Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..
Showing posts with label Faradhiya. Show all posts
Showing posts with label Faradhiya. Show all posts
Farahdhiya Putus Dengan Lelaki Arab Berstatus Suami Orang
Kali terakhir kita dengar kisah cinta Faradhiya di sini adalah ketika timbulnya gossip yang beliau bercinta dengan seorang saudagar hotel yang juga merupakan suami orang. Tapi gosip tersebut itu dinafikan sekeras-kerasnya oleh Faradhiya sendiri.
Kisah terbaru yang disampaikan menerusi ruangan gossip Kosmo! semalam menyatakan yang Faradhiya kini sudah pun putus cinta dengan jejaka yang dimaksudkan sebelum ini.
“Katanya, Faradhiya sekarang sudah putus cinta dengan seorang lelaki yang wajahnya ala ala Arab. Mesti kacak dan yang nyata, lelaki itu boleh tahan juga mewahnya. Tapi sayang, sudah punya keluarga — kira macam cinta tiga segilah juga ya?”
Namun gossip tersebut tidak menyatakan sebab kenapa pasangan ini putus cinta tetapi sempat berandaian yang Faradhiya kini mungkin sudah sedar akan risiko mencintai suami orang lain.
Tertekan kerana lakonan - Faradhiya
SEPANJANG menjadi pelakon lebih lima tahun lalu, tahun ini merupakan yang paling sibuk buat Farahdhiya. Dia sibuk kerana mendapat paling banyak tawaran berlakon drama bersiri dan telemovie daripada pelbagai syarikat produksi sejak akhir-akhir ini.
Menurut pelakon berusia 29 tahun ini ekoran kesibukan itu dia mengakui berasa tertekan dengan kehidupan sehariannya kini. Namun, pada masa sama Farahdhiya mengakui kesibukan itu juga merupakan peluang yang membuka lebih luas rezekinya sebagai pelakon.
"Saya mula sibuk sejak dari hujung tahun lepas sampailah sekarang. Boleh dikatakan setiap minggu saya mesti ada di lokasi penggambaran. Keadaan itu menyebabkan saya tidak cukup tidur. Saya memang tertekan dengan kesibukan saya sekarang ini.
"Sebelum ini saya ada banyak masa untuk pergi ke gimnasium, berlatih seni mempertahankan diri muay thay atau main golf sekurang-kurangnya seminggu sekali. Kalau dulu dalam sehari mesti saya ada masa untuk mengeluarkan berpeluh, tetapi sekarang terpaksa 'kehilangan' semua itu.
"Saya akan terus sibuk sampai bulan puasa ini. Biasanya pada bulan puasa saya berehat berlakon selama sebulan. Ketika itu masa saya banyak di rumah dan dapat juga pergi solat tarawih tetapi kali ini bulan puasa pun saya ada penggambaran," katanya ketika ditemui baru-baru ini.
Dia yang baru sahaja tamat penggambaran drama berjudul Bukan Cinta Monyet arahan Azmi Hatta bersama Fahrin Ahmad dan Ziela Jalil untuk siaran TV3 tidak lama lagi turut mengakui kesibukan itu menyebabkan dia tiada masa untuk memikirkan soal teman lelaki.
Bukan kerana tiada niat untuk mendirikan rumahtangga tetapi gadis kacukan Melayu dan Inggeris ini mahu merebut peluang yang datang dalam bidang lakonan selain berdoa serta berserah agar Allah mempertemukannya dengan seorang lelaki yang baik untuknya.
"Sekarang ini saya sendiri tidak ada masa untuk diri saya sendiri. Dalam usia sekarang ini tipulah kalau saya kata tidak ada niat untuk berkahwin. Saya sekarang ini sedang menunggu kehadiran seorang lelaki yang boleh membuatkan hati saya berdetik untuk berkahwin.
"Saya sudah tidak ada masa untuk bercinta lagi. Sebelum ini saya sudah ada pengalaman bercinta tetapi semuanya ke laut (gagal). Saya bukannya serik bercinta tetapi cukuplah saya pernah bercinta dengan dua lelaki tetapi semuanya tidak pergi ke mana pun, habis macam itu sahaja.
"Setiap seorang saya buang masa bercinta empat tahun. Bayangkan kalau dua orang lelaki itu, saya habiskan masa selama lapan tahun untuk bercinta sahaja. Kali ini kalau boleh biarlah saya bercinta lagi tetapi selepas kahwin," ujarnya segan silu bercerita tentang pengalamannya itu.
Faradhiya Cinta tak menjadi
HAMPIR satu dekad melayari hidup sebagai anak seni bukan satu jangka masa yang pendek buat wanita berkulit cerah ini. Bermacam-macam liku sudah dilalui oleh Faradhiya. Namun kini dia lebih realistik. Berbanding ketika darah muda menguasai diri, dewasa ini dia semakin matang seiring dengan peningkatan usia. Tidak ada apa lagi yang diharapkan oleh gadis kacukan ini selain mahu terus menerus menikmati kebahagiaan - nikmat yang harus dikecapi oleh setiap insan.
Mengakui dirinya bertuah dek kerana perjalanan seninya lancar selama ini, Farahdhiya yakin itu berkat usaha gigih berterusan yang dilakukan sejak rasmi bergelar anak seni. Bagi wanita yang menginjak usia 29 tahun ini bidang seni dan dirinya cukup bersatu apatah lagi cita-citanya untuk bergelar penyanyi sejak di bangku sekolah sudah tercapai.
Dia masih ingat lagi ketika mula-mula merakamkan lagu hampir sepuluh tahun yang lalu.
Meskipun wajahnya masih lagi asing ketika itu, kekuatan lagu Bertakhta Di Hati membawanya bertahan sampai hari ini. Tuah lagu tersebut begitu besar sehingga mempopularkan namanya ke persada muzik tanah air.
Paling tidak lagu itulah yang banyak membukakan pintu rezeki buat pemilik nama sebenar Farahdhiya Mohamed Amin sehingga berjaya menerobos tempat sebagai salah seorang penyanyi berbakat besar.
Namun sejak akhir-akhir ini namanya sedikit tenggelam. Sudah kurang publisiti yang diberikan kepadanya sehingga menimbulkan seribu tanda tanya.
Saya tidak akan keluar cari publisiti jika tak ada benda nak cerita. Kalau ada produk baru atau ada perkara yang baik tak ada masalah," jelasnya memulakan bicara.
Sedia berkahwin
KURANG setahun sebelum usianya genap 30 tahun, dia tahu sudah pasti soal jodoh tidak akan terlepas daripada terus diajukan kepadanya.
Mungkin bagi sesetengah orang yang berstatus bujang, dalam usia begitu mereka tertekan dek kerana belum bertemu jodoh. Berbeza dengan dirinya. Itu bukan masalah besar yang harus diambil pusing untuk terus menyesakkan kepalanya.
Dahulu saya pernah menyasarkan untuk berkahwin sebelum usia 30. Sampai sekarang pun rasanya kurang setahun sahaja masa yang ada untuk saya memenuhkan janji tersebut.
Tapi saya tak terlalu kecoh nak berkahwin macam orang lain sebab saya anggap masih belum bertemu dengan lelaki yang sesuai untuk menjadi suami saya.
Kalau nak ikutkan memang ramai lelaki yang datang menghimpit. Mungkin ada beberapa perkara yang tak kena dan membuatkan pintu hati saya tak terbuka untuk mereka.
Saya memang cerewet dalam bab-bab macam ini. Saya tak mahu menggadaikan masa depan dengan memilih lelaki yang entah apa-apa hanya kerana nak berkahwin macam orang lain.
Ini bukan perkara main-main yang boleh kita cuba-cuba. Semua orang pun kalau boleh nak berkahwin sekali sahaja seumur hidup," jelasnya.
Mengimbau kembali beberapa cerita cinta yang tidak menjadi sebelum ini, Faradhiya tidak pernah meletakkan harapan setinggi gunung setiap kali rapat dengan mana-mana lelaki.
Baginya dalam fasa perkenalan macam-macam perkara boleh berlaku sama ada cinta tidak menjadi atau sebagainya.
Tegasnya, dia tidak ada masalah untuk mencari teman lelaki tetapi untuk mencari calon suami, baginya bukan perkara mudah.
Lebih-lebih lagi keluarganya pun tidak mendesak berhubung isu yang satu itu malah cukup memahami dan tak kisah andai kata jodoh lewat tiba.
Mungkin keluarga lebih suka saya tak kahwin lagi sebab hanya saya anak perempuan di dalam keluarga. Kalau sudah berkahwin nanti mungkin sedikit menjarakkan hubungan kami sebab saya dah berkeluarga," katanya sambil tertawa.
Kecil hati
Sejak muncul di persada seni, nama Farahdhiya lebih terkenal sebagai penyanyi berbanding bidang lakonan. Namun sejak membintangi beberapa buah drama namanya semakin memuncak sebagai pelakon.
Sering kali diberikan dengan pelbagai variasi watak dia tidak pernah mengeluh namun baginya bidang nyanyian tetap diminati.
Saya tahu impak lagu pertama itu melekat sampai hari ini. Pergi ke mana-mana pun orang masih ingat lagu Bertakhta Di Hati. Sebab itu saya enggan meninggalkan bidang nyanyian walaupun rezeki banyak dalam bidang lakonan.
Bukan tak ada niat nak buat lagu baru tapi saya kekurangan masa. Saya pun dah rakam tiga lagu untuk dimuatkan di dalam album akan datang. Tapi sampai sekarang belum berkesempatan nak menghabiskan rakaman baki lagu lain," jelasnya satu persatu.
Menggunakan khidmat komposer Julfekar sebagai penerbit album akan datang, wanita ini berharap agar produknya akan mendapat sambutan seperti sebelum-sebelum ini.
Namun di dalam hati kecilnya dia menyimpan rasa perit apabila lagu Kau Telah Pergi kurang mendapat sambutan peminat. Tidak tahu di mana silapnya, perkara tersebut benar-benar membungkam hati kecilnya.
Saya ada lagu bagus tetapi tak jalan. Tak tahu nak cakap macam mana sebab itu memang produk yang bagus tanpa mendapat ruang sewajarnya.
Lagu tak sedap kalau diputarkan hari-hari pun akan sedap. Sama juga hal dengan lagu-lagu yang bagus tapi tak diputarkan di radio. Bila tak mendapat ruang yang sewajarnya sudah pasti lagu itu akan mati.
Saya tidak mahu menyalahkan mana-mana pihak. Walaupun sedikit terasa dengan perkara tersebut tapi saya telan dan belajar sesuatu mengenai bidang nyanyian.
Mungkin bila dah menghasilkan album penuh selepas ini saya kena bekerja dengan lebih keras untuk memastikan kelancaran album akan datang," jelasnya.
Apa yang menarik tentang wanita ini, dia sebenarnya tidak pernah kisah dengan bakat-bakat baru yang muncul di persada seni tanah air. Tidak ada istilah tergugat dalam kamus hidupnya walaupun ramai beranggapan orang baru menenggelamkan muka lama.
Menjelaskan perkara berkenaan, dia yang pernah membintangi drama Spa Q yakin yang rezeki ditentukan oleh Allah dan tidak sesama manusia.
Kalau kita berdisiplin, kerja keras dan ikhlas tak mustahil kita akan diterima sampai bila-bila. Saya tak tergugat dek kehadiran orang baru yang semakin ramai.
Masing-masing ada bahagian rezeki mereka dan saya tak kisah langsung mengenai perkara itu. Kalau orang suka dengan cara kita bekerja tidak mustahil itu akan membuka seluas-luasnya pintu rezeki.
Biarlah orang nak cakap apa pun asalkan saya tahu apa yang saya mahukan di dalam hidup," tegasnya.
Farahdhiya Elak Sikap Suka Jaja Kisah Cinta
Remy Ishak & Faradhiya Sah Bergelar “Suami Isteri”
Bukan ke Remy Ishak tengah kemaruk bercinta dengan aktres popular, Tiz Zaqyah? Kenapa pula tiba-tiba terkeluar cerita pasal pernikahan Remy Ishak & Faradhiya pula? Aha, ini sekadar gimik untuk sebuah telefilem terbitan Outloud Studios berjudul ‘Payung Emas’ yang akan ditayangkan dalam slot Cerekarama TV3 pada 19 November (Sabtu) jam 10 malam. Ia diarahkan oleh Jamal Khan, skrip oleh Pak Ndak dan dibintangi oleh barisan pelakon terkenal tempatan seperti Remy Ishak, Farahdhiya, Hanez Suraya, Ozlynn Waty dan Rosnah Johari. Payung Emas merupakan sebuah telefilem genre drama berat keagamaan yang menyentuh isu pergolakan rumah tangga dan pengorbanan seorang isteri.
Telefilem ini mengisahkan Ain yang melalui zaman perkahwinan seperti yang diwasiatkan oleh kakak kembarnya Aisyah. Aisyah meminta Ain berkahwin dengan suaminya, Hidayat sebelum meninggal dunia.
Perkahwinan yang bahagia pada awalnya, mengundang peristiwa duka apabila Ain disahkan tidak boleh hamil akibat penyakit dihidapinya. Tekanan menghimpit Ain apabila Ibu mertuanya meminta Ain membenarkan Hidayat untuk berkahwin lagi.
Meskipun terluka, Ain sendiri meminang Khatijah buat Hidayat. Namun kebahagiaan yang diharap tidak berpanjangan setelah Hidayat kemalangan dan Khatijah pula mengalami tumpah darah. Keadaan semakin tegang apabila Sarah, sepupunya menghasut Ain untuk meninggalkan Hidayat. Dapatkah Ain melalui perkahwinan yan
Farahdhiya Jauh Hati Dengan Zizie Izette?

PETALING JAYA:Pelakon jelita, Farahdhiya (gambar) mengakui sudah lama tidak berhubung dengan rakan baiknya Zizie Izette sejak pelakon itu mendirikan rumah tangga dengan Datuk Bung Mokhtar.
Menurut Farahdhiya, dia tidak tahu di mana silapnya sehingga persahabatan baik mereka tiba-tiba renggang sehingga tiada tanpa sebarang khabar berita.
"Kami memang kawan rapat, masa awal-awal pembabitan saya dalam dunia lakonan dia orang pertama yang beri sokongan. Watak-watak yang sukar saya bawa, saya akan rujuk dan minta pendapatnya terlebih dahulu.
"Tapi sejak kebelakangan ini selepas dia berkahwin kami seperti terputus hubungan. Saya sendiri tidak tahu apakah silapnya sehingga hubungan kami tidak seperti dahulu. Kami tidak pernah bergaduh atau berselisihan faham," katanya.
Jelas Farah, kali terakhir dia berhubung dengan isteri kepada Ahli Parlimen Kinabatangan itu pada majlis rumah terbuka yang dianjurkan pasangan suami isteri tersebut pada 25 September lalu.
"Lama kami tidak berhubung, tapi semasa majlis rumah terbuka mereka itu dia ada mengirim Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) menjemput saya hadir. saya tidak pergi sebab ketika itu saya sudah ada program lain," jelasnya.
Farah akui sebagai seorang sahabat baik, dia begitu merindui persahabatan mereka, namun dia faham tanggungjawab Zizie kini lebih tertumpu kepada keluarga yang baru dibinanya.
"Jauh di sudut hati saya memang saya rindukan dia. Tapi saya faham dia mempunyai tanggungjawab dan komitmen terhadap keluarganya," ujarnya.
Dalam pada itu, ketika ditanya tentang hubungannya dengan pelakon Norish Karman yang sebelum ini dikatakan dingin kerana kontroversi mengenai gosip percintaan pelakon wanita itu dengan abangnya Mohamed Luqman berkata, dia tiada masalah mengenai perkara itu.
"Saya tidak ada masalah dengan Norish, saya tahu dia berkawan dengan abang saya. Itu adalah hal peribadi mereka dan saya tidak masuk campur.
"Memang dahulu kami ada perselisihan faham tapi bukan disebabkan saya tidak senang dia berkawan dengan abang saya. Tapi sekarang kami sudah berbaik dan sering ke majlis-majlis hiburan bersama," katanya.
Hati Farahdhiya Sudah Terkunci

MELIHAT raut wajah gadis berketurunan Melayu-Inggeris ini, ramai yang percaya bahawa watak yang dilakonkan sebagai penggoda adalah gambaran dirinya yang sebenar. Tapi hakikatnya diri wanita bernama Farahdhiya Mohd Amin (gambar) ini tidaklah seperti itu.
Wanita berusia 26 tahun ini mengakui sudah muak dilabel sebagai perempuan jahat tetapi sesekali dia mahu diuji dengan watak-watak lain yang lebih melambangkan sudut sebenar dirinya.
Keinginan itu mendatangkan hasil apabila Farah ditawarkan untuk melakonkan peranan sebagai wanita bertudung bernama Saadatul Saadiah dalam drama terbaru berjudul Chinta terbitan TV3.
“Saya sudah biasa diberi watak-watak antagonis sehinggakan saya merasakan sudah terlalu pakar untuk melakonkan watak-watak begitu. Ya lah... bila kita sering buat kerja yang sama, sudah tentu perkara tersebut jadi mudah.
“Namun bila pertama kali ditawarkan watak perempuan baik dan bertudung dalam drama Chinta ini saya betul-betul gembira. Pada mulanya saya fikir ia pasti mudah, tapi hakikatnya ia adalah cabaran kepada saya untuk menukar persepsi yang sudah lama tertanam di minda penonton,” katanya.
Sering kali mendengar pujian dalam lakonannya sebagai wanita jahat, kali ini Farah ingin membuktikan kepada penonton bahawa dia juga mampu membawa peranan baik.
Namun dia berdebar dan tidak sabar menanti reaksi penonton terhadap lakonannya yang dijangka akan keluar pada minggu hadapan.
“Saya harap watak ini berjaya seimbangkan persepsi masyarakat pada saya. Saya mahu mereka kenali saya sebagai seorang yang boleh melakonkan pelbagai watak.
Kepercayaan pengarah juga penting kerana ini kali pertama mereka berani beri watak baik kepada saya, jadi saya tidak mahu dianggap gagal,” ujarnya.
Wanita konservatif
Tidak adil rasanya menilai wanita ini dari kaca televisyen semata-mata tetapi dari sudut luaran memang dia seorang yang moden.
Hendak pula dia lahir dari darah kacukan. Tapi sebaliknya dalam jiwa ‘minah salih’ ini dia seorang yang agak konservatif.

“Ramai yang anggap saya seorang yang moden, mudah bergaul atau bersosial. Tapi sebenarnya saya seorang yang agak konservatif dan sangat mementingkan budaya ketimuran. Saya bukan seorang yang sukan bersosial dan terlalu terdedah dengan kehidupan bandar.
“Saya lebih suka duduk di rumah dan habiskan masa bersama keluarga jika tidak bekerja. Sebab itu saya suka memasak untuk keluarga jika tidak bekerja. Bagi saya sesebuah ikatan kekeluargaan akan lebih bahagia jika diikat dengan masakan sendiri,” ujarnya yang pandai memasak masakan Melayu berbanding masakan barat.
Diusik dengan lelaki istimewa yang sedang bertakhta di hatinya, penyanyi lagu Bertakhta Di Hati ini memberitahu buat masa ini dia belum mempunyai teman istimewa.
Malah dia menganggap ketika ini dia masih belum terdesak untuk mempunyai seorang lelaki. Dia mengakui setelah dikecewakan berkali-kali hatinya kini sudah terkunci.
“Buat masa ini hati saya belum terbuka, tapi saya tidak pernah menolak jodoh. Bagi saya jika ada sesiapa yang boleh membuka hati saya saat ini saya bersedia untuk berkahwin. Sebagai perempuan saya memang impikan sebuah keluarga yang bahagia, ketika kecil lagi saya berangan-angan untuk berkahwin pada usia 20an.
“Tapi sekarang baru saya sedar bukan mudah untuk mencari seorang lelaki yang benar-benar sesuai dengan saya. Bukan saya terlalu memilih tetapi saya mahukan seseorang lelaki yang mementingkan keluarga dan kalau boleh bukan mereka yang terlibat dalam industri hiburan,” katanya yang pernah digosipkan bercinta dengan beberapa artis lelaki tanah air.

Masih jadi penyanyi
Kerjaya lakonannya yang semakin bersinar tidak menutup bakatnya sebagai penyanyi yang berjaya membawa namanya ke persada industri hiburan tanah air. Setelah beberapa kali dugaan menimpa dalam proses menerbitkan album, Farah tidak pernah sesekali berputus harap.
Mendapat tawaran daripada komposer, Julfekar Ahmad Shah untuk menerbitkan album, Farah kini sudah merakamkan tiga buah lagu untuk album yang bakal dikeluarkan pada November ini.
“Saya sayangkan bidang nyanyian, tapi banyak sahaja dugaan yang menimpa. Album kedua saya gagal disebabkan promosi dan syarikat rakaman yang sudah tutup, selepas itu saya cuba bersama syarikat rakaman Meastro tetapi nasib tidak menyebelahi saya.
“Sudah enam tahun selepas album pertama Bertakhta Di Hati, saya dikatakan berhenti dari bidang ini. Sebenarnya saya masih aktif memenuhi undangan nyanyian untuk syarikat-syarikat korporat. Namun tawaran untuk keluarkan mini album daripada Julfekar memberi sinar baru bagi saya,” katanya yang bakal muncul dengan single terbaru berjudul Kau Telah Pergi.
Tambah Farah, harapan terhadap album kali ini terlalu tinggi. Dia mahu dikenali semula sebagai seorang penyanyi seperti satu masa dahulu. Malah dia juga menjanjikan single terbarunya itu bakal meruntun jiwa pendengar seperti lagu Bertakhta Di Hati.
Buat 'kerja gila'

Faradhiya beranikan diri terima dua tugasan dalam satu masa
BERKULIT putih gebu dan lahir dalam keluarga berdarah campuran serta diiringi bakat yang boleh terus digilap, nama Farahdhiya dilihat antara yang terus memberi kesinambungan kepada kehadiran bakat pelapis dalam dunia lakonan.
Penyanyi lagu Bertakhta Di Hati Ini yang mesra disapa dengan panggilan Farah, sebenarnya cukup bertuah kerana terus mewarnai industri seni tanah air.
Satu demi satu siri drama dan telefilem dari pelbagai produksi memberi kepercayaan kepada Farah membuktikan bakatnya tidak boleh dipandang mudah. Malahan, dengan peluang lakonan yang semakin berkembang, dia mula memberanikan diri untuk menerima dua tugasan berlakon dalam satu masa. Ketika ini, dia sedang bijak membahagikan masa untuk dua drama.
Pada peringkat awal memang ia dianggap sebagai 'kerja gila'. Dalam nada berseloroh lagi, keretanya kini sudah seperti almari baju yang bergerak kerana penuh dengan pakaian yang dipakai untuk penggambaran drama. Ketika ini, dia sedang rancak menjalani penggambaran drama Spa Qistina musim ketiga dan Di Bawah Ketiak Isteri musim kedua.
"Pada mulanya takut juga untuk menerima dua kerja dalam satu masa. Tapi Alhamdulillah setakat ini ia masih terkawal. Harapnya ia tidak akan menimbulkan masalah. Farah bersyukur dengan rezeki yang datang ini, malah ada juga tawaran lain yang datang serentak terpaksa ditolak," katanya.

PELAKON ini mengakui sudah agak lama tidak bertemu teman baiknya, Zizie Ezette.
Melalui beberapa drama seperti Spa Q musim pertama dan kedua serta Ku Milikmu, umum juga tahu watak wanita terkinja-kinja sering dilabelkan kepadanya hingga mula dibenci peminat gara-gara karakter sedemikian. Dibenci bererti dia sebenarnya berjaya membawa watak yang diharapkan itu dengan baik.
Dalam usaha mencipta kepelbagaian itu, dia diberi peluang buat pertama kali berlakon genre komedi iaitu Di Bawah Ketiak Isteri. Menerusi drama itu, dia memegang watak Siti. Drama Di Bawah Ketiak Isteri memberi cabaran baru kepadanya. Malah tidak langsung terlintas di hati untuk lari daripada watak yang sering dibayanginya.
"Farah tidak menyangka untuk berlakon watak komedi. Tapi sekurang-kurang watak ini dapat mengubah sedikit persepsi penonton bahawa Farah juga boleh mencuba watak lain. Selepas ini, Farah nak berlakon cerita seram pula.
"Untuk watak Siti (dalam drama Di Bawah Ketiak Isteri), Farah digandingkan dengan Ropi Cecupak, jadi suami Farah. Memang agak mencabar watak ini kerana berlakon dengan orang yang suka berlawak memang sepanjang masa.
"Tapi apapun, Farah hargai peluang ini kerana ia satu perkara baru. Bukan senang sebenarnya nak memegang watak komedi," katanya yang berhasrat untuk memakai pendakap gigi untuk bahagian gigi bawah tak lama lagi.
Mengenai Spa Qistina pula, watak Julia masih menjadi miliknya. Menurutnya, biarpun drama terbabit sudah berubah siaran dari TV3 ke stesen berbayar, Astro, dia berharap peminat dan pengikut setia siri popular ini akan terus memberi sokongan padu.
Katanya lagi, selepas meneliti skrip musim terbaru ini, watak Julia akan semakin mengganas.
Ditanya mengenai perubahan watak Qistina yang kini disandang oleh Nanu Baharuddin menggantikan Norish Karman, Faradhiya berkata, dia tidak menghadapi masalah untuk bekerja dengan sesiapa. Umum sudah mengetahui mengenai hubungan Norish dengan abang Faradhiya.
"Hubungan Farah dengan sesiapapun tiada kaitan dengan kerja. Biarpun dia (Norish) sudah tidak lagi bersama Spa Qistina, kami masih okey. Dulu pun, Farah pernah dengar ada ura-ura kononnya kami bergaduh.
"Farah tidak mahu lagi cakap cerita lama. Kami tidak ada masalah dan dengan sesiapapun abang saya berkawan, ia bukan urusan Farah. Kami pernah keluar bersama, ke gim dan makan-makan," kata Farah yang cuba membezakan watak dua drama terbabit dengan memakai rambut palsu untuk drama Spa Qistina dan menggunakan rambut sendiri untuk Di Bawah Ketiak Isteri.
Menyanyi tidak ditinggalkan
MENGENAI kerjaya nyanyian, Faradhiya menjelaskan bidang itu tetap menjadi keutamaan dan tidak ditinggalkan walaupun sibuk dengan tawaran berlakon.
Malahan single pertama, Renyai ciptaan Tam Spider akan muncul tak lama lagi. Namun, kesibukannya berlakon memang sedikit sebanyak membuatkan tumpuannya terhadap bidang itu mula renggang.
"Bukan soal menyanyi saja, malah kerana setiap hari berada di lokasi penggambaran, Farah sudah merindui sesi memanjakan diri. Bayangkan masa dengan kekasih Farah pun tak menentu. Dia pun baru bertukar kerja, lalu masing-masing sibuk dengan agenda kerja.
"Tapi, Farah sendiri takkan jadikan alasan sibuk untuk tidak berjumpa dengannya. Cuma biasalah kalau berjumpa sesekali, Farah seperti hilang tenaga kerana penat berlakon. Mungkin ini pengorbanan yang harus dilakukan. Farah sendiri tidak percaya kepada cinta yang dijarakkan atau berjauhan setiap masa," katanya.
Subscribe to:
Posts (Atom)
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
