Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Showing posts with label Indonesia-Bunga Cinta Lestari. Show all posts
Showing posts with label Indonesia-Bunga Cinta Lestari. Show all posts

Gambar BCL selepas bersalin












Bunga sudah empat bulanlah!


DALAM diam-diam Bunga Citra Lestari sudahpun mengandung. Joyah tumpang gembira melihat rumah tangga yang dibina bersama pelakon Ashraf Sinclair itu bakal diserikan lagi dengan kehadiran orang baru.

Sebelum ini masing-masing masih belum bersedia untuk punyai anak memandangkan masing-masing cukup sibuk dengan kerjaya tambahan pula Bunga yang tak putus-putus mendapat undangan nyanyian dan lakonan.

Baru-baru ini kebanyakan media melaporkan yang Bunga sudahpun hamil empat bulan dan mereka telah pun mengadakan kenduri kesyukuran apabila kandungan Bunga yang semakin membesar itu.

Asyraf pula pastinya gembira tak terkata memandangkan adiknya, Aishah Sinclair juga mengandung lima bulan. Nampaknya masing-masing cukup gembira nak terima orang baru nanti.

Cuma Joyah tertanya-tanya juga di mana agaknya Bunga nak melahirkan anak nanti? Di Kuala Lumpur ataupun Jakarta yer? Tapi ramalan Joyah anak tersebut bakal dilahirkan di Jakarta memandangkan pelakon utama filem Saus Kacang itu sudahpun menetap di sana.

Hamil 4 Bulan, Bunga Citra Lestari Adakan Kenduri Kesyukuran


SEPERTI kebanyakan ibu yang pertama kali hamil, artis Bunga Citra Lestari turut tidak ketinggalan menganjurkan kenduri kesyukuran.

Bagaimanapun, majlis tersebut dilakukan secara tertutup dari wartawan.

Perkara itu diberitahu oleh seorang pembantu rumah Bunga.

"Iya ada acara pengajian tapi nggak mau diganggu, acaranya tertutup. Hanya kedua keluarga besar saja yang hadir," katanya yang ditemui di kediaman Bunga di Jakarta Selatan, semalam.

Pembantu rumah itu enggan bercerita lebih lanjut mengenai soal kenduri kesyukuran tersebut.

Apa yang pasti, kenduri itu mengundang beberapa anak yatim.

Walaupun belum ada pengumuman rasmi mengenai kehamilan Bunga, secara tradisinya dalam Islam, kenduri kesyukuran diadakan apabila kandungan artis jelita itu sudah memasuki bulan keempat.

Bunga Citra Lestari Hamil?


SPEKULASI Bunga Citra Lestari hamil bertiup kencang apabila tubuh artis jelita dari seberang itu kelihatan berisi pada satu majlis di EX Plaza baru-baru ini.

Perut Bunga yang merupakan isteri Ashraf Daniel Mohamed Sinclair kelihatan berisi seakan-akan mengandung tiga bulan.

Bagaimanapun, Bunga dan Ashraf enggan mengulas apabila ditanya mengenai perkara tersebut.

Bunga dan Ashraf bernikah dua tahun lalu di Masjid Al Bina Senayan, Jakarta Selatan.

Pernikahan pasangan selebriti berkenaan cukup meriah dan mewah dan mendapat publisiti meluas di Indonesia maupun Malaysia.
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
free counter

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails