Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Showing posts with label Jimmy Palikat. Show all posts
Showing posts with label Jimmy Palikat. Show all posts

Jimmy Palikat Ingin Jadi Petani

PETALING JAYA: Penyanyi lagu Anak Kampung, Jimmy Palikat, 34, mengakui dalam perancangan untuk mengusahakan aktiviti pertanian sebagai salah satu sumber pendapatan selain menyanyi. Katanya, dia sedar bidang nyanyian tidak menjanjikan pendapatan tetap untuk menyara kehidupan keluarganya. "Saya tahu bukan senang untuk berada dalam industri ini, lagu saya juga tidak akan bertahan lama, lagi pula untuk mencipta lagu baru yang popular bukan mudah. "Oleh itu saya merancang untuk bercucuk tanah di kampung, saya sedang fikirkan tanaman yang sesuai dan mendatangkan hasil seperti cendawan," katanya kepada mStar Online ketika dihubungi, di sini, Jumaat. Jelas Jimmy, sebelum bergelar penyanyi, dia bekerja dalam bidang pembinaan, namun terpaksa berhenti bagi menumpukan perhatian kepada industri muzik. Katanya, buat masa ini dia masih bergantung kepada lagu Anak Kampung sebagai sumber pendapatanya. "Saya sedang dalam proses untuk cipta lagu baru namun ia bukan perkara yang mudah kerana genre saya berlainan tidak seperti lagu-lagu cinta. "Saya lebih suka mencipta lagu yang dekat dengan semua orang dan mudah diterima," katanya. Tambahnya dia sudah mencipta puluhan lagu namun masih tidak yakin dapat menandingi lagu Anak Kampung. "Saya tahu jangkaan orang kepada lagu baru saya nanti adalah sangat tinggi, jadi saya mesti beri yang terbaik. "Lagu Anak Kampung juga antara puluhan lagu daripada koleksi ciptaan saya," katanya. Dalam pada itu, Jimmy yang berasal dari Tambunan, Sabah ini belum terfikir untuk berpindah ke Semenanjung. "Buat masa ini tidak terfikir lagi, anak-anak saya masih bersekolah di Sabah, lagi pula tiada kepentingan yang memaksa saya untuk pindah lagi. "Setakat ini saya hanya datang Kuala Lumpur ketika ada urusan dan persembahan sahaja," katanya.

Jimmy tak rasa popular

LAGU Anak Kampung nyanyian Jimmy Palikat sering diputarkan di corong-corong radio. Tidak dinafikan, rentak lagu rancak yang diolah semula oleh kumpulan One Nation Emcees telah membuatkan lagu ini dengan sekelip mata mendapat perhatian pendengar dan peminat muzik tempatan. Pada asalnya, lagu nyanyian penyanyi lelaki yang berasal dari Sabah merupakan sebuah lagu yang menggunakan lirik bahasa Dusun. Bercerita mengenai penyanyi asal lagu Anak Kampung ini, Jimmy Palikat akui dirinya dahulu tidak begitu dikenali. Namun, setelah bergabung bersama One Nation Emcees, nama Jimmy Palikat terus meraih populariti mendadak sehingga lagu kolaborasi mereka itu tercalon untuk bertanding dalam separuh akhir program Muzik-Muzik ke-27 yang bakal berlangsung kelak. Semasa mengadakan sidang akhbar di Ecoba, Petaling Jaya, Selangor, Kosmo! mengambil peluang untuk beramah mesra bersama Jimmy yang sentiasa tersenyum menjawab segala persoalan yang diberi kepadanya. Kosmo!: Apakah perasaan Jimmy tercalon dalam separuh akhir Muzik-Muzik ke-27 ini? JIMMY: Ini kali pertama saya masuk dalam carta Muzik-Muzik dan saya sangat gembira kerana tercalon dalam separuh akhir ini. Bilakah karier nyanyian Jimmy bermula? Sebenarnya ia bermula di Sabah pada tahun 2002. Di sana, waktu itu saya hanya nyanyikan lagu-lagu tempatan Sabah dalam bahasa Dusun - salah satunya berjudul Anak Kampung. Dek kerana satu lagu ini yang dihasilkan pada tahun 2010 telah digemari ramai, maka saya telah tukar liriknya kepada bahasa Melayu Sabah dan ia nyata digemari oleh masyarakat umum. Harapan kepada lagu Anak Kampung di Muzik-Muzik ke-27? Saya tidak mengharapkan apa-apa. Harap berlaku keajaiban. Apa yang pasti, saya akan buat yang terbaik untuk kepuasan semua orang. Mungkin selepas ini anda merancang untuk mengadakan lanjutankepada lagu ini? Sebelum kami masuk Muzik-Muzik ke-27, saya dan One Nation Emcees pernah berbincang untuk berkolaborasi untuk lagu lain. Susunan muziknya sudah 70 peratus siap dan ia berjudul, Apa Punya Tauke. Lagu ini juga merupakan lagu bahasa Dusun yang saya cipta pada tahun 2002, sementara bahagian korusnya pula dalam bahasa Melayu. Jadi, kami ambil bahagian korus lagu itu untuk dijadikan lagu kedua kolaborasi saya bersama One Nation Emcees itu (Apa Punya Tauke). Apakah konsep persembahan yang bakal ditampilkan kelak di pentas separuh akhir Muzik-Muzik ke-27? Tiada yang istimewa kerana kami belum rancang apa-apa lagi tetapi jika ada sekalipun, biarlah ia akan menjadi kejutan kelak. Lagu ini sudah lama dihasilkan, tetapi setelah dinyanyikan bersama One Nation Emcees, impaknya sehingga tercalon dalam Muzik-muzik. Boleh komen? Sebenarnya ini ialah projek syarikat rakaman yang menaungi saya, Nova Music yang memilih siapa yang akan beraksi bersama saya. Jadi ia semua keputusan mereka, dan saya rasakan ia gabungan yang tepat dan One Nation Emcees juga sebuah kumpulan yang sangat kreatif. Jadi saya rasa tiada masalah. Setelah dikenali ramai, adakah Jimmy rasa kini lebih popular? Saya tidak rasakan popular sangat. Jika di Sabah juga saya tidaklah popular mana. Saya rasa saya belum popular kerana ini merupakan satu permulaan untuk membina nama. Waktu itu saya di Sabah, tapi kini saya baru memasuki pasaran Semenanjung, jadi memang ia satu permulaan bagi saya. Adakah Jimmy sudah mengambil keputusan untuk menetap di Semenanjung Malaysia bagi mengembangkan karier nyanyian? Saya rasa untuk dikenali hanya menerusi sebuah lagu, masih belum cukup kuat untuk saya. Bukan tidak yakin, namun jika mungkin setelah dua atau tiga lagu, saya menjadi terkenal, barulah saya akan pertimbangkan untuk menetap di Semenanjung Malaysia. Saya akui masih belum yakin dengan karier nyanyian saya di Semenanjung. Ini kerana bukan selalunya kita di atas, sementara masih ada peluang saya akan gunakan sebaik mungkin.

Jimmy Palikat makin teruja

SIAPA sangka, lagu Anak Kampung berjaya melangkah ke peringkat separuh akhir Muzik-Muzik 27 pada tahun ini. "Saya memang tidak terfikir bahawa lagu ini mampu pergi sejauh ini. Ini satu keajaiban bagi saya. "Tapi sebelum ini saya pernah mengimpikan bahawa lagu ini bakal terkenal di Semenanjung dan kini perkara tersebut sudah menjadi kenyataan," katanya dalam nada penuh gembira. Namun jika ditanya adakah kumpulan One Nation Emcees (ONE) hanya menumpang populariti lagu tersebut, Jimmy tidak mahu memberikan sebarang komen. Katanya, perkara tersebut terpulang kepada pendengar mereka sendiri untuk mentafsir. Kini Jimmy bersama kumpulan One Nation Emcee sedang menyiapkan remix lagu Apa Punya Tauke, lagu yang asalnya dalam bahasa kaum Dusun di Sarawak. Bagaimanapun menurut Jimmy, buat masa sekarang, dia belum bersedia untuk menetap di Semenanjung. "Ini kerana belum banyak lagu saya yang popular. "Mungkin kalau dah banyak lagu dihasilkan nanti, barulah saya akan pertimbangkan untuk menetap di Semenanjung atau tidak," katanya jujur. Buat masa sekarang, Jimmy juga lebih selesa untuk bergerak secara berkumpulan bersama-sama ONE kerana perkara tersebut dikatakan dapat mencipta suasana yang meriah di atas pentas.
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
free counter

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails