Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Hentikan cerita tidak betul - Hafiz

PERJALANAN kehidupan seorang anak seni bernama Mohd. Hafiz Mohd. Suip atau Hafiz Suip, 22, bermula apabila dia memenangi program realiti Akademi Fantasia musim ketujuh (AF7). Selama empat tahun bergelumang dalam industri ini, boleh dikatakan dia agak bertuah berbanding rakan yang lain. Melihat ini sebagai satu kelebihan yang dianugerahkan ke atas dirinya, bagi Hafiz itu bukan bermakna dia mahu meletakkan noktah untuk meneruskan usaha keras yang telah dimulakan. Sungguhpun mendapat kejayaan dalam karier nyanyiannya, jejaka ini juga tidak terlepas daripada diburu pelbagai kisah negatif. Malah yang terbaru jejaka ini kini dilabel sebagai seorang kaki perempuan. Mengakui dirinya masih rapuh dalam menerima sebarang dugaan, Hafiz percaya ini merupakan proses biasa yang harus diharungi untuk menjadi lebih kuat pada masa hadapan. "Mungkin sikap saya yang ramah dengan peminat perempuan menyebabkan ada di antara mereka di luar sana melabelkan saya sebagai kaki perempuan. "Realitinya saya masih menjadi diri saya ketika berada di kalangan peminat, mungkin sikap saya ini menimbulkan banyak salah sangka," jelasnya. Tidak banyak bezanya dengan remaja lelaki lain, populariti yang singgah tidak membuatnya terlepas untuk mengenali apa itu cinta. Malah kisah terkini mengatakan, jejaka ini sudah menjumpai pengganti cinta yang lalu. "Gambar yang tersebar yang mengatakan gadis tersebut merupakan teman wanita saya adalah fitnah semata-mata. "Dia bukan teman wanita saya tetapi rakan yang saya kenal melalui telefilem lakonan saya iaitu Langkah Bendul," katanya ketika ditemui ketika mengadakan persembahan pembukaan untuk program realiti Vokal baru-baru ini. Walaupun memilih untuk bersendiri, Hafiz berterus terang memberitahu kisah cinta yang lalu banyak mengajarnya untuk lebih berhati-hati. Namun begitu, sekali lagi penyanyi lagu Awan Nano ini menepis dakwaan yang mengaitkan pengalaman dahulu membentuk dirinya menjadi seorang playboy kini. "Saya tidak bercinta dengan sesiapa, kalau adapun saya akan berterus terang. Buat masa ini saya ingin tumpukan perhatian buat kerjaya seni saya dahulu "Bagaimanapun apa yang boleh saya katakan di sini saya banyak belajar daripada pengalaman cinta yang lalu," katanya yang akan mengambil masa sebelum benar-benar sedia bercinta semula. Besar kepala Kemenangan demi kemenangan yang dicapai membuka laluan yang lebih luas untuk dirinya berada di kemuncak. Tidak mahu mendabik dada, Hafiz memberitahu, dia hanyalah seorang penyanyi muda yang akan terus menimba ilmu dari pengalaman. "Perjalanan saya masih jauh, dengan umur saya yang masih muda saya percaya apa yang saya dapat ini bukan jaminan akan berkekalan selamanya. "Populariti bukan tujuan utama saya berada di dalam industri ini, saya percaya pengalaman yang saya dapat ini lebih besar maknanya untuk diri saya ," katanya. Pengiktirafan yang dicapai merupakan bukti suara penyanyi ini menjadi dambaan peminat lagu melayu. Walaupun sedar harapan yang diberi menyebabkan dia berada di tahap yang lebih tinggi, itu bukan sebab untuk dirinya merasa tertekan. "Pengiktirafan yang dicapai merupakan bonus untuk karier seni saya namun saya tidak pernah melihat itu sebagai satu bebanan. "Saya tahu ia merupakan cara peminat menyampaikan harapan dan ini saya ambil sebagai satu cabaran yang akan terus membakar semangat saya," katanya bersungguh. Tatkala diri masih mendaki untuk mencari secebis kepuasan diri, Hafiz akui bukan mudah untuk memilih memuaskan hati setiap insan yang mengenali dirinya. Dikecam beberapa pihak yang mengatakan dirinya kini sombong, Hafiz menerangkan kedudukan dirinya yang sebenar. "Kadangkala kita terlepas pandang hal-hal macam ini namun bukan niat saya untuk meletakkan diri saya di dalam keadaan itu. "Saya fikir apa yang berlaku itu bukan proses sebenar, ia lebih bersifat salah faham. Satu yang boleh saya katakan di sini saya hanya manusia biasa yang akan mencuba sebaik boleh. Yang akhirnya kita semua tahu tidak mungkin ia akan memuaskan hati semua orang," jelasnya.
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
free counter

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails