Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..
Showing posts with label Fiffy Natasha. Show all posts
Showing posts with label Fiffy Natasha. Show all posts
Fiffy cabar diri cuba watak liar
Pelakon remaja yang kian meningkat dewasa, Fiffy Natasya cabar diri untuk mencuba pelbagai watak dalam lakonannya termasuk watak liar dan hitam.
Fiffy yang kini berusia 19 tahun telah bersetuju untuk menjayakan watak berkenaan dalam filem terbarunya, "Leftwings".
"Memang orang cakap watak hitam banyak bawa kesan buruk kepada artis kerana takut orang label artis tertentu itu 'liar'."
"Ya, saya memang takut orang kata saya liar, tapi pada masa sama, apa yang saya lakonkan itu hanya rekaan watak semata-mata. Sedangkan dalam realiti kehidupan saya sebenarnya orang biasa yang punya keluarga yang akan menegur jika saya membuat kesilapan," katanya yang dipetik daripada sebuah blog hiburan tempatan.
Menurut Fiffy, filem "Leftwings" merupakan sebuah filem muzikal Rock yang penuh dengan pengajaran terutamanya kepada golongan remaja.
Sementara itu, Fiffy menolak kontroversi untuk cepat mendapat populariti dengan mencetus kontroversi yang berbaur negatif.
"Saya tidak akan mencari publisiti murahan. Tak kisahlah rekaan saya sendiri atau orang lain. Biar lambat naik asalkan hasil kerja saya diberkati," katanya yang tidak kisah untuk bermula dari bawah demi untuk membuktikan bahawa dia benar-benar berbakat.
Filem "Leftwings" yang turut dibintangi oleh Aweera, Zouladeq, Wan Zaimie dan ramai lagi akan menemui penonton pada 30 Ogos ini.
FIFFY takut dikata liar
TANPA disedari Fiffy Natasya kini sudah berusia 19 tahun dan menjadi anak dara sunti kepada ibu, Faridah dan bapanya, Suhaimi. Perwatakan diri yang matang semakin terserlah dan lontaran ideanya cukup berlainan berbanding sewaktu mula-mula bergelar anak seni kira-kira sembilan tahun lalu. Perubahan positif yang berlaku pada pelakon ini juga boleh dilihat pada cara pemilihan dan membuat keputusan. Ternyata pelakon drama Kuli Kuat Kupang ini juga semakin berani memilih watak yang lebih berat dan boleh menunjukkan sisi bakat`nya yang pelbagai.
Perubahan itu boleh dilihat apabila Fiffy bersetuju membawakan watak liar dalam filem ketiganya berjudul Leftwings. Apa yang membuatkan Fiffy ambil keputusan berani melakonkan watak hitam sebegitu?
Sebelum ini saya hanya berpeluang melakonkan watak budak sekolah, remaja saja. Tapi bila diberi peluang sebegini, saya tidak akan lepaskan peluang. Lagi pun saya tertarik dengan skrip dan nak cari kelainan.
Memang orang cakap, watak hitam itu banyak kesan buruk buat artis itu. Sebab takut orang label artis tertentu itu liar. Ya, memang saya takut orang kata saya liar, tapi pada masa yang sama, apa yang saya lakonkan itu hanya watak rekaan semata-mata. Sedangkan dalam realiti kehidupan, saya sebenarnya orang biasa. Masih ada keluarga yang tegur kalau saya buat silap," hujahnya.
Kalau Fiffy takut hendak menerima kutukan, tapi kenapa masih mahu menerima tawaran berlakon watak hitam sebegitu? Jawabnya: Saya cuma nak cabar bakat diri. Itu saja. Saya nak tengok respons daripada orang ramai. Kalau ramai yang menyampah dengan saya, maknanya saya kena lakukan sesuatu."
Lagi pun, Leftwings adalah filem penuh pengajaran terutama buat golongan remaja. Saya harap orang nampak mesej tersirat bila filem itu di pawagam pada 30 Ogos ini," sambungnya.
Adakah itu bermakna Fiffy takut dikritik dengan lakonan sendiri? Sambil menggelengkan kepala., kata Fifi: Kritik itu normal. Tak kiralah sama ada kritikan membina atau nak menghentam. Sebab itu saya tak kisah."
Tolak kontroversi
Dalam pada masa yang sama, pelakon telefilem Vanila Coklat versi Aidilfitri ini juga menolak jalan kontroversi untuk lekas meraih populariti. Katanya, dia rela bertatih dari bawah, membuktikan pada semua tentang bakat diri berbanding menjaja cerita yang bukan-bukan.
Saya tak akan cari publisiti murahan menerusi cerita kontroversi. Tak kisahlah sama ada ciptaan saya sendiri atau rekaan orang lain. Saya tahu dugaan orang seni ni macam-macam, sebab itu saya dah bersedia awal-awal lagi. Biarlah lambat naik, asalkan jalan yang kita pilih itu baik dan diberkati," katanya yang meraikan Aidilfitri di kampungnya, Kota Bharu, Kelantan.
Perkembangan Fiffy boleh diikuti menerusi Twitter iaitu @fiffynatasya atau Facebook di Fiffy Natasya Kawaii.
Saya memang tidak bertudung - Fiffy
PELAKON remaja Fiffy yang didakwa membuka tudung setelah bergelumang dalam dunia hiburan menjelaskan bahawa dakwaan tersebut tidak benar sama sekali. Fiffy menjelaskan bahawa, dakwaan tersebut dibuat tanpa usul periksa terlebih dahulu dan orang yang membuat tuduhan tersebut belum mengenalinya secara dekat.
Fiffy atau nama sebenarnya Fiffy Natasya Suhaimi, 19, berkata dakwaan itu timbul kerana pada usia lapan tahun, dia pernah bertudung ketika menyertai kumpulan Wardah dan merakamkan tiga album kerohanian dan doa.
"Dalam kehidupan sebenar, memang saya tidak bertudung, kebetulan ketika zaman kanak-kanak saya pernah memakai tudung kerana terlibat dalam projek lagu-lagu kerohanian.
"Saya tidak perlu hipokrit dan mengakui sememangnya saya tidak bertudung, jadi dakwaan yang mengatakan saya membuka tudung semata-mata untuk menceburi bidang seni adalah tidak betul," jelasnya.
Pelakon yang semakin dikenali selepas membintangi drama popular Vanilla Coklat di TV3 ini berkata, dia tidak mahu merunsingkan fikirannya dengan apa pun pandangan atau kritikan orang ramai kerana dia sentiasa peka terhadap gerak-gerinya sendiri.
"Saya tidak kisah apa juga orang cakap tentang saya kerana saya tahu apa yang dilakukan sentiasa berada pada landasan yang betul.
"Tidak bertudung bukan bermakna saya berkelakuan liar atau nakal. Saya jarang keluar bersiar-siar kecuali dengan keluarga jadi rasanya tidak timbul isu yang boleh mengaitkan saya dengan kontroversi atau perkara-perkara negatif," ujar pelajar jurusan farmasi di Kolej Segi ini.
Gadis yang dikenali dengan lagu Kawaii ini berkata, selepas hampir 10 tahun menceburi bidang seni, dia masih berusaha untuk mengukuhkan namanya sebagai bakat pelapis dunia hiburan tanah air.
"Kalau diikutkan, saya sudah mula berlakon pada usia 10 tahun dalam filem Cinta Kolestrol dan sejak kebelakangan ini barulah nama saya dikenali.
"Tidak dinafikan saya menerima tawaran lakonan yang berterusan tetapi kalau boleh, pada tahun ini saya mahu lebih dikenali dan berjaya," katanya lagi.
Kemunculan terbaru Fiffy adalah melalui drama terbaru lakonannya berjudul Pulau Pandan Jauh Ke? bersama Aliff Satar kini disiarkan di Astro Warna, selain Tangisan Bulan Madu 2 dan Mak Lang Datang Kompang Bergendang.
Ketika ini Fiffy dalam proses merakam single Jpop yang berjudul Cinta Playboy.
Fiffy juga baru sahaja menamatkan penggambaran dua buah filem Strawberi Cinta dan Left Wings yang dijangka ditayangkan pada tahun hadapan.
Fiffy Natasya Akan Muncul Dengan Album Pop Dance Jepun
PETALING JAYA: Pelakon dan pendatang baru, Fiffy Natasya Suhaimi menaruh keyakinan yang tinggi, album barunya yang berunsurkan muzik 'pop dance' dari Jepun dan Korea tidak lama lagi akan mendapat sambutan hangat.
Kata Fiffy, proses pembikinan album yang bakal memuatkan 10 buah lagu itu kini dalam peringkat akhir dan dijangka akan dapat dipasarkan pada tahun ini.
Fiffy memberitahu ketika dia mengeluarkan lagu single Kawaii yang bermakna “comel” dalam Bahasa Jepun pada penghujung 2010, penampilannya dapat diterima ramai.
"Selepas kejayaan album Kawaii, saya selesa untuk terus bekerjasama dengan komposer dan penerbit album bernama Nick. Kebetulan dia juga meminati muzik pop dance dari Jepun dan Korea, jadi dia faham apa yang saya mahukan,” kata pelajar bidang farmasi dari Kolej Segi ini.
Pada masa yang sama, Fiffy juga memberitahu dia akan melakukan kelainan dalam kerjayanya sebagai artis iaitu muncul dengan dua imej bagi membezakan karakternya sebagai seorang penyanyi dan pelakon.
Gadis yang baru berusia 18 tahun ini menambah, sejak awal pembabitannya dalam bidang seni kira-kira 10 tahun lalu, dia sudah memutuskan untuk dikenali dengan dua imej yang berasingan.
Fiffy pertama kali muncul dalam filem Cinta Kolestrol pada tahun 2003 dengan memegang watak sebagai Erra Fazira ketika kanak-kanak.
Katanya, untuk bidang lakonan dia selesa menggayakan imej kasual dan ringkas bersesuaian dengan imej remajanya.
Manakala untuk imejnya sebagai seorang penyanyi, dia mahu berfesyen seperti bintang Korea dan Jepun.
"Untuk imej seorang pelakon, saya selesa menampilkan diri saya yang sebenar bersesuaian peringkat umur dengan berimej kasual.
“Bagaimanapun kalau di pentas nyanyian, saya mahu orang lihat saya seperti bintang pop dari Korea dan Jepun kerana saya sangat meminati muzik dan fesyen dari kedua-dua negara itu,” katanya.
Gadis ini berkata, dia yakin peminat tidak akan keliru dengan kemunculannya terhadap dua imej tersebut sebaliknya dapat melihat penampilan yang berbeza pada dirinya.
"Setakat ini tidak timbul soal keliru kerana langkah itu membolehkan peminat membezakan pembabitan saya dalam dua cabang yang berlainan itu," kongsi anak bongsu daripada dua beradik ini.
Fiffy Natasya Buka Tudung Bukan Kerana Bidang Seni
PETALING JAYA: Pelakon dan penyanyi remaja Fiffy Natasya (Fify) menjelaskan dakwaan yang mengatakan dia membuka tudung semata-mata untuk menceburi bidang seni berpunca daripada salah faham segelintir pihak yang tidak mengetahui perkara sebenar.
Fify atau nama sebenarnya Fiffy Natasya Suhaimi, 19, berkata dakwaan itu timbul kerana pada usia lapan tahun, dia pernah bertudung ketika menyertai kumpulan Wardah dan mengeluarkan tiga buah album kerohanian dan doa.
“Hakikatnya, dalam kehidupan sebenar, saya memang tidak bertudung. Cuma kebetulan ketika zaman kanak-kanak saya pernah memakai tudung kerana terlibat dalam projek lagu-lagu kerohanian.
“Saya tidak perlu hipokrit dan mengakui saya tidak bertudung. Jadi dakwaan yang mengatakan saya membuka tudung semata-mata untuk menceburi bidang seni adalah tidak betul,” katanya ketika ditemui mStar Online di Menara Star, di sini, Isnin.
Pelakon yang semakin dikenali selepas membintangi drama popular Vanilla Coklat di TV3 ini berkata, dia tidak mahu merunsingkan fikirannya dengan apa pun pandangan atau kritikan orang ramai kerana dia sentiasa peka terhadap gerak-gerinya.
“Saya tidak kisah apa juga orang hendak cakap tentang saya kerana saya tahu apa yang dilakukan sentiasa berada pada landasan yang betul serta dipantau oleh ibu bapa.
“Tidak bertudung bukan bermakna saya berkelakuan liar atau nakal. Saya jarang keluar bersiar-siar kecuali dengan keluarga jadi rasanya tidak timbul isu yang boleh mengaitkan saya dengan kontroversi atau perkara-perkara negatif,” katanya.
Gadis yang dikenali dengan lagu Kawaii sebelum ini berkata selepas hampir 10 tahun menceburi bidang seni, dia masih berusaha untuk mengukuhkan namanya sebagai bakat pelapis dunia hiburan tanah air.
“Kalau diikutkan, saya sudah mula berlakon pada usia 10 tahun lagi dalam filem Cinta Kolestrol dan baru kebelakangan ini nama saya semakin dikenali.
“Tidak dinafikan saya menerima tawaran lakonan yang berterusan tetapi kalau boleh, pada tahun ini saya mahu lebih dikenali dan berjaya,” kata pelajar jurusan Farmasi di Kolej Segi ini.
Drama terbaru lakonannya berjudul Pulau Pandan Jauh Ke bersama Aliff Satar kini disiarkan di Astro Warna (saluran 132), selain Tangisan Bulan Madu 2 (RTM) dan Mak Lang Datang Kompang Bergendang (TV3).
Fify juga baru sahaja menamatkan penggambaran dua buah filem Strawberi Cinta dan Left Wings yang dijangka ditayangkan pada 2013.
Selesa berimej gadis Jepun - Fiffy Natasha

BIARLAH apa orang lain nak kata, Fiffy Natasha tetap selesa tampil berimej seakan-akan gadis Geisha dari Jepun dengan konsep muziknya J Pop. Dalam usianya baru mencecah 18 tahun, Fiffy mengaku terlalu meminati imej itu kerana ia nampak lebih segar dan ranggi.
Kini sudah dua tahun berimej geisha dalam penampilannya sebagai penyanyi dengan kerap tampil dengan pakaiannya dan aksesori ‘Harajuku’.
“Ini bermula selepas merakamkan single berjudul Kawaii yang bermaksud comel pada tahun lalu. Lebih lagi konsep J Pop yang saya bawakan ini belum ada penyanyi yang membawanya. Dalam mencari identiti sebaiknya, kita harus berbeza dengan artis sedia ada,” katanya yang pernah digelar sebagai Puteri J Pop oleh peminat dan rakan-rakannya. Menurut Fiffy, penampilannya dengan pakaian Harajuku kini mula menjadi ikutan remaja seusia dengannya sehingga mendapat permintaan.
“Atas permintaan itulah saya tergerak hati untuk memulakan perniagaan pakaian harajuku secara kecil-kecilan menerusi internet.
“Biasanya dalam seminggu saya muat turunkan lebih 30 pakaian dalam facebook dan habis dalam masa 30 minit saja. Pakaian harajuku yang saja jual tidak mahal dalam lingkungan RM50 dan mampu dibeli oleh remaja saja. Tapi, lebih mengejutkan ada yang sanggup berhabis sehingga RM1,000 untuk mendapatkan baju, kasut, aksesori dan beg tangan terbaru,” katanya yang boleh melayari laman sesawang facebook fiffysyasyacollection.
Biarpun sudah lebih 10 tahun menceburi bidang seni, baik nyanyian mahupun lakon, namun ramai yang masih belum mengenalnya. Begitupun gadis yang pernah membintangi filem Cinta Kolestrol pada usia sembilan tahun dan I Know What U Did Last Raya tidak pernah berputus asa menempatkan namanya dalam industri seni ini.
“Fiffy baru saja selesai menduduki peperiksaan SPM dan syukurlah semuanya berjalan dengan lancar. Kini tibalah masanya Fiffy ingin menumpukan dalam bidang seni yang sangat saya cintai ini. Memang saya akui saya masih belum dikenali sangat kerana aktiviti seni saya hanya waktu cuti sekolah saja dan selebihnya banyak mengulangkaji pelajaran di rumah.
“Saya hanya dikenali oleh rakan-rakan peminat seusia saya saja dan rakan menerusi facebook. Sebaik saja peperiksaan SPM, ini masanya sibuk menyusun jadual aktiviti seni saya terutamanya ingin menyiapkan album penuh yang dijangka siap pertengahan tahun depan.
“Selain itu saya kini sedang menjalani penggambaran drama bersiri berjudul Klik,” katanya yang kini sudah menyiapkan lima lagu antaranya Cinta Playboy, Kimochi, Shidori, Space dan Kawaii.
Sementara itu, dalam usia yang muda ini juga Fiffy sudah menjadi juru cakap kepada beberapa produk termasuklah yang terbaru bersama The Guitar Store. Produk gitar jenama Cort turut melantik kumpulan Scorpions dan Kiss sebagai duta antarabangsa.
Fiffy berkata, dia bertuah kerana The Guitar Store memilihnya antara model, selain Izzat (Hujan) dan komposer, Nick CDRW. Malah, syarikat yang memiliki studio itu turut menghadiahkan gitar jenama Cort yang berharga ribuan ringgit.
•Fiffy Natasya Abdul Suhaimi
•Umur: 17 tahun
•Asal: Kelantan
•Emel/Myspace: cutegurlfiffynatasya_taurus@yahoo.com.my
•Pembabitan seni: Sejak usia tujuh tahun menyertai kumpulan nasyid Wardah menghasilkan tiga album iaitu Mari Belajar Jawi, Mari Belajar Doa dan Mari Belajar Sembahyang.
Pernah berduet dengan Nassier Wahab dan Elly Mazlein menerusi lagu raya, Sketsa Di Pagi Raya.
•Drama: Sephia (TV3), Misteri Syakila (TV3)
•Filem: Cinta Kolestrol, I Know What U Did Last Raya.
•Peperiksaan: Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR), 4A 1B.
Penilaian Menengah Rendah (PMR) 7A 1B.
Subscribe to:
Posts (Atom)
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
