Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Dunia baharu Dina Nadzir

ESIAPA sahaja yang mengenali selebriti bernama Faradina Mohd. Nadzir atau lebih dikenali sebagai Dina Nadzir pasti menyukai perwatakan ceria dan sikap peramahnya. Namun jika kamu menyelami hati Dina Nadzir, pasti ramai tidak percaya bahawa apa yang ditempuhinya sebelum ini tidak semudah yang disangkakan memandangkan kekurangan yang ada pada dirinya. Biarpun demikian, anak kelahiran Terengganu itu tidak mudah mengalah. Malah kehadiran Dina Nadzir dalam industri hiburan tanah air menyemarakkan lagi kehadiran bakat besar di negara ini. Meskipun berbadan besar, naib juara Malaysian Idol musim pertama itu memiliki vokal yang begitu mantap, gemersik dan memukau. Ketika .com bertemu dengannya di Celebrity Fitness, Damansara Utama, Dina Nadzir tampil dengan imej terbaharunya yang lebih kurus dan yakin, biarpun sekadar memakai baju sukan. Malah kegembiraan jelas terpancar pada wajah wanita itu, lebih-lebih lagi setelah menerima pengurus baharu, Hibat Ehsan Baharuddin dari Beaming Stars Services. Melihatkan kesungguhan dan semangat berkobar-kobar penyanyi, pelakon dan penyampai radio Era itu dalam mendapatkan berat badan yang ideal, ternyata segala usaha yang dilakukannya itu berbaloi. Dia kini tersenyum gembira apabila berjaya mengurangkan berat badan. Menurutnya, sejak memulakan sesi program kecergasan dan kesihatan bersama Celebrity Fitness dan menikmati makanan tambahan Horleys pada hujung Oktober lalu, berat badannya berjaya dikurangkan sebanyak lebih 15 kilogram. Perubahan menakjubkan itu membuatkan Dina Nadzir begitu teruja kerana dia kini sudah boleh memakai seluar jeans memandangkan selama ini dia tidak berpeluang memakainya kerana tidak mempunyai saiz yang bersesuaian. Tambah Dina Nadzir, paling ketara gaya hidup serta mentalitinya turut berubah. Jika sebelum ini, dia mengalami masalah tidur, kini dia dapat tidur dengan nyenyak tanpa sebarang masalah. Ternyata, program kecergasan dan kesihatan yang dijalaninya itu banyak membantunya dalam mengharung cabaran kerjaya seni. Ini kerana sebelum ini dia mengalami masalah cepat berasa penat ketika membuat persembahan pentas dalam tempoh yang lama. "Saya kini mampu menyanyi tanpa berasa 'semput' dalam tempoh beberapa jam," katanya. Apa yang lebih mengujakan, tahun 2013 bakal membawa perubahan besar kepadanya, lebih-lebih lagi setelah dia diberi kepercayaan berlakon dalam pementasan teater muzikal, Tirai Merah yang bakal dipentaskan tidak lama lagi. Namun dalam mengorak langkah sebagai seorang pelakon, Dina Nadzir tidak akan mengalih minatnya terhadap nyanyian yang sudah sebati dalam dirinya. Justeru, dia akan meneruskan kelangsungan dalam bidang nyanyian dengan menampilkan album mini yang akan dipasarkan pada tahun ini. Katanya, album mini itu merupakan album pengubat rindu khusus buat peminat Dina Nadzir selepas empat tahun dia bekerja di konti radio Era FM. Album mini itu turut menyelitkan single terbaharu bertajuk Wanita Besi. "Sebenarnya, lagu tersebut telah siap dirakamkan pada 2009 tetapi oleh kerana komitmen kerja yang lain, saya terpaksa menunda pengeluaran album tersebut," katanya.
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
free counter

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails