Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Showing posts with label Mohd Mentor. Show all posts
Showing posts with label Mohd Mentor. Show all posts

Mohd Mentor masih tunggu tarikh perbicaraan

Juara Mentor musim keempat, Mohd. Izwan Mohd Nor, 25, atau Mohd masih menunggu tarikh perbicaraan berhubung kes rogol yang dihadapinya Januari lalu. Mohd yang merupakan protege Ziana Zain dalam program realiti itu bagaimanapun berkata, sehingga kini dia masih belum menerima sebarang maklumat berhubung tarikh perbicaraan itu. Dia yang pernah ditahan reman selama 14 hari oleh pihak polis bagi membantu kes rogol yang melibatkan seorang wanita yang dipercayai teman wanita sebelum dibebaskan. "Semuanya masih dalam siasatan. Sehingga kini, bilakah tarikh perbicaraan juga saya masih tidak tahu. "Cuma buat masa ini apa yang boleh saya katakan kini peristiwa ini banyak mengajar saya untuk lebih berhati-hati untuk berkawan pada masa hadapan,' kata protege Ziana Zain itu di sini. Katanya, dia kini sudah menyiapkan seorang peguam dan bersedia untuk menghadapi perbicaraan berhubung kes tersebut jika didakwa di mahkamah. Mohd ditahan reman selepas seorang wanita membuat laporan polis dia dirogol oleh penyanyi itu di rumah lelaki tersebut di Ukay Perdana, Ampang pada 12.40 tengah hari pada 31 Januari 2013. - UTUSAN ONLINE

Rogol Kekasih: Mohd (Mentor) Kesal Dianiaya Rakan Artis

PETALING JAYA: Juara Mentor musim keempat iaitu Mohd terpaksa menanggung malu serta hilang segala tawaran pertunjukan pentas selepas mendakwa dianiaya seorang penyanyi wanita atas tuduhan rogol. Salah seorang ahli keluarga yang enggan disiarkan namanya berkata, Mohd atau nama sebenarnya Mohd Izwan Mohd Nor, 25, yang merupakan protege kepada Ziana Zain dalam Mentor 4 itu berkata, kejadian tersebut merupakan satu peristiwa yang cukup buruk dalam diri penyanyi itu. “Selepas pihak polis selesai menjalankan siasatan, Mohd bukan sahaja terpaksa menanggung malu malah semua aktiviti pertunjukan pentasnya dibatalkan. “Malah pelantikan dia juga sebagai ikon Kementerian Pengajian Tinggi turut terjejas,” katanya kepada mStar Online ketika dihubungi di sini malam Selasa. Akhbar sebelum ini melaporkan seorang juara program realiti televisyen telah di reman selama enam hari bermula 5 Februari 2012 mengikut Seksyen 117 Kanun tatacara Jenayah bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana kesalahan merogol. Jika sabit kesalahan, penyanyi berkenaan boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan sebatan. Akhbar turut melaporkan mangsa yang dikatakan teman wanita penyanyi berkenaan dirogol kira-kira pukul 12.40 tengah hari pada 31 Januari 2013 di rumah pemuda tersebut di Ukay Perdaya, Ampang dekat sini. Ujar ahli keluarga itu, Mohd benar-benar tidak menyangka penyanyi wanita itu berbuat demikian terhadapnya. Tambahnya, lebih menyedihkan apabila ada pihak yang memanggil Mohd perogol selepas berita mengenai kejadian itu disiarkan menerusi akhbar serta laman-laman portal Internet. “Dia amat malu dengan kejadian ini dan saya percaya ada hikmah yang berlaku,” jelasnya. Dalam perkembangan berkaitan Mohd yang dibebaskan oleh pihak polis beberapa hari selepas siasatan selesai berhasrat untuk mengambil tindakan lanjut bagi membersihkan namanya. Dia dikatakan akan mengadakan satu sidang media khas bersama peguamnya selepas segala urusan polis dan pihak mahkamah selesai. “Ini adalah kenyataan saya bagi pihak Mohd yang mahu menjelaskan agar semua pihak yang selama ini memandang serong kepadanya memahami masalah beliau. “Beliau berjanji, satu sidang media akan dibuat tidak lama lagi selepas segala-galanya selesai,” jelasnya sambil memaklumkan tidak lagi berhasrat memberi mana-mana lagi kenyataan selepas artikel ini disiarkan. Dalam pertandingan Mentor 4 terbitan TV3 pada tahun 2010, Mohd menerima wang tunai sebanyak RM100,000 selepas menjuarai pertandingan itu.

Wang RM100,000, Mohd Masih Kena Tunggu


PETALING JAYA: Juara Mentor Musim keempat, Mohd agak sedih apabila diberitahu terpaksa menunggu di antara satu hingga lima tahun untuk membolehkan dia memperoleh wang RM100,000 yang dimenanginya sebagai juara pertandingan realiti itu.

Mohd yang dihubungi mStar Online, Rabu memberitahu keputusan itu dimaklumkan oleh pihak Amanah Raya selepas dia menguruskan urusan pengeluaran wang berkenaan dengan pihak tersebut baru-baru ini.

"Saya berasa sedih dan hampa dengan prosedur yang berpanjangan ini," katanya.

Dia belum lagi menerima wang tersebut kerana berhadapan dengan kerenah prosedur dari badan yang sekarang memegang wang tersebut, iaitu Amanah Raya.

Mohd mengalami kesukaran mengambil wang itu kerana ibunya yang juga dinamakan sebagai pemilik bersama wang itu meninggal dunia seminggu sebelum Hari Raya Aidilfitri tahun lepas dan wang itu terpaksa dikategorikan sebagai harta pusaka.

Mohd juga berharap pihak yang berwajib akan menyelesaikan kes ini dengan kadar segera dan memahami situasi dirinya sekarang.

Apabila ditanya tentang perancangannya wang tersebut, Mohd menyatakan dia mahu menggunakan sebahagian daripadanya untuk membuat modal perniagaan runcit di sebuah lokasi ibu kota.

Juara program terbitan TV3 ini memberitahu dia sedang giat aktif mencipta lirik dan lagu untuk kegunaannya sendiri sambil membuat beberapa persembahan yang diterimanya.

"Saya banyak menerima tunjuk ajar komposer dari Mentor, Iswandy dalam penciptaan lirik dan lagu.

"Lagu pertama yang dicipta sepenuhnya oleh saya telah pun siap dan diberi tajuk Nasib. Single yang berentak rancak ini berkemungkinan besar akan dikeluarkan pada bulan Mac hadapan." kata penyanyi yang berasal dari Melaka ini.

Mohd menyatakan bahawa dia masih lagi berhubung dengan mentornya, Ziana Zain dan sering meminta nasihat dan tunjuk ajar daripadanya.
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
free counter

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails