Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..
Showing posts with label Hafiz AF. Show all posts
Showing posts with label Hafiz AF. Show all posts
Kisah hidup menerusi lagu - Hafiz
BERHASIL merangkul sehingga 14 anugerah dalam tempoh empat tahun bergelar penyanyi, menjadi kebanggaan buat Mohd. Hafiz Mohd. Suip. Bukan mudah untuk meraih kejayaan sedemikian memandangkan persaingan yang semakin sengit dengan kemunculan ramai penyanyi baharu, namun Hafiz terus konsisten.
Terbaharu, penyanyi yang dicungkil bakatnya menerusi rancangan realiti Akademi Fantasia 7 (AF7) itu muncul dengan album yang diberi judul Hafiz Suip - Luahan Hati Anak Seni.
Berkesempatan bertemu dengannya semasa majlis pelancaran album tersebut baru-baru ini, Hafiz berkata, album keduanya itu begitu istimewa buat dirinya.
"Pertama, saya sangat berbesar hati kerana ramai komposer hebat terlibat dalam penerbitan album ini. Ia satu penghormatan yang besar.
"Kedua, album ini istimewa kerana kebanyakan lagunya menceritakan kisah hidup saya sepanjang berkecimpung dalam dunia seni," ujar anak kelahiran Kuching, Sarawak itu.
Menggunakan konsep 'majalah mini' untuk album tersebut, Hafiz menjelaskan, sebanyak sembilan buah lagu dimuatkan dalam album itu antaranya Bahagiamu Deritaku, Mungkinkah, Hanya Ingin Kau Cinta, Deklamasiku, Kesimpulan, Patah Hati, Satu Cerita, Muara Hati dan Matahari.
Ujarnya, dia cukup gembira kerana salah satu single iaitu Bahagiamu Deritaku kini semakin mendapat tempat di hati peminat serta mengungguli carta stesen radio popular di negara ini.
"Saya bertuah kerana lagu ini dicipta oleh komposer hebat seperti LY dan Baiduri sehingga ia menjadi siulan ramai.
"Saya juga bangga kerana komposer seperti Mega Pandawa, Idzam, Ajai, Kunci Demak, Mohd. Atlas, Manusia Putih dan Aiman telah menghasilkan lagu yang menarik dan sedap didengar," ujarnya.
Menurut Hafiz, dia kini sudah melangkah setapak lagi dalam karier seninya apabila berpeluang menghasilkan lirik bagi dua buah lagu iaitu Mungkinkah dan Deklamasiku.
"Bidang penulisan lirik ini merupakan sesuatu yang baharu bagi saya, namun ia percubaan yang berbaloi. Rasanya tidak sia-sia saya berguru dengan komposer Kunci Demak bagi mendalami ilmu penulisan lagu," jelasnya.
Ketika ditanya sama ada lagu-lagu dalam album itu turut membabitkan kisah cintanya, Hafiz tersenyum dan mengambil masa yang agak lama untuk menjawabnya.
"Apa yang saya boleh katakan ada beberapa buah lagu yang menceritakan mengenai diri saya, tetapi tidak mahu bercerita lebih lanjut mengenainya.
"Seboleh-bolehnya saya mahu peminat mendengar dan menghayati kesemua lagu sekiranya mahu mendalami kisah hidup saya," ujarnya.
Bercerita mengenai kekasih hati setelah dikaitkan dengan penyanyi Adira sebelum ini, Hafiz mengakui dia sedang bercinta dengan seorang gadis.
Bagaimanapun, penyanyi berkenaan ingin merahsiakan identiti gadis berkenaan memandangkan si dia masih seorang pelajar.
"Buat masa ini, biarlah saya tidak mendedahkan kekasih saya itu kepada umum kerana tidak mahu pelajarannya terjejas," tegasnya.
Nama sebenar
Jika sebelum ini dia dikenali sebagai Hafiz AF, penyanyi berkenaan menyatakan bahawa dia sekarang lebih selesa menggunakan nama sebenarnya iaitu Hafiz Suip.
Bukan mahu melupakan segala kenangan sepanjang bergelar peserta AF7, tetapi penggunaan nama sekarang lebih sesuai dan membuatkan dirinya berasa begitu dekat dengan keluarganya.
"Antara tunjang kejayaan saya sudah tentu sekali sokongan daripada ahli keluarga terutamanya ibu bapa saya.
"Jadi, penggunaan nama sebenar ini lebih sesuai kerana saya mahu semua ahli keluarga berkongsi kejayaan dan kegembiraan yang saya kecapi sekarang," jelasnya.
Menurutnya, kini dia tidak lagi berasa terlalu sunyi kerana berjauhan dengan keluarga memandangkan kedua-dua ibu bapanya sudah menetap di Kuala Lumpur.
Sakit
Di sebalik riak wajahnya yang sentiasa gembira serta sikapnya yang ceria, ramai yang tidak tahu bahawa Hafiz berhadapan dengan masalah kesihatan.
Menurutnya, beberapa bulan lalu dia terpaksa berehat seketika daripada aktiviti nyanyian setelah disyaki menghidap tonsil.
"Ketika mendapat rawatan di klinik kerana berasa kurang sihat, doktor memberitahu saya mengalami masalah tonsil. Setelah makan ubat yang diberikan sakit tekak saya masih tidak sembuh.
"Kemudian saya berjumpa dengan doktor pakar telinga, hidung dan tekak.
"Akhirnya, barulah saya dapat tahu yang saya sebenarnya mengalami masalah di bahagian saluran telinga yang boleh memberi kesan kepada suara saya," ujarnya.
Menurut Hafiz, doktor berkenaan menyatakan dia bernasib baik kerana masalah itu dikesan lebih awal. Sekarang dia masih menjalani rawatan susulan.
"Mujurlah masalah yang saya hadapi itu tidak menjejaskan aktiviti seni saya malah saya boleh terus menyanyi.
"Cuma pada peringkat awal dahulu adakalanya saya berasa sakit semasa membuat persembahan," jelasnya.
Sorok kekasih demi rasa hormat - Hafiz
Hentikan cerita tidak betul - Hafiz
PERJALANAN kehidupan seorang anak seni bernama Mohd. Hafiz Mohd. Suip atau Hafiz Suip, 22, bermula apabila dia memenangi program realiti Akademi Fantasia musim ketujuh (AF7). Selama empat tahun bergelumang dalam industri ini, boleh dikatakan dia agak bertuah berbanding rakan yang lain. Melihat ini sebagai satu kelebihan yang dianugerahkan ke atas dirinya, bagi Hafiz itu bukan bermakna dia mahu meletakkan noktah untuk meneruskan usaha keras yang telah dimulakan.
Sungguhpun mendapat kejayaan dalam karier nyanyiannya, jejaka ini juga tidak terlepas daripada diburu pelbagai kisah negatif. Malah yang terbaru jejaka ini kini dilabel sebagai seorang kaki perempuan.
Mengakui dirinya masih rapuh dalam menerima sebarang dugaan, Hafiz percaya ini merupakan proses biasa yang harus diharungi untuk menjadi lebih kuat pada masa hadapan.
"Mungkin sikap saya yang ramah dengan peminat perempuan menyebabkan ada di antara mereka di luar sana melabelkan saya sebagai kaki perempuan.
"Realitinya saya masih menjadi diri saya ketika berada di kalangan peminat, mungkin sikap saya ini menimbulkan banyak salah sangka," jelasnya.
Tidak banyak bezanya dengan remaja lelaki lain, populariti yang singgah tidak membuatnya terlepas untuk mengenali apa itu cinta. Malah kisah terkini mengatakan, jejaka ini sudah menjumpai pengganti cinta yang lalu.
"Gambar yang tersebar yang mengatakan gadis tersebut merupakan teman wanita saya adalah fitnah semata-mata.
"Dia bukan teman wanita saya tetapi rakan yang saya kenal melalui telefilem lakonan saya iaitu Langkah Bendul," katanya ketika ditemui ketika mengadakan persembahan pembukaan untuk program realiti Vokal baru-baru ini.
Walaupun memilih untuk bersendiri, Hafiz berterus terang memberitahu kisah cinta yang lalu banyak mengajarnya untuk lebih berhati-hati. Namun begitu, sekali lagi penyanyi lagu Awan Nano ini menepis dakwaan yang mengaitkan pengalaman dahulu membentuk dirinya menjadi seorang playboy kini.
"Saya tidak bercinta dengan sesiapa, kalau adapun saya akan berterus terang. Buat masa ini saya ingin tumpukan perhatian buat kerjaya seni saya dahulu
"Bagaimanapun apa yang boleh saya katakan di sini saya banyak belajar daripada pengalaman cinta yang lalu," katanya yang akan mengambil masa sebelum benar-benar sedia bercinta semula.
Besar kepala
Kemenangan demi kemenangan yang dicapai membuka laluan yang lebih luas untuk dirinya berada di kemuncak. Tidak mahu mendabik dada, Hafiz memberitahu, dia hanyalah seorang penyanyi muda yang akan terus menimba ilmu dari pengalaman.
"Perjalanan saya masih jauh, dengan umur saya yang masih muda saya percaya apa yang saya dapat ini bukan jaminan akan berkekalan selamanya.
"Populariti bukan tujuan utama saya berada di dalam industri ini, saya percaya pengalaman yang saya dapat ini lebih besar maknanya untuk diri saya ," katanya.
Pengiktirafan yang dicapai merupakan bukti suara penyanyi ini menjadi dambaan peminat lagu melayu. Walaupun sedar harapan yang diberi menyebabkan dia berada di tahap yang lebih tinggi, itu bukan sebab untuk dirinya merasa tertekan.
"Pengiktirafan yang dicapai merupakan bonus untuk karier seni saya namun saya tidak pernah melihat itu sebagai satu bebanan.
"Saya tahu ia merupakan cara peminat menyampaikan harapan dan ini saya ambil sebagai satu cabaran yang akan terus membakar semangat saya," katanya bersungguh.
Tatkala diri masih mendaki untuk mencari secebis kepuasan diri, Hafiz akui bukan mudah untuk memilih memuaskan hati setiap insan yang mengenali dirinya. Dikecam beberapa pihak yang mengatakan dirinya kini sombong, Hafiz menerangkan kedudukan dirinya yang sebenar.
"Kadangkala kita terlepas pandang hal-hal macam ini namun bukan niat saya untuk meletakkan diri saya di dalam keadaan itu.
"Saya fikir apa yang berlaku itu bukan proses sebenar, ia lebih bersifat salah faham. Satu yang boleh saya katakan di sini saya hanya manusia biasa yang akan mencuba sebaik boleh. Yang akhirnya kita semua tahu tidak mungkin ia akan memuaskan hati semua orang," jelasnya.
Hafiz AF disaman RM200 ribu
Bekas pengurus pentas sebuah rancangan hiburan di Astro, Nur Haniza Mohd Azhar, 25, menfailkan saman terhadap juara Akademu Fantasia musim ke 7, Hafiz atas dakwaan telah menyebabkan kecederaan kepadanya.
Menurut laporan daripada Bernama, plaintif menamakan penyanyi yang popular dengan lagu 'Awan Nano' Hafiz atau nama sebenarnya Mohd Hafiz Mohd Suip, 22, sebagai defenden bagi menuntut ganti rugi lebih RM200,000.
Nur Haniza menfailkan saman di pejabat pendaftar Mahkamah Sesyen menerusi Tetuan Boestaman Ahmad & Co.
Dalam tuntutan yang dibuat oleh plaintif, Nur Haniza mendakwa dia didatangi Hafiz yang menepuk bahunya dari belakang dan menyatakan hasrat untuk berjumpa dengannya secara paksa ketika dia sedang menjalankan tugas sebagai pengurus pentas untuk rancangan 'Salih Yaacob Show' di Studio Filem Negara (FINAS) pada 3.15 petang, 17 Mei tahun lepas.
Nur Haniza kemudianya memberitahu dia telah menolak pelawaan itu dengan baik kerana sedang sibuk melakukan tugasnya tetapi dia tetap didesak defenden untuk berbincang mengenai suatu perkara.
Nur Haniza mendakwa ketika dia sedang menuruni tangga studio untuk meneruskan tugasnya, Hafiz bertindak agresif dengan menolaknya sehingga terjatuh ke bawah dan tersungkur di hadapan rakan sekerjanya.
Disamping itu, Haniza mendakwa beliau juga telah menyerahkan notis tuntutan bertarikh 25 Jun lepas untuk penyanyi ini memohon maaf dan membayar ganti rugi, akan tetapi Hafiz nafi telah mencederakan beliau.
Akibat insiden tersebut, Haniza turut mendakwa beliau kini masih lagi merasa sakit di bahagian kaki kanan dan beliau juga telah hilang mata pencarian kerana namanya telah disenarai hitamkan daripada bekerja untuk rancangan terbitan Astro.
Dengan ini, Nur Haniza telah menuntut ganti rugi am, ganti rugi khas, ganti rugi teruk, ganti rugi kehilangan aminiti, kos dan relif lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.
Subscribe to:
Posts (Atom)
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
