
Juara Mentor musim keempat, Mohd. Izwan Mohd Nor, 25, atau Mohd masih menunggu tarikh perbicaraan berhubung kes rogol yang dihadapinya Januari lalu.
Mohd yang merupakan protege Ziana Zain dalam program realiti itu bagaimanapun berkata, sehingga kini dia masih belum menerima sebarang maklumat berhubung tarikh perbicaraan itu.
Dia yang pernah ditahan reman selama 14 hari oleh pihak polis bagi membantu kes rogol yang melibatkan seorang wanita yang dipercayai teman wanita sebelum dibebaskan.
"Semuanya masih dalam siasatan. Sehingga kini, bilakah tarikh perbicaraan juga saya masih tidak tahu.
"Cuma buat masa ini apa yang boleh saya katakan kini peristiwa ini banyak mengajar saya untuk lebih berhati-hati untuk berkawan pada masa hadapan,' kata protege Ziana Zain itu di sini.
Katanya, dia kini sudah menyiapkan seorang peguam dan bersedia untuk menghadapi perbicaraan berhubung kes tersebut jika didakwa di mahkamah.
Mohd ditahan reman selepas seorang wanita membuat laporan polis dia dirogol oleh penyanyi itu di rumah lelaki tersebut di Ukay Perdana, Ampang pada 12.40 tengah hari pada 31 Januari 2013. - UTUSAN ONLINE