Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..
Showing posts with label Ifa Radziah. Show all posts
Showing posts with label Ifa Radziah. Show all posts
Ifa Raziah Beraya Di Singapura
Pelakon dan penyanyi Ifa Raziah memberitahu dia dan keluarganya akan meraikan Lebaran kali ini di Singapura berikutan menjayakan persembahan selama tiga hari sebelum Hari Raya.
Ifa berkata, dia mengambil keputusan untuk terus beraya di sana berikutan tidak mahu berhadapan dengan kesesakkan lalu lintas yang kebiasaannya berlaku menjelang Hari Raya pertama.
"Tahun ini saya beraya di Singapura kerana tiga hari sebelum raya iaitu 25, 26 dan 27 Julai, saya ada persembahan di tiga buah tempat.
"Lagi pula saya ke Singapura naik kereta kerana doktor tidak benarkan saya naik kapal terbang berikutan implan yang saya masukkan pada payu dara saya belum baik lagi dan tidak boleh menerima tekanan di tempat tinggi.
"Bila naik kereta terpaksalah tunggu keadaan kesesakkan jalan raya reda barulah balik ke Kuala Lumpur," ujarnya.
Tambah Ifa, ini merupakan kali kedua dia beraya di negara tersebut berikutan menerima undangan nyanyian pada malam raya.
Sementara itu, Ifa berkata, raya kali ini dia lebih bersedarhana berikutan masih lagi dalam keadaan sakit selepas pembedahan membuang ketulan pada payudaranya.
"Tahun ini saya raikan biasa sahaja hanya lebihkan persiapan untuk anak sahaja, saya pun tidak berapa sihat lagi sambut dalma keadaan yang sederhana," katanya.
Ifa Raziah Kuruskan Badan Untuk Dapat Tawaran Berlakon
Pelakon dan penyanyi Ifa Raziah berharap usahanya menguruskan badan dapat membuka peluang untuk pihak produksi memberikan tawaran kepadanya berlakon semula.
Ifa atau nama sebenarnya Saripah Raziah Mustapha, 38, berkata, dia telah memasuki kelas tarian zumba sejak tujuh bulan lalu dan mengamalkan diet seimbang.
"Dulu berat badan saya 65 kilogram dan sejak mengikuti tarian zumba berat badan saya sudah turun 10 kilogram.
"Saya harap lepas ini banyak tawaran untuk berlakon sebab sebelum ini ramai yang kata saya terlalu berisi untuk sesebuah watak," katanya ketika ditemui selepas pelancaran segmen Air Tangan Ibu di program Wanita Hari Ini, di sini, Isnin.
Bagaimanapun, jelas Ifa, dia masih banyak menerima tawaran persembahan untuk majlis-majlis tertentu biarpun kurang dilihat di televisyen.
"Alhamdulillah, banyak tawaran untuk persembahan dan pengacara majlis. Saya masih lagi aktif, cuma jarang keluar televisyen sejak akhir-akhir ini," katanya.
Sementara itu, sempena kedatangan Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri, dia mula menerima tempahan kuih raya yang diberi nama Saripah By Ifa Raziah.
"Buat masa ini saya sibuk dengan bisnes kuih raya sepanjang bulan Ramadan yang mana merupakan tahun kelapan saya menjual kuih raya dan kali ini saya mempunyai lima pekerja untuk membuat pelbagai jenis kuih raya.
"Untuk itu juga, saya terpaksa mengehadkan persembahan bagi memberi perhatian kepada perniagaan ini," ujarnya.
Tambahnya, biskut dan kuih raya Saripah By Ifa Raziah boleh di dapati di restoran kepunyaan ibu mertuanya iaitu Restoran Khizan yang bertempat di Damansara Perdana, di sini.
Ifa diperlekeh kerana gemuk
Ifa Raziah Sambut Raya Di Singapura, Hilangkan Sedih
Jika anda menyambut raya dengan gembira, jangan lupa ada lagi insan diluar sana yang mengimpikan saat gembira untuk menyambut Aidilfitri seperti anda.
Ifa Raziah atau nama sebenarnya Saripah Raziah Binti Mustapha, 36 tahun, ketika ditemui di Yok Sahur Murai 5 bertempat di Rumah Anak-Anak Yatim Darul Izzah, Bangi meluahkan perasaannya selepas pemergian kedua ibubapanya. Sambutan raya kali ini juga merupakan sambutan raya yang ketiga disambut Ifa tanpa ibubapanya.
“Raya tahun ini adalah raya ketiga saya sebagai yatim piatu, beraya tanpa ibu dan ayah. Walaupun ada adik-beradik, tapi masing-masing dah kahwin dan bersama dengan pasangan masing-masing,” ujar Ifa menjelaskan situasi keluarganya.
Ketika ditanya dimanakah lokasi raya Ifa sekeluarga tahun ini, penyanyi yang popular dengan lagu-lagu dangdut ini memberitahu, “Kali ini saya sekeluarga akan beraya di Singapura bersama Roslan Shah sekali. Kebetulan kami berdua ada jemputan persembahan ketika raya disana, jadi saya bercadang untuk sambut disana sahaja.
“Tapi sebelum pergi, saya akan lawat kubur orang tua saya dahulu dan akan pastikan tempat persemadian mereka bersih.”
Ifa Raziah turut menjelaskan bahawa dia sememangnya mahukan anaknya beraya luar dari tempat asal kerana dia mahu mereka semua melihat budaya orang asing.
Dalam bergelar sebagai artis dan juga seorang ibu, Ifa memberitahu bahawa tanggungjawabnya untuk memastikan kehidupan anak-anaknya selesa juga mempunyai sedikit cabaran. Dalam kesibukan di bulan Ramadhan, Ifa tetap mementingkan anak-anaknya.
“Saya sentiasa curi masa untuk uruskan anak-anak saya. Hari biasa dari Isnin hingga Jumaat, anak-anak akan duduk bersama saya manakala hari minggu pula, mak mertua saya akan jaga mereka.
“Walau sibuk macam manapun, saya tetap akan bangun 4-5 pagi dan siapkan anak-anak saya untuk kesekolah. Sehinggalah mereka keluar dari rumah untuk kesekolah, barulah saya akan tidur atau buat apa yang patut.”
Ifa letak harga tinggi?
KALI terakhir kelibat Ifa Raziah muncul di layar kaca televisyen pada awal tahun ini menerusi telefilem berjudul, Mr. Labuci di TV9. Sebelum itu dia giat mempersiapkan diri sepanjang menyertai program Maharaja Lawak yang disiarkan menerusi Astro.
Timbul beberapa dakwaan bahawa penyanyi, pengacara, pelakon dan kini merangkap pelawak itu kini sudah berani meletakkan harga yang tinggi untuk bayaran khidmat seninya!
Spekulasi segera timbul bahawa faktor tersebut adalah penyebab kenapa pemilik nama sebenar Saripah Raziah Mustapha itu semakin kurang muncul di kaca televisyen.
Ifa, 37, yang ditemui pada sidang akhbar majlis makan malam Hari Ibu bersama Jamal Abdillah di Restoran Khan Baba, Gombak, Selangor baru-baru ini menjawab spekulasi yang timbul.
Kosmo!: Ifa didakwa semakin cerewet dan menolak beberapa tawaran selepas Maharaja Lawak tamat.Benarkah begitu?
IFA: Selepas Maharaja Lawak tamat saya sebenarnya bercuti rehat selama dua bulan. Bukan saya sahaja suka-suka tetapi saya jatuh sakit sehari selepas program itu tamat sehinggakan tidak boleh keluar suara. Terpaksa saya tolak tawaran. Bulan Mac sudah beransur pulih. Tak berbaloi untuk saya cerewet. Penerbit bimbang bagi tawaran selepas saya keluar Maharaja Lawak sebab ingatkan saya sudah demand (letak harga). Sebab itu saya kurang berlakon sekarang ini.
Selama 10 minggu kekal dalam rancangan Maharaja Lawak pastinya meninggalkan impak buat karier dan kehidupan Ifa. Komen Ifa?
Saya dimaki hamun peminat Maharaja Lawak seluruh Malaysia! Ramai yang tak suka saya jadi pelawak. Alasannya adalah untuk menjadi pelawak perlu berwajah buruk tidak terkecuali pelawak wanita, juga tidak perlu cantik. Ia terbukti apabila saya mula bawa watak seperti nenek tua, baru penonton boleh terima.
Gelaran 3P iaitu penyanyi, pelakon dan pengacara sudah Ifa sandang dan kini pelawak pula. Adakah Ifa akan meneruskan bidang yang telah Ifa ceburi ini?
Jadi pelawak lebih susah daripada penyanyi. Oleh kerana saya menanggung tekanan selama 10 minggu itulah yang menyebabkan saya sakit. Kita boleh tertekan walaupun tidak terkurung. Bakat melawak sudah ada dalam diri cuma perlu lebih buat kajian, perlu skrip, jalan cerita dan punch line (penekanan) yang betul walaupun lawak spontan.
Pengalaman Ifa menjadi pelawak wanita?
Selama 17 tahun jadi artis, tempoh paling tertekan apabila menjadi pelawak tapi dalam masa yang sama saya gembira sebab dapat belajar. Bukan senang nak buat orang ketawa.
Kali pertama Ifa muncul sebagai penyanyi menerusi album pop pada tahun 1996, sebelum setahun kemudian muncul pula sebuah album dangdut. Tahun 2004 merupakan kali terakhir Ifa mengeluarkan album sekali gus hanya tampil bersama single. Bagaimana Ifa melihat senario itu?
Tidak mengeluarkan album tidak bermakna saya berdiam diri. Single terbaharu berjudul Luar Biasa sudah dilancarkan pada bulan April tahun lepas namun promosi hanya di YouTube dan menerusi beberapa buah stesen radio. Berlaku kekeliruan pada masa itu sebab single Luar Biasa nyanyian Shahir AF pun dilancarkan pada waktu yang sama. Pendengar keliru dan menyebabkan saya tenggelam akibat judul lagu saya yang sama dengan lagu Shahir. Apa yang pasti, saya bakal muncul dengan single baharu genre balada berjudul Tanpa Ku Sedar pada bulan Mei ini ciptaan sepenuhnya Aesah Mustafa.
Bagaimana pula Ifa melihat perkembangan muzik dangdut negara kita sekarang ini?
Saya kecil hati sebenarnya. Peminat masih ramai tapi stesen radio tidak menyokong artis dangdut. Konon dangdut adalah lagu kampung. Saya merayu kerjasama daripada stesen-stesen radio untuk mennaikkan semula pengaruh lagu-lagu dangdut.
Dangdut dan balada merupakan dua genre dan teknik nyanyian berbeza. Apakah langkah Ifa untuk menjamin kualiti single pada masa akan datang?
Suara perlu diasah dan saya akui dangdut dan balada berlainan lenggok. Peti suara kita juga perlu sentiasa dijaga untuk memastikan vokal kita kemas. Kekurangan saya adalah pada nada rendah, jadi saya akan mula belajar teknik nyanyian dengan Cikgu Siti Hajar pada setiap hari Isnin bermula bulan April nanti.
Perkembangan terkini Ifa?
Saya akan bersama Roslan Shah bakal menjadi hos acara Projek Keamanan 1Malaysia di Taiping, Perak selama empat hari mulai 5 hingga 8 April ini. Bersempena acara itu akan berlangsung juga konsert rock dan dangdut. Antara artis lain yang turut hadir, Haiza, Syida, May, Bandi Amuk dan XPDC.
Selain itu saya juga akan menjadi pengacara majlis Makan Malam Hari Ibu bersama Jamal Abdillah pada hari Ahad, 6 Mei ini, di Shah Alam Convention Centre, Shah Alam. Untuk mendapatkan keterangan lanjut hubungi Pengarah MSiS Event, Suriyani Kassim (019-3834300).
Payudara Ifa Raziah Diserang Virus, Dah Bengkak Macam Batu!
Penulis terlebih dahulu ingin melahirkan perasaan simpati terhadap penyanyi dangdut kita yang seorang ni, Ifa Raziah.
Rupa-rupanya dalam sibuk-sibuk dok berlatih Maharaja Lawak Mega (MLM), dia telah dikejarkan ke hospital kerana payudaranya diserang virus hingga membuatkan ia bengkak macam batu!
Ketika dihubungi portal Murai.com.my, Ifa Raziah yang baru saja selesai menjalani pembedahan ultra sound memberitahu, penderitaan penyakitnya itu sudah pun dilalui sejak dia menyertai MLM.
“Sekarang ini, Ifa baru saja selesai menjalani ultra sound. Ifa masih lagi menunggu jawapan daripada doktor. Mengikut makluman doktor, terdapat virus dalam air di bahagian payudara Ifa yang membuatkan bahagian berkenaan keras seperti batu.
“Selepas rawatan ini, doktor telah menasihati agar menjalani pembedahan dalam kadar segera. Sepatutnya Ifa kena buang ketulan membengkak itu dalam masa terdekat. Bagaimanapun disebabkan Ifa sibuk dengan MLM, Ifa ketepikan seketika soal sakit ini,” katanya.
Penulis juga difahamkan yang Ifa menafikan sekeras-kerasnya dia masuk ke hospital kerana hendak memasukkan silikon ke dalam payudaranya atau kerana kanser.
Apapun marilah kita bersama berdoa agar Ifa pulih, penulis tahu ramai yang fikir yang bukan-bukan bila bercakap pasal payudara Ifa ni tetapi dalam hal ini buanglah pemikiran kuning dan kelabu asap tu.
Bayangkan kalau kita atau keluarga terdekat kita kena penyakit yang Ifa tanggung tu, tak ke haru?
Semoga kesakitan Ifa itu tidak menganggu prestasi Ifa dan kumpulan Syiok dalam MLM nanti, maklumlah kumpulan mereka makin hari semakin mendapat pujian juri.
Seperti Tak Ada Kelas, Ifa Raziah Bidas Stesen Radio
PETALING JAYA: Penyanyi Ifa Raziah berasakan dirinya seperti tidak ada kelas apabila kebanyakan stesen radio enggan memutarkan lagunya berjudul, Luar Biasa.
Ifa berkata, lagu berkenaan yang dihantar pada awal tahun ini tidak mendapat perhatian beberapa stesen radio popular tanpa memberi alasan yang munasabah selain ia tidak dipilih oleh pendengar.
"Setakat ini hanya dua hingga tiga buah stesen radio sahaja yang memutarkan lagu Luar Biasa itu dan selebihnya, mereka memberikan alasan kononnya lagu itu tidak ada permintaan.
"Bagi saya lagu itu tidak akan ada permintaan sekiranya ia tidak diputarkan dengan kerap. Kadang-kala saya rasa diri ini diperlekeh oleh pihak stesen radio seakan-akan saya seperti tidak ada kelas. Kerana itu mereka tidak kisah pun sama ada ingin memutarkan lagu tersebut ataupun tidak," katanya yang dihubungi mStar Online, di sini, Selasa.
Tambah Ifa, dia merasakan lagu Luar Biasa yang dicipta oleh Nurfatimah dan Sharon Paul itu mempunyai kualiti muzik yang bagus selain ia turut mengikut trend muzik terkini.
"Saya seorang penyanyi yang mengikut peredaran masa dan lagu tersebut bukannya berirama dangdut sebaliknya ia berkonsep pop/dance. Jika “single” saya sebelum ini, Panas boleh dimainkan, kenapa Luar Biasa tidak boleh?
"Peliknya, saya menerima respons yang positif daripada peminat melalui laman sosial Twitter dan Facebook milik saya," tuturnya.
Ujar Ifa lagi, dia sedih kerana kos penghasilan lagu tersebut termasuklah pembikinan klip video dan promosi hampir berjumlah RM20,000 dan ia dibikin demi industri muzik tempatan.
"Sudah 17 tahun pembabitan saya dalam industri muzik dan alasan yang diberikan oleh mereka (pihak radio) agak menjengkelkan.
"Bagaimanapun Alhamdulillahlah, sehingga kini saya masih lagi sibuk memenuhi undangan persembahan nyanyian," ujarnya.
Pada Oktober depan, Ifa bakal muncul sebagai pengacara program popular RTM, Selamat Pagi Malaysia dan dia juga akan menyertai sebuah pertandingan program lawak yang membabitkan beberapa negara Asia yang lain.
Ifa Raziah 'Sembur' Safura & Pengikut Twitter

PETALING JAYA: Pelakon Ifa Raziah mencetuskan kontroversi apabila melemparkan perkataan yang agak “panas” kepada seorang pelakon melalui Twitter dan Facebook miliknya pada Sabtu lalu.
Menerusi laman sosial itu, Ifa memanggil pelakon berkenaan sebagai perempuan murahan selain menasihatinya supaya tidak terus menyalak seperti anjing berikutan kenyataan pelakon tersebut dalam rancangan Melodi pada 30 Januari lalu kononnya turut mengaitkan Ifa Raziah.

Kata-kata yang dikeluarkan Ifa Raziah terhadap artis yang dipercayai ditujukan untuk Safura menerusi laman sosial miliknya.
Ifa Raziah yang juga Pengarah Urusan, Zenzoria ketika dihubungi menjelaskan tujuannya melemparkan kata-kata kasar menerusi Facebook dan Twitter miliknya kerana tidak berpuas hati selepas melihat kenyataan artis berkenaan iaitu Safura Ya‘cob berserta keratan akhbar dan gambar mengenai kes mereka yang disiarkan menerusi rancangan Melodi bagi menerangkan kemelut yang melanda mereka selama ini.
“Saya tidak berpuas hati dengan kenyataan dia(dalam Melodi) bahawa kemelut antara kami telah selesai. Biarpun dia tidak menyebut nama saya tetapi gambaran yang diberikan oleh rancangan hiburan tersebut sangat menjurus kepada saya.
“Di sini saya ingin jelaskan kemelut kami belum lagi selesai dan masih lagi berjalan di mahkamah. Dia yang memulakan angkara ini mengapa dia kata sudah selesai?” soal Ifa.
Jelas Ifa, isu saman menyaman sejak tahun 1998 di Mahkamah Tinggi dan kemudian berlanjutan di Mahkamah Rayuan pada tahun 2007 sudah selesai apabila Safura diarahkan membayar kos mahkamah sebanyak RM500.
Namun menurut Ifa dia masih belum menerima sebarang bayaran daripada pelakon itu sehingga hari ini.

Menerusi Twitter pula, pergaduhan mulut turut berlaku diantara pengikut laman sosial itu.
Ifa juga turut mengemukakan tuntutan ganti rugi sebanyak RM100,000 dan saman malu di Mahkamah Tinggi pada tahun 2007 terhadap Safura.
“Dia yang memulakan tindakan untuk menyaman saya tetapi kedua-dua saman itu diketepikan mahkamah. Malah dia pula yang diarahkan bayar kos guaman sebanyak RM500. Itu pun masih belum dijelaskan lagi.
“Dan atas dasar profesional, saya tidak pernah beritahu perkara ini di mana-mana akhbar biarpun sudah lebih 10 tahun perkara itu berlalu. Tapi dia dengan mudah cakap masalah di antara kami sudah selesai,” katanya.
Sementara itu, di Twitter yang sama, Ifa turut berbalah dengan beberapa pengikutnya apabila segelintir mereka memberi komen negatif terhadap Ifa berhubung pendapatnya terhadap Safura menerusi laman sosial berkenaan.
“Saya cakap begitu untuk mengajar mereka yang kurang ajar agar menghormati artis dan jangan terlalu merendah-rendahkan golongan artis yang mereka tidak suka.

“Saya kecewa dengan segelintir manusia yang tidak minat dengan seseorang artis dan mencaci artis tersebut. Jika mereka tidak suka dengan saya tolong jangan campur urusan saya,” katanya berang dengan segelintir pengikut Twitter yang melemparkan cacian kepadanya.
Jelas Ifa, dia tidak mahu berdiam diri dan terus dipandang hina oleh segelintir pihak yang gemar merendah-rendahkan martabatnya sebagai seorang artis.
Sebelum ini Safura pernah mengemukakan tuntutan ganti rugi sebanyai RM500,000 daripada Ifa Raziah dengan mendakwa penyanyi dangdut itu telah secara salah dan dengan niat jahat kepada wartawan untuk menulis, mencetak dan menyiarkan kenyataan mengenainya (Safura) dalam majalah Media Hiburan edisi 10-16 Oktober, 1998 dan edisi 31-06 November, 1998.
Safura mendakwa Ifa Raziah telah mengadakan temu bual dengan wartawan majalah itu dan memberitahu dia (Ifa Raziah) baru sahaja sembuh daripada penyakit ganjil serta penyakit itu disebabkan oleh seorang rakan artis.
Dalam pembelaannya, Ifa Raziah mengaku memberitahu wartawan yang dia baru sahaja sembuh daripada penyakit ganjil tetapi menafikan membuat kenyataan bahawa penyakit itu disebabkan oleh seorang rakan artis iaitu Safura.
Ifa Raziah dipukul

Penyanyi dakwa adik serang guna topi keledar
KUALA LUMPUR: Penyanyi dangdut dan pelakon popular, Ifa Raziah mengakui membuat laporan polis terhadap adik lelakinya selepas berlaku perselisihan faham keluarga itu, Khamis lalu. Ketika dihubungi semalam, Ifa berkata, laporan polis itu dibuat di Balai Polis Kubang Pasu, Jitra, Kedah pada 3 Jun lalu selepas adiknya memukul kepalanya dengan topi keledar pada hari pergaduhan.
“Punca perselisihan bermula apabila saya meminta dia melunaskan segala hutangnya kepada arwah ibu, Maimunah Ahmad yang meninggal dunia, Selasa lalu.
“Dia yang tidak berpuas hati meluru ke bilik dan mengambil topi keledar dan memukul kepala saya dua kali sehingga saya jatuh. Dalam keadaan berpinar, saya gagahkan diri mengemas barang untuk pulang ke hotel penginapan tetapi dia kembali bertindak ganas apabila menumbuk muka saya bertubi-tubi.
“Dia juga mengugut untuk menyimbah asid jika membuat laporan polis. Bimbang dengan ugutannya, saya merujuk ke Balai Polis Guar Napai sebelum membuat laporan di Balai Polis Kubang Pasu,” katanya sebak.
Ifa berkata, dia turut membuat pemeriksaan di Hospital Jitra kerana bimbang mengalami kecederaan kesan hentakan di kepalanya itu.
Katanya lagi, biarpun laporan dibuat itu akan memalukan diri dan menjatuhkan nama baik keluarganya, dia tidak berhasrat untuk menarik balik aduan.
“Saya mahu dia berubah dan menjadi manusia bertanggungjawab. Memang peristiwa ini pahit dan pedih untuk ditelan, apatah lagi membabitkan maruah keluarga.
“Tetapi kekerasan yang dilakukannya tidak dapat saya terima. Saya bukan mata duitan, malah tidak mahu sesen pun duit yang ditinggalkan arwah ibu. Saya cuma mahu memberi peringatan supaya adik menghormati saya sebagai darah dagingnya,” katanya.
Di ALOR SETAR, Ketua Polis Kubang Pasu, Asisten Komisioner Sawaludin Hamenudin, ketika dihubungi, mengesahkan menerima laporan kejadian itu jam 5 petang, Khamis lalu.
Katanya, berdasarkan keterangan kes, polis mendapati ia berpunca daripada masalah keluarga.
Ratu Suntik Jadi Ratu Mahkamah!
ADA-ADA panas sahaja cerita tentang penyanyi dan pelakon Ifa Raziah atau Saripah Raziah nama sebenarnya Mustafa, 33. Selain tidak pernah lekang dengan Pelbagai Kontroversi, namanya kini makin sinonim dengan kes mahkamah.
Selesai satu kes, ada pula kes baru yang dibicarakan. Nampaknya, Ifa yang sebelum ini terkenal dengan sikap berani Mengaku selepas Matinya menyuntik wajah untuk kecantikan, kini bertukar Gelaran Sebagai Ratu Mahkamah pula.
Jika sebelum ini, kes Ifa disaman oleh penyanyi Safura Ya'cob yang berlarutan selama 10 tahun akhirnya selesai selepas Safura menarik balik rayuannya,
Ifa terbaru berjaya dalam fitnah tuntutan ganti rugi RM50, 000 terhadap sebuah Syarikat pengedar produk Kesihatan kerana memfitnahnya dalam sebuah Akhbar pada tahun lalu.
Kemenangannya itu bukanlah perjalanan terakhirnya di mahkamah kerana telah Ifa memfailkan satu lagi saman terhadap artikel penulis dan Akhbar berkenaan Menuntut ganti rugi bagi sebanyak RM500, 000 pula. Kes tersebut akan dibicarakan pada April tahun hadapan.
Bagi Mengetahui lebih lanjut tentang perasaan dan keberanian yang dimiliki oleh Ifa yang tidak gentar mengharungi turun naik mahkamah ikuti temu bual Kosmo! bersama Ifa kelmarin.
Bagaimana perasaan Ifa apabila menang dalam kes di mahkamah?
Mestilah bersyukur, gembira, terharu semuanya ada kerana kebenaran berpihak pada saya. Buat orang teraniaya seperti saya, selepas ini jangan ada orang cuba permainan saya dan artis yang lain. Sebagai artis saya kena ambil Tindakan berani, jangan biar orang Eksploitasi diri saya sewenang-wenangnya.
Bagaimanakah impak kes terbaru ini kepada Ifa dan keluarga?
Rasanya tidaklah memberi impak yang besar kerana kes ini bukan saya yang pertama, tambahan Memahami terutama keluarga suami. Itu yang kuat buat saya untuk terus berjuang bagi Menuntut kebenaran. Kerana mereka terus saya bawa kes ini ke muka Pengadilan.
Selepas menang tuntutan sebanyak RM50, 000, apakah langkah seterusnya Ifa?
Duit itu pun belum dapat, belum tentu bila akan dapat. Jadi saya teruskan kerja seperti biasa saya dengan nyanyian dan Perniagaan secara kecil-kecilan untuk teruskan hidup.
Ada yang mendakwa kononnya Ifa kerana mahkamah keluar masuk duit? Benarkah begitu?
Terus-terang saya cakap, saya Lakukan semua itu bukan kerana duit. Balinese sebab kes berlangsung saya tetap kena keluar duit untuk kos guaman dan Sebagai yang berjumlah RM30, 000. Saya buat semua ini semata-mata untuk Menuntut hak saya. Kalau setakat RM50, 000 apa sangat. Saya bukan untuk Tuntut tamak Berjuta-juta. Saya menang dah cukup bagus. Duit itu bonus untuk kos guaman dan lain-lain bayaran mahkamah. Saya tidak 'hadap' (Mahu) sangat pada duit yang diperoleh hasil kemenangan di mahkamah.
Jadi perkara utamanya adalah kerana hak?

Benar, semuanya kerana hak saya sebagai manusia dan seorang rakyat Malaysia. Orang kata saya lantang dan berani sangat. Saya lantang kena pada tempatnya dan berani kerana benar.
Apakah komen Ifa bila orang gelar sebagai Ratu Mahkamah?
Orang lain lagi banyak pergi mahkamah saya baru dua kali sahaja. Tetapi suka hatilah nak buat apa pun, yang penting kita tahu kita tak bersalah.
Ifa ada menyatakan kerana artikel fitnah itu menyebabkan produk kecantikan Serifah Razia tidak laku. Jadi selepas ini macam mana dengan produk tersebut, mahu diteruskan atau dihentikan sahaja?
Kebetulan ketika artikel yang memfitnah saya itu diterbitkan, produk saya baru dilancarkan pada bulan yang sama. Jadi peminat dan stokis yang nak mengambil produk saya keliru mana satu produk keluaran saya. Produk saya set jagaan kulit wajah dan produk yang menggunakan gambar saya tanpa kebenaran itu produk makanan kesihatan. Produk saya bukan tidak laku tetapi terjejas dek perbuatan orang yang tidak bertanggungjawab itu. Selepas ini saya akan keluarkan produk Serifah Razia rangkaian yang baru. Kes ini tidak patahkan semangat saya untuk berniaga.
Adakah Ifa serik dipergunakan orang?
Memang saya rasa ralat. Orang bijak pandai di luar sana jangan ingat golongan artis orang yang bodoh. Kami semua baca akhbar dan ambil tahu tentang hal ehwal semasa. Jangan pandang rendah pada artis kerana kami juga berilmu.
Sudah berapa banyak kalikah Ifa ditipu?
Bukan saya seorang sebaliknya ramai artis di Malaysia pernah kena tipu. Macam kes saya, tidak ada kontrak sewenang-wenangnya guna gambar saya untuk iklan. Ada juga artis di Malaysia walaupun sudah ada kontrak tetapi masih ada yang tertipu. Sepatutnya mereka harus tahu hak-hak mereka. tetapi berapa ramai yang tampil ke hadapan? Bila ramai yang tidak berani semakin senanglah orang nak menipu artis.
Apakah nasihat Ifa pada artis yang mungkin tidak tahu hak mereka?
Mereka harus ingat sebelum tandatangani apa-apa kontrak mereka harus rujuk pada peguam, baca dengan teliti serta simpan salinan kontrak. Selepas tandatangani kontrak harus ada saksi yang bersama mereka tidak kiralah peguam atau pengurus supaya kontrak itu tidak berat sebelah dan itu sebagai langkah berhati-hati.
Lepas ini adakah Ifa sudi jadi rujukan artis lain yang mempunyai masalah yang sama?
Boleh apa salahnya, saya akan cadangkan mereka pada peguam yang bagus, kalau sesiapa ada masalah boleh jumpa saya.
Subscribe to:
Posts (Atom)
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
