Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Showing posts with label Nabil Zamanhuri ( naib juara mentor ). Show all posts
Showing posts with label Nabil Zamanhuri ( naib juara mentor ). Show all posts

Nabil dipikat gadis Romania


UNTUNG sabut timbul, untung batu tenggelam. Untung nasib Nabil Zamanhuri terletak jauh di Beijing, China. Jujur selepas ditimbang-timbang akan perjalanan seninya, bakat yang dikendong anak muda ini belum ada sinaran yang betul-betul bergemerlapan.

Dia pernah mencuba nasib dalam program Mentor tetapi tidak berjaya sebagai juara. Tidak putus asa, dia melangkahkan kaki ke pertandingan Worldstars Road To Hollywood 2010 namun tidak berkesampaian untuk pergi jauh. Di balik tirai nyanyian, dia juga mencuba nasib menjadi pelakon. Masih dia dilihat samar-samar dalam pencarian.

Namun, langkah kaki jauh ke negara China ada nasib yang tersendiri. Anak muda yang masih menuntut di Universiti Multimedia, Cyberjaya ini berjaya memegang dua trofi atas kejayaannya mencuba kuasa vokalnya pada Festival Muzik Pan Asia ke-11 yang berlangsung pada 28 April hingga 7 Mei lalu.

Bukan jalan mudah apabila anak muda yang mempertaruhkan lagu Dari Jauh dan A Song For You ini terpaksa berdepan dengan beberapa peringkat saringan dan bersaing dengan 32 peserta dari Sri Lanka, Romania, Thailand, Finland, Malta, Kazakhstan, Bulgaria, China, Kanada, Australia serta Amerika Syarikat.

Meraih kejayaan dua kategori iaitu Naib Juara Lagu Terbaik melalui lagu Dari Jauh ciptaan Lah Ahmad dan dirinya sendiri serta anugerah 'Asia Most Potential/Promising Singer 2010', ini adalah satu langkah baru untuk pemuda ini untuk menyinar di negara sendiri.

Pemilihan Nabil dibuat oleh pihak yang dilantik oleh Komiti Festival Muzik Shanghai Asia untuk memilih bakat baru bagi mewakili Malaysia ke pertandingan tersebut.

Sensasi Bintang: Khabarnya setelah berjaya memenangi anugerah Asia Most Potential/Promising Singer 2010, Nabil dipikat oleh gadis Romania?

NABIL: Gadis tersebut bernama Elina dan dia ialah pemenang tempat ketiga pertandingan yang sama. Dia berminat untuk bekerjasama dengan saya untuk menyanyi bersama.

Tidak begitu menyerlah di negara sendiri sebagai penyanyi solo lelaki dan berjaya memenangi dua anugerah di China, apa kelemahan Nabil di negara sendiri?

Umum masih mengaitkan saya sebagai Nabil rancangan Mentor di mana perkara itu sudah lima tahun berlalu.

Saya sudah bergerak jauh daripada sekadar menjadi Nabil, naib juara Mentor. Saya kini bekerja keras untuk mengasah vokal saya. Mungkin kerana saya tidak kelihatan di kaca televisyen, jadi kerjaya saya sebagai penyanyi solo tidak begitu menyerlah berbanding orang lain.

Jadi mulai saat ini, saya akan bekerja keras untuk mempamerkan diri saya sebagai seorang penyanyi dan komposer.

Pihak Alibi Music juga sudah menyatakan mereka akan membuat penjenamaan semula terhadap Nabil, apakah bentuk penjenamaan tersebut?

Saya akan muncul dengan lagu-lagu yang berentak pop R&B dan mengharapkan agar peminat akan menerima saya dengan konsep yang saya pilih.

Banyak menyertai pertandingan nyanyian, mungkin Nabil ada alasan tersendiri?

Saya cuba keluar daripada zon selesa saya. Cuba asah skil saya dan melihat sejauh mana saya boleh pergi. Saya juga ingin tahu sejauh mana kemampuan vokal saya dan mahu berasa selesa di atas pentas.

Belum mempunyai sebarang album, apa perancangan Nabil setelah berjaya mengharumkan nama di negara orang?

Single terbaru saya, Halimunan sudah keluar. Buat masa sekarang saya akan keluarkan single demi single dahulu. Insya-Allah, saya bakal muncul dengan album mini yang mengandungi lima buah lagu. Klip video saya juga masih dalam perancangan dan akan keluar tidak lama lagi.

Nabil yakin tahun ini tahun yang sesuai untuk muncul dan menyinar sebagai penyanyi?

Saya sasarkan tahun ini sebagai tahun untuk memperkenalkan diri sebagai penyanyi dan komposer. Saya yakin dengan muzik yang akan saya bawakan. Muzik yang segar dan orang boleh terima.

Konsepnya tidak macam muzik saya dahulu. Saya juga sudah bersedia untuk menunjukkan bakat dalam tarian. Michael Jackson adalah idola saya. Saya juga bercita-cita untuk menjadi pengarah sesuai dengan pembelajaran saya di universiti dalam bidang filem dan animasi.

Nabil tidak lagi kecewa


SEKITAR tiga tahun lalu, hati pemilik diri bernama Nabil Zamanhuri, 22, atau Nabil ini pernah dikecewakan lantaran album sulungnya yang diuar-uar Diterbitkan tidak akan menjadi kenyataan.

Meniti hidup di Pentas seni dengan naib juara berbekalkan Gelaran program realiti TV3, Mentor musim pertama, namun, di sebalik Kekecewaan itu, Nabil tidak pernah berputus asa malah Sentiasa berusaha untuk memajukan diri.

Dan, tanpa memilih untuk membelok ke simpang kegagalan, Nabil Muncul mencipta lagu sendiri Sehingga terhasil tunggal pertamanya berjudul Hati Ini.

Meski hanyalah Sebagai tunggal dan bukannya album, tanpa disangka, Hati Ini menjadi pemacu buat Nabil untuk mengecap populariti.

Bukan sahaja di Malaysia, lagu Hati Ini Ketika itu turut populer di Singapura dan Brunei apabila sering kali diputarkan di stesen-stesen radio di negara berkenaan.

Bertahun berlalu, Meninggalkan sebuah sejurus selepas Syarikat rakaman tempatnya bernaung, Nabil kini selesa bergerak sendiri dalam menentukan hala tuju Sebagai anak seni kariernya.

Atas dasar itu, ibunya, Fatimah Abdullah, 49, Nabil Produksi menubuhkan sendiri khusus untuk Mengendalikan aktiviti seni Nabil.

''Memang ada Perancangan dahulu untuk buat album tetapi terhalang. Selepas munculnya Hati Ini, Saya menerima banyak daripada Syarikat rakaman Tawaran untuk bernaung di bawah mereka.

''Tetapi, ada Bahagian-Bahagian Tertentu Tawaran itu daripada yang saya fikirkan tidak sesuai. Oleh yang demikian, saya Gigih kumpul duit hasil daripada lakonan, persembahan dan menjadi Pengacara untuk bergerak sendiri.

''Syarikat rakaman ada kalanya bersikap terlalu mengawal dan imej seseorang menukar Mahu penyanyi. Bagi saya, saya lebih selesa Tentukan imej sendiri,''kata Nabil Ketika ditemui pada majlis pelancaran single terbarunya Dari Jauh di Lepaq Cafe, Kelana Jaya, Selangor, baru-baru ini.

Lagu Dari Jauh Merupakan ciptaan Ahmad Nabil bersama Lah BERTINDAK dan Nabil juga selaku penulis lirik lagu bagi terbabit.

Tampil dengan lagu yang menyentuh perasaan, Dari Jauh Nabil menampakkan kematangan dalam melontarkan Vokal selepas bertahun 'berguru' dengan Lah Ahmad.

Menyambung bicara, Nabil berkata, bergerak secara sendiri, dirinya Mengakui saingan yang dihadapinya cukup sengit dengan kemunculan khususnya Saban tahun artis-artis program realiti lain.

Penuntut jelas Ijazah Sarjana Muda jurusan Filem dan Animasi, Universiti Multimedia ini, disebabkan itu, dirinya perlu tampil berbeza dan berusaha lebih agar tidak ketinggalan jauh kebelakang.

Kata Nabil, Kekuatan lain yang ada pada dirinya adalah Kebolehan menari dan membuat lagu sendiri.

''Lebih banyak saingan, ia membuatkan saya lebih bersemangat untuk memperbaiki diri,''ujar Nabil yang pernah Muncul dengan tunggal kedua, Hey Emma, Dua tahun lalu.

Menyebut tentang perbezaan juga, Bermula saat ini, dirinya akan Menggunakan penuh iaitu nama Nabil Zamanhuri Sebagai pengenalan diri di Pentas seni dan bukannya Nabil Mentor lagi.

''Nabil Mentor, Itu nama komersial dahulu. Sekarang saya gunakan nama penuh, Nabil Zamanhuri.

Ia juga''bagi membezakan antara nama saya dan seorang lagi iaitu Nabil Nabil Raja Lawak. Sebelum ini ada juga orang yang keliru tentang saya dan Nabil Raja Lawak, ''Ujarnya.

Cerita tentang Dari Jauh

Diajak Berbicara soal Dari Jauh pula, Nabil berkata, Permulaan antaranya kerjasama dan Lah Ahmad Bermula sejak dua tahun lalu.

Pada waktu itu, katanya, Lah Ahmad yang menjadi guru vokalnya yang telah Menyatakan dia sudah mempunyai lagu untuk Melodi berkenaan.

''Saya terus jatuh cinta dengan lagu itu. Untuk lirik, awalnya saya diberikan ilham lirik menghasilkan Ketika dalam mimpi.

Dalam mimpi saya''hanya dapat Bahagian korus sahaja. Lepas bangun tidur, semua lirik dapat dihasilkan,''Nabil bicara penuh semangat.

Katanya, Dari Jauh mengisahkan tentang mereka yang mempunyai perasaan cinta terhadap seseorang.

''Saya mewakilkan diri saya untuk menyanyikan lagu ini bagi mereka yang punyai perasaan atau pengalaman yang sama dengan jalan cerita lagu berkenaan.

''Saya yakin lagu berentak R & B masih ada peminatnya. Muzik umpama Fesyen,''jelas Nabil.

Lagu Dari Jauh telah memasuki pencalonan untuk lagu baru dalam Muzik-Muzik di TV3 pada 5 Oktober lalu.

Tidak fikir soal teman wanita

Sementara itu, Nabil saat ditanya mengenai Dari Jauh Kaitan dengan hidupnya dan memberitahu bahawa dia masih lagi tunggal.

''Saya tidak Mahu fikir soal itu (teman wanita). Cukuplah dengan pengalaman-pengalaman lalu.

''Ibu saya sedang di kawal saya dalam hal tersebut. Tetapi, saya rasa boleh bebas di samping fokus kepada karier dan pelajaran,''tambahnya seperti yang Mahu jadi trio Afdlin Shauki atau adik-beradik KRU satu hari nanti.
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
free counter

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails