Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..
Showing posts with label Leuniey Natasha. Show all posts
Showing posts with label Leuniey Natasha. Show all posts
RAGAM TERKINI ANAK LEUNIEY & APEK
Rasanya sudah hampir tujuh bulan kita tidak melihat keletah Kayla Elayna, anak sulung Leuniey Natasha dan penjaga gol kebangsaan Khairul Fahmi Che Mat.
Terkini, Kayla semakin comel bagaikan anak Jepun layaknya dan juga sudah boleh bangun sendiri. Mungkin beberapa bulan lagi, dia dah boleh tangkap bola pulak. Heh.
Jom tengok!
Tahniah,Leuniey Kini Mengandung
Setelah berkahwin hampir tiga bulan, akhirnya Leuniey menyampaikan khabar gembira di Instagramnya bahawa beliau kini berbadan dua. Meskipun disampaikan secara 'terlepas cakap'... namun ia pasti menggembirakan ramai pihak terutamanya peminat Apex sendiri. tahniah!
Berikut adalah petikan daripada Instagram Leuniey:
[ @ ] ezuwanismail Banyak nya u ols makan.. xper la ibu mengandung huhu ..opssss @leunieynatasha
[ @ ] naddyaz @leunieynatasha preg? Congratssss sis
[ @ ] scha_tiger Congratulation @leunieynatasha
Apek romantik - Leuniey
SELEPAS mengharungi pelbagai dugaan, kontroversi dan gosip, penjaga gol sensasi negara, Khairul Fahmi Che Mat, 23, selamat bergelar suami kepada gadis pilihannya iaitu Nur Eilunie Natasha Jaafar, 21, dalam satu majlis yang diadakan di rumah keluarga Leuniey di Pasir Pekan, Kelantan, Jumaat lalu.
Dengan hanya sekali lafaz, pasangan yang menjadi perhatian media kebelakangan ini selamat diijabkabulkan oleh Imam Masjid Pasir Pekan, Abdul Ghani Abdul Mutalib kira-kira pukul 10.25 pagi dengan disaksikan ahli keluarga terdekat termasuk ibu bapa kedua-dua mempelai.
Menyifatkan penyatuan mereka sebagai jodoh selepas 10 bulan mengenali isi hati, Khairul Fahmi atau mesra disapa Apek mengatakan Leuniey menjadi pilihan hatinya kerana gadis itu sangat memahami kariernya sebagai pemain bola sepak Negara dan juga pasukan Red Warriors.
"Masa saya sangat terhad dengan jadual latihan dan juga perlawanan tetapi Leuniey sangat memahami.
"Malah, saya baru sampai semalam (Khamis) ekoran menjalani latihan untuk sama-sama menyiapkan persediaan hari penikahan ini," katanya ketika ditemui.
Khairul Fahmi menyerahkan wang hantaran berserta mas kahwin berjumlah RM19,000 sempena nombor jersey Apek bersama tujuh dulang hantaran berbalas tujuh.
Kedua-dua mempelai mengenakan busana bertemakan warna kuning cair dan persalinan Leuniey direka khas oleh pereka fesyen Ezuwan Ismail.
Menurut Leuniey, sempena persandingannya, dia hanya menggunakan pelamin dan juga khemah daripada butik pengantin miliknya dan selebihnya merupakan tajaan pelbagai pihak.
Apek berkata, dia bersyukur majlis tersebut berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah dan menyifatkan gementar akad nikah berbeza berbanding beraksi di padang bola.
"Saya akui saya sangat gementar tetapi Alhamdulillah segalanya telah berjalan lancar. Syukur ke hadrat Ilahi di atas jodoh yang diperkenankan.
"Saya berharap kami dapat menjalankan tanggungjawab sebagai suami isteri. Selepas ini, kami kembali dengan jadual masing-masing, saya dengan jadual bola dan dia dengan urusan perniagaannya," senyum Apek.
Ujar Apek lagi, perkahwinan bukanlah faktor yang boleh menjejaskan prestasinya sebagai penjaga gawang dan segalanya terletak kepada individu itu sendiri untuk mengharunginya.
Lelaki berusia 23 tahun ini menyerahkan kepada Allah tentang kurniaan dan berharap untuk menimang sekurang-kurangnya empat cahaya mata.
Leuniey menyuarakan harapannya agar Apek sebagai suami akan menjadi kapten yang baik kepada keluarga mereka biarpun sebelum ini pernah dilanda dengan pelbagai kontroversi.
"Saya telah bersedia sepenuhnya daripada awal kami mula-mula rapat untuk berhadapan dengan kontroversi dan juga kerenah peminatnya. Saya amat memahami situasi itu.
"Ini jodoh yang ditentukan dalam perjalanan hidup kami, saya bersyukur kerana kami telah disatukan," katanya sambil menyifatkan suaminya seorang yang romantik dan penuh dengan kejutan.
Mengenai rancangan untuk berbulan madu, mereka masih belum berbincang mengenai perkara itu kerana kesibukan Apek dengan persediaan untuk beraksi dalam Liga Malaysia.
Majlis resepsi pengantin perempuan akan diadakan Ahad ini di Hotel Renaissance, Kota Bharu, Kelantan manakala resepsi pengantin lelaki akan diadakan di rumah keluarga Apek di Cherang, Kelantan pada 5 Januari.
Pasangan itu turut mengadakan satu lagi majlis resepsi di Hotel Royale Bintang, Kuala Lumpur pada 13 Januari nanti.
Leuniey Bersedia Ditinggalkan Khairul Fahmi Lepas Kahwin
PETALING JAYA: Penjaga gol pasukan bola sepak kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat atau Apek awal-awal lagi menjelaskan tidak mungkin dapat memberi tumpuan kepada bakal isterinya iaitu Leuniey selepas mereka berumah tangga yang di jadual pada Disember depan.
Apek, 23, berkata, perkara itu disebabkan kesibukannya sebagai pemain pasukan kebangsaan dan negeri Kelantan yang menuntutnya untuk meluangkan banyak masa di padang.
“Apabila berkahwin, mungkin saya tidak dapat memberi sepenuh masa saya kepada Leuniey dan keluarga kerana masa saya diluangkan dalam pasukan yang diwakili,” katanya kepada majalah Nona keluaran terbaharu.
Kedua-dua pasangan tersebut menjadi penghias muka hadapan majalah itu bagi keluaran Disember.
Tambah Apek, disebabkan faktor tersebut, penting baginya untuk mencari isteri yang benar-benar memahami dan keputusan mengahwini Leuniey adalah satu tindakan yang tepat.
Katanya wanita berusia 21 tahun itu seorang yang memahami kariernya sebagai pemain bola sepak selain berfikiran matang.
“Saya mencari wanita yang memahami kerjaya saya kerana ruang waktu saya yang terhad. Di mata saya Leuniey adalah wanita yang cukup sempurna,” katanya.
Semenara itu Leuniey pula berkata, dia tidak mempunyai masalah tentang perkara itu kerana dalam tempoh perkenalan yang dijalinkan, mereka juga jarang bertemu.
Bagaimanapun sebagai wanita dia tidak menafikan mempunyai perasaan cemburu dan menjadikan kepercayaan di antara satu sama lain bagi menghilangkan perasaan tersebut.
“Saya tidak ada masalah untuk ditinggalkan kerana sekarang pun Fahmi tidak selalu berada di sisi saya. Apa-apa pun hubungan ini bersandarkan kepada kepercayaan terhadap diri masing-masing,” katanya.
Dalam perkembangan lain Apek akan mengadakan sidang media pada Rabu ini bagi mengumumkan tarikh sebenar pernikahannya dengan Leuniey yang masih menjadi teka teki.
Majlis berkenaan akan diadakan di The Royale Hotel, Damansara dekat sini kira-kira pukul 12 tengah hari.
Leuniey Natasha: Kekasih Baru Khairul Fahmi?
Nama Khairul Fahmi Che Mat merupakan satu nama alet dan selebriti tempatan yang selalunya tidak lari dengan gossip sejak memutuskan pertunangan dengan bekas tunangnya iaitu Elia yang merupakan pemilik blog Jejari Runcing. Setelah putus tunang dengan Elia, Khairul Fahmi digossipkan dengan Dahlia Teck. Sebelum ini heboh mengenai video Dahlia Teck memberikan kejutan hari lahir Khairul Fahmi.
Gossip mengenai hubungan cinta Khairul Fahmi bertambah kencang selepas itu apabila dilihat semakin akrab bersama Dahlia Teck. Terbaru dikhabarkan bahawa Khairul Fahmi telah memutuskan perhubunganya dengan Dahlia Teck. Khairul Fahmi dikhabarkan mempunyai kekasih baru yang senegeri dengannya(Kelantan) bernama Leuniey Natasha.
Gossip hangat ini tersebar apabila penulis akaun Twitter, @MahsiH2 mendedahkan mengenai gossip ini. Lebih mengejutkan apabila Leuniey Natasha yang didakwa baru sahaja bertunang beberapa minggu lalu meminta untuk memutuskan pertunangan kerana “tergilakan Khairul Fahmi”.
Sebelum ini Khairul Fahmi pernah menghentam blogger kerana selalunya menyebarkan gossip yang tidak betul mengenainya. Adakah kali ini gossip ini betul atau sekadar rekaan semata-mata? Hanya Khairul Fahmi Che Mat sahaja yang dapat menjelaskan gossip ini.
Subscribe to:
Posts (Atom)
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]








