Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Showing posts with label Karisma Kapoor. Show all posts
Showing posts with label Karisma Kapoor. Show all posts

Krisis rumah tangga Karisma

MUMBAI - Rumah tangga aktres jelita Bollywood, Karisma Kapoor dilaporkan berantakan ekoran suaminya, tidak menghadiri perkahwinan adiknya, Kareena, di sini pada minggu lalu. Kisah keretakan rumah tangga pasangan tersebut mula tersebar sejak setahun lalu selepas pendedahan hubungan sulit suaminya, Sanjay Kapur bersama seorang wanita daripada golongan sosialit bernama Priya Chatwal. Namun, pasangan terbabit mengambil keputusan untuk berdiam diri mengenai masalah rumah tangga mereka. Media tempatan melaporkan, Sanjay pada mulanya berhasrat untuk membawa Priya ke majlis perkahwinan Kareena, namun ditentang oleh keluarga isterinya. Sehubungan itu, Sanjay dihalang daripada menghadiri mana-mana majlis resepsi Kareena dan Saif. Biarpun menyedari perkahwinannya diambang keretakan, aktres jelita itu dikatakan sentiasa berusaha untuk menyelamatkan keluarganya. "Karisma mendapat sokongan daripada kedua-dua belah keluarga dan dia tabah menghadapi segala yang berlaku," menurut satu sumber. Karisma, 38, dan Sanjay berkahwin pada September 2003 dan dikurniakan dua anak iaitu Samaira, tujuh, dan Kiaan, dua tahun. - AGENSI

Karisma buka akaun Twitter


SETELAH berehat panjang daripada berlakon, aktres Karisma Kapoor akhirnya memilih untuk kembali ke dunia hiburan tidak lama lagi.

Sebelum itu dia mengambil langkah awal dengan membuka akaun laman sosial peribadi termasuk Twitter sebagai platform untuknya berkongsi kisah dengan peminat.

Aktres itu sebelum ini tidak mempunyai akaun tersebut kerana mendakwa bahawa dia tidak perlu untuk berkongsi perasaannya dengan khalayak.

Namun, dia baru-baru ini sedar bahwa media itu penting agar setiap aktiviti lakonan dan promosi filemnya diketahui peminat dengan pantas.

"Karisma bakal membuka akaun Twitternya dalam masa terdekat ini agar dapat menyampaikan maklumat kepada peminatnya dengan segera," ujar sutradara filem, Vikram Bhatt.

Karisma bakal membintangi sebuah filem arahan sutradara tersebut berjudul Dangerous Isho tidak lama lagi.
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
free counter

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails