Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Jehan Miskin masih sibuk seperti biasa

Seperti sudah lama tidak mendengar khabar berita pelakon tampan Jehan Miskin selepas kisah percintaan dia suatu ketika dahulu bersama pelakon wanita, Jue Aziz berakhir. Walaupun jarang kita lihat kelibat Jehan Miskin di majlis-majlis selebriti dan juga di kaca televisyen, namun Jehan Miskin berkata, kehidupannya sebagai artis masih sibuk seperti biasa. "Saya lebih gemar bergerak sendiri, tidak mahu lah nak kejar populariti sangat. Apa yang saya pentingkan sekarang ialah produk. Selain daripada berlakon, saya juga ada menguruskan syarikat sendiri," katanya yang ditemui di Majlis Berbuka Puasa Astro Shaw di One World Hotel, Damansara, Selasa lalu. Mastermind Group yang telah beroperasi lebih dari 3 tahun adalah milik Jehan dimana kesibukan sebagai artis ditambah dengan menguruskan syarikat sendiri memerlukan masa yang banyak, mungkin disebabkan itu dia jarang kelihatan bersama rakan artis yang lain. Dalam perkembangan lain, Jehan bakal muncul dalam 5 buah filem iaitu "Appocalips", "Prince Of The City", "Amukan Buas Frankenstein Tempatan", "Sepah The Movie", dan "Awan Dania The Movie".
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
free counter

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails