Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Jimmy tak rasa popular

LAGU Anak Kampung nyanyian Jimmy Palikat sering diputarkan di corong-corong radio. Tidak dinafikan, rentak lagu rancak yang diolah semula oleh kumpulan One Nation Emcees telah membuatkan lagu ini dengan sekelip mata mendapat perhatian pendengar dan peminat muzik tempatan. Pada asalnya, lagu nyanyian penyanyi lelaki yang berasal dari Sabah merupakan sebuah lagu yang menggunakan lirik bahasa Dusun. Bercerita mengenai penyanyi asal lagu Anak Kampung ini, Jimmy Palikat akui dirinya dahulu tidak begitu dikenali. Namun, setelah bergabung bersama One Nation Emcees, nama Jimmy Palikat terus meraih populariti mendadak sehingga lagu kolaborasi mereka itu tercalon untuk bertanding dalam separuh akhir program Muzik-Muzik ke-27 yang bakal berlangsung kelak. Semasa mengadakan sidang akhbar di Ecoba, Petaling Jaya, Selangor, Kosmo! mengambil peluang untuk beramah mesra bersama Jimmy yang sentiasa tersenyum menjawab segala persoalan yang diberi kepadanya. Kosmo!: Apakah perasaan Jimmy tercalon dalam separuh akhir Muzik-Muzik ke-27 ini? JIMMY: Ini kali pertama saya masuk dalam carta Muzik-Muzik dan saya sangat gembira kerana tercalon dalam separuh akhir ini. Bilakah karier nyanyian Jimmy bermula? Sebenarnya ia bermula di Sabah pada tahun 2002. Di sana, waktu itu saya hanya nyanyikan lagu-lagu tempatan Sabah dalam bahasa Dusun - salah satunya berjudul Anak Kampung. Dek kerana satu lagu ini yang dihasilkan pada tahun 2010 telah digemari ramai, maka saya telah tukar liriknya kepada bahasa Melayu Sabah dan ia nyata digemari oleh masyarakat umum. Harapan kepada lagu Anak Kampung di Muzik-Muzik ke-27? Saya tidak mengharapkan apa-apa. Harap berlaku keajaiban. Apa yang pasti, saya akan buat yang terbaik untuk kepuasan semua orang. Mungkin selepas ini anda merancang untuk mengadakan lanjutankepada lagu ini? Sebelum kami masuk Muzik-Muzik ke-27, saya dan One Nation Emcees pernah berbincang untuk berkolaborasi untuk lagu lain. Susunan muziknya sudah 70 peratus siap dan ia berjudul, Apa Punya Tauke. Lagu ini juga merupakan lagu bahasa Dusun yang saya cipta pada tahun 2002, sementara bahagian korusnya pula dalam bahasa Melayu. Jadi, kami ambil bahagian korus lagu itu untuk dijadikan lagu kedua kolaborasi saya bersama One Nation Emcees itu (Apa Punya Tauke). Apakah konsep persembahan yang bakal ditampilkan kelak di pentas separuh akhir Muzik-Muzik ke-27? Tiada yang istimewa kerana kami belum rancang apa-apa lagi tetapi jika ada sekalipun, biarlah ia akan menjadi kejutan kelak. Lagu ini sudah lama dihasilkan, tetapi setelah dinyanyikan bersama One Nation Emcees, impaknya sehingga tercalon dalam Muzik-muzik. Boleh komen? Sebenarnya ini ialah projek syarikat rakaman yang menaungi saya, Nova Music yang memilih siapa yang akan beraksi bersama saya. Jadi ia semua keputusan mereka, dan saya rasakan ia gabungan yang tepat dan One Nation Emcees juga sebuah kumpulan yang sangat kreatif. Jadi saya rasa tiada masalah. Setelah dikenali ramai, adakah Jimmy rasa kini lebih popular? Saya tidak rasakan popular sangat. Jika di Sabah juga saya tidaklah popular mana. Saya rasa saya belum popular kerana ini merupakan satu permulaan untuk membina nama. Waktu itu saya di Sabah, tapi kini saya baru memasuki pasaran Semenanjung, jadi memang ia satu permulaan bagi saya. Adakah Jimmy sudah mengambil keputusan untuk menetap di Semenanjung Malaysia bagi mengembangkan karier nyanyian? Saya rasa untuk dikenali hanya menerusi sebuah lagu, masih belum cukup kuat untuk saya. Bukan tidak yakin, namun jika mungkin setelah dua atau tiga lagu, saya menjadi terkenal, barulah saya akan pertimbangkan untuk menetap di Semenanjung Malaysia. Saya akui masih belum yakin dengan karier nyanyian saya di Semenanjung. Ini kerana bukan selalunya kita di atas, sementara masih ada peluang saya akan gunakan sebaik mungkin.
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
free counter

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails