Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Rahsia kurus Liza Hanim

KEJAYAAN penyanyi ini tampil dengan bentuk badan yang lebih langsing menimbulkan persoalan di kalangan peminatnya. Mana tidaknya kehilangan hampir 20 kilogram, Liza Hanim kini diburu untuk berkongsi rahsia. Jika ada peminat yang sibuk bertanya bagaimana dia berjaya menguruskan badan, tidak kurang pula ada beberapa produk yang mahu dia menjadi duta untuk produk kurus mereka. Mempunyai prinsip dalam soal ini jelas Liza, dia tidak akan sesekali menipu peminat. Berkongsi kisah sebenar rahsia kelangsingan dirinya kini, ada sesuatu yang mereka di luar sana perlu tahu iaitu ini bukan kerja mudah. “Memang ada produk yang mahu jadikan saya duta mereka, tetapi saya tidak mahu. Ini kerana saya tidak gunakan produk mereka untuk kurus. “Apa yang berlaku ke atas diri saya kini adalah bagaimana saya mengamalkan cara pemakanan yang betul. Dan saya hanya akan berkongsi apa yang saya benar-benar saya lakukan sahaja," katanya. Tidak menolak ada yang mampu kurus dengan penggunaan ubat-ubatan, namun bagi ibu kepada tiga anak ini dia percaya kehidupan yang sihat adalah jawapan untuk bentuk badan yang cantik. Pernah melalui fasa di mana berat badannya melebihi tahap yang sepatutnya, Liza yakin itu tidak seharusnya berlaku ke atas mana-mana wanita. “Saya tidak mahu bila saya jadi duta nanti ada yang mahu bergantung semata-mata dengan produk tersebut. Akhirnya mereka tidak dapat menikmati kehidupan yang sihat. “Bagi saya apa yang berlaku ke atas diri saya ini memerlukan kerja keras dan mesej itu yang mahu saya sampaikan kepada mereka di luar sana," katanya. Bercerita kembali bagaimana dia boleh begitu bersemangat mahu mengurangkan berat badan jelas pemilik nama sebenarnya Haliza Hanim Abdul Halim, 35, semuanya bermula apabila dia dan suaminya Mohamed Shahrin Samsudin atau Shah melawat pantai Port Dickson, Negeri Sembilan tahun lalu. “Pada waktu itu memang saya baru sahaja melahirkan anak, jadi pada mulanya saya tidak begitu kisah dengan bentuk badan tetapi saya tahu badan saya agak berisi. Namun bila suami membawa saya ke pantai, saya dapati agak sukar untuk saya berjalan di atas pasir. Waktu itu baru saya sedar badan saya terlalu berat dan sangat merimaskan. “Dari situ saya mula mengambil kira pengambilan makanan saya. Selalunya saya akan kira kalori setiap makanan agar saya tidak terlebih makan. Selain itu juga saya kerap bersenam, saya hanya mengambil masa selama sembilan bulan untuk kembali ke bentuk asal seperti sekarnag ini. Bukan mudah mahu menguruskan badan tetapi saya seronok melihat hasilnya kini," katanya. Menolak penampilan terbarunya ini ada kena mengena dengan kemunculan kembali sebagai penyanyi, kata Liza tujuan utama dia menguruskan badan adalah untuk kepuasan sendiri. “Saya memang tidak ada perancangan untuk itu, sebagai ibu kepada tiga orang anak bagi saya adalah penting untuk saya lebih aktif. Sebab saya mahu jadi contoh yang baik untuk anak-anak saya. “Bila kembali dengan tubuh badan begini rasanya saya lebih yakin. Sebagai seorang wanita, saya tahu perasaan itu. Jadi kita kurus bukan semata-mata mahu tunjuk kepada orang, tetapi untuk menjamin kesihatan kita juga," katanya.
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
free counter

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails