Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Showing posts with label Fazura. Show all posts
Showing posts with label Fazura. Show all posts

"SAYA MASIH BELUM BERSEDIA BERHIJAB PENUH" - FAZURA

Nur Fazura mengakui dirinya belum lagi bersedia untuk bertudung walaupun sering berselendang ketika Ramadan baru-baru ini. Dalam masa yang sama, Fazura turut menyatakan bahawa perkara tersebut adalah sesuatu yang besar baginya dan bukanlah boleh dibuat main-main lebih-lebih lagi ia melibatkan hubungan dengan Tuhan. "Saya belum lagi bertudung penuh, sebab saya rasa penghijrahan ini adalah satu yang besar. Kalau saya betul2 nak berhirah tu banyak benda yang saya kena fikirkan. Ianya perlu datang dari hati, bukannya saya tak bersedia sepenuhnya.
"Kenapa saya beselendang tu ialah hanya semata-mata untuk menghrormati bulan ramadan. Satu lagi memang saya suka berselendang, saya rasa bila saya pakai first day tu,second day saya rasa nak pakai lagi, third day nak pakai lagi, saya rasa… tak tau, the feeling is very nice. "Kalau nak berhijab penuh tu, kena tunggu dululah. itu antara saya dan Allah. Penghijrahan itu pada saya bukan perkara yang main-main dan perkara diambil ringan. Ia datang dari hati dan ikhlas," ujar Fazura dipetik sebagai berkata. Semoga usaha Fazura untuk berhijab akan terlaksana satu hari nanti, malah peminatnya di Instagram pun sentiasa memuji selebriti ini jika dia memuatnaik gambar bertudung di laman sosial tersebut.

Gambar Fazura Dilamar Jejaka Depan Ibu

Duta produk dan pelakon terkenal, Fazura telah dilamar seorang jejaka kacak ketika sibuk mempromosikan filem terbaru lakonannya bertajuk Manisnya Cinta Di Cappadocia. Lamaran tersebut berlaku secara spontan di dalam sebuah majlis sesi kareoke yang dianjurkan oleh Astro Shaw. Jejaka berkenaan sedang menyanyikan lagu All Of Me dendangan John Legend secara tiba-tiba melutut dan melamar Fazura. Dengan aksi spontan, Fazura mengarahkan pemuda tersebut meminta kebenaran daripada ibunya yang turut hadir pada majlis karaoke tersebut. Tanpa sebarang bantahan, ibu Fazura memberikan lampu hijau dan Fazura juga turut menunaikan hasrat lelaki itu dengan menerima cincin lamaran.

Tiada Bukti Fazura Bercium Di KLIA

Pelakon Nur Fazura enggan memberi sebarang komen terhadap kontroversi kononnya dia telah melakukan aksi kurang manis ketika berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). Fazura atau nama sebenarnya Nur Fazura Sharifuddin, 31, berkata, dia baharu sahaja mengetahui tentang tuduhan tersebut dan tiada bukti bagi mengaitkannya jika dia melakukan perbuatan sedemikian. "Saya tidak mahu komen tentang gosip ini, aksi bercium yang bagaimana mereka maksudkan itu pun saya tidak tahu. "Saya baharu sahaja dengar tentang berita ini dan tidak pasti tentangnya," katanya kepada mStar Online ketika ditemui pada Majlis Pelancaran Wajah Baharu mStar Online, di Alexis, Gardens, di sini, Khamis. Fazura berkata demikian ketika diminta mengulas laporan sebuah portal tentang khabar angin yang mendakwa dia melakukan aksi kurang sopan di hadapan khalayak sewaktu berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, baru-baru ini. Tambah Fazura, dia tidak tahu apa niat sebenar mereka yang menyebarkan berita tersebut tanpa sebarang bukti yang kukuh. Bagaimanapun, katanya, khabar angin itu tidak menjejaskan imej dan nama baiknya sebagai seorang artis. "Saya tidak tahu apa niat orang yang menyebarkan berita itu, anda perlu bertanya dia apa yang dia lihat sebenarnya. "Saya yakin Allah lebih mengetahui apa yang berlaku," ujarnya. Dalam perkembangan lain, Fazura bakal keluar dengan filem Mana Cinta dan sibuk dengan Butik House of Doll. Dia juga baharu sahaja pulang daripada percutian di Amsterdam, Paris dan London.

Jadi klon Fazura?

PELIK sungguh bila Miss J dapat tahu yang ada artis wanita yang nak sangat jadi seperti pelakon cantik manis, Fazura! Semua yang ada pada Fazura nak ditiru. Dari hujung rambut sampai hujung kaki hinggakan warna rambut dan jenama pakaian pun ditiru. Memang sahlah nak jadi klon Fazura! Sampaikan percakapan, cara berjalan dan kalau boleh minyak wangi yang dipakai Fazura pun nak sama seperti yang diguna artis seorang ini. Nampak sangat terdesak! Miss J ingat penyakit ‘tiru-meniru’ di kalangan artis ini tak berapa sangat kronik. Biasalah kalau ada artis yang punya imej hebat, pasti jadi inspirasi buat artis wanita lain agar kelihatan hebat sepertinya. Jadi apabila Fazura berkongsi tentang kecenderungan dalam bidang kecantikan dan obses terhadap barangan berjenama tertentu dalam laman sosial Instagram, tak sangka pula ada pihak lain jadikan dirinya sebagai ikon untuk diklon. Hish... Buat apa nak klon orang. Cari identiti dan kekuatan sendiri. Jadi terkenal dan ternama dengan gaya anda sendiri. Kita sudah ada Fazura dan tak perlukan Fazura yang kedua!

MAJLIS HARI LAHIR NUR FAZURA

Gambar majlis bacaan tahlil dan doa selamat Nur Fazura semperna hari lahirnya yang ke-30 semalam di Masjid Tun Abdul Aziz, Petaling Jaya, Selangor. Ikhlasnya, Fazura nampak manis bertudung dan harap-harap terbuka hati untuk terus kekal begitu hendaknya. Namun lain pula sambutan hari lahirnya selepas tahlil dan doa selamat. He he, faham-faham sahaja la..!!

Ada Pihak Salah Faham Fazura Enggan Beraksi Mesra

Pelakon Fazura berkata ada pihak salah faham mengenai pendiriannya yang enggan beraksi terlalu mesra dalam adegan sesebuah drama atau filem sehingga mempersoalkan gandingan terbaharunya dengan Shaheizy Sam. Fazura atau nama sebenarnya, Nur Fazura Sharifuddin, 30, sesetengah pihak beranggapan selepas membuat keputusan itu dia tidak boleh bersentuhan dengan lelaki tetapi perkara itu tidak benar sama sekali. "Selepas membuat kenyataan itu, ramai yang ingat saya tidak mahu bersentuhan langsung dengan lelaki apabila berlakon. “Tetapi bukan itu maksud saya. Sebaliknya saya hanya tidak mahu beraksi terlebih mesra seperti berpelukan atau berada di atas katil dengan pelakon lelaki. "Jika bersentuhan sedikit seperti menyentuh tangan, ia masih lagi boleh," katanya yang ditemui pada majlis pelancaran 'Raikan Cinta' anjuran TV3 di e@Curve, di sini, Selasa. Fazura dan Shaheizy Sam digandingkan dalam drama Kisah Cinta yang akan disiarkan bermula pukul 9 malam pada 9 April depan di saluran berkenaan. Dalam pada itu Fazura berkata, dia terkejut apabila tindakannya menolak tawaran watak seksi dan ranjang turut menimbulkan spekulasi kononnya dia ingin menunjuk baik atau sengaja mahu menyindir pelakon-pelakon lain. "Jika orang anggap saya mahu sindir pelakon-pelakon lain, itu salah kerana apa yang saya lakukan itu adalah prinsip saya yang tidak membabitkan orang lain," ujarnya. Menerusi drama Kisah Cinta terbitan BZ2121 Production, Fazura mengakui seronok apabila dapat digandingkan bersama Sam di mereka memiliki keserasian apabila berlakon bersama. Drama itu mengisahkan sebuah cinta yang berputik daripada pertemuan yang tidak diingini di mana Fazura sebagai Azalea mahu menuntut mayat bapanya manakala Shah (Sam) menuntut mayat ibunya. Konflik tercetus apabila ibu bapa mereka kononnya dikatakan pasangan suami isteri. Kisah Cinta turut dibarisi pelakon lain seperti Nadia Aqilah,

Sam nafi bercinta dengan Fazura

STATUS tiada kekasih atau teman wanita istimewa yang diketahui umum menjadikan anak bujang Khaty Fauziah, Shaheizy Sam, 30, antara aktor yang terjebak spekulasi cinta di lokasi. Dia pernah disensasikan bercinta dengan Lisa Surihani ketika sama-sama terlibat dalam filem Sekali Lagi. Kemudian dengan pelakon Wawa Zainal yang sedang meningkat naik. Sekitar hujung tahun lalu, Sam turut menjadi tumpuan apabila pelakon baharu bernama Syatila Melvin tiba-tiba membuat kenyataan sedang mengenali dan berkawan baik dengan pelakon Adnan Sempit itu. Tamat fasa pertama tahun ini, Aktor Terbaik Anugerah Skrin menerusi filem Songlap itu sekali lagi berdepan cerita panas. Kali ini, bukan lagi dengan nama-nama baharu atau pelakon yang boleh dianggap sebagai menumpang populariti namanya. Minggu lalu, Sensasi Bintang menerima satu panggilan telefon menceritakan perihal kisah cinta pelakon yang pernah menjulang anugerah Bintang Paling Popular itu. Sam dikhabarkan kelihatan intim dan beraksi mesra bersama seorang bintang jelita berprofil tinggi, Nur Fazura Sharifuddin. Mereka kelihatan berdua-duaan sedang menikmati sajian makanan Thailand di sebuah restoran di ibu kota. Umum tahu Sam dan Fazura baru sahaja tamat penggambaran drama bersiri yang menyaksikan mereka pertama kali disatukan dalam naskhah berjudul Kisah Cinta. Persoalannya, adakah Kisah Cinta itu benar-benar mengheret Sam ke alam percintaan bersama Fazura, si cantik yang juga masih solo namun terkenal sebagai pelakon yang menyimpan kemas privasi kehidupan peribadinya. Jadi benarlah dakwaan yang mengatakan anda dan Fazura ada hubungan istimewa serta sering kelihatan keluar bersama? Dakwaan mengatakan kami ada hubungan istimewa memang tak betul, tapi memang saya dan Fazura berkawan rapat. Kami akan makan bersama sebaik sahaja habis penggambaran. Kami gembira menikmati makanan dan berbual untuk mendapatkan keserasian. Sejak bila berkawan? Sejak selama 50 hari kami berada di lokasi penggambaran yang sama. Kami berlakon drama Kisah Cinta. Dalam drama itu asalnya saya yang pegang watak Johan dan Fazura (Zalea) tidak kenal antara satu sama lain. Tapi kami mula rapat setelah kedua-dua orang tua kami terlibat dalam kemalangan. Sekarang penggambaran telah pun tamat, mungkin ada yang melihat kami ketika penggambaran masih berlangsung. Sebenarnya sejauh mana hubungan anda dengan Fazura? Rapat sebagai teman artis. Saya selesa berborak dengan Fazura. Saya kan malu-malu orangnya, jadi kami kena dapatkan keselesaan dengan cara begitu, kena selalu berbual. Bagi saya Fazura gandingan pelakon yang hebat. Setakat itu sahaja. Betul ke begitu? Betul, itu Fazuralah dan siapalah saya nak memikat hatinya. Tolonglah jangan buat cerita ini jadi panas. Kalau nak tahu lebih, kenalah tunggu Kisah Cinta yang tayang tidak lama lagi. Selain Fazura, dengarnya anda mahu kembali menyanyi dan aktifkan semula MOB yang sudah 10 tahun menyepi? Saya bukan menyanyi tapi rapping. Dulu saya memang bersama kumpulan R&B dinamakan MOB. Kami ada merakam sebuah album mini pada tahun 2002, malangnya album itu terperap begitu saja. Sekarang, saya fikir lebih baik lagu-lagu dalam album itu dilancarkan semula. Dulu kerana minat dan sekarang setelah berjaya dalam lakonan kenapa ingin kembali ke bidang muzik, adakah bosan dengan lakonan? Bukan begitu, saya cuma rasa sayang kalau ada karya tapi terperap begitu. Ini kira-kira projek suka-suka, tak harapkan apa-apa. Saya juga nak peminat saya tahu siapa saya sebelum ini, itu sahaja.

Nur Fazura Dilantik Sebagai Duta Colgate Optic White

Rezeki Nur Fazura pada tahun 2013 nampaknya semakin dimurahkan. Selain dilantik menjadi duta produk Colgate Optic White, Fazura juga kini kembali aktif berlakon. Malah dengar ceritanya, Fazura berharap agar tahun ini dapat mendirikan rumahtangga bersama orang tercinta. Lagi 7 keping gambar Nur Fazura sebagai duta Colgate Optic White dengan membaca entri ini sepenuhnya Semoga tahun 2013 akan membawa lebih banyak kebahagiaan, peluang pekerjaan dan rezeki yang lebih banyak buat Fazura. Tahniah diucapkan atas perlantikan ini. Kredit gambar Facebook Colgate Malaysia.

Fazura tak peduli gosip

SEMAKIN lama bergelar anak seni, semakin banyak liku yang harus dilalui. Semakin besar pengorbanan yang dilakukan, hempedu rasa makin perit dengan pelbagai persoalan yang tidak pernah habis untuk dirungkai. Ada magis dalam diri Fazura sebenarnya. Saat orang lain cuba mencari pelbagai cara untuk lebih menonjol, limpahan cahaya menyinari perjalanannya tanpa perlu dicari. Dia hanya berserah inilah jalan terbaik buatnya. Biarpun dihimpit dengan seribu satu resah yang tidak berkesudahan, itu bukan penamat buatnya. Sebaliknya pelbagai kata-kata kurang enak yang dilemparkan oleh sesetengah pihak yang iri hati, ditolak ke tepi tanpa meninggalkan kudis. Bukan sekali dua kes-kes nakal hinggap pada dirinya. Apa sahaja tohmahan yang tidak dilemparkan kepadanya? Berapa banyak lagi perkara yang perlu dijawab? Kalau dulu dia membenarkan dirinya melayan segala cerita negatif, tetapi Fazura hari ini tidak seperti dulu lagi. “Dulu saya layan apa sahaja cerita negatif yang keluar sampai buat saya rasa geram. Saya menyesal sebab membenarkan perkara itu masuk ke dalam fikiran dan mengganggu hidup saya. “Tapi sekarang tidak lagi. Apa sahaja yang orang nak cakap biarlah. Saya tak mahu terus melayan cerita yang tak betul. Orang yang menyebarkan cerita mungkin ada agenda tersendiri tapi percayalah, saya sudah ‘kebal’ dengan cakap-cakap orang. “Orang tidak akan pernah berpuas hati dengan kita. Lagi banyak kita menafikan perkara yang tak betul, lagi ramai yang akan cakap macam-macam seolah-olah mereka tahu segalanya. “Kalau orang luar lebih tahu banyak perkara daripada diri saya sendiri, biarkan sahaja mereka," kata Fazura ketika ditemui baru-baru ini. House Of Doll KALAU ada yang perasan, pelakon yang pernah membintangi filem Pisau Cukur ini sudah jarang muncul di kaca tv sejak akhir-akhir ini. Bukan tidak ada tawaran yang datang sebaliknya dia terpaksa menolak untuk memberi laluan kepada perkara lain yang lebih mustahak yang perlu diberi perhatian. Selain sibuk menjadi duta kepada produk penjagaan kulit Nutox, dia juga kini sedang sibuk menguruskan butik House Of Doll yang baru sahaja beroperasi seminggu di Bangsar, Kuala Lumpur. “Memang perancangan hal-hal seperti ini yang membuatkan saya tidak banyak melibatkan diri dalam lakonan. Kalau nak tahu idea untuk membuka butik sendiri sudah bercambah sejak dua tahun yang lalu. “Cuma enam bulan lalu barulah saya benar-benar sibuk mencari lokasi, memilih pakaian yang hendak dijual dan macam-macam kerja lain. Memang penat tapi saya puas sebab berjaya merealisasikan impian sendiri. “Sejak dulu lagi saya sudah terfikir nak buka butik sendiri. Sibuk berlakon sampai tak ada masa nak uruskan. Tapi sekarang semuanya dah berjalan dengan baik dan saya harap ia akan berjaya," kata pelakon utama drama bersiri Kitab Cinta ini lagi. Melihatkan impian itu sudah berjaya direalisasikan, ada beberapa perkara yang membuatnya kurang gembira apabila ada pihak yang mengatakan butik tersebut ditaja. Tidak mahu terus mengeruhkan keadaan, dia menafikan perkara tersebut dan tak ingin terus melayan cakap-cakap orang yang iri hati dengan kejayaan yang diraih selama ini. “Semua duit yang keluar adalah hasil titik peluh saya sendiri. Saya bekerja siang malam sebelum ini, menjadi duta kepada beberapa produk dan orang masih lagi mempertikaikannya. Kalau orang lain lebih arif, biarkanlah sahaja mereka," jelasnya lagi. Kekecewaan BERCERITA mengenai lakonan pula, akui Fazura yang dia sememangnya lebih memilih saat ini. Tidak mahu terus membawakan watak yang tidak mendatangkan manfaat kepadanya dan masyarakat, itu keputusan yang dibuat. “Saya bukan lagi muda untuk membawa watak gadis liar, duduk seksi di tepi kolam renang mahupun jadi orang yang tak baik. Saya melihat masa itu telah berlalu dan tidak mungkin akan berulang lagi. “Memang banyak tawaran yang saya dapat. Tapi bila melihatkan skrip, saya tahu watak dalam drama itu tidak seperti yang saya harapkan. Daripada saya terus berlakon tanpa kerelaan, baik jangan ambil. “Kebanyakan pengarah menawarkan watak yang memang tak manis dan memerlukan saya beraksi yang kurang sopan. Saya perlu jaga air muka ibu dan keluarga saya. “Biarlah saya tak ada produk baru asalkan saya tidak memalukan diri dengan filem atau drama yang sebegitu," jelasnya. Tapi benarkah ada kekecewaan yang bersarang di hati Fazura? Dan benarkan kekecewaan itu yang membuatkan dirinya memilih sampai ke tahap begini? Menjawab persoalan itu, Fazura mengakui ada drama yang akan memberikan impak negatif kepada masyarakat tetapi tidak diambil peduli oleh sesiapa pun. Bertitik tolak atas kesedaran itulah yang membuatkan dirinya tidak mahu terus ‘merosakkan’ ahli masyarakat dengan paparan kurang enak yang disogokkan tanpa henti. “Memang ada sedikit kekecewaan bila mengenangkan perkara itu. Kenapa mesti terus mengadakan watak yang tak masuk akal yang pada akhirnya akan membawa impak negatif. “Jangan anggap sesebuah karya itu tidak ada pengaruh baik atau buruk. Apa yang saya inginkan sekarang hanyalah produk-produk yang mampu memberikan kebaikan kepada semua. “Yang paling menghairankan apabila ada segelintir pelakon kita yang langsung tidak memikirkan soal itu dan hanya terima bulat-bulat. Mereka ada alasan sendiri, mungkin juga mereka tiada pilihan dan terpaksa terima. “Berbalik kepada niat masing-masing sebenarnya. Ada beza antara anak seni dan artis. Yang ramainya sekarang ialah artis yang memang nak popular dan kejar glamor. Bila dah popular boleh himpit mana-mana orang yang mereka suka. “Melalui pemerhatian saya, pelakon yang baik kurang mendapat publisiti sebaliknya pelakon yang mengejar populariti dia akan keluar dengan pelbagai cerita yang kadang kala menjelikkan. Itu lumrah. “Bila dah terlalu ramai yang nak jadi artis, mereka ini adalah golongan yang menyesakkan industri sebenarnya," kata Fazura lagi.

Lakonan kini nombor 2 - Nur Fazura

MELANGKAH masuk ke butik elegan House of Doll (HOD) yang terletak di Jalan Telawi 3, Bangsar dan melihat ratusan pakaian digantung rapi memenuhi rak, ia terus mengingatkan penulis kepada gaya peragaan yang sinonim dengan pemiliknya, Nur Fazura Sharifuddin atau Faz. Memang tidak menghairankan kerana HOD sememangnya jenama keluaran pelakon jelita itu yang sudah bersedia menawan penggemar fesyen tempatan selepas lapan tahun berjaya menjadi pelakon dan pengacara.
Apabila berbicara mengenai wanita ini, berputar soal tiga perkara yang cukup sinonim dengannya iaitu kecantikan, bakat lakonan serta gaya fesyen. Justeru, pemilihan untuk mengusahakan butik sendiri adalah satu keputusan yang sangat tepat.
“Daripada sekecil-kecil cincin �hinggalah pakaian berkonsepkan ‘haute couture’ atau adi busana, semuanya diilhamkan daripada cita rasa dan rekaan Faz sendiri.
Bukan itu saja, HOD juga menyediakan pakaian untuk siang hari dan malam termasuk gaun ke majlis atau keramaian. “Faz turut bergabung idea dengan pereka fesyen terkenal, Rizman-�Ruzaini untuk koleksi eksklusif. Kenapa Faz pilih Rizman-Ruzaini? Ia kerana kami sudah bersahabat sekian lama. Malah mereka berdua memahami cita rasa selain tahu apa yang Faz mahukan. “Misalnya, setiap kali Faz perlukan baju, Faz cuma hubungi mereka dan setiap kali mereka serahkan kepada Faz, Faz terus suka. Setakat ini mereka belum pernah menghampakan selera Faz. “Bagi Faz, Rizman-Ruzaini dua �gandingan yang sangat hebat. Mereka bukan saja pereka muda yang �penuh daya kreatif tapi juga dihormati ramai kerana berjaya menghasilkan koleksi menarik dan unik,” ujarnya. Berasal dari Pekan, Pahang, wanita yang diperkenalkan menerusi filem Bicara Hati pada 2004 ini berkata, idea merealisasikan premis perniagaan itu tercetus apabila sering dihujani pertanyaan ramai peminat yang ingin tahu dari mana dia membeli pakaiannya. “Sebagai artis, Faz faham bukan hanya hasil kerja kita saja yang menjadi perhatian, malah penampilan diri turut jadi tumpuan umum. Alhamdulillah, Faz amat bersyukur kerana setakat ini ramai peminat menyenangi penampilan Faz. “Ada yang bertanya dari mana Faz beli pakaian dan mereka juga berminat untuk berpakaian macam Faz. Selalu Faz ditanya soalan seperti itu membuatkan Faz terpanggil untuk jual label sendiri supaya Faz boleh berkongsi koleksi pakaian kegemaran Faz dengan peminat. “Biasanya penampilan Faz untuk majlis penganugerahan dan keramaian dengan bantuan khidmat pereka fesyen antaranya daripada Rizman-Ruzaini. Namun pakaian untuk ke acara anugerah biasanya berharga ribuan ringgit dan mungkin ia membebankan peminat Faz untuk membelinya. “Justeru, dengan adanya House of Doll, Faz boleh berkongsi fesyen kegemaran Faz dengan peminat dengan harga yang lebih berpatutan. Ada banyak pilihan dan harga yang dijual mampu dibeli semua orang,” katanya. Dua tahun merancang secara berperingkat, Ahad lalu, perasmian HOD berjaya dilaksanakan dalam suasana ringkas tetapi meriah. Selain jenama HOD, baju yang terdapat dalam butik itu direka khas sendiri sebelum dihantar ke China untuk tujuan pembuatan. Selain itu, ada sebahagian kecil pakaian dibeli Faz ketika bercuti di luar negara. Disebabkan jenama HOD menggunakan khidmat pengilang, maka kosnya juga lebih tinggi. Bagaimanapun, Faz enggan mendedahkan jumlah sebenar wang yang sudah dilaburkannya yang dirasakan mencecah ratusan ribu ringgit. Malah menilai kos yang terlalu tinggi itu juga menyebabkan Faz hampir-hampir melupakan hasratnya untuk membuka HOD. “Kos butik ini hanya dibiayai Faz seorang saja. Sebab itulah Faz ambil masa sampai dua tahun untuk memulakan perniagaan ini. Salah satu sebabnya bukan saja kerana mengumpul wang tapi juga masalah lokasi. Mujurlah Faz berjaya dapatkan lot di sini. “Faz pilih menjalankan perniagaan di Bangsar kerana di sini ada banyak butik fesyen dan bagi yang sukakan fesyen, Bangsar adalah lokasi terbaik untuk mereka dapat�kan pelbagai rekaan baru lagi eksklusif dengan pelbagai pilihan. “Apapun Faz ingin tegaskan di sini bahawa Faz tidak pernah ditaja untuk mengusahakan butik ini. Untuk membuka butik ini, Faz memang berhabisan dengan menggunakan wang hasil titik peluh berlakon, mengacara dan menjadi duta produk. “Bagi Faz semua orang boleh mengusahakan perniagaan ini kerana ia tidaklah sampai menelan belanja jutaan ringgit,” jelasnya. Selain jenama HOD, ada juga beberapa jenama dari luar negara yang dibeli Faz secara pukal sewaktu mengunjungi Eropah tidak lama dulu. Berhubung jenama HOD, Faz berkata, ia sinonim dengan wanita yang ingin kelihatan comel dan cantik seperti anak patung. “Perniagaan ini adalah keutamaan Faz sekarang sementara lakonan jatuh nombor dua. Disebabkan itulah, Faz berusaha untuk merealisasikan impian ini dan berharap ia dapat dikembangkan sebagai label yang popular,” katanya. Menyorot dunia lakonannya yang kurang berkembang kebelakangan ini, Fazura akui dia sendiri yang mengambil keputusan untuk mengehad�kan pembabitan dalam bidang lakonan. “Faz masih berlakon cuma tidak mengambil sebarangan watak. Sepatutnya Faz menjayakan drama Kau Terindah arahan Erma Fatima tetapi terpaksa menolaknya kerana ada beberapa babak yang melanggar prinsip Faz. “Tidak lama selepas itu, Kak Erma sekali lagi menawarkan Faz berlakon dalam drama Syahadat Cinta untuk TV AlHijrah namun Faz belum membuat keputusan kerana bimbang bertelagah dengan jadual penggambaran filem yang sudah diterima awal. “Faz rasa teruja sebenarnya kerana tahun ini banyak watak yang ditawarkan kepada Faz sangat menarik tetapi ada yang menghalang pembabitan Faz apabila watak yang diberikan itu memerlukan Faz menjadi mangsa rogol, pelacur dan beralso atas katil. “Sebenarnya sejak tahun lalu Faz sudah tetapkan syarat ini kerana Faz mahu menjaga hati Mama Faz yang sebenarnya tidak suka Faz berlakon. Namun mama masih menghormati keputusan Faz kerana faham Faz sangat meminati bidang ini. “Justeru, Faz merasakan apa salahnya Faz memilih watak yang tidak menyinggung hati Mama yang juga penonton. Tambahan pula, tahun depan Faz dah nak masuk 30 tahun dan Faz mula rasa segan dan kurang selesa melakukan aksi keterlaluan,” jelasnya.

Nur Fazura Sekitar Majlis Bertemu Peminat Anjuran LUX


Nur Fazura, nama yang kembali di’perkatakan sejak seminggu yang lalu gara gara pengumuman cinta di laman Twitter.

Petang semalam, kami sempat untuk bertemu mata dengan figura pilihan LUX ini dalam satu sessi bertemu peminat di Giant Hypermarket, Kota Damansara.

Seperti biasa, kami bertanyakan tentang kisah cinta terbaru beliau yang kini sudah di’ketahui umum — dan Nur Fazura tidak memberikan banyak komen kerana mungkin isu ini melibatkan banyak pihak.

Tetapi yang pastu, Nur Fazura tidak lokek untuk memberikan pose menarik untuk tatapan anda semua dan ini merupakan set gambar pertama daripada kami sejak isu tempoh hari.



Tengku Mahkota Johor Sertai Dunia Twitter, Ayat Pertama Buat Nur Fazura


Pertama sekali, tidak kami ketahui apakah protokol untuk menulis kisah tentang kerabat diraja Johor — jika ada tersalah dan silap perkataan, harap di’ampun.

Hari ini secara rasminya Duli Yang Amat Mulia Tunku Ismail Idris ibni Sultan Ibrahim Ismail, Tunku Mahkota Johor menyertai dunia Twitter dengan membuka akaun rasmi dengan handle @HRHJohor2.

Rakyat jelata negeri Johor yang mempunyai akaun Twitter kini boleh berinteraksi secara terus dengan D.Y.A.M Tunku Mahkota Johor yang sememangnya sebelum ini di’kenali dengan imej berjiwa rakyat — yang belum ada Twitter, tunggu apa lagi?

Yang menarik perhatian ramai di dunia Twitter hari ini ialah ayat pertama tulisan D.Y.A.M Tunku Mahkota Johor ini yang di’tujukan khas buat kekasih tersayang, aktress Nur Fazura.

Sehingga ke saat artikel ringkas ini di’tulis, akaun Twitter baginda telah berjaya mengumpul pengikut seramai hampir 700 orang dan aktif melayan setiap sapaan warga Twitterjaya.

UPDATE-1: Rupa-rupanya, hari ini merupakan hari ulangtahun percintaan D.Y.A.M Tunku Mahkota Johor & Nur Fazura yang sebenarnya kami sendiri kurang pasti yang ke berapa. Tahniah buat mereka berdua!

Fazura Perjelas Fitnah Bedah Payudara


KUALA LUMPUR: Aktres Nur Fazura Sharifuddin (Fazura), 28, Khamis tampil membuat penjelasan berhubung desas desus dalam beberapa ruangan gosip baru-baru ini mengatakan dia melakukan pembedahan payudara sehingga silikon yang dimasukkan itu pecah.

Fazura berkata, dakwaan yang mengatakan dia sedang dirawat di Hospital Serdang kerana masalah tersebut adalah tidak benar sama sekali.

"Saya tidak faham mengapa orang ingin mereka-reka cerita yang tidak benar dan saya hanya ketawa apabila mengetahui pihak itu bercerita mengenai diri saya.

"Perkara tersebut nyata khabar angin semata-mata dan ia jelas bertujuan menjatuhkan kerjaya saya sebagai seorang pelakon," katanya yang ditemui pada majlis pelancaran minyak wangi terbaru keluaran Avon, Herve Leger, di sini, Khamis.

Dia bagaimanapun enggan memperbesar-besarkan perkara tersebut dan memaafkan pihak yang menyebarkan fitnah itu.

"Ada perkara lebih penting yang harus saya beri tumpuan dan bukannya melayan cerita yang tidak benar mengenai diri saya," katanya yang telah pun menyambung kontrak sebagai jurucakap Avon selama setahun.

Ditanya adakah dia tahu siapa yang menyebarkan fitnah tersebut di Internet, Fazura berkata, dia tidak berani menuduh mana-mana pihak yang menjadi dalang dalam perkara berkenaan.

"Saya percaya pihak yang menabur fitnah itu akan menerima akibatnya. Saya tidak risau mengenai perkara itu," ujarnya.

Sementara itu, Fazura turut menjawab pertanyaan wartawan mengenai dakwaan dirinya cepat melenting apabila ditanya mengenai soalan berkaitan peribadinya.

Katanya, dia bukan mudah melenting tetapi ada kalanya rimas apabila cerita lama mengenai dirinya sering disebut-sebut.

"Apa yang sudah berlaku tidak boleh berpatah balik dan memperbetulkan kesilapan itu. Saya cuba memajukan diri dan tidak menoleh ke belakang, tetapi perkara lama yang sering disebut membuatkan saya rimas dan lemas," katanya yang berangkat ke Jakarta pada Jumaat (hari ini) atas urusan kerja.

Dalam pada itu, Fazura melahirkan rasa syukur kerana di sebalik semua kontroversi yang melanda dirinya, rezeki dalam bidang seni semakin murah.

Fazura memberitahu, selain kontraknya sebagai duta produk Avon disambung, beberapa lagi kontrak dengan produk lain seperti Lux, Hair Dreams masih diteruskan selama setahun.

Malah katanya, selain akan terlibat dalam beberapa penerbitan drama seperti Tahajud Cinta dan Pahitnya Madu, Fuzara memberitahu dia juga telah dilamar oleh Red Communication untuk berlakon dalam dua buah filem tahun ini.

Namun dia enggan mendedahkan butiran mengenai filem terbabit.

"Alhamdulillahlah, rezeki menyebelahi saya walaupun pelbagai cerita kurang enak diperkatakan mengenai diri saya sejak akhir-akhir ini," katanya mengakhiri perbualan.

Belum fikir lagi soal kahwin-Fazura


KEGAGALAN Fazura dicalonkan untuk kategori Pelakon Wanita Terbaik pada Festival Filem Malaysia ke-23 (FFM23) menerusi filem Pisau Cukur mengundang perbualan ramai. Semua berasakan dia layak dimasukkan dalam kategori itu, malangnya pihak penilai dikatakan terlepas pandang dan hanya mencalonkannya dalam kategori Pelakon Pembantu Terbaik menerusi filem Lagenda Budak Setan.

Gelaran itu pun agak sukar diraihnya apabila tewas di tangan Norliana Shamsudin yang dilihat begitu menyerlah menerusi filem Adnan Sempit. Agak menghairankan apabila Fazura sendiri tidak langsung memberikan komen seolah-olah tidak mengambil kisah apa yang berlaku di sekelilingnya. Namun, boleh dibuat kesimpulan dia seakan-akan kecewa dengan apa yang terjadi.


Bagaimanapun, masih ada peluang buat Fazura membersihkan calar pada wajahnya menerusi Anugerah Skrin 2010 TV3 yang bakal berlangsung pada penghujung Disember ini di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC). Kali ini banyak pihak berasakan panel juri tidak terkhilaf lagi menilai siapa yang layak dicalonkan mengikut kategori yang sesuai.

Itulah juga harapan pelakon cantik ini. Ketika ditemui di lokasi penggambaran filem Bujang Terlajak arahan Profesor A Razak Mohaideen, pelakon ini meletakkan harapan Anugerah Skrin tidak mengulangi 'bencana' yang berlaku pada FFM23.


"Saya lihat Anugerah Skrin adalah anugerah yang menarik dan begitu berprestij serta harap janganlah jadi seperti FFM23. Bukan apa, selepas FFM23, orang risau bagaimana keadaan industri filem kita kerana terlalu banyak kekalutan dan pertanyaan berhubung penganjuran dan pencalonan setiap kategori.


"Saya harap sangat Anugerah Skrin membuka mata untuk menghargai karyawan seni iaitu pelakon dan penggiat seni mengikut landasan yang betul. Mereka perlu dihargai dan diberikan pengiktirafan kerana hanya orang seni yang tahu bagaimana susahnya bekerja dalam bidang ini," katanya sebelum sesi penggambaran bermula.

Meskipun raut wajahnya tenang, terselit nada kekecewaan dalam patah perkataan Fazura apabila mengakui selepas FFM23 dia tidak berharap sangat dicalonkan dalam mana-mana anugerah atau meraih kemenangan. Cukuplah dia memberikan lakonan terbaik yang diingati peminat.


"Yang penting peminat tahu bagaimana lakonan saya. Lakonan saya kini hanya untuk peminat, bukannya kerana untuk bertanding. Hendak bercakap banyak pun saya malas kerana nanti orang kata saya macam-macam pula sedangkan perasaan kecewa saya orang tak tahu. Sebenarnya bukan mudah menjadi anak seni kerana terlalu banyak pengorbanan perlu dibuat.

"Apapun saya percaya barisan juri untuk Anugerah Skrin lebih baik menilai dan jujur dalam kerja mereka. Jika saya dicalonkan untuk kategori yang sepatutnya, saya akan bersyukur. Ini perkara biasa kerana setiap artis dan pelakon rasa dihargai apabila dicalonkan mengikut kategori yang betul dan meraih kemenangan.

"Orang pergi pada majlis anugerah untuk melihat mereka yang terbaik. Barulah timbul perasaan seronok. Saya kena percaya pada rezeki dan jika ada (rezeki) pada Anugerah Skrin, saya akan bersyukur dengan kurniaan ini," katanya yang mengakui tidak mengambil tahu langsung dan tidak membabitkan diri dengan program FFM23.


Bercerita mengenai kerjayanya, Fazura mengakui kelibatnya jarang kelihatan dalam lakonan kerana berehat selama setahun. Dalam tempoh itu dia sibuk dengan tugasan sebagai duta untuk produk wangian Avon, Nutox Skincare dan Hair Extension jenama Hair Dreams. Filem Bujang Terlajak boleh diibaratkan kemunculan semulanya dalam seni.


"Ini ialah filem ke-10 lakonan saya dan ketiga dalam genre komedi. Saya melakonkan watak Puteri yang digilai tiga ahli silap mata profesional, Saiful, Nabil dan Johan. Saya terbabit dalam sekitar 15 babak. Sebelum ini profesor (A Razak) ada tawarkan saya berlakon filem 4 Madu tapi saya tolak kerana jadual terlalu padat. Memang tiada rezeki untuk bersama dia.


"Namun tawaran kali ini saya tak dapat tolak lagi kerana saya pun tidak mahu buat benda sama. Bila dia tawarkan saja, saya terus berikan persetujuan kerana rasa rindu hendak berlakon. Saya juga hendak rasa pengalaman berlakon di bawah arahan profesor (A Razak) kerana kita perlu mempelbagaikan pengalaman dalam lakonan.


"Saya tahu ramai hairan kenapa tiba-tiba saya berlakon dengannya kerana sebelum ini saya pernah berlakon filem di bawah pengarah yang agak moden iaitu Bernard Chauly, tapi saya ada sebab tersendiri berbuat demikian. Setiap orang ada cara berbeza dan itulah keistimewaan mereka.

"Lagipun walaupun orang kata macam-macam mengenai filemnya, tapi filemnya tetap boleh diterima penonton.


"Selepas enam hari penggambaran saya rasa keseronokan berlakon kerana ia berbeza daripada filem lakonan saya sebelum ini. Ia bukanlah komedi slapstik. Mulanya saya takut juga kerana banyak komedi, tapi lama kelamaan saya dapat menyesuaikan diri dengan semua pelakon. Filem ini menampilkan komedi ringan dan sesuai ditonton untuk mengurangkan tekanan," katanya yang berhasrat kembali aktif berlakon drama Januari tahun depan.


Alang-alang sudah berjumpa, Fazura turut dijolok mengenai persoalan hubungannya dengan seorang kerabat diraja seperti yang dihebohkan sebelum ini. Namun ringkas saja jawapan yang diberikan iaitu 'no komen'. Katanya, dia sangat rimas untuk bercakap mengenai perkara itu dan enggan membuka mulut. Bagaimanapun, dia sudi berkongsi pandangannya mengenai perkahwinan.


"Saya enggan fikirkan lagi soal kahwin kerana mahu berjaya dalam hidup terlebih dulu. Semua orang hendak berkahwin dan harapkan jodoh yang terbaik dalam hidup, begitulah juga dengan saya. Jikalau tergesa-gesa hendak kahwin tapi rumah tangga tak kekal pun tiada guna juga. Kalau boleh saya hanya ingin berkahwin sekali dan kekal buat selamanya.


"Saya juga tak fikir umur akan jadi isu saya perlu cepat kahwin. Lainlah kalau umur saya sudah mencecah 35 tahun, kenalah fikir untuk cepat kahwin kerana sukar nak melahirkan anak nanti. Soal jodoh ditentukan Allah dan saya akan terima dengan hati terbuka siapa jodoh saya nanti. Sudah semestinya saya harapkan jodoh yang baik dan kekal selama-lamanya.


Sebelum mengakhiri perbualan, Fazura turut menitipkan pesan buat peminatnya. Katanya jangan terkeliru dengan kewujudan laman sosial popular Facebook (fb) individu yang menyamar menggunakan nama dan wajahnya. Jelasnya dia hanya mempunyai laman web peminat (fansite) bukannya yang berbentuk peribadi.




>PROFIL
NAMA: Nur Fazura Sharifuddin
TARIKH LAHIR: 27 September 1983
USIA: 27 tahun
KELUARGA: Anak ketiga daripada empat beradik
PROGRAM TV: Teensworld (RTM2), MTV Jus dan MTV Pop Inc
FILEM: Bicara Hati, Qaisy & Laila, Senario XX, Gol & Gincu, Kayangan, Selamat Pagi Cinta!, Kantoi, Pisau Cukur, Lagenda Budak Setan dan Bujang Terlajak
DRAMA: Inspirion, Dalam Hati Ada Cinta, Kasih Suci, Datin Diaries, Gol & Gincu The Series, Rendang Untuk Mentua dan Ezora
PENCAPAIAN: Pelakon Harapan Wanita Terbaik pada Festival Filem Malaysia ke-17 (FFM17)
DUTA: Olay, Avon, Nutox Skincare dan Hair Extension Hair Dreams

Cover saja ke Fazura?


Bila sembang-sembang dengan rakan-rakan wartawan majalah di pejabat ni, Mangga Muda terdengar satu keluhan pasal pelakon Fazura. Nak tahu apa? Kononnya pelakon itu hanya sedia untuk mengadakan sesi fotografi sekiranya untuk menghias cover sahaja. Kok macam itu?

"Bila kita hubungi untuk set tarikh fotografi, Fazura akan tanya, fotografi itu untuk cover atau isi dalam. Bila kita cakap untuk isi dalam, dia kata akan hubungi semula sebab nak semak jadual. Akhirnya harammmmmm... senyap terus.

"Kalau diberitahu fotografi untuk menghiasi cover, laju aja dia beri persetujuan dan memiliki masa lapang untuk sesi fotografi," kata kawan itu yang dah tak kuasa melayan kerenah Fazura.

Macam tu kah kisahnya? Ada-ada aje kan kisah artis Malaysia ni. Mangga Muda tak pernah lah pula berdepan masalah itu sebab Mangga Muda tak but sesi fotografi. Itulah cabaran jadi wartawan majalah ni.

Hairan juga ya... sah sah lah sesi fotografi itu untuk mempromosikan artis itu sendiri. Ada pula yang menolak.

Ramai juga artis yang tak suka publisiti ni. Agaknya artis yang menolak tawaran promosi tu fikir namanya dah cukup besar dan tak perlu publisiti melimpah.

Padahal semasa mereka baru merangkak, pantang tanya pasal masa lapang untuk fotografi, terus setuju sebab pada masa itu mereka sedar mereka perlukan banyak pendedahan agar orang cepat kenal.

Kalau setakat drama popular di TV tapi orang tak tahu cerita si pelakon itu di luar layar, macam mana nak popular kan?
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
free counter

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails