Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Tiada masalah peribadi - Farhan

Sudah lama kita tidak mendengar tentang penyanyi kelahiran rancangan realiti Akademi Fantasia 4 iaitu Nur Farhan Azizan atau lebih dikenali sebagai Farhan, terakhir yang diketahui dia sudah bertunang dengan seorang pegawai kerajaan. Jelas Farhan, memang benar perkahwinannya yang dirancang pada awal tahun dahulu terpaksa ditangguhkan tetapi bukan disebabkan terdapat masalah dalam hubungan mereka, sebaliknya kerana terikat dengan kerjaya. "Buat waktu ini kami mengambil keputusan untuk menangguhkan perkahwinan yang dirancang sebelum ini, tetapi jangan salah faham kerana hubungan kami masih baik seperti dahulu. "Keputusan tersebut terpaksa dibuat kerana masing-masing sibuk dengan kerjaya sendiri sebelum ini tetapi Insya-Allah, kami akan disatukan pada hujung tahun hadapan," katanya. Farhan yang kini berusia 29 tahun berkata demikian sewaktu ditemui pada majlis pelancaran Live Blues & Jazz 2013 yang diadakan di Dewan Tunku Abdul Rahman, Pusat Pelancongan Malaysia (Matic), baru-baru ini. Tambah Farhan lagi, sewaktu mendengar gosip yang mengatakan pertunangannya telah putus, dia amat terkejut dengan berita tersebut, apatah lagi ahli keluarganya. "Memang benar kami semakin kurang bersama, tetapi itu adalah kerana kekangan masa di antara saya dan dia, selain daripada itu tiada sebarang masalah antara kami," katanya yang melangsungkan pertunangan pada Februari 2012. Jelas Farhan berhubung perjalanan kariernya pula, dia amat gembira dengan pilihan muziknya yang lebih menjurus kepada irama jaz kerana baginya, irama tersebut sesuai dengan suara dan minatnya. "Mungkin pasaran untuk jaz di Malaysia tidak sebesar genre-genre lain namun saya percaya, peminat muzik itu semakin bertambah dari hari ke hari. "Jika saya tidak meneruskan kesinambungan muzik jaz klasik Melayu, siapa lagi? Jadi saya sedia pikul tanggungjawab itu," katanya yang bakal mengeluarkan single terbaru awal tahun hadapan berjudul Bukan Mimpi.
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
free counter

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails