Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..
Showing posts with label Jehan Miskin. Show all posts
Showing posts with label Jehan Miskin. Show all posts
Jehan Miskin balik Korea Selatan setahun sekali
BERTEMU dengan pelakon, pengarah dan penerbit, Jehan Miskin baru-baru ini pada majlis pelancaran drama bersiri terbaharu arahannya yang berjudul Seludup di KL Life Center, Kuala Lumpur, tubuhnya kelihatan sedikit berisi.
Tersenyum manis ketika disapa pihak media, Jehan, 34, mengakui berat badannya semakin bertambah sejak bergelar suami kepada Julie Camelia Rhee, 30, yang dinikahi pada Mei tahun lalu.
Bahagia dengan kehidupannya hari ini, Jehan memberitahu, Seoul, Korea Selatan tempat asal isterinya, kini umpama rumah keduanya.
“Sebelum berkahwin saya pernah melawat Korea Selatan tetapi sebagai pelancong. Bagaimanapun, setelah berkahwin perasaannya agak berbeza.
“Saya baru sahaja pulang dari Jepun dan Korea Selatan untuk melawat keluarga isteri.
“Sekarang, pergi ke mana sahaja di Korea Selatan saya tidak perlu menempah pemandu pelancong kerana terdapat ramai ahli keluarga isteri yang secara sukarela membawa saya berjalan-jalan di sana.
“Bukan setakat berjalan-jalan, saya juga akan diperkenalkan kepada seluruh ahli keluarga. Alhamdulillah, mereka menerima kehadiran saya dengan baik,” katanya.
Ucap Jehan, disebabkan Korea Selatan sudah menjadi rumah kedua atau kampung halaman baharu buatnya, Jehan bercadang untuk pulang ke negara berkenaan setahun sekali sebagai rutin keluarga mereka.
“Sebolehnya, saya mahu pulang ke sana setahun sekali menjenguk keluarga isteri. Seronok berada di sana walaupun makanan dan budayanya sangat berbeza,” tutur Jehan.
Bercakap tentang Aidilfitri pada tahun ini, Jehan memberitahu, kini isterinya menetap sepenuhnya di Kuala Lumpur dan mereka meraikan sambutan raya bersama di Malaysia.
“Sama seperti saya, isteri juga sudah dapat menerima budaya Malaysia dengan baik. Raya tahun ini merupakan kali kedua sebagai suami isteri.
“Rasanya lebih seronok kerana saya akan mengambil cuti yang tidak berapa panjang tetapi akan habiskan masa itu bersama keluarga,” katanya yang akan kembali ke set penggambaran Seludup selepas sambutan Aidiltri kali ini.
Seludup taruhan terbaharu Jehan
Seludup dihasilkan selepas kejayaan drama bersiri terbitannya sebelum ini, What If yang disiarkan di 8TV.
Drama 13 episod yang diterbitkan oleh syarikat miliknya, Mastermind Group Sdn. Bhd. itu akan mula ditayangkan di saluran Astro Prima pada 5 Disember depan.
“Sebenarnya, idea untuk menghasilkan Seludup datang pada tahun lalu. Waktu itu saya banyak membaca topik berkenaan penyeludupan di akhbar dan internet.
“Bagi saya, penyeludupan satu isu yang serius dan menarik untuk dikupas.
“Saya sedar isu ini agak sensitif kerana ia melibatkan banyak pihak, sebab itu saya bertemu dengan pihak berkuasa seperti Kastam untuk mendapatkan gambaran yang lebih jelas,” katanya.
Namun begitu, drama yang mempertaruhkan bakat lakonan Pekin Ibrahim, Tiz Zaqyah, Namron, Raja Ilya dan Shafie Naswip itu bukan suatu dokumentari.
Sebaliknya jelas Jehan, Seludup sama seperti drama lain yang mempunyai nilai hiburan dan sarat dengan pelbagai konflik.
Cuma, subjek dalam drama arahannya itu berkisar tentang penyeludupan.
“Saya tidak mahu penonton keliru. Walaupun subjek yang saya pilih agak berat dan serius tetapi saya akan olah supaya ia menarik.
“Selain berhibur, penonton juga dapat mesej sebaliknya iaitu jauhi penyeludupan. Ini kerana dalam tidak sedar ramai yang menyokong industri penyeludupan.
“Jika tidak ada permintaan yang tinggi, industri penyeludupan tidak akan hidup,” ucapanya penuh serius.
Apabila disoal sudah bersediakah dia untuk berhadapan dengan risiko sekiranya diganggu oleh mereka yang melihat usahanya sebagai ancaman kepada industri penyeludupan, jawab Jehan: “Saya tidak rasa drama ini akan membuatkan mereka yang terlibat dalam aktiviti itu berasa terancam.
“Ini hanyalah drama dan saya selitkan mesej supaya masyarakat sedar akan perkara ini.
“Memang akan ada risiko tetapi saya kena buat juga bagi memberi kesedaran kepada semua.
“Rasanya tidak akan jadi masalah besar kerana drama ini tidak ditujukan kepada mana-mana pihak. Walaupun tersirat dengan mesej tetapi ia sarat dengan hiburan.”
Jehan Miskin Akur Isteri Belum Sedia Timang Anak
Pelakon Jehan Miskin terpaksa akur dengan kehendak isterinya Julie Camelia Rhee, 30, yang tidak bersedia untuk memperoleh anak buat sementara waktu.
Jehan, 35, berkata, isterinya yang merupakan warga Korea itu ingin menikmati masa bersama sebagai suami-isteri sebelum bersedia menggalas tanggungjawab bergelar seorang seibu.
"Isteri kata dia nak kami berbulan madu dahulu dan saya akur dengan kehendaknya. Saya pun tidak mempunyai masalah tentang itu.
"Lagipun saya boleh memberi fokus dengan syarikat produksi saya, Mastermind Group Sdn Bhd menerbitkan kerja-kerja iklan serta drama," katanya.
Jehan ditemui pada majlis pelancaran drama baharu terbitan syarikatnya berjudul Seludup di restoran Serai, KL Life di sini pada Rabu.
Tambah Jehan, dia mengakui berasa lebih bahagia sejak mendirikan rumah tangga pada Mei tahun lalu.
Malah dia juga semakin serasi dengan budaya negara Korea sejak mengenali keluarga isteri.
Sementara itu, mengenai drama Seludup, ia merupakan karya terbitan dan arahan kedua Jehan selepas drama What If.
Dia telah megambil masa selama sembilan bulan untuk membuat kajian mengenai penyeludupan haram yang berlaku di negara ini.
"Sebenarnya idea mahu menghasilkan drama ini selepas saya membaca akhbar banyak kes mengenai isu pemerdagangan haram tidak kira apa jua benda yang diperdagangkan.
"Jadi saya mula memahami hal-hal penyeludupan dan kebanyakan informasi semuanya datang daripada Internet selain membaca sebuah buku mengenai perdagangan haram berjudul Elicit.
"Sembilan bulan saya buat kajian dan ini pun saya belum habis siapkan skripnya lagi. Ia sebuah drama yang serius tetapi tetap akan menarik minat penonton untul menyaksikannya," ujar Jehan.
Antara pelakon yang akan terlibat dalam Seludup termasuklah Tiz Zaqyah, Syafie Naswip, Raja Ilya, Namron serta Jehan sendiri.
Penggambaran akan bermula pada Julai depan di Melaka dan ia bakal disiarkan sekitar September ini menerusi saluran Astro Prima (105) dan Astro Maya HD (135).
Julie tidak memilih
PASTINYA Syawal dengan status sebagai suami amat berbeza dengan lebaran sebagai orang bujang.
Perasaan teruja itulah yang dikongsikan oleh pelakon, Jehan Miskin, yang menyambut Aidilfitri sambil ditemani buat pertama kali suri hidupnya, Julie Camelia Rhee.
"Memang teruja sebenarnya kerana sebelum ini, kita sudah biasa beraya seorang diri terutamanya ketika berkunjung ke rumah saudara mara dan rakan-rakan.
"Tetapi kini, berlainan sedikit kerana kali ini, saya ada peneman yang akan menemani saya setiap masa dan senario ini bagi saya sesuatu yang sangat membahagiakan," jelasnya.
Ditanya mengenai persiapan raya mereka sebagai suami dan isteri, ujar Jehan, mereka membuat persiapan secara sederhana sahaja kerana kebanyakannya telah tersedia.
"Banyak persiapan raya disediakan sejak awal lagi dan di akhir-akhir Ramadan, kami hanya buat persiapan secara biasa sahaja.
"Lagipun, kami masing-masing sibuk dengan kerja jadi pada malam raya, saya ambil keputusan untuk menghabiskan masa bersamanya," jelas jejaka romantis ini.
Tambah Jehan, ini bukanlah kali pertama isterinya menyambut Aidilfitri bersama dengannya di ibu kota.
Menurutnya, sebelum ini, sudah beberapa kali dia membawa Julie untuk menyambut lebaran bersama dengannya ketika perkenalan mereka.
"Dia tidak kekok untuk menyambut Syawal kerana sebelum ini pun saya sudah meraikan bersama dengannya cuma tambah istimewa baginya ialah kerana kali ini merayakannya sebagai isteri," ujar Jehan yang hanya beraya di ibu kota sahaja.
Ditanya mengenai kegemaran Julie ketika di Aidilfitri, kongsi Jehan, satu makanan yang paling dinantikan pada lebaran bukannya makanan tradisi Aidilfitri.
"Sebenarnya apa yang paling dinantikan oleh Julie pada hari raya bukanlah juadah raya tetapi dia menantikan hidangan asam laksa," katanya sambil tertawa.
Menyambung bicaranya, menurut Jehan, bila cerita makanan yang paling Julie suka sebenarnya dia makan semua makanan seperti ketupat dengan sambal kacang, rendang, lemang dan lain-lain.
"Dia memang tidak kisah makan makanan yang pedas kerana warga Korea Selatan memang makan makanan yang pedas.
"Tetapi satu yang pasti akan dielakkan oleh Julie ialah makanan yang berkuah. Dia memang sukar hendak makan makanan yang terlampau banyak berkuah.
"Sama juga seperti saya, ada beberapa juadah Korea Selatan dan Jepun yang tidak saya makan seperti sashimi. Tapi, kami saling memahami dan tidak mendatangkan masalah," katanya yang jelas begitu seronok bercerita mengenai isterinya.
Ditanya mengenai aktiviti raya bersama dengan isterinya, jelas Jehan, dia mengambil peluang untuk membawa isterinya beraya di rumah saudara-mara dan rakan-rakan di sekitar ibu kota.
"Masa yang ada untuk beraya tidak cukup panjang sebenarnya kerana pada hari Ahad, dia perlu ke Australia atas urusan kerja," jelasnya.
Raya berjauhan dengan ibu
Menyambut raya kali ini di Kuala Lumpur, ada perasaan yang bercampur baur di hati Jehan.
Masakan tidak, Syawal kali ini, Jehan terpaksa berjauhan dengan ibunya yang menyambut raya di Amerika Syarikat.
Mengakui agak sayu beraya tanpa bersalaman dengan ibu, Mariam Abdullah di pagi Syawal, ujar Jehan, dia cukup memahami dengan keadaan situasi yang membuatkan ibunya terpaksa berada di sana.
"Kakak saya ada di sana bersama dengan anak-anaknya. Jadi saya rasa kakak saya lebih memerlukan ibu saya di sisinya.
"Memang sedih tapi saya cukup memahami. Lagipun kini saya sudah mempunyai isteri, dan dia bersama dengan saya di pagi raya pun sudah cukup bermakna," katanya.
Ditanya sama ada dia akan beraya semula bersama dengan ibunya setelah ibunya pulang kembali ke tanah air, jelas Jehan, mungkin dia tidak berkesempatan.
"Mungkin tidak berkesempatan untuk beraya bersama dengan ibu kerana dia pulang pada bulan September," jelasnya.
MENARIK RAMADHAN - AKSI JEHAN MISKIN DAN ISTERI
Gambar terkini pelakon Jehan Miskin dan isterinya Julie Camelia Rhee yang berkahwin pada bulan Mei lalu. Pastinya, banyak lagi yang perlu dipelajari oleh Julie mengenai masakan, adat budaya, ajaran Islam dan bagaimana berpuasa di bulan Ramadhan.
"Soal makanan tidak menjadi masalah. Bagaimanapun, saya tidak boleh makan makanan seperti susyi yang kurang masak sebagaimana budaya orang Korea.
"Manakala isteri saya pula tidak makan daging kambing atau makanan Melayu yang pedas. Setakat ni dia hanya suka makan nasi lemak dan yong tau foo sahaja," ujar Jihan dipetik sebagai berkata.
Jehan Miskin Sedih Berpuasa Seorang Diri
Walaupun sudah bergelar suami tapi sudah beberapa minggu rutin harian pelakon dan pengarah Jehan Miskin tidak ubah macam orang bujang. Disebabkan ketiadaan isterinya Julie Camelia Rhee di sisi, Jehan terpaksa menguruskan makan pakainya sendiri. Termasuklah menjalani ibadah berpuasa sendirian.
"Allhamdulillah puasa okay. Tapi sedih sikit lah sebab saya berpuasa sorang-sorang. Isteri saya sekarang berada di Jepun atas tugasan kerja. Jadi saya macam orang bujang lah sekarang. Berbuka seorang. Isteri saya tak ada, saya tak bangun sahur sebab saya ni selalu tidur lewat.
"Lagipun saya baru balik dari menjalani penggambaran program travelogue di Sabah. Sejak 1 Ramadan tu memang saya berpuasa di Sabah dan berbuka dengan kru-kru produksi. Sekarang dah balik KL, berbuka seorang, macam orang bujang. InsyaAllah isteri saya balik hujung minggu ini. Dia balik nanti saya memang tak sabar nak berpuasa bersama-sama dia. Nak suruh dia masak dan bersahur bersama", kata Jehan kepada Malaysian Digest.com ketika ditemui pada Majlis Berbuka anjuran Astro bertempat di Hotel Hilton Kuala Lumpur, malam tadi.
Jehan berkahwin dengan Camelia yang merupakan warganegara Korea, pada 4 Mei lalu selepas lima tahun bercinta. Majlis pernikahan mereka berlangsung secara tertutup di Carcosa Seri Negara Kuala Lumpur.
Dalam pada itu Jehan turut memberitahu kesibukan masing-masing menyebabkan hingga kini dia dan isteri belum sempat pergi berbulan madu. Namun Jehan merancang mahu membawa isterinya berbulan ke Pulau Maldives.
"Kami tak sempat lagi pergi bulan madu. Mulanya ingat nak pergi masa raya nanti. Tapi raya kedua nanti dia (Camelia) pula terpaksa pergi semula ke Jepun. Sekali lagi lah saya ditinggalkan. Tapi tak apa, bagus juga kalau ditinggal-tinggalkan sebab bila berjauhan buat kami lagi rindu.
"Jadi bila nak pergi masa raya tak jadi, masa ynag kami ada cuma pada cuti hari merdeka nanti. InsyaAllah masa tu kami akan pergi bulan madu. Perancangannya nak ke Maldives tapi kami belum pilih lagi pulau yang mana sebab di Maldives banyak pulau.
Perkembangan terkini, Jehan baru saja selesai menjalani pengambaran program Travelogue, Sabah Route Trip. Program tersebut menyaksikan Jehan sebagai hos menggembara ke tempat-tempat menari di negeri dibawah bayu itu dengan menaiki motosikal.
Kecewa 'What If' Kena Potong
Selain itu, drama bersiri pertama arahannya What If kini sedang rancak ditayangkan pada Setiap Rabu jam 9.30 malam di saluran 8TV.
Dalam pada itu Jehan turut meluahkan rasa kecewa apabila drama terbitan syarikatnya itu diberitakan terpaksa melalui proses pemotongan.
"Episod-episod sebelum ni tak ada pemotongan. Tapi untuk episod ke tujuh berkisar tentang karnibal, pihak 8TV minta saya re-edit semula. Jadi kita terpaksa buang beberapa babak yang agak sensitif dan tak sesuai untuk tontonan umum. Saya difahaamkan selepas re-edit pun, pihak LPF masih buat pemotongan.
"Pada saya, saya tak kisah kalau ada pemotongan tapi biarlah munasabah. Jangan sampai menjejaskan jalan cerita. Saya bimbang kalau disebabkan pemotongan itu, penonton tak faham dengan jalan cerita tersebut. Nanti seolah-olah kita pula yang terbitkan cerita yang tak masuk akal. Tapi apa yang saya tahu, setakat ni ia tak menjejaskan jalan cerita", katanya.
What If, siri kisah seram dan suspen yang mengisahkan seorang pemuda (Imzan) yang mengalami pelbagai kisah pelik sejak di usia 15 tahun. Dia kemudiannya mengalami gangguan emosi dan mula menulis kisah-kisah orang di sekeliling dalam sebuah buku. Tanpa disangka apa yang ditulis itu berubah menjadi realiti.
Memaparkan kisah sangat menarik pada setiap episod seperti What If A Mother Become Serial Killer, What If Man Become Woman, What If Buried Life, What If Overnight Famous dan banyak lagi. Antara pelakon lain yang turut menjayakan dram ini seperti Azizah Mahzan, Rashidi Ishak, Vanidah Imran, Elaine Daily, Nas-T, Chelsia Ng, Peter Davis, Reefa, Julie Woon, Prem Shanker dan ramai lagi.
- mD
Jehan Miskin Tangguh Berbulan Madu
Cita Rasa Makanan Berbeza Sukarkan Jehan Miskin, Isteri
PERKAHWINAN JEHAN MISKIN & JULIE
Jehan Miskin Bakal Kahwin Gadis Korea
Jehan Miskin Sangkal Merajuk, Tolak Tawaran Berlakon
Aktiviti Menyelam Beri Ketenangan Kepada Jehan Miskin
PETALING JAYA: Pelakon Jehan Miskin antara artis yang amat mencintai kehidupan laut apabila mampu menyelam lebih 120 kali selepas menceburi aktiviti selam skuba sejak tahun 1999.
Jehan atau nama sebenarnya Mohd Jehan Miskin, 33, berkata, aktiviti itu dapat memberi kepuasan luar biasa lebih-lebih lagi apabila dapat melihat pelbagai hidupan pelik yang terdapat di dasar laut.
"Saya sudah menyelam di dalam dan luar negara untuk mencari ketenangan. Ternyata, saya mendapat kepuasan berbeza yang sukar digambarkan dengan kata-kata,” ujarnya yang dihubungi mStar Online, di sini, Jumaat.
Tambah Jehan, Pulau Sipadan di Sabah dan Tioman, Pahang merupakan lokasi yang kerap dipilih untuk aktiviti tersebut selain berpengalaman melakukan selaman di kepulauan Maldives dan Manado, Indonesia serta beberapa tempat lain di luar negara.
Dalam pada itu, Jehan berkata menyelam memerlukan kesabaran dan tumpuan yang secukupnya untuk mengelak perkara yang tidak diingini ketika berada di dasar laut.
"Ia memerlukan ketelitian yang sangat tinggi dan jika tersilap langkah, sesuatu yang buruk akan menimpa. Bagaimanapun, apabila dah kerap kali melakukannya, saya sudah rasa biasa.
"Selain itu, apa yang menyeronokkan lagi, saya turut terbabit dalam membantu memulihara kehidupan dasar laut seperti karang yang semakin terhakis," ujarnya.
Dalam perkembangan lain, Jehan sibuk dengan persiapannya untuk menjalani penggambaran program Fear Factor Selebriti Malaysia untuk saluran Astro Ria di Cape Town, Afrika Selatan bermula 23 Oktober sehingga 15 November depan.
"Tak sabar pula rasanya nak melalui cabaran program ini. Ia merupakan penyertaan kali kedua di mana saya pernah menyertainya pada tahun lalu bagi episod khas sahaja.
"Mujurlah Fear Factor kali ini tidak memberikan cabaran memakan benda-benda yang menjijikkan seperti yang pernah saya buat dahulu iaitu makan jantung kambing mentah.
"Cuma saya agak risau sedikit andai kata diberi cabaran berenang di kolam kerana saya tidak terlalu pandai berenang. Ia tak sama dengan menyelam di dasar laut," guraunya.
Sementara itu, Jehan bakal muncul di layar perak menerusi filem Sepah The Movie dan Awan Dania The Movie pada penghujung tahun ini serta Prince Of The City (Februari 2013).
Jehan Miskin Beraya Di Korea Selatan
PETALING JAYA: Jika kebanyakan artis menyambut Aidilfitri bersama keluarga di kampung masing-masing, pelakon Jehan Miskin memilih beraya sambil bercuti di Korea Selatan.
Jehan atau nama sebenarnya Mohd Jehan Miskin berkata, percutian ke negara itu sekadar ingin mengambil kesempatan untuk merehatkan diri selepas sibuk dengan kerja-kerja lakonan serta pengurusan syarikat produksinya, Mastermind Group Sdn Bhd.
"Aidilfitri kali ini agak unik sedikit. Saya ingin berehat sepuas-puasnya dan berjalan-jalan bersama beberapa orang teman dan keluarga selama seminggu.
"Mungkin percutian saya ke luar negara pada sambutan Syawal dianggap tidak sesuai, tetapi bagi saya yang hanya mempunyai masa cuti terhad, ia adalah peluang yang bagus untuk melihat negara orang," katanya.
Tambah Jehan, ketiadaannya di dalam negara pada sambutan Aidilfitri membuatkan dia tidak membuat sebarang persiapan termasuklah tidak membeli baju baru.
"Saya tak kisah tentang baju raya sebenarnya kerana baju tahun lepas masih lagi elok dipakai. Lagipun saya tidak ada di Kuala Lumpur pada Hari Raya pertama, jadi tak perlulah nak buat persiapan beria-ia sangat," ujarnya.
Bagaimanapun Jehan berkata, dia masih lagi dapat menikmati suasana Aidilfitri menerusi rumah terbuka rakan-rakannya serta keluarga selepas pulang daripada percutian itu nanti.
Malah, juadah kegemarannya iaitu rendang dan ketupat palas juga tetap akan dinikmati sepanjang sebulan sambutan Syawal.
Jehan Miskin masih sibuk seperti biasa
Seperti sudah lama tidak mendengar khabar berita pelakon tampan Jehan Miskin selepas kisah percintaan dia suatu ketika dahulu bersama pelakon wanita, Jue Aziz berakhir.
Walaupun jarang kita lihat kelibat Jehan Miskin di majlis-majlis selebriti dan juga di kaca televisyen, namun Jehan Miskin berkata, kehidupannya sebagai artis masih sibuk seperti biasa.
"Saya lebih gemar bergerak sendiri, tidak mahu lah nak kejar populariti sangat. Apa yang saya pentingkan sekarang ialah produk. Selain daripada berlakon, saya juga ada menguruskan syarikat sendiri," katanya yang ditemui di Majlis Berbuka Puasa Astro Shaw di One World Hotel, Damansara, Selasa lalu.
Mastermind Group yang telah beroperasi lebih dari 3 tahun adalah milik Jehan dimana kesibukan sebagai artis ditambah dengan menguruskan syarikat sendiri memerlukan masa yang banyak, mungkin disebabkan itu dia jarang kelihatan bersama rakan artis yang lain.
Dalam perkembangan lain, Jehan bakal muncul dalam 5 buah filem iaitu "Appocalips", "Prince Of The City", "Amukan Buas Frankenstein Tempatan", "Sepah The Movie", dan "Awan Dania The Movie".
Jehan Miskin rahsiakan hubungan cinta
BUKAN niatnya untuk berahsia, namun jejaka bertubuh sasa ini lebih selesa tidak menggembar-gemburkan kisah percintaannya.
Menurut empunya diri, ini kerana episod cinta lalu banyak mengajarnya untuk lebih menghargai hubungan istimewanya kini dengan cara yang lebih berbeza.
Walaupun tidak banyak yang mahu diceritakan Jehan Miskin kepada Hits pada pertemuan di Skybar, Traders Hotel, Kuala Lumpur baru-baru ini, aktor itu tidak lokek berkongsi kenapa dia lebih senang merahsiakan hubungannya kali ini.
Tidak mengelak untuk berbicara soal hati malah berterus terang mengakui sudah mempunyai pilihan, namun tegas Jehan, dia dan pasangannya lebih selesa untuk menjalinkan hubungan tanpa sebarang publisiti.
Malah pelakon kacak itu turut menyifatkan hubungan tanpa pengetahuan umum lebih mudah dan selesa untuk diri dan pasangannya.
"Saya akui dahulu saya agak terbuka untuk bercerita tentang kisah cinta saya lebih-lebih lagi kerana bekas kekasih saya dahulu juga seorang artis.
"Oleh itu adalah tidak mungkin untuk kami berdua merahsiakan hubungan tersebut.
"Namun kekasih saya kini bukan lagi seseorang yang terlibat dalam industri dan bagi menghormati hubungan ini kami berdua juga mengambil keputusan untuk tidak menceritakan hubungan ini secara terbuka kepada umum.
"Secara jujurnya ia lebih mudah untuk menguruskan hubungan ini," jelasnya.
Ditanya sama ada dia tidak berasa bersalah kerana merahsiakan hubungan cintanya daripada pengetahuan para peminatnya, Jehan atau nama sebenarnya Mohd. Jehan Miskin, 32, percaya peminat hari ini lebih terbuka dan memahami keputusannya itu.
"Tiada apa yang mahu diceritakan kepada mereka kerana saya hanya menjalinkan hubungan sahaja dan saya percaya peminat saya faham.
"Tetapi saya berjanji jika ada berita baik daripada kami berdua, tentunya kami tidak akan membelakangi peminat serta pihak media," katanya sambil tersenyum.
Jehan suka sukan lasak

MENDENGAR Jehan Miskin bercerita fasal 5A, 5B, 5C hingga ke 9A, 9B dan 9C, penulis ternganga. Ingatkan dia bercerita tentang jenis lesen kontraktor yang diambil.
Rupa-rupanya apa yang diperkatakan Jehan dengan Timbalan Pengerusi Belia 4B cawangan Kampung Wira Damai, Mohd. Abdul Halim Zainal Abidin adalah laluan yang digunakan untuk aktiviti lasak, rock climbing.
Pertemuan kami di kawasan rekreasi Gua Damai berhampiran Batu Caves, Gombak, pukul 9 pagi, Sabtu lalu adalah untuk memberi peluang Jehan melepaskan rindunya pada aktiviti lasak itu.
“Saya mula buat rock climbing ini sejak tahun 2000 lagi. Mula-mula dulu buat indoor rock climbing. Saya boleh habiskan masa seharian kat tempat sebegitu di The Summit Climbing Gym, USJ atau Camp 5 Climbing Gym, One Utama.
“Harap hari ini dapat buat lagi, sebab sudah dua tahun juga tidak buat kerja panjat-memanjat ni kerana tidak ada masa, sibuk memanjang,” ceritanya.
Bagaimanapun hasrat pemegang watak Benjy dalam drama Awan Dania itu hampir gagal untuk melakukan rock climbing di bahagian dinding bukit Gua Damai kerana hujan lebat.
Memandangkan Mohd. Abdul Halim pemegang kunci ke Gua Damai, dapatlah Jehan melakukan rock climbing di bahagian hadapan gua yang sekali gus memudahkan jurufoto, Rashid Mahfof merakamkan gambar pelakon berkenaan dari pelbagai sudut yang menarik.
Sebelum memulakan pendakian, Jehan yang berpakaian seluar trek dan kemeja T tanpa lengan, menukar seliparnya kepada kasut khas untuk memanjat.
“Saya hanya ada peralatan lengkap untuk indoor rock climbing saja. Kasut ala ballet ini dibuat khusus untuk memanjat kerana ketika memanjat kita hanya menggunakan hujung jari kaki.
“Setiap pemanjat mesti ada beg kapur magnesium (chalk bag) yang diikat di pinggang bahagian belakang. Kapur ini untuk meneutral peluh yang keluar pada tangan dan kelembaban pada batu atau permukaan tebing,” jelasnya.
Katanya, lain-lain peralatan asas yang perlu adalah Belay Device, alat keselamatan seorang pemanjat yang dikawal oleh belayer dan harness yang digunakan sebagai alat keselamatan untuk pemanjat dan belayer serta tali.
Setelah lengkap 'berpakaian', Jehan dibantu oleh Khairil Amar Yusof atau Yen yang bertindak sebagai belayer dan Abdullah Zul Yuzarin Yeop Mahidin.
Melihat Jehan memanjat tebing Gua Damai, penulis pula yang risau kerana bimbang berlaku kejadian yang tidak diingini.
Alhamdulillah, tugasan kami berjalan lancar kerana dibantu oleh tiga jurulatih rock climbing profesional.
Demi mendapatkan sudut yang menarik, Rashid pun terpaksa memanjat (laluan biasa) ke tebing yang lebih tinggi daripada Jehan.
Menurut Jehan, aktiviti sukan lasak bukan sahaja memerlukan kekuatan fizikal tapi juga minda.
“Buat rock climbing ini kena fokus betul-betul. Sukan ini akan membawa kita berada di dunia lain. Mana tidaknya, waktu memanjat itu mana boleh fikir benda lain.
“Kita hanya boleh fikir bagaimana cara aku nak sampai ke atas, bahagian tebing mana yang nak dipegang. Kalau tidak memberi tumpuan, silap hari bulan, diri sendiri yang cedera. Memang nampak berbahaya tapi sukan ini membuatkan kita sentiasa bersedia,” katanya yang pernah terkehel di bahagian bahu kerana aktiviti lasak.
Selain Gua Damai, Jehan juga pernah membuat rock climbing di Pulau Tioman dan Lost World Of Tambun, Ipoh yang laluannya lebih sukar.
Kata Jehan, beliau bukan sahaja gemar rock climbing, malah pernah melakukan bungy jump juga.
Aktiviti lasak lain yang pernah dilakukannya adalah abseiling, flying fox, berenang bersama jerung, water rafting, mendaki Gunung Kinabalu, kick boxing dan muay thai.
Subscribe to:
Posts (Atom)
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]

















