Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Farahdhiya Elak Sikap Suka Jaja Kisah Cinta

Pelakon dan penyanyi Farahdhiya tidak sesekali menjaja kisah cintanya kepada umum kerana perbuatan itu sedikit-sebanyak akan memperlihatkan sikap buruk seseorang wanita. “Wanita kena ada rasa malu. Ini tidak... sikit-sikit, ‘I sayang boy friend I.’ Sebenarnya tak boleh macam tu. "Wanita kena ingat, kita bukannya nak pinang lelaki tetapi kaum itu yang akan meminang kita,” katanya seperti yang dilaporkan mStar Online ketika ditanya siapakah teman lelakinya ketika ini. Pelantun lagu Bertakhta Di Hati Ini menjelaskan, sudah menjadi prinsipnya untuk tidak berkongsi soal kekasih kepada umum kerana individu yang dikenalinya belum tentu akan mengakhiri hubungan itu sehingga ke jenjang pelamin. Tambah dia lagi, sekiranya sudah bertemu dengan individu yang sesuai dan kedua-dua pihak memutuskan untuk berumah tangga, barulah dia bersedia untuk menghebahkan perkara tersebut. “Selagi belum nak kahwin, selama itulah saya akan menyimpan rahsia dengan siapa saya berkawan kerana saya memegang teguh kepada prinsip, perempuan tidak boleh jaja cinta mereka,” katanya yang bakal muncul dalam drama bersiri Bangkitnya Seorang Perempuan tidak lama lagi. - mD
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
free counter

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails