanya untuk menziarah keluarga yang kita jarang-jarang jumpa," katanya.
Sandiwara cinta Awi Rafael?
MISS J dengar macam-macam versi tentang kisah penyanyi Singapura, Awi Rafael selepas putus cinta dengan pelakon Hanez Suraya baru-baru ini.
Ada yang beritahu Miss J yang sebenarnya mereka ini tak putus lagi. Sandiwara sahaja sebab masih bersayang-sayang di Twitter.
Ada juga yang kata Awi dah tak nak lagi dengan Hanez. Dia mahu kembali kepada cinta pertamanya dengan penyanyi Shila Amzah.
Entahlah Miss J jadi keliru sebab ada banyak cerita yang Miss J dengar sejak akhir-akhir ini. Sebab apa yang Miss J tahu yang Shila takkan kembali bersama Awi.
Lagipun itu semua kan cerita lama. Buat apa nak dikenang kembali. Dah jadi sejarah dah pun. Orang pun ramai yang dah lupa tentang cerita cinta mereka sebelum ini.
Miss J rasa elok juga kalau Awi buka mulut terangkan kepada semua tentang perkara ini. Bukannya apa... takut jadi fitnah bila ada perasaan syak wasangka!
Awi Rafael Enggan Komen Panjang Isu Putus Cinta
Penyanyi Awi Rafael mengambil pendirian untuk 'tutup mulut' dan enggan mengulas panjang berhubung isu putus cinta dengan pelakon Hanez Suraya.
Awi atau nama sebenarnya Muhammad Nabawi Gunawan, 27, menerusi laman Twitter sebaliknya berkata, dia hanya akan bercerita tentang perpisahan itu menerusi lagu-lagu yang bakal diciptanya sahaja.
"Sebagai tanda hormat kepada Hanez, kerana dia adalah wanita, saya tiada komen untuk dikongsikan. Biarlah saya bercerita menerusi lagu-lagu saya," katanya.
Hanez menerusi Berita Harian Ahad berkata, dia dan penyanyi kelahiran Singapura itu sudah pun berpisah selepas sekian lama bermasalah.
Malah pelbagai usaha telah dilakukan namun hubungan mereka masih gagal diselamatkan.
Pasangan itu menjalinkan hubungan cinta lebih daripada setahun dan menyifatkan kegagalan hubungan itu bermula apabila Awi terlalu mengejar cita-cita untuk mengukuhkan kerjaya nyanyiannya sehinggakan Hanez terpaksa menarik diri daripada perhubungan itu.
Bagaimanapun, dalam status Twitter Awi, dia turut mendoakan bekas kekasihnya itu mendapat kebahagiaan dan rahmat bersempena dengan bulan Ramadan yang bakal tiba tidak lama lagi.
"Saya sentiasa doakan untuk Hanez. Semoga bulan Ramadan yang akan datang ini membawa ketenangan dan rahmat pada kamu sekeluarga. Amin dan Goodbye," ujarnya.
Dalam pada itu Awi turut menyatakan fokusnya kini hanya menjaga ibunya dan menumpukan sepenuh perhatian terhadap karier seninya.
"Fokus saya sekarang adalah kepada ibu yang semakin tua dan kembara seni yang masih jauh.
"Doakan Awi InsyaAllah. Terima kasih kerana menyokong," tuturnya.
Awi Rafael jadi guru
Awi Rafael Tak Pernah Rasa Hebat Cipta Lagu Sendiri
Awi Rafael Tak Minta Izin Guna Nama Dato` K, Siti Respon!
Artis Singapura, Awi Rafael Sokong Kelantangan Zed Zaidi
PETALING JAYA: Penyanyi yang berasal dari Singapura, Awi Rafael menyokong tindakan Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Zed Zaidi yang begitu lantang mempersoalkan mengenai kemasukan artis dari negara luar yang ingin mencipta nama di sini.
Awi, 27, berkata, tindakan Zed tidak wajar dipandang remeh kerana ia dilakukan bagi memastikan semua artis luar mengikut peraturan dan syarat ditetapkan oleh undang-undang yang telah dibuat supaya tidak menimbulkan masalah.
"Apa yang Zed buat itu adalah bagus dan sebahagian tanggungjawabnya sebagai presiden Seniman. Saya sebagai orang luar yang datang ke Malaysia untuk mencari rezeki menyokong perjuangannya itu.
"Ia juga sebagai peringatan supaya tidak memandang remeh semua syarat yang telah ditetapkan," jelasnya.
Tambah Awi, walaupun bukan berstatus rakyat tetap di negara ini namun dia sangat gembira apabila sentiasa diberi layanan baik setiap kali menjejakkan kaki ke Malaysia.
Dalam pada itu, Awi berkata, dia bersyukur apabila syarikat rakamannya Warner Music telah memastikan kemasukannya telah dibuat mengikut peraturan dan berharap kehadirannya tidak dipersoalkan.
"Syarikat rakaman sentiasa mengambil berat mengenai soal ini dan bersyukur sebelum kedatangan saya ia telah diuruskan dengan baik," katanya.
Tambah Awi, dia juga ada merancang untuk memohon Taraf Penduduk Tetap (PR) negara ini kerana suka dengan keharmonian penduduk di negara ini.
"Perancangan itu ada tetapi mungkin satu masa yang sesuai tambahan pula saya sangat selesa apabila berada di Malaysia yang saya anggap seperti rumah sendiri," jelasnya.
Sementara itu, Awi baru sahaja muncul dengan album keduanya berjudul Asalkan Aku OK! yang telah pun berada di pasaran sejak hujung tahun lalu.
Ia memuatkan sembilan buah lagu seperti Hari-Hari Ku, My Baby You, Satu Peluang Saja, Siapa Yang Sempurna dan Elvis.
Lagu Ketuhanan Awi Rafael Untuk Beri Ketenangan
KUALA LUMPUR: Penyanyi Awi Rafael telah mencipta sebuah lagu berunsur ketuhanan yang berjudul Dewa dalam album terbaharunya, Asalkan Aku Ok!
Awi, 27, berkata, lagu tersebut bukan berkisar mengenai kekesalannya terhadap beberapa kontroversi menghimpitnya sebelum ini tetapi lebih kepada memberikannya ketenangan dalam segala aspek kehidupan.
"Lagu tersebut adalah paling bermakna kepada saya sepanjang pembikinan album tersebut hujung tahun lalu.
"Ia bukanlah mengenai kontroversi yang melanda saya tetapi ingin berkongsi ketenangan dengan para peminat," jelasnya ketika ditemui pada majlis pelancaran album tersebut di Akademi Seni Budaya dan Warisan (ASWARA) di sini pada Jumaat.
Awi juga sempat mengadakan persembahan yang diiringi penuntut jurusan muzik akademi itu menerusi enam buah lagu.
Dalam pada itu, Awi berkata, album yang mengandungi sembilan buah lagu itu secara keseluruhannya menceritakan tentang kehidupannya yang berada pada tahap semakin baik pada ketika ini.
Awi berkata, dia menulis sendiri semua lirik lagu selain membantu aspek penerbitan album yang turut mendapat khidmat Hang Dimas dan Aiyad Sakti.
"Ia ekspresi tentang kehidupan dan saya mahu mencipta sendiri semua lirik kerana mahu pendengar merasai apa yang ingin saya sampaikan dengan lebih mendalam," katanya.
Sementara itu, Awi berkata, dia juga gembira apabila sebuah kumpulan dari Indonesia iaitu Juwita akan merakamkan kembali lagu popularnya, Pulanglah untuk pasaran negara itu.
Katanya, sebagai penulis lirik dan pencipta lagu dia amat berbesar hati apabila ada pihak sudi berbuat demikian.
"Walaupun masih belum dapat peluang untuk mencipta nama di Indonesia tetap sekurang-kurangnya kebolehan saya mencipta lagu mendapat perhatian di sana," jelasnya.
Asalkan Aku Ok yang telah berada di pasaran menampilkan lagu-lagu seperti Hari-Hari Ku, My Baby You, Satu Peluang Saja, Siapa Yang Sempurna dan Elvis.
Saling percaya, berkasih
1 Syawal yang disambut pada tahun ini cukup istimewa buat dua pasangan kekasih artis ini kerana secara rasminya bergelar kekasih. Semarak cinta yang disemai cukup bererti apabila kedatangan bulan penuh keberkatan ini. Sesungguhnya, ia adalah perasaan yang cukup menggetarkan kerana cinta yang dipupuk beberapa bulan sebelum ini bertambah mekar mengharum.
Lantaran itu, Pancaindera cuba mengumpulkan pasangan kekasih pelakon dan penyanyi ini buat pertama kalinya bagi berkongsi momen istimewa mereka. Pancaindera tertarik dengan persamaan antara figura awam ini apabila iaitu Awi Rafael dan Aril merupakan penyanyi berpasangan dengan Hanez Suraya serta Dayana Roza merupakan pelakon. Kolaborasi yang cukup menyenangkan juga melicinkan perjalanan sepanjang fotografi berlangsung.
Team Pancaindera dapat melihat sendiri ekspresi perasaan cinta di wajah Hanez yang umum sudah mengetahui tentang cintanya dengan penyanyi kelahiran Singapura, Awi. Berada di sisi Awi bersama lawak jenaka spontan menyebabkan raut wajah Hanez manis sentiasa.
Begitu juga keadaannya dengan penyanyi kelahiran program realiti Akademi Fantasia, Aril yang ada ketika cukup manja di sisi Dayana. Keadaan kesihatan Aril yang tidak memberangsangkan membuatkan pelakon kelahiran rancangan realiti Anak Wayang ini cukup sabar melayan kerenahnya. Tak cukup dengan itu, sifat 'abang' Aril yang mengambil berat keadaan Dayana yang kadangkala merajuk menarik perhatian.
Apa pun, semua perlakuan itu adalah menunjukkan pasangan kekasih itu sedang diselubungi atmosfera bahagia. Atas sebab itu juga Pancaindera cuba menyelami perasaan indah yang sedang dilalui mereka tatkala ini.
Awi Rafael Minta Peminat Hapuskan Dendam
PETALING JAYA: Bersempena dengan sambutan Aidilfitri, penyanyi Awi Rafael meminta umat Islam supaya tidak menyimpan perasaan dendam terhadap individu yang dibenci.
Awi atau nama sebenarnya Muhammad Nabawi Gunawan, 26, berkata, perasaan itu perlu 'dirawat' dengan memaafkan individu yang berkenaan kerana ia mampu melegakan jiwa pendendam itu tanpa disedari.
"Hidup ini terlalu singkat untuk menyimpan amarah atau dendam. Mungkin setiap orang ada sebab-sebab tertentu hingga dia susah untuk memaafkan.
"Tetapi bersempena dengan bulan Syawal yang mulia ini, lembutkanlah hati untuk menjadi seorang yang pemaaf kerana ia sebahagian daripada sunnah nabi. Kemaafan yang ikhlas akan diberi berkat dan nikmat pada diri sendiri, Insya-Allah," katanya.
Tambah penyanyi yang popular dengan lagu Asalkan Aku OK, memaafkan seseorang yang dibenci itu juga mampu memberikan kelegaan dalam diri yang lebih bersifat positif, malah ia juga sebahagian daripada tip awet muda.
Sementara itu, sambutan Aidilfitri bagi Awi pada tahun ini begitu bermakna apabila perayaan itu turut disambut bersama kekasihnya pelakon Hanez Suraya.
"Bagi saya, sambutan Aidilfitri merupakan masa yang paling sesuai untuk seluruh keluarga dan orang yang tersayang berkumpul bagi meraih kemenangan berpuasa.
"Pada Hari Raya pertama dan kedua saya akan beraya di Singapura bersama ibu dan keluarga rapat di sana, kemudian kami akan ke Johor pula untuk beberapa hari.
"Lebih bermakna lagi, saya juga akan mengunjungi keluarga Hanez di Seremban,” katanya.
Sementara itu, Awi juga akan merakam detik-detik keseronokannya beraya dan akan dimuatkan ke dalam laman Youtube untuk tontonan peminat.
Awi Rafael buat peminat jatuh cinta
TIDAK mahu berahsia lagi, penyanyi yang terkenal dengan lagu Pulanglah dan Bila Aku Jatuh Cinta akhirnya mengakui kesilapannya yang lalu.
Tidak mahu memanjangkan lagi isu tersebut, Muhammad Namawi Ewan Gunawan Rafael atau lebih dikenali dengan Awi Rafael kini nekad untuk berubah memperbaiki diri.
Melewati sejarah seninya, beliau mula memperdengarkan suara di radio Singapura, Brunei dan Indonesia.
Malah, dia juga pernah menganggotai kumpulan Bhumiband yang bertapak di Singapura.
Sikap Awi Rafel yang mudah mesra menyebabkan peminat-peminat ciliknya tidak kekok untuk bergurau senda dengannya.
Mari lihat keletah Awi Rafael melayan peminat ciliknya pada majlis berbuka puasa bersama anak yatim dari Persatuan Rumah Perlindungan Hajjah Kamariah, Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur, anjuran Astro Shaw dan Tayangan Unggul. -
Awi Rafael tekad mahu buang tatu
PENYANYI Awi Rafael, baru-baru ini mencetuskan kontroversi apabila gambarnya bertatu tersebar luas di internet. Sejak gambar itu tersebar belum ada satu kenyataan daripada mulut pelantun lagu Pulanglah itu. Awi hanya membuat kenyataan berhubung isu tatu itu di akaun Facebook miliknya dengan mengesahkan gambar lelaki bertatu yang hangat diperkatakan orang ramai adalah dirinya.
Dalam kenyataan di Facebook itu juga, Awi memohon maaf atas kesilapan dan perbuatan yang dilakukan ketika remaja sebelum dia bergelar seorang artis.
Kosmo! yang berkesempatan menemui Awi ketika majlis pelancaran album terbaharu Jinbara di Kelab Sixty3 di Hotel Sheraton Imperial, Kuala Lumpur baru-baru ini tidak melepaskan peluang untuk mendapatkan kenyataan daripada Awi sendiri berhubung isu tatu tersebut. Ikuti apakah jawapan yang diberikan penyanyi yang berusia 26 tahun ini.
Kosmo!: Apabila gambar Awi bertatu dimuat naik ke internet, apakah reaksi Awi?
AWI: Pertama kali mendapat tahu tentang perkara itu, saya terkejut kerana itu gambar lama, kenapa baru sekarang gambar itu muncul. Sedih juga tetapi apa yang saya lakukan pada masa lepas saya harus hadapinya.
Adakah masih terdapat tatu di badan Awi?
Ya, memang ada lagi tetapi sekarang saya masih dalam rawatan membuang tatu dengan cara perubatan Islam. Sebenarnya sudah lama saya menjalani rawatan membuang tatu cuma disebabkan proses itu memakan kos yang tinggi, rawatan dilakukan secara berperingkat.
Adakah tatu itu dibuang selepas gambar Awi bertatu tersebar di internet?
Apa yang saya boleh katakan, sudah lama proses membuang tatu itu dijalankan. Selepas gambar saya bertatu tersebar saya mendapat banyak tawaran daripada ustaz-ustaz untuk membantu saya membuang tatu. Alhamdulillah, ada ramai pihak yang saya tidak sangka, sudi membantu saya.
Kesan gambar bertatu itu pada kehidupan Awi sekarang?
Saya tidak nafikan ramai yang memberi persepsi negatif tetapi ada ramai juga peminat yang memberi kata sokongan terhadap saya. Bagi saya setiap yang berlaku ada hikmah sebaliknya. Sebagai manusia biasa, saya tidak lari daripada melakukan kesilapan, kini saya memperbaiki diri untuk menjadi insan yang lebih baik daripada sebelum ini.
Bagaimana pula dengan kerjaya selepas kontroversi tercetus?
Alhamdulillah, saya bersyukur walaupun ada kontroversi yang membabitkan saya, kerjaya masih berjalan seperti biasa. Saya masih sibuk menjayakan persembahan pentas setiap minggu. Terbaru, saya berduet dengan band Jinbara dalam lagu Oh! Mama Saya Mahu Kahwin yang dimuatkan dalam album terbaharu mereka, Kolaborasi Mental. Selain itu, saya juga baru muncul dengan single terbaharu ciptaan sendiri berjudul Asalkan Aku Ok dan kemungkinan album kedua akan mula dilancarkan selepas Hari Raya Aidilfitri.
Subscribe to:
Posts (Atom)
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]

