Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Showing posts with label Hairie Othman. Show all posts
Showing posts with label Hairie Othman. Show all posts

Jadi Artis Beri Peluang Hairie Othman Sokong Pembangkang

Pelakon Hairie Othman menganggap kedudukannya sebagai artis memberikannya peluang cerah untuk bergiat aktif di pentas politik khususnya menyokong pakatan pembangkang. Malah kata, 42, disebabkan populariti itu, ia berjaya meletakkan kedudukannya sebaris dengan pemimpin dalam Pakatan Rakyat (PR) yang disertainya. "Saya tidak pernah menyesal bergelar pelakon kerana daripada situlah saya memperoleh pendapatan untuk menampung kehidupan saya sebelum ini. "Malah saya lihat ia (menjadi pelakon) telah memberi kelebihan untuk saya bergiat aktif dalam politik dan saya ambil peluang itu," jelasnya. Hairie berkata demikian ketika menghadiri wacana bertajuk Artis Masuk Politik: Kredibiliti atau Pancing Undi pada Selasa yang turut menampilkan Presiden Seniman, Zed Zaidi, Bob Lokman dan Penerbit dan Pengarah Filem, Datin Paduka Shuhaimi Baba sebagai panel. Hairie Othman dan Bob Lokman merupakan ahli PAS. Mengakui pernah mempunyai sejarah silam tersendiri sepanjang bergelar anak seni, Hairie berkata setiap orang diberi peluang untuk memperbaiki diri dan tidak mengulangi perbuatan lama. Malah katanya hiburan adalah perlu dalam kehidupan manusia biasa namun ia hendaklah berlandaskan dengan cara yang betul selain dapat memberikan faedah kepada masyarakat. "Seperti di Iran, filem yang dihasilkan masih mengikut landasan agama Islam malah tiada adegan berpegangan tangan antara lelaki dan wanita dan karya mereka mampu menempa kejayaan pada peringkat antarabangsa," jelasnya. Sementara itu, Hairie turut menyangkal dakwaan yang mengaitkan penglibatan artis dalam politik disebabkan sudah tidak popular. Malah kata Hairie, penglibatan seseorang artis dalam politik adalah hak masing-masing dan populariti bukan isu utama. "Tidak tepat untuk tuduh seseorang artis sudah tidak popular baru nak sertai politik kerana ramai yang berminat cuma tidak tampil ke hadapan," katanya.

Hairie Othman nak nikah

DIVA tak nak sentuh bab ideologi politik atau semangat juang pelakon popular Hairie Othman yang kini semakin jelas dan lantang menyuarakan pendapatnya. Diva cuma terpanggil nak kongsi perihal Hairie memandangkan dia masih artis yang dikenali umum. Dalam sibuk berceramah, Diva dapat tahu bahawa Hairie yang berstatus duda itu akan naik pelamin tak lama lagi. Wah, hebat juga penangan Hairie ya! Sumber yang siap tunjuk kad undangan kahwin Hairie itu bagi tahu Diva, katanya Hairie dan bakal isterinya bukan main berseri-seri lagi, macam pinang dibelah dua. Pilihan pelakon yang terkenal dengan filem Leftenan Adnan kali ini dengarnya anak datuk lagi. Lihat daripada nama Dahlia Diana yang tertera atas kad, Diva percaya, wanita itu pasti cantik molek. Diva tak nak cakap pasal tarikh nikah mereka, tapi majlis resepsi Hairie dan Diana katanya akan dilangsungkan di Dewan Semarak Kayangan Felda, di Jalan Semarak, Kuala Lumpur.

Hairie Othman Mengakui Dipinggirkan Kerana Sertai PAS

PETALING JAYA: Pelakon Hairie Othman merasakan benar-benar dianaktirikan oleh syarikat produksi di negara ini yang enggan memberinya peluang berlakon selepas dia menyertai PAS pada 26 Jun lalu. Hairie atau nama sebenarnya Khairie Othman, 41, berkata dia bagaimanapun tidak ralat dengan diskriminasi tersebut kerana mahu memberi tumpuan yang lebih sebagai penceramah untuk parti tersebut. "Sudah 20 tahun lebih saya berada dalam industri lakonan dan belum pernah lagi tidak ada tawaran berlakon dalam diri saya. Tetapi selepas saya masuk PAS, memang jelas saya didiskriminasikan. "Bukankah kita hidup sebagai negara demokrasi? Jika benar, mengapa orang seperti saya disisihkan?" soalnya yang dihubungi mStar Online di sini petang Khamis. Selepas drama Waris yang kini sedang ditayangkan setiap Khamis, di TV3 (pukul 10 malam), Hairie telah menjalani penggambaran terakhirnya iaitu Opah sebanyak 13 episod untuk siaran RTM>. Tambah Hairie, dia kini lebih senang dengan bidang baru iaitu menjadi penceramah walaupun bayarannya tidak tetap iaitu bergantung kepada sumbangan yang diberi oleh mereka yang hadir mendengar ceramahnya. Malah dia bersyukur kerana masih lagi mampu menanggung kos sara hidup menerusi ceramah yang dibuat walaupun tidak lagi aktif dalam bidang lakonan yang diminatinya. "Sebenarnya, jadi penceramah atau pelakon, suasana kehidupannya lebih kurang sama sahaja kerana industri lakonan kita tidaklah sebesar mana. Malah semakin lanjut usia, maka semakin rendahlah bayaran yang diterima, jadi tiada perbezaan. "Cuma saya sayangkan bidang ini dan sudah 20 tahun saya berlakon. Tak mungkin saya akan meninggalkan industri seni begitu sahaja. "Mungkin apabila industri hiburan tempatan sudah mula mengikut garis panduan Islam, saya akan memberikan keutamaan dalam hal-hal belakang tabir," ujarnya. Dalam pada itu, Hairie turut menepis andaian kononnya menerima wang RM50,000 setiap kali memberi ceramah iaitu jumlah yang lebih tinggi berbanding ketika dia ditawarkan watak dalam sesebuah karya lakonan. Katanya, entri berhubung perkara itu dalam Twitter miliknya adalah sekadar sindiran yang ditujukan kepada pihak-pihak tertentu yang gemar mengkritik dirinya. "Jangan salah anggap, tak mungkinlah saya dapat bayaran sebesar itu. Kalau benarlah maka saya akan jadi kaya di hujung tahun ini. "Ia hanyalah kata-kata perli kepada golongan yang mengkritik saya menyertai PAS," tegasnya. Sementara itu, bintang filem Leftenen Adnan ini turut menjalani perniagaan sebagai jurulatih selam skuba bawah syarikatnya iaituHO Scuba Adventures.

Suka ambil risiko


KERAP melihat wajahnya di kaca televisyen dengan sosok tubuh yang masih sama, tidak terhitung usia pelakon Hairie Othman kini sudah mencecah 38 tahun. Saat kali pertama masuk ke dalam industri seni melalui filem Kad Cinta, duda tiga anak yang berasal dari Kedah ini baru berusia 20 tahun.

"Terus-terang saya katakan, sekarang memang dah penat buat fotografi, beri pose atau tukar baju. Saya juga sudah puas menjadi seorang pelakon. Kini rasa nak naik pangkat jadi pengarah pula," ujar Hairie yang kini mula memperlahankan rentak sebagai pelakon kerana mahu menjadi pengarah.

Sedang dalam rangka promosi filem terbaru lakonannya, Jalang, yang dijangka menemui penonton pada hujung November ini, Hairie membawa watak Benjamin Adam, seorang lelaki baik yang menyukai seorang wanita 'nakal' namun cintanya tidak kesampaian.

Katanya: "Watak Ben Adam tidak memerlukan banyak elemen fizikal tapi lebih kepada pergolakan emosi."

Bercakap mengenai dakwaan dia bermasalah dan lari daripada produksi Dimensi Cinta, ringkas Hairie menyatakan kebenaran akan timbul pada akhirnya. "Saya tak suka melenting. Kalau betul saya bermasalah atau bawa lari duit orang, saya tidak akan bertahan selama 15 tahun dalam industri sebab orang takut nak bekerjasama dengan saya."
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
free counter

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails