Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Showing posts with label Mislina Mustafa. Show all posts
Showing posts with label Mislina Mustafa. Show all posts

Mislina Mustaffa Perjelaskan Tuduhan Tidak Percaya Agama

Pelakon dan aktivis teater, Mislina Mustaffa tidak mengambil peduli tuduhan kononnya dia tidak percaya kepada agama (free thinker) sejak video wawancaranya yang mempersoalkan mengenai agama Islam tersebar sebelum ini. Mislina, 40, berkata, dia tidak pernah membuat sebarang kenyataan untuk mengesahkan mengenai dakwaan tersebut dan meminta masyarakat tidak mengkritiknya tanpa mengetahui situasi sebenar. "Saya tidak pernah ambil tahu apa yang orang ingin katakan mengenai saya kerana itu tidak penting. Begitu juga dengan isu tidak percaya pada agama. "Orang yang membuat tuduhan itu tidak sepatutnya berbuat demikian kerana mereka tidak layak untuk menjatuhkan hukum tanpa menyiasat perkara sebenar," jelasnya kepada mStar Online. Mislina baharu sahaja melancarkan buku pertamanya berjudul Homeless by Choice iaitu catatan tentang pengalamannya hidup tanpa rumah dan sebagai gelandangan selama 630 hari. Buku tersebut dilancarkan oleh aktivis sosial, Datin Paduka Marina Mahathir di Publika Solaris Dutamas pada Khamis lalu. Ia dijual dengan harga RM40.
Dalam perkembangan sama, Mislina berkata, dia mengambil masa selama dua tahun untuk menyiapkan buku tersebut yang banyak menceritakan pengalamannya sepanjang hidup tanpa rumah. Malah kata Mislina, dia berazam untuk terus menulis selepas ini kerana ia dapat membantunya mengenali diri selain meluahkan tentang pelbagai aspek kehidupan. "Saya sudah lama berhasrat untuk menulis sebuah buku tetapi tidak mempunyai idea tentang apa yang ingin diperkatakan. "Pengalaman menjadi gelandangan dan tidak mempunyai rumah memberikan banyak inspirasi sehingga terbitnya buku pertama ini," katanya. Dalam pada itu, Mislina berkata, dia akan tetap meneruskan hidup sebagai gelandangan dan tidak berhasrat untuk kembali kepada kehidupan normalnya. Dia juga selesa dengan cara hidup sedemikian yang disifatkan banyak memberi pengajaran dan membuka kebolehan dirinya dalam melakukan sesuatu. "Saya tidak pernah menetapkan bila saya akan kembali dengan kehidupan normal tetapi buat masa ini saya seronok dan selesa hidup tanpa rumah.
"Bagaimanapun keputusan itu bergantung kepada keadaan dan saya tidak boleh memberi jaminan sampai bila akan menjalani hidup sebegini," jelasnya. Menceritakan pengalaman hidup sebagai gelandangan, Mislina berkata, dia akan menumpang tidur di rumah kenalan atau orang yang tidak dikenali dan akan meneruskan perjalanan dari satu destinasi ke destinasi lain. "Sepanjang dua tahun setengah ini saya tinggal di rumah kawan atau pun orang yang tidak dikenali malah pernah tidur di tepi pantai. Pengalaman itu sebenarnya tidak sukar malah cukup menginsafkan. "Tambahan pula, apabila tidak mempunyai rumah atau harta saya mendapati diri saya tidak lagi terlalu bergantung harap kepada perkara lain tetapi kepada kemampuan diri sendiri dan saya terkejut dengan apa yang sudah saya lakukan sepanjang tempoh tersebut," ujarnya. Sementara itu, Mislina berkata, dia masih bergelar pelakon dan ramai pengarah dan pihak produksi yang menawarkan peranan dalam drama atau pun filem. Bagaimanapun dia kini lebih selektif dengan watak yang diberikan dan hanya akan menerima beberapa projek sahaja dalam masa setahun.

Lima Bulan Mislina Mustaffa Hidup Gelandangan

PETALING JAYA: Dalam mencari kehidupan yang berbeza daripada biasa, pelakon Mislina Mustaffa membuat keputusan untuk hidup gelandangan selama setahun. Mislina berkata, sudah lebih lima bulan dia bergelandangan dan keputusan itu dibuat kerana dia ingin menghasilkan sebuah buku berkisarkan tentang kehidupan golongan yang tiada rumah berjudul Homeless By Choice. "Hidup saya kini hanya berbekalkan sebuah beg galas yang diisi empat helai baju, sebuah komputer riba dan beberapa keperluan sahaja. Dan saya akan 'menjelajah' dari satu tempat ke satu tempat lain di seluruh Malaysia. "Menerusi projek Homeless By Choice juga, saya dapat merasai sendiri kesusahan kelompok masyarakat yang hidup tanpa rumah. Bagaimanapun, ia tidaklah sesukar yang disangka. "Dan semua pengalaman yang dilalui akan saya masukkan dalam Homeless By Choice yang mungkin akan dikeluarkan pada tahun hadapan," katanya yang dihubungi mStar Online, di sini, Ahad. Tambah Mislina, pengalaman bergelandangan turut mengajarnya bahawa kehidupan di luar tidaklah sekejam mana seperti yang kerap digambarkan menerusi berita di televisyen mengenai jenayah yang telah berlaku. Malah, kehidupan seperti itu membuka mata dan fikirannya bahawa gelandangan lebih menyeronokkan berbanding dengan kehidupan biasa dimana kebanyakan wanita memiliki matlamat tersendiri seperti ingin memiliki rumah, berkahwin dan berkeluarga. "Biarlah orang kata saya tidak betul. Tetapi saya ingin mencuba lain daripada yang lain, bukan meletakkan sasaran biasa seperti bekerja keras membayar hutang rumah, kereta dan sebagainya. Bagi saya itu membebankan. "Berbeza dengan hidup saya sekarang ini, rasa seperti bebas dan lebih mengenali masyarakat Malaysia dimana mereka ini sering dinilai oleh segelintir pihak yang bersifat prejudis," ujarnya. Beritahu pelakon filem Jiwa Taiko ini lagi, dia akan menetap di sesebuah lokasi sekiranya mempunyai komitmen dengan kerja lakonan dan akan menyambung perjalanan sebagai seorang gelandangan seperti biasa. "Buat masa ini, saya sibuk dengan latihan teater Shakespear di Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang yang akan dipentaskan pada Julai ini. "Kemudian saya akan mengarah sebuah lagi teater M Butterfly pada hujung tahun ini. Dan setelah projek selesai, saya akan menyambung misi untuk bergelandangan seperti biasa," tutur pelakon kelahiran Perak ini.

Saya tak cantik ke? - Mislina Mustaffa


PERCAYA atau tidak, selepas 15 tahun menghambakan diri kepada seni lakon, inilah kali pertama Mislina Mustaffa dipanggil untuk seisi fotografi.

Biar betul? Patutlah nada wanita berusia 39 tahun itu cukup ceria di corong telefon ketika ajakan itu diajukan kepadanya minggu lalu.

"Studio Utusan kat mana? Saya tak pernah sampai ke sana. Nanti bagi alamat dan landmark ya. Tak apa, make-up dan baju saya cari sendiri," sambung Mislina lagi menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS).

Seperti dijanjikan, pelakon yang lahir dari Akademi Seni Kebangsaan (ASK) itu terpacak setengah jam awal di depan pejabat Utusan Melayu (M) Bhd. biarpun sesi fotografi bermula pukul 12.

"Mahal kepala botak saya ni. Baru sekarang orang nak panggil sesi fotografi," selorohnya sambil memegang kulit kepala yang tidak berambut itu.

Soalan pertama yang wajib ditanya kepada Mislina, kenapa dan sejak bila dia membotakkan kepalanya?

Kata calon Pelakon Wanita Terbaik bagi Festival Filem Malaysia Ke-23(FFM23) menerusi filem Karaoke itu, mahkota berharga bagi setiap kaum wanita itu 'dikorbankan' sebelum Ramadan lalu.

Ibu tunggal itu melakukannya demi menjayakan watak Zaiton Sameon yang koma selepas kemalangan dalam filem terbarunya berjudul Zaiton Ceritaku.

"Saya membotakkan rambut kerana saya bertanggungjawab kepada karakter dan kerja sebagai pelakon. Saya lakukan ini kerana ia masih dalam kemampuan dan kewarasan. Lagi pun rambut saya boleh tumbuh balik," terangnya sambil tersenyum.

Tambah Mislina, sepatutnya rambut itu sudah sedikit kembali panjang namun terpaksa dibotakkan semula berikutan tawaran berlakon dalam filem Bara Jiwa yang akan memulakan pengambaran pada 12 Disember ini.

Kata ibu kepada Nur Isandra Syazlin, 15, dalam filem arahan Osman Ali itu dia memegang watak bekas banduan yang membuka sebuah rumah komuniti untuk wanita mengandung luar nikah, remaja bermasalah dan juga bekas banduan lain.

Korupsi dan melobi di FFM23Bagi peminat layar perak pula, wajah ciri kemelayuan wanita itu dapat ditonton menerusi filem-filem seperti Talentime, Mukhsin, Anak Halal, Puaka Tebing Biru dan Karaoke sendiri.

Selain itu, pentas teater jangan dilupakan kerana di situlah Mislina mengasah bakatnya seperti Opera Ayu Cendana, Dari Bintang Ke Bintang dan Alang Rentak Seribu serta beberapa teater Inggeris.

Berdasarkan semua pengalaman hebat itu, tidak syak lagi nama Mislina menjadi calon utama untuk membawa pulang anugerah Pelakon Wanita Terbaik pada FFM23 baru-baru ini.

Namun rezeki tidak berpihak kepada anak sulung daripada tiga beradik itu apabila tewas kepada aktres jelita, Lisa Surihani menerusi filem Lagenda Budak Setan.

"Karaoke merupakan sebuah filem yang susah ditonton audiens dan memerlukan kesabaran tinggi serta tidak memiliki nilai-nilai komersial.

"Apatah lagi ia sebuah filem indie, watak yang saya lakonkan tidak banyak dialog. Justeru pada FFM23 lalu, memang Lisa Surihani layak memenang Pelakon Wanita Terbaik," katanya yang memberitahu tidak terkilan dengan kekalahannya pada FFM23.

Diminta mengulas tentang keputusan festival itu yang menjadi kontroversi sehingga kini, Mislina mengakui jelas terdapat 'lompong' apabila wujud unsur korupsi dan lobi-melobi.

Katanya, dua unsur itu sudah menjadi kebiasaan apabila turut menyelubungi mana-mana festival besar di dunia termasuk di Festival Filem Cannes.

"Di Cannes pun wujud unsur korupsi dan melobi. Masalahnya filem-filem yang bertanding di sana semuanya hebat-hebat belaka.

"Sebenarnya banyak faktor yang mempengaruhi dua unsur ini iaitu bermotifkan politik nama dan wang yang lebih berkuasa daripada bakat," katanya meluahkan isi hati.

Malang watak ZaitonEntah di mana silapnya, filem Zaiton Ceritaku didakwa tidak berkualiti dan gagal memenuhi kriteria sesebuah filem.

Malah, Pengarah Urusan syarikat produksi itu sendiri, Bruang Filem Sdn. Bhd. (BFSB), Burhanuddin Md. Radzi kecewa dengan mutu pengarahan Fauziah Nawi dan berhasrat melakukan penggambaran semula keseluruhan filem berkenaan.

Turut terkena tempias apabila nama Mislina dikaitkan antara barisan pelakon-pelakon yang dipilih tidak dapat membawakan watak dengan baik.

"Saya tidak pasti apa yang berlaku sebenarnya kerana filem itu sudah habis suntingan dan saya tidak terlibat dalam persengketaan ini.

"Tetapi apa yang saya marah apabila etika dan disiplin kerja saya diserang apabila dikatakan tidak berjaya membawa watak itu, tidak mesra media dan tidak popular.

"Ini kerana apabila dia berkata demikian, secara tidak langsung ia boleh menutup periuk nasi orang lain. Bagi saya apa yang didakwa Burhanuddin itu adalah penipuan semata-mata," katanya yang agak emosi apabila bercakap tentang filem Zaiton Ceritaku itu.

Jelasnya, apa yang lebih 'seronok' sekarang apabila dia difahamkan filem tersebut memiliki dua versi suntingan, iaitu masing-masing oleh Fauziah dan Burhanuddin.

"Adalah wajar penerbit menayang kedua-dua versi itu dan biar penonton yang menilainya yang mana satu berkualiti atau tidak?" katanya yang sudah bosan dengan kontroversi tidak bertempat itu.

Mislina berkata, , dia langsung tidak terkilan apabila Burhanuddin merancang mencari pelakon baru yang lebih cantik dan popular untuk watak Zaiton kelak.

"Mislina tak cantik? Itu yang selalu orang kata dan saya sudah lali. Dalam zaman moden ini, macam-macam boleh dilakukan seperti botox untuk nampak cantik dan seksi.

"Tetapi Alhamdulillah saya masih tidak terpengaruh dengan semua itu dan bagi saya, cantik itu adalah perkara subjektif," tegasnya sambil menutup perbualan kami.

Mislina dan kepala botaknya


BARU-BARU ini Marilyn terserempak dengan pelakon hebat, Mislina Mustaffa. Senyum panjang Marilyn melihat imej barunya itu. Rambut di kepalanya begitu pendek dan boleh dikatakan dia kini berimej botak.

Semuanya gara-gara filem Zaiton Ceritaku yang diambil daripada kisah hidup penyanyi Zaiton Sameon yang mana Mislina diperlukan untuk membotakkan kepalanya untuk adegan pembedahan selepas mengalami kemalangan jalan raya.

Apa yang menarik hati Marilyn, meskipun tampil dengan imej sebegitu dan kelihatan sungguh berbeza, namun dia kelihatan lebih anggun dan bergaya.

Kata Mislina, rezekinya semakin mencurah-curah sejak dia tampil dengan imej barunya itu.

"Selesai penggambaran filem Zaiton Ceritaku, sekarang saya bakal menjalani penggambaran filem baru. Saya pun terkejut apabila rambut saya botak, banyak pula tawaran yang datang," katanya.

Itu namanya rezeki. Kalau bab lakonan, sudah tentu bakat Mislina tidak perlu dipertikaikan lagi. Sah-sahlah bakat lakonannya memang hebat cuma belum terima anugerah sahaja lagi walaupun tercalon dalam kategori Pelakon Wanita Terbaik pada Festival Filem Malaysia ke-23 baru-baru ini.

Mislina diserang


Air tenang jangan disangka tiada buaya. Itu perumpamaan bagi menggambarkan kejadian tidak diduga menimpa seorang pelakon wanita sehingga menyebabkan kecederaan pada muka serta leher akibat diserang dan disamun seorang lelaki di kawasan yang kelihatan aman dan tenteram di ibu kota, semalam.

Difahamkan, mangsa, Mislina Mustafa, 38, cedera akibat terkena serpihan kaca selepas lelaki berusia awal 30-an memecahkan cermin belakang keretanya menggunakan sebatang kayu.
Pelakon wanita itu pernah membintangi beberapa filem yang memecah panggung seperti Mokhsin, Puaka Tebing Biru dan bakal memegang watak Zaiton Sameon dalam filem menceritakan perjalanan hidup penyanyi itu mendakwa dia kini trauma.
Dalam kejadian kira-kira jam 10 pagi di Setapak di sini, Mislina yang juga dipanggil Leena mendakwa diserang seorang lelaki ketika mahu meninggalkan kawasan berkenaan.
Katanya, ketika kejadian dia yang baru masuk ke dalam Perodua Kancil miliknya selepas bersarapan dan melayari Internet di sebuah restoran makanan segera, diserang secara tiba-tiba seorang lelaki yang memakai topi.
Lelaki terbabit menghentak cermin belakang kereta dipercayai menggunakan sebatang kayu sebelum mengambil sebuah komputer riba di tempat duduk belakang dan melarikan diri menggunakan sebuah kereta yang siap menunggu di kawasan berhampiran, katanya ketika dihubungi, petang semalam. Menurutnya, kejadian itu terlalu pantas dan mendakwa tidak dapat mengingati wajah suspek walaupun dapat melihat lelaki terbabit dengan jelas.
Lagipun, hentakan kuat itu mengejutkan saya….terdiam seketika dibuatnya.
Ketika itu, apa yang saya fikirkan hanya keselamatan diri dan sanggup menyerahkan segala barang termasuk wang tunai diminta penjenayah asalkan saya tidak diapa-apakan.
Saya bernasib baik kerana suspek hanya mengambil komputer riba sebelum melarikan diri, katanya.

Mislina berkata, dia hairan kerana suspek terlalu berani melakukan perbuatan itu di khalayak ramai.
Apa yang pasti, lelaki terbabit sudah memerhatikan saya dari awal. Jika tidak, mustahil dia tahu saya meletakkan komputer riba pada belakang kereta, katanya.
Mangsa cedera pada muka dan leher akibat terkena percikan kaca dan dirawat sebagai pesakit luar di sebuah klinik berhampiran lokasi kejadian.
Mislina berkata, walaupun trauma dengan kejadian itu, dia tetap bersyukur kerana terselamat.

Saya menasihatkan orang ramai supaya berhati-hati walaupun berada di kawasan yang disangkakan selamat kerana kejadian jenayah boleh berlaku tidak mengira masa dan lokasi, katanya.
Difahamkan, Mislina kerugian lebih RM2,000 selepas kehilangan komputer riba kesayangannya selain terpaksa menggantikan cermin belakang keretanya.
Berikutan kejadian itu, Mislina membuat laporan di Balai Polis Setapak di sini, untuk siasatan dan tindakan lanjut.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian berkenaan dan memberitahu siasatan lanjut dilakukan.
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
free counter

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails