Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Krisis rumah tangga Karisma

MUMBAI - Rumah tangga aktres jelita Bollywood, Karisma Kapoor dilaporkan berantakan ekoran suaminya, tidak menghadiri perkahwinan adiknya, Kareena, di sini pada minggu lalu. Kisah keretakan rumah tangga pasangan tersebut mula tersebar sejak setahun lalu selepas pendedahan hubungan sulit suaminya, Sanjay Kapur bersama seorang wanita daripada golongan sosialit bernama Priya Chatwal. Namun, pasangan terbabit mengambil keputusan untuk berdiam diri mengenai masalah rumah tangga mereka. Media tempatan melaporkan, Sanjay pada mulanya berhasrat untuk membawa Priya ke majlis perkahwinan Kareena, namun ditentang oleh keluarga isterinya. Sehubungan itu, Sanjay dihalang daripada menghadiri mana-mana majlis resepsi Kareena dan Saif. Biarpun menyedari perkahwinannya diambang keretakan, aktres jelita itu dikatakan sentiasa berusaha untuk menyelamatkan keluarganya. "Karisma mendapat sokongan daripada kedua-dua belah keluarga dan dia tabah menghadapi segala yang berlaku," menurut satu sumber. Karisma, 38, dan Sanjay berkahwin pada September 2003 dan dikurniakan dua anak iaitu Samaira, tujuh, dan Kiaan, dua tahun. - AGENSI
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
free counter

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails