Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Showing posts with label Farhan AF4. Show all posts
Showing posts with label Farhan AF4. Show all posts

Gosip Putus Tunang Dugaan Paling Buruk Farhan

Penyanyi Nur Farhan Azizan menganggap dugaan paling buruk sepanjang tempoh dua tahun setengah pertunangannya dengan Ahmad Rashadan Suhaimi, 30, ketika hubungan itu dikhabarkan putus. Farhan, 30, berkata, perkara tersebut terjadi ketika dia dan Ahmad Rashadan berhadapan dengan masalah dan ramai pihak cuba masuk campur dalam hal tersebut. "Ada satu ketika khabar angin mengatakan kami sudah putus ia mungkin ketika saya dilihat pergi ke mana-mana majlis secara bersendirian hingga menyebabkan orang sekeliling beranggapan begitu. "Pada ketika itu juga hubungan kami memang bermasalah masalah dan kami dalam usaha memperbaiki hubungan tersebut. Namun banyak pihak yang campur tangan sehingga keluar cerita-cerita tidak benar," ujarnya ketika ditemui pada sidang media mengumumkan perkahwinannya di Restoran Anggun Fusion, di Plaza Damas, di sini, Rabu. Pasangan ini bakal bernikah di Masjid Sultan Mizan Putrajaya, pada 10 Oktober depan. Manakala, majlis resepsi akan diadakan pada sebelah malam di Dewan Sri Endon dengan bertemakan Melayu Klasik. Farhan berkata, keputusan mendirikan rumah tangga dibuat setelah kedua-dua mereka bersedia untuk menjalankan tanggungjawab sebagai suami-suami isteri. Katanya, dia tidak mahu ianya dijalankan secara tergesa-gesa bagi memuaskan hati orang sekeliling. "Kami ambil masa lama untuk tempoh bertunang ini, ia agar kami benar-benar dapat memastikan kami berdua bersedia untuk memikul tanggungjawab berat itu. "Kami tidak mahu berkahwin kerana desakan keluarga atau orang di sekeliling, biar semua itu terjadi atas rasa kesedian kami sendiri," katanya. Dalam pada itu, Ahmad Rashadan pula berkata, sepanjang tempoh perkenalan hampir lapan tahun itu, pelbagai dugaan dan rintangan lain yang turut dihadapi bersama. Malah katanya, perkara yang dianggap sebagai dugaan itu sebenarnya menguatkan lagi kasih sayang mereka. "Kami tidak menganggap masalah itu sebagai satu masalah sebaliknya kami sentiasa mencari penyelesaian dengan baik. "Dugaan semasa bercinta pula ketika saya belajar di United Kingdom membuatkan kami terpisah selama tiga tahun dan berhubung hanya melalui e-mel," ujarnya. Pasangan ini mengikat tali pertunangan pada 12 Februari 2012, namun mereka mengumumkan penangguhan rancangan perkahwinan yang sepatutnya berlangsung pada akhir tahun lalu atas alasan sibuk dengan kerjaya masing-masing.

Tiada masalah peribadi - Farhan

Sudah lama kita tidak mendengar tentang penyanyi kelahiran rancangan realiti Akademi Fantasia 4 iaitu Nur Farhan Azizan atau lebih dikenali sebagai Farhan, terakhir yang diketahui dia sudah bertunang dengan seorang pegawai kerajaan. Jelas Farhan, memang benar perkahwinannya yang dirancang pada awal tahun dahulu terpaksa ditangguhkan tetapi bukan disebabkan terdapat masalah dalam hubungan mereka, sebaliknya kerana terikat dengan kerjaya. "Buat waktu ini kami mengambil keputusan untuk menangguhkan perkahwinan yang dirancang sebelum ini, tetapi jangan salah faham kerana hubungan kami masih baik seperti dahulu. "Keputusan tersebut terpaksa dibuat kerana masing-masing sibuk dengan kerjaya sendiri sebelum ini tetapi Insya-Allah, kami akan disatukan pada hujung tahun hadapan," katanya. Farhan yang kini berusia 29 tahun berkata demikian sewaktu ditemui pada majlis pelancaran Live Blues & Jazz 2013 yang diadakan di Dewan Tunku Abdul Rahman, Pusat Pelancongan Malaysia (Matic), baru-baru ini. Tambah Farhan lagi, sewaktu mendengar gosip yang mengatakan pertunangannya telah putus, dia amat terkejut dengan berita tersebut, apatah lagi ahli keluarganya. "Memang benar kami semakin kurang bersama, tetapi itu adalah kerana kekangan masa di antara saya dan dia, selain daripada itu tiada sebarang masalah antara kami," katanya yang melangsungkan pertunangan pada Februari 2012. Jelas Farhan berhubung perjalanan kariernya pula, dia amat gembira dengan pilihan muziknya yang lebih menjurus kepada irama jaz kerana baginya, irama tersebut sesuai dengan suara dan minatnya. "Mungkin pasaran untuk jaz di Malaysia tidak sebesar genre-genre lain namun saya percaya, peminat muzik itu semakin bertambah dari hari ke hari. "Jika saya tidak meneruskan kesinambungan muzik jaz klasik Melayu, siapa lagi? Jadi saya sedia pikul tanggungjawab itu," katanya yang bakal mengeluarkan single terbaru awal tahun hadapan berjudul Bukan Mimpi.

Tangguh kahwin Kami tak ada masalah - Farhan

BERMACAM-MACAM spekulasi timbul apabila penyanyi Farhan yang juga merupakan produk kelahiran Akademi Fantasia musim keempat (AF4) memaklumkan mengenai keputusannya menangguhkan perkahwinan. Antara spekulasi paling popular, hubungannya dengan tunang, Ahmad Rashdan Suhaimi sebenarnya sudah lama bermasalah lantaran masing-masing berdepan dengan situasi percintaan jarak jauh. Khabar angin itu bertebaran dan ramai yang percaya Farhan dan Rashdan kini sudah tidak sehaluan. Untuk menutup kelemahan, itu sebabnya Farhan didakwa terpaksa ‘berbohong’ dengan masyarakat bahawa dia menangguhkan perkahwinan itu atas faktor masing-masing sibuk membina kerjaya. Bertanyakan mengenai status hubungan penyanyi yang popular dengan lagu Kelmarin ini, Farhan menjawab dalam tenang. Kemahuannya cuma satu, penjelasan di bawah dapat menghentikan segala macam spekulasi yang timbul. Sudah setahun lebih menjadi tunangan kepada Ahmad Rashdan, betulkah hubungan Farhan dan tunang bermasalah? Saya dan dia tak ada masalah pun. Kami okey sahaja. Apa komen Farhan mengenai khabar angin yang mengatakan hubungan kamu bermasalah dan sebab itulah perkahwinan terpaksa ditangguhkan? Tipulah kalau saya cakap hubungan kami sentiasa baik saja. Gaduh, bertengkar mulut itu perkara biasa dan rasanya semua pasangan juga begitu. Dulu ya, kami mengalami saat yang sukar sebab percintaan jarak jauh. Tapi tak adalah teruk sangat. Apa pun, bila timbul masalah, kami akan cuba selesaikan dengan cara terbaik. Bagi kami bertengkar dan kemudian berbincang itu adalah perkara baik sebab dari situ kita cuba kenal pasangan kita. Tangguh kahwin itu hal lain, bukan sebab kami ada masalah. Jadi tangguh kahwin kerana apa? Perkara ini kami dah bincang dan setuju secara bersama. Kami tangguh kahwin sebab tahu masing-masing sibuk dengan kerjaya. Lagipun tunang saya baru setahun bekerja di Malaysia. Sebelum ini dia berada di luar negara. Jadi dia masih baru dalam suasana bekerja di tanah air sendiri. Jadi biarlah dia bina kerjaya dia dulu . Saya pula sibuk dengan jadual seni dan penerbitan single baru, Bukan Mimpi. Bila masanya sesuai barulah kami akan fikir mengenai perkahwinan. Orang kata tak baik bertunang lama-lama. Di depan mata juga banyak dah berlaku bertunang kemudian putus. Farhan tak bimbang? Betul orang cakap tak baik lama-lama tapi kena juga fikir, berkahwin secara terburu-buru juga tak baik. Bagi saya selagi ada persefahaman antara pasangan, lambat atau cepat itu bukan hal utamanya. Tiada desakan daripada keluarga Farhan atau Rashdan? Sebelum ini adalah mereka bertanya-tanya. Tapi selepas kami menjelaskan yang kami ada sasaran sebelum berkahwin, mereka faham dan tak mendesak. Kalau boleh saya dan tunang mahu berkahwin dalam suasana yang kami tak perlu kusut memikirkan hal kerja. Kami tak mahu tertekan. Tapi perkara ini ambil masa. Bila nak tetapkan tarikh kahwin? Tak pasti bila. Akan diberitahu nanti. Satu lagi isu, mengenai imej. Ada yang mendakwa Farhan dah tak mahu seksi-seksi lagi dah sekarang dan penampilan juga lebih sopan. Itu semua sebab nak jaga status sebagai bakal isteri orang atau bagaimana? Tak adalah. Rasanya saya masih Farhan yang dulu. Saya pakai apa yang saya rasa selesa. Saya pun tak faham kenapa orang kata saya seksi dari dulu lagi. Padahal saya rasa tak seksi pun. Entahlah. Bagi saya asal selesa dan yakin nak pakai dan gayakan, tak jadi masalah. Pernah terfikir mengenai penghijrahan? Macam kebanyakan yang dah dilakukan oleh artis kita sekarang? Bagi mereka yang dah berhijrah, bagi saya baik. Pujian buat mereka. Bagi saya biar dibuat dengan ikhlas hati. Insya-Allah saya juga akan ke arah itu. Doakan saya.

Farhan Terpaksa Tunda Tarikh Nikah

Penyanyi Nur Farhan Azizan mengakui dia dan tunangnya Ahmad Rashdan Suhaimi, 29, terpaksa menunda majlis perkahwinan mereka yang sepatutnya berlangsung pada tahun ini kepada hujung tahun depan. Farhan, 29, berkata, keputusan itu terpaksa dibuat memandangkan dia dan tunangnya itu terlalu sibuk dengan kerja masing-masing dan yakin penghujung tahun depan adalah masa yang paling sesuai untuk mereka diijabkabulkan. "Walaupun kurang tampil di televisyen, saya tetap sibuk dengan aktiviti nyanyian untuk pelbagai acara majlis manakala Rashdan pula sibuk dengan kerjanya sebagai Pengurus Akauntan di syarikat Petronas. "Tambah pula sekarang ini saya di bawah pengurusan baru iaitu Aneka Teknik, maka banyak kerja yang perlu diuruskan. "Insya-Allah, kami merancang untuk kahwin pada hujung tahun depan. Diharap segala perancangan dapat berjalan dengan lancar," katanya yang dihubungi mStar Online di sini pada Selasa. Farhan dan Rashdan telah menjalinkan hubungan selama tujuh tahun dan mengikat tali pertunangan pada 12 Februari 2012 dalam satu majlis yang di adakan di Cafe Flora, AmWalk, Ampang dekat sini. Tambah Farhan, dia turut mengakui keluarganya sedikit kurang senang apabila keputusan untuk berkahwin ditundakan kerana menganggap tidak elok bagi pasangan yang sudah bertunang melewatkan pernikahan mereka. "Biasalah mak ayah pasti risau apabila anak perempuan mereka tidak kahwin-kahwin lagi walaupun perancangan asalnya dibuat pada hujung tahun ini. "Mereka risau, pasangan yang melalui tempoh pertunangan akan menerima pelbagai cabaran dan dugaan. Takut jika perhubungan kami tidak jadi. "Bagaimanapun, Alhamdulillah, selepas menerangkan sebab-sebabnya, mereka faham," ujarnya. Beritahu Farhan, dia yakin kepercayaan masyarakat mengenai 'dugaan dalam pertunangan' lebih disifatkan sebagai pemikiran psikologi semata-mata. Baginya, dugaan dalam sesebuah perhubungan yang dijalinkan boleh datang pada bila-bila masa tidak kira sama ada pasangan itu sudah bertunang atau belum. Sementara itu, mengenai perkembangan terbaharu bekas peserta Akademi Fantasia musim ke-4 (AF4) itu, dia bakal merakamkan ‘single’ lagu terbaharu tidak lama lagi selain bakal mengadakan persembahan mini selepas sambutan Aidilfitri nanti.

Farhan & Rashdan Kahwin Tahun Depan


KUALA LUMPUR: Penyanyi Farhan Azizan, 28, dan Ahmad Rashdan Suhaimi, 28, akan melangsungkan pernikahan pada awal tahun depan selepas dipersetujui dalam majlis pertunangan yang diadakan di Cafe Flora, AmWalk, di sini, Ahad.

Farhan berkata perhubungan cinta yang agak lama iaitu selama enam tahun itu membuatkan dia dan Rashdan memutuskan untuk menjalinkan ikatan pertunangan sebelum meneruskan ke fasa perkahwinan.

"Buat masa ini, kedua-dua belah pihak keluarga telah bersetuju untuk melangsungkan pernikahan kami pada tahun hadapan, tetapi belum memilih tarikh yang sesuai.

"Majlis resepsi pula akan diadakan di dua tempat iaitu di rumah Rashdan di Kuantan dan Kuala Lumpur pula di pihak saya.

"Jangka masa setahun pertunangan ini dibuat kerana Rashdan baru sahaja memulakan kerjanya sebagai Pengurus Akauntan di syarikat Petronas dan dia ingin mengukuhkan kariernya dahulu sebelum bergelar suami," katanya.

Rashdan sebelum ini melanjutkan pengajiannya dan bekerja di United Kingdom (UK) selama tiga tahun.

Pada majlis tersebut, Farhan mengenakan busana rona kelabu dan ungu rekaan Syarakim.

Selain itu, bekas Akademi Fantasia musim ke-4 (AF4) itu turut menerima sebanyak lima dulang hantaran iaitu sirih junjung, kek cawan, potpurri, buah buahan dan wang hantaran permulaan (mengikut adat keluarga Farhan di Johor).

Manakala Farhan pula membalas tujuh dulang hantaran yang antaranya seperti sirih junjung, buah-buahan, kek, kek cawan, sejadah, coklat dan dua buah kitab Al-Quran.

Tambah Farhan, dia bersyukur apabila perhubungannya dengan Rashdan yang agak lama itu sudah hampir ke fasa perkahwinan walaupun melalui pelbagai dugaan cinta.

"Diakui, bukannya mudah apabila berjauhan, lebih-lebih lagi Rashdan berada di UK selama tiga tahun. Kami menggunakan pelbagai kemudahan untuk berhubung seperti menerusi SMS, Skype, BBM, Yahoo Messenger, Facebook dan sebagainya yang boleh membuatkan kami berkomunikasi.

"Malah kami pernah bergaduh sehinggakan tidak berhubung selama dua bulan, namun perhubungan kami kembali normal selepas Rashdan memujuk saya," selorohnya.

Farhan AF4 Dan Rashdan Bertunang Februari Tahun 2012

Portal Murai telah berkesempatan bertemu dengan Farhan ketika majlis persandingan juri MasterChef Malaysia, Chef Riz dan pasangannya Ana Dahlia. Farhan berkata dia sangat gembira apabila dapat memenuhi permintaan teman baiknya itu iaitu sebagai pengapitnya ketika majlis resepsi berkenaan.

"Itulah, memang Ana sendiri yang mahukan saya menjadi pengapitnya untuk persandingannya di Sungai Koyan ini.

"Kata Ana, alang-alang saya akan mendirikan rumah tangga tidak lama lagi, jadi apa salahnya saya mengambil berkat daripada majlis perkahwinannya itu," katanya tersenyum menguntum sambil mata mengerling ke arah seorang jejaka yang tidak jauh daripadanya.

Apabila ditanya, benarkah dia akan mendirikan rumah tangga, Farhan berkata dia memilih untuk mengikatkan tali pertunangan terlebih dahulu pada Februari tahun depan dengan kekasihnya, Rashdan Suhaimi, 27.

"Ada baiknya kami bertunang terlebih dahulu. InsyaAllah setahun selepas itu barulah kami memutuskan untuk berkahwin," katanya yang akhirnya telah berkesempatan memperkenalkan Rashdan kepada portal murai.

Seorang jejaka yang agak pemalu dan ringkas, Rashdan merupakan graduan dari salah sebuah universiti di United Kingdom dan kini telah pulang ke tanah air sejak Julai lalu untuk meneruskan kehidupannya bersama keluarga dan buah hatinya itu.


Menurut Farhan, kekasihnya itu masih mencari kerjaya yang sesuai dengannya dan untuk majlis persandingan berkenaan jejaka berkenaan telah bertindak selaku jurugambarnya untuk tatapan mereka berdua.

Kekasih Farhan AF4


Dipetik melalui portal Gua, Inilah dia, wajah teman lelaki aka kekasih kepada penyanyi, Nur Farhan binti Azizan atau nama famousnya Farhan AF4, Ahmed Rashdan Suhaimi yang berumur sama dengan Farhan, 27 tahun. Kekasih Farah ni dikatakan 'disorokkan' Farhan sejak lima tahun lalu. Mungkin tidak mahu dilanda gosip yang besar keatas dirinya, maka inilah tindakan yang dilakukan Farhan, Tapi kata pepatah, sepandai-pandai cicak merangka atas siling, akhirnya kena lastik juga. Hehe. Apa-apa pun berbahagialah selalu. Kahwin jangan lupa untuk umumkan ya. :)
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
free counter

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails