Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Showing posts with label Liza Hanim. Show all posts
Showing posts with label Liza Hanim. Show all posts

Rahsia kurus Liza Hanim

KEJAYAAN penyanyi ini tampil dengan bentuk badan yang lebih langsing menimbulkan persoalan di kalangan peminatnya. Mana tidaknya kehilangan hampir 20 kilogram, Liza Hanim kini diburu untuk berkongsi rahsia. Jika ada peminat yang sibuk bertanya bagaimana dia berjaya menguruskan badan, tidak kurang pula ada beberapa produk yang mahu dia menjadi duta untuk produk kurus mereka. Mempunyai prinsip dalam soal ini jelas Liza, dia tidak akan sesekali menipu peminat. Berkongsi kisah sebenar rahsia kelangsingan dirinya kini, ada sesuatu yang mereka di luar sana perlu tahu iaitu ini bukan kerja mudah. “Memang ada produk yang mahu jadikan saya duta mereka, tetapi saya tidak mahu. Ini kerana saya tidak gunakan produk mereka untuk kurus. “Apa yang berlaku ke atas diri saya kini adalah bagaimana saya mengamalkan cara pemakanan yang betul. Dan saya hanya akan berkongsi apa yang saya benar-benar saya lakukan sahaja," katanya. Tidak menolak ada yang mampu kurus dengan penggunaan ubat-ubatan, namun bagi ibu kepada tiga anak ini dia percaya kehidupan yang sihat adalah jawapan untuk bentuk badan yang cantik. Pernah melalui fasa di mana berat badannya melebihi tahap yang sepatutnya, Liza yakin itu tidak seharusnya berlaku ke atas mana-mana wanita. “Saya tidak mahu bila saya jadi duta nanti ada yang mahu bergantung semata-mata dengan produk tersebut. Akhirnya mereka tidak dapat menikmati kehidupan yang sihat. “Bagi saya apa yang berlaku ke atas diri saya ini memerlukan kerja keras dan mesej itu yang mahu saya sampaikan kepada mereka di luar sana," katanya. Bercerita kembali bagaimana dia boleh begitu bersemangat mahu mengurangkan berat badan jelas pemilik nama sebenarnya Haliza Hanim Abdul Halim, 35, semuanya bermula apabila dia dan suaminya Mohamed Shahrin Samsudin atau Shah melawat pantai Port Dickson, Negeri Sembilan tahun lalu. “Pada waktu itu memang saya baru sahaja melahirkan anak, jadi pada mulanya saya tidak begitu kisah dengan bentuk badan tetapi saya tahu badan saya agak berisi. Namun bila suami membawa saya ke pantai, saya dapati agak sukar untuk saya berjalan di atas pasir. Waktu itu baru saya sedar badan saya terlalu berat dan sangat merimaskan. “Dari situ saya mula mengambil kira pengambilan makanan saya. Selalunya saya akan kira kalori setiap makanan agar saya tidak terlebih makan. Selain itu juga saya kerap bersenam, saya hanya mengambil masa selama sembilan bulan untuk kembali ke bentuk asal seperti sekarnag ini. Bukan mudah mahu menguruskan badan tetapi saya seronok melihat hasilnya kini," katanya. Menolak penampilan terbarunya ini ada kena mengena dengan kemunculan kembali sebagai penyanyi, kata Liza tujuan utama dia menguruskan badan adalah untuk kepuasan sendiri. “Saya memang tidak ada perancangan untuk itu, sebagai ibu kepada tiga orang anak bagi saya adalah penting untuk saya lebih aktif. Sebab saya mahu jadi contoh yang baik untuk anak-anak saya. “Bila kembali dengan tubuh badan begini rasanya saya lebih yakin. Sebagai seorang wanita, saya tahu perasaan itu. Jadi kita kurus bukan semata-mata mahu tunjuk kepada orang, tetapi untuk menjamin kesihatan kita juga," katanya.

Liza Hanim Rindu Untuk Kembali Beraksi

Penyanyi Liza Hanim mengakui rindu untuk kembali beraksi di pentas nyanyian seperti pada zaman kegemilangannya sekitar tahun 2000. Liza atau nama sebenarnya Haliza Hanim Abdul Halim, 34, bagaimanapun berkata, dia tidak boleh kembali aktif dalam masa terdekat ini memandangkan masih lagi menjaga anak bongsunya Mohamed Salahuddin yang berusia setahun. "Memang saya rindu sangat untuk rakam lagu dan kemudian bernyanyi di pentas seperti ketika di awal kemunculan saya dulu-dulu. tetapi bukan untuk masa terdekat ini kerana anak masih lagi kecil. "Lebih-lebih lagi saya perlu menguruskan syarikat produksi saya, LH Media Sdn Bhd yang banyak terlibat dengan projek pengiklanan membuatkan masa saya sangat terhad," katanya. Bagaimanapun tambah Liza yang pernah popular dengan lagu Getaran Cinta Di Jiwa itu, dia tetap akan muncul sekurang-kurangnya sebuah single lagu terbaharu apabila anak bongsunya itu sudah besar. Dalam pada itu, Liza juga risau untuk membuat kemunculan semula memandangkan dia terlalu lama menyepi selain cita rasa peredaran muzik juga berubah. "Diakui, jika hendak buat kemunculan semula, ia memerlukan perancangan yang sangat rapi kerana bukan mudah untuk melakukan semua itu selepas lama menyepi. "Apalagi cita rasa muzik berubah-ubah, jika mahu menyanyi semula, saya perlu mengikut 'trend' terkini, seiring dengan keinginan pendengar sekarang," ujarnya. Selain Mohamed, Liza yang merupakan isteri kepada bekas ahli kumpulan Indigo iaitu Mohd Shahrin Mohd Samsudin atau lebih dikenali sebagai Shah turut mempunyai dua lagi cahaya mata iaitu Marsya Qistina, 10, and Marsya Qaireen, 4.

Bertudung atas kesedaran-Liza Hanim


TIDAK lama dahulu apabila penyanyi kelahiran Klang, Liza Hanim menerima tawaran melakonkan watak biduanita Saloma dalam teater P. Ramlee The Musical… The Life, The Love And The Inspiration yang dipentaskan sekitar Oktober 2007, ramai yang mengatakan dia sudah berani tampil seksi.

Apa tidaknya, melakonkan watak tersebut Liza harus mengenakan gaun merah pendek paras lutut malah dan dia juga tidak kekok beraksi dengan gaun berleher V tanpa lengan itu.

Dek kerana keberanian itu, ramai di kalangan peminat mula membuat andaian sendiri dan tertanya-tanya apakah itu transisi terbaru dirinya setelah bergelar ibu kepada seorang anak ketika itu.

Masa berlalu, segalanya mempengaruhi pemikiran, hati dan kehendak individu.

Begitu juga dengan pemilik nama Haliza Hanim Abdul Halim, isteri kepada Shah bekas anggota kumpulan Indigo itu. Dia kini memilih untuk bertudung.

Perubahan itu sedikit sebanyak mengejutkan peminat seni hiburan tanah air.

Apa yang pasti, keputusan yang dibuat oleh ibu kepada dua anak perempuan iaitu Marsya Qistina, 7, dan Marissa Qaireen yang berusia setahun lebih itu mendapat keizinan daripada suaminya.

"Tiada paksaan untuk saya bertudung. Saya ikhlas mengenakannya dan Insya-Allah ia akan berterusan," ringkas jawapan yang diberikan penyanyi yang mula dikenali menerusi lagu Getaran Cinta Di Jiwa itu.

Bertudung sejak dua bulan lalu, kata Liza, dia sebenarnya telah lama merancang untuk membawa perubahan dari segi penampilan diri seiring peningkatan usia yang kini telah mencecah 31 tahun.

Dua tahun lamanya dia menanam azam namun, baru dua bulan lalu hasrat tersebut dimakbulkan Tuhan.

"Pada April lalu fikiran saya kuat ingin bertudung dan tiba-tiba suatu hari apabila bangun daripada tidur terus hati saya berkata ingin memakai tudung.

"Untuk itu, saya terus berjumpa suami dan meminta keizinan daripadanya. Alhamdulillah, suami saya menyokong dan menyuruh agar saya tetapkan hati untuk terus bertudung selepas ini.

"Saya tidak bercerita tentang hasrat memakai tudung kepada sesiapapun kecuali suami. Emak saya pun hanya sekadar pandang dan senyum saja sebaik melihat saya bertudung.

"Adik beradik juga tidak bertanya kerana mungkin mereka faham itu hak saya," jelas Liza yang ternyata semakin gembira dengan perubahan imejnya itu.

Katanya, tiada sebab lain dia bertudung seperti yang diperkatakan ramai bahawa dia mendapat mimpi dan sebagainya kerana keputusan itu lahir daripada ketulusan hatinya sendiri.

Ada pandangan nakal yang menyebut, apabila seseorang penyanyi wanita yang selama ini dikenali sebagai penyanyi pop, rezeki mereka akan terbatas apabila memilih untuk bertudung.

Kelaziman yang terjadi dalam gelanggang muzik ialah, perubahan imej sedemikian selalunya akan turut membawa seseorang penyanyi itu menukar genre nyanyiannya.

Apakah Liza juga akan tersenarai sebagai penyanyi yang akan mengubah genre lagu nyanyiannya?

Dalam hal ini, Liza sangat terbuka. Dia masih ingin meneruskan kerjaya nyanyian menerusi lagu-lagu berelemen pop dan balada yang merupakan kemampuan utama vokalnya.

Baginya tidak semestinya dengan perubahan imej yang dibawa kini maka dia perlu menukar genre nyanyiannya pula.

"Ketika tidak bertudung dahulu saya memang tidak menolak jika ada apa-apa tawaran yang melibatkan persembahan berkonsep ketuhanan, begitu juga kini.

"Cuma dari segi konsep saya masih mahu menyanyikan lagu-lagu pop dan saya memang tidak dapat lari daripada itu.

"Alhamdulillah, sepanjang tempoh bertudung tawaran nyanyian tidak pernah lekang saya terima," katanya yang mengakui berdebar membuat penampilan pertama bertudung di khalayak pada separuh akhir pertama Mentor minggu lalu.

Manisnya Liza bertudung


BARANGKALI ramai yang menonton rancangan Mentor semalam sudah pun melihat penampilan terbaru penyanyi Liza Hanim.

Liza dahulu dan sekarang sudah jauh berubah. Pada usia 31 tahun, dia memilih untuk menutup aurat.

Dengan imej bertudung, Papa dapat lihat Liza semakin anggun dan manis sekali.

Ketika berbual dengannya beberapa hari lalu, Liza memberitahu, penghijrahan imejnya itu bertitik tolak daripada keinginannya yang tulus tanpa dipaksa oleh mana-mana pihak.

"Semuanya berlaku secara tiba-tiba. Suatu pagi, sebaik bangun tidur saya terfikir sudah sampai masanya untuk saya berubah dan menutup aurat.

"Dan apabila saya memaklumkan hal ini kepada suami, dia juga merestui serta mendoakan yang terbaik untuk saya," kata Liza yang juga ibu kepada dua orang anak.

Biar sudah bertudung, Liza memberitahu, dia akan tetap meneruskan kerjaya seninya tetapi semuanya harus mempunyai batasan.

Kepada Liza, Papa doakan semoga hidupnya akan lebih tenang serta dikurniakan rezeki yang lebih murah.
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
free counter

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails