Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Showing posts with label Dina Nadzir. Show all posts
Showing posts with label Dina Nadzir. Show all posts

Dina Nyaris Putus Asa Akibat Berat Badan

Penyampai radio Era FM, Dina Nadzir memberitahu pernah berhasrat untuk melupakan kariernya sebagai penyanyi selepas kecewa dengan diskriminasi masyarakat terhadap berat badannya. Dina, 28, berkata, dia kecewa apabila berat badannya sentiasa dijadikan isu dan bukan bakat nyanyian yang dimilikinya. "Sembilan tahun saya bergelar penyanyi dan ada ketikanya saya jadi seorang yang berputus asa kerana diskriminasi masyarakat yang masih tidak boleh menerima bentuk fizikal seperti saya. "Sebab itu juga saya mengambil keputusan untuk bergelar deejay di Era FM," katanya kepada mStar Online. Bagaimanapun kata Dina, dia sedar berputus asa bukan jalan terbaik dan tidak mahu mensia-siakan bakat yang ada begitu sahaja. Dalam pada itu Diana bakal melancarkan album terbaharunya pada Oktober depan dan berharap ia akan mendapat sambutan daripada peminat. Malah katanya, single pertama album itu berjudul Wanita Besi telah pun dilancarkan secara eksklusif di Era FM. Album itu bakal memuatkan 13 buah lagu. "Saya tidak mahu menoleh ke belakang lagi kerana sedar nyanyian adalah minat saya dan tidak mahu sia-siakan bakat yang ada. "Jadi album ini adalah sebagai satu usaha untuk terus kekal sebagai penyanyi dan saya lega apabila lagu itu diterima dengan baik oleh peminat," jelasnya. Sementara itu, mengulas mengenai penglibatannya dalam bidang pengacaraan televisyen dan majlis korporat, ia berlaku secara tidak sengaja. Malah katanya, dia tidak menyedari mempunyai bakat dalam bidang tersebut namun mengakui kerjaya itu sesuai dengan personalitinya. "Saya sebenarnya tidak sedar boleh menjadi pengacara untuk program televisyen dan majlis korporat kerana tiada bakat ke arah itu tetapi setelah mencuba saya rasa seronok dan semakin selesa," jelasnya.

Dina mahu sihat

MEMULAKAN karier sebagai seorang penyanyi melalui pertandingan realiti, Dina atau nama sebenarnya Faradina Mohd. Nadzir membuktikan bahawa fizikal dirinya tidak menghalang dia untuk terus menginjakkan diri di bidang seni. Apatah lagi, dia bukan sahaja melibatkan dirinya dalam nyanyian, malah turut menjadi pelakon baik di peringkat drama dan teater, pengacara serta bertugas sebagai seorang DJ. Dalam kesibukan melakukan semua tugasan hariannya itu, jelas Dina masih sempat lagi singgah ke gim Celebrity Fitness untuk kesihatan dirinya. Namun, satu masa dahulu, Dina ada memberitahu yang dia selesa dengan bentuk tubuhnya sekarang tetapi mengapa dia mengambil masa untuk hadir ke gim. Jelas Dina, apa yang dilakukannya sekarang bukanlah untuk menjadi seorang yang berbeza daripada segi penampilan seperti akan kurus atau sebagainya. “Saya pergi ke Celebrity Fitness sebenarnya adalah untuk membina kehidupan yang sihat dan memiliki tubuh yang sihat. Itu tujuan utama saya datang ke sini. “Malah, penglibatan saya dengan gim bukan kerana mengikut trend atau sebagainya, sebaliknya saya sudah hampir tujuh tahun datang ke gim," katanya kepada S3 baru-baru ini. Tambah gadis kelahiran Terengganu itu, setiap kali dia ke gim, dia akan bersama dengan jurulatih kecergasannya, Adam Rahmat yang banyak memberi tunjuk ajar mengenai teknik senaman betul. “Dia akan menentukan corak latihan yang akan saya lakukan. “Malah, ketika saya hendak makan, saya pasti akan tanya Adam makanan apa yang saya boleh makan ataupun tidak. Kadang-kadang siap hantar gambar makanan lagi," ujar Dina. Malah, tambah Dina, corak pemakanannya kini juga berbeza dan lebih menyihatkan badan berbanding sebelum ini. “Biasanya pada waktu pagi saya akan minum minuman kesihatan Hollys. “Tengah hari kebiasaanya saya makan sup bebola ikan dan malam selalunya makan roti gandum penuh. “Berbeza dahulu saya tidak menetapkan sebarang jadual makanan dan waktu makan. Biasanya pagi saya makan bijirin dan sebab saya suka sangat makan nasi ayam, saya selalunya makan nasi itu waktu tengah hari dan malam," ujarnya. Tambah Dina, terdapat banyak perbezaan yang dialaminya setelah bergiat aktif di gim Celebrity Fitness terutamanya melibatkan kadar stamina dirinya. “Sejak memulakan sesi program kecergasan dan kesihatan bersama Celebrity Fitness dan menikmati makanan tambahan Horleys pada hujung Oktober lalu, berat badannya berjaya dikurangkan lebih 15 kilogram. “Tidur saya kini juga lebih nyenyak dan bangun pagi dalam keadaan yang segar. “Stamina pun bertambah baik sebab dahulu kalau menyanyi lama, saya mudah semput, tetapi kini tidak lagi," katanya. Menyelami kehidupan waktu kecilnya, dia sebenarnya mempunyai fizikal yang berisi. “Bukan saya seorang sahaja, adik beradik lain pun ada yang berisi juga," jelas Dina. Tambahnya, pernah ketika di alam remaja dia telah melakukan tindakan yang hampir memudaratkan diri semata-mata hendak kurus. “Masa tu hendak menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Dina ada mengambil suplemen yang apabila dimakan membuat badan jadi letih. “Benda itu menyebabkan saya sukar untuk tidur sehingga menganggu tumpuan belajar dan persiapan SPM," ujarnya. Tambah Dina, dia turut membuat kajian tentang suplemen yang diambilnya ketika itu dan nyata ia memberi kesan buruk. “Masa itu saya berjaya mengurangkan berat badan saya sebanyak 10 kilogram tetapi selepas itu meningkat semula sebanyak 20 kilogram," jelasnya. Bakal terbit album baharu Memulakan tahun baharu 2013, Dina bukan sahaja ingin membentuk semula tubuhnya, tetapi juga kerjayanya dalam industri seni. Apa yang mengujakannya, tahun ini juga menyaksikan Dina mengembangkan kerjayanya ke pementasan teater muzikal yang bertajuk Tirai Merah yang bakal dipentaskan tidak lama lagi. Namun, untuk mengubati rindu peminatnya, Dina juga akan tampil dengan sebuah album tahun ini. “Album tersebut sekarang berada dalam fasa terakhir dan akan diterbitkan tahun ini. Ia turut menyelitkan single terbaharu saya, Wanita Besi. “Sebenarnya, lagu tersebut telah siap dirakamkan pada 2009 tetapi oleh kerana komitmen kerja yang lain, saya terpaksa menunda pelancaran album tersebut," katanya.

Dunia baharu Dina Nadzir

ESIAPA sahaja yang mengenali selebriti bernama Faradina Mohd. Nadzir atau lebih dikenali sebagai Dina Nadzir pasti menyukai perwatakan ceria dan sikap peramahnya. Namun jika kamu menyelami hati Dina Nadzir, pasti ramai tidak percaya bahawa apa yang ditempuhinya sebelum ini tidak semudah yang disangkakan memandangkan kekurangan yang ada pada dirinya. Biarpun demikian, anak kelahiran Terengganu itu tidak mudah mengalah. Malah kehadiran Dina Nadzir dalam industri hiburan tanah air menyemarakkan lagi kehadiran bakat besar di negara ini. Meskipun berbadan besar, naib juara Malaysian Idol musim pertama itu memiliki vokal yang begitu mantap, gemersik dan memukau. Ketika .com bertemu dengannya di Celebrity Fitness, Damansara Utama, Dina Nadzir tampil dengan imej terbaharunya yang lebih kurus dan yakin, biarpun sekadar memakai baju sukan. Malah kegembiraan jelas terpancar pada wajah wanita itu, lebih-lebih lagi setelah menerima pengurus baharu, Hibat Ehsan Baharuddin dari Beaming Stars Services. Melihatkan kesungguhan dan semangat berkobar-kobar penyanyi, pelakon dan penyampai radio Era itu dalam mendapatkan berat badan yang ideal, ternyata segala usaha yang dilakukannya itu berbaloi. Dia kini tersenyum gembira apabila berjaya mengurangkan berat badan. Menurutnya, sejak memulakan sesi program kecergasan dan kesihatan bersama Celebrity Fitness dan menikmati makanan tambahan Horleys pada hujung Oktober lalu, berat badannya berjaya dikurangkan sebanyak lebih 15 kilogram. Perubahan menakjubkan itu membuatkan Dina Nadzir begitu teruja kerana dia kini sudah boleh memakai seluar jeans memandangkan selama ini dia tidak berpeluang memakainya kerana tidak mempunyai saiz yang bersesuaian. Tambah Dina Nadzir, paling ketara gaya hidup serta mentalitinya turut berubah. Jika sebelum ini, dia mengalami masalah tidur, kini dia dapat tidur dengan nyenyak tanpa sebarang masalah. Ternyata, program kecergasan dan kesihatan yang dijalaninya itu banyak membantunya dalam mengharung cabaran kerjaya seni. Ini kerana sebelum ini dia mengalami masalah cepat berasa penat ketika membuat persembahan pentas dalam tempoh yang lama. "Saya kini mampu menyanyi tanpa berasa 'semput' dalam tempoh beberapa jam," katanya. Apa yang lebih mengujakan, tahun 2013 bakal membawa perubahan besar kepadanya, lebih-lebih lagi setelah dia diberi kepercayaan berlakon dalam pementasan teater muzikal, Tirai Merah yang bakal dipentaskan tidak lama lagi. Namun dalam mengorak langkah sebagai seorang pelakon, Dina Nadzir tidak akan mengalih minatnya terhadap nyanyian yang sudah sebati dalam dirinya. Justeru, dia akan meneruskan kelangsungan dalam bidang nyanyian dengan menampilkan album mini yang akan dipasarkan pada tahun ini. Katanya, album mini itu merupakan album pengubat rindu khusus buat peminat Dina Nadzir selepas empat tahun dia bekerja di konti radio Era FM. Album mini itu turut menyelitkan single terbaharu bertajuk Wanita Besi. "Sebenarnya, lagu tersebut telah siap dirakamkan pada 2009 tetapi oleh kerana komitmen kerja yang lain, saya terpaksa menunda pengeluaran album tersebut," katanya.
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
free counter

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails