Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..
Showing posts with label Nasha Aziz. Show all posts
Showing posts with label Nasha Aziz. Show all posts
Nasha Aziz Buat Ujian Darah Kesan Penyakit
Pelakon Nasha Aziz terlalu berhati-hati soal penjagaan kesihatan diri kerana risau sekiranya dia terkena penyakit-penyakit serius.
Nasha atau nama sebenarnya Noraishah Abdul Aziz, 45, berkata, keadaan itu memaksanya menjalani ujian darah bagi mengenal pasti penyakit-penyakit yang ada dalam badan.
"Saya seorang yang terlalu berjaga-jaga dalam hal kesihatan, lebih-lebih lagi dengan usia yang semakin meningkat, tambahan pula sistem imun saya tidak kuat.
"Kerana itu saya telah menjalani ujian kesihatan sebagai langkah awal mencegah apa-apa penyakit. Tetapi, terkejut juga selepas ujian tersebut, ada beberapa penyakit serius terdapat dalam badan saya, cuma ia tidak aktif sahaja," katanya kepada mStar Online.
Tambah Nasha, keadaan itu membuatkan dia mula mengkaji selain meminta pandangan doktor mengenai pemakanan yang sesuai.
Dan sebagai langkah awal, pelakon yang pernah popular menerusi filem Bara itu turut mengamalkan memakan kapsul kunyit untuk memudahkan pembuangan hariannya.
"Alhamdulillah, sejak mengamalkan makan kapsul kunyit, pembuangan saya lebih mudah dan ia dapat melewatkan pengaktifan penyakit yang saya ada itu," tuturnya.
Sementara itu, Nasha berkata dia kini sedang sibuk menjalani tiga jenis perniagaan iaitu dalam bidang korporat, rekaan kasut dan fesyen kosmetik.
"Masih lagi terlalu awal untuk saya kongsi tentang perniagaan ini, tetapi apa yang saya boleh katakan, Alhamdulillah, ia sedang berjalan mengikut perancangan yang dibuat.
"Lebih-lebih lagi perniagaan di bidang korporat, ia mengajar saya mengenai perniagaan di sudut yang berbeza dan pemikiran saya tentang perniagaan sebegini terbuka luas.
“Cuma saya enggan mempromosikannya secara umum kerana saya mahu ia berjaya bukan kerana nama Nasha Aziz, tetapi kerana usaha keras saya.
"Untuk rekaan kasut dan fesyen kosmetik, Insya-Allah saya akan uarkan-uarkan menerusi pelancaran yang dibuat. Saya tidak mahu cerita panjang buat sementara waktu ini," ujarnya.
Dalam perkembangan lain, Nasha bakal muncul menerusi teater Di Bawah Lindungan Kaabah, arahan Rosminah Mohd Tahir yang bakal dipentaskan bermula 9 hingga 18 Mei depan.
Antara pelakon lain yang terlibat dalam pementasan itu ialah Adi Putra, Dafi, Elfira Loy dan Liza Abdullah.
Harga tiket teater ini dijual serendah RM30 hingga RM200. Ia boleh dibeli dengan melayari www.AirAsiaRedTix.com.
Nasha sunyi sambut raya tanpa kekasih
BERTEMU dengan pelakon yang kekal cantik seperti dulu, Noraishah Abdul Aziz atau Nasha Aziz, pada majlis berbuka puasa bersama media dan tayangan program Aidilfitri Astro di Hilton Kuala Lumpur baru-baru ini, ada perkara menarik yang dikongsikannya.
Biarpun sedar peluang untuk menyingkap mengenai perihal peribadinya terutama mengenai teman hidup adalah satu hal yang mustahil, sedikit sebanyak pelakon dan juga model yang kini berusia 42 tahun itu lebih terbuka bercerita mengenainya.
Pelakon Wanita Terbaik Anugerah Skrin 2005 menerusi filem Trauma itu mengakui, dia sangat sunyi tanpa kekasih lebih-lebih lagi ketika menyambut kehadiran Syawal.
Baginya, jika orang lain gembira menyambut Syawal dengan kekasih hati dia pula sebaliknya.
“Sambutan raya saya sama sahaja setiap tahun. Sunyi, tanpa kekasih,” ulasnya ringkas sekali gus menimbulkan tanda tanya adakah hubungannya dengan promoter konsert terkenal, Nur Iman Tang sudah putus?
Enggan mengulas panjang jawapannya itu, ujar Nasha: “Nak buat macam mana kalau saya belum ada kekasih biarpun pada usia yang kini sudah mencecah 42 tahun.”
Tambahnya, selepas lapan kali menyambut Ramadan tanpa mengambil sebarang tawaran berlakon, tahun ini buat pertama kalinya dia terlibat dalam penggambaran telefilem raya iaitu Kasih Bersulam Daun Palas.
Pandai anyam ketupat
Ujarnya, ada sebab kenapa dia bersetuju untuk membintangi telefilem yang bakal ditayangkan pada hari raya kedua, 9 Ogos, pukul 2 petang itu.
Menurutnya yang bakal bergandingan dengan pelakon Shah Iskandar, dia tidak berdaya menolak permintaan pihak Zeel Production kerana pujukan mereka terlalu kuat.
“Selama lapan tahun saya tidak ambil sebarang tawaran berlakon sepanjang bulan Ramadan, tetapi tahun ini saya terpaksa terima.
“Sebabnya, pihak Zeel Production terlalu beria-ia memujuk saya supaya berlakon dalam telefilem raya mereka. Mereka sangat pandai memujuk hingga saya tidak berdaya untuk menolaknya,” ujarnya.
Mengakui sangat selektif dalam memilih karya yang bakal dilakonkannya, ulas Nasha, dia tidak kisah wajahnya jarang ditonton di kaca TV kerana ingin menjaga nilai eksklusif dirinya.
Selain sibuk dalam bidang lakonan dan peragaan, kongsi Nasha, dia juga kini sibuk dengan dunia baharunya iaitu perniagaan korporat yang sedang diusahakan.
Namun, Nasha enggan mengulas lanjut perniagaan apa yang dijalankannya dan sekadar memberitahu ia masih di peringkat awal.
Menyingkap aktiviti sambutan Syawal pula, ujar Nasha, setiap tahun dia akan ditugaskan untuk menganyam ketupat nasi malah dia mampu menganyam sehingga 50 ketul ketupat seorang diri.
“Saya suka anyam ketupat nasi. Bagi saya, ia satu seni yang tidak pernah pupus tetapi orang akan lupa dari semasa ke semasa. Setiap tahun memang saya lah orangnya yang akan anyam ketupat ini. Kalau dah leka anyam sampai ke petang jadinya,” ujarnya yang tidak akan berdiet ketika raya malah akan menikmati segala makanan yang ada.
Mengakui sangat menitikberatkan soal pemakanan, jelas Nasha, dia akan pastikan tubuhnya mampu menyarung pakaian-pakaian lamanya. Perkara itu bagi membuktikan tubuhnya sentiasa berada dalam bentuk yang sama.
Berkongsi sambutan raya pertamanya, ujar Nasha, setiap tahun, dia akan beraya bersama keluarganya di Kuala Lumpur.
Ungkapnya, setiap pagi raya dia akan melakukan solat raya berjemaah dan kemudiannya menziarahi kubur neneknya.
Disoal mengenai memori raya yang tidak dapat dilupakannya pula, cerita Nasha, ketika umurnya 10 tahun dia pernah terjatuh longkang besar kerana sibuk memanjat pagar melihat tetamu-tetamu yang datang ke rumahnya.
“Saya pernah jatuh longkang ketika raya. Memori itu sampai sekarang saya masih ingat sebab saya rasa ia sangat kelakar.
“Saya ini suka sangat tengok tetamu datang beraya. Bila dengar orang datang, saya orang pertama jenguk malah sanggup panjat pagar nak tengok tetamu yang datang.
“Akibatnya, masa saya darjah empat, ketika panjat pagar saya tersilap langkah sehingga terjatuh dalam longkang,” luahnya yang malu tetapi dalam masa yang sama geli hati mengingatkan pengalaman hari rayanya ketika itu.
DADA NASHA AZIZ HANYA DITUTUPI BUNGA
Walaupun sudah beberapa bulan berlalu namun kisah mengenai gambar intim model bertaraf antarabangsa, Nasha Aziz, 42, bersama seorang jejaka sewaktu di sebuah konsert sempena sambutan malam tahun baru yang lalu, masih hangat diperkata ramai. Bertebaran gosip mendakwa jejaka itu adalah Nur Iman Tang (Iman Tang), lelaki yang pernah dikaitkan dengan selebriti jelita ini, satu ketika dulu.
Bertemu dengan Nasha pada majlis pertunjukkan fesyen sempena pelancaran perisa terbaru ais-krim Magnum, Malaysian Digest.com berkesempatan bertanyakan kepada empunya badan mengenai sejauh mana kebenaran dakwaan cintanya bersama lelaki itu kini kembali bertaut.
Jangan Salah Tafsir Hubungan Saya & Iman Tang - Nasha Aziz
Nasha Aziz, 41 tahun masih tetap cantik
Sudah menjangkau usia 41 tahun, Nasha Aziz masih lagi kelihatan cantik dan menawan tambahan lagi,
masih juga seksi. Namun dalam usia yang sebegini,
pasti ramai yang sudah mengetahui yang Nasha masih lagi belum berkahwin malahan dia sendiri akui dirinya masih solo@single.
Masih ada peluang dan ruang untuk jejaka diluar sana lebih-lebih jejaka yang bekerjaya untuk memikat hati Nasha Aziz.
“Saya masih solo. Tak mengenali, mengenali pun. Penat lah nak kenal-kenal.
Lagipun banyak benda yang kita perlu mengenali, kan. Saya serahkan pada-Nya”
“Lagipun saya tidak menerima sebarang desakan dari keluarga mahupun teman-teman rapat,” ujar Nasha Aziz.
Nasha Aziz masih menawan di usia 41 tahun
13 Jul – Bukan tidak mahu berkahwin namun masih mencari "cinta", itu yang diucapkan oleh pelakon terkenal, Nasha Aziz kepada pihak media yang menemuinya ketika ditemubual.
Dipetik dari laporan portal hiburan Gua, Nasha berkongsi rahsia dia masih kekal menawan walaupun sudah berusia 41 tahun.
"Hidup saya dikelilingi cinta, disebabkan itu saya sentiasa rasa bahagia walaupun kini keseorangan. Saya bersyukur sangat kerana masih dikurnai keluarga yang memahami, rakan yang banyak mendengar rintihan saya ketika suka dan duka serta tidak dilupakan juga peminat saya yang senantiasa menceriakan hidup saya."
Ditanya selepas hubungan yang tidak berpanjangan dengan Nur Iman Tong setelah bertunang pada tahun 2010, Nasha berkata itu ketentuan ilahi, setiap dari kita Tuhan telah sediakan pasangan masing-masing.
"Saya masih mencari cinta, setiap hawa pasti akan dikurniakan adam untuk melengkapi antara satu sama lain mungkin saya punya masa belum sampai lagi."
Ujar pelakon filem "Laila Isabella" ini, apa yang dia lakukan untuk kekal berseri adalah dengan "cinta".
"Tiada rahsia apa-apa. Senang saja, cinta. Cinta menjadikan saya nampak muda. Cinta melindungi saya daripada rasa tua. Cinta buat saya nampak sihat dan ceria. Cinta, cinta dan cinta. Setiap hari saya menerima cinta dan memberi cinta," tambah Nasha Aziz lagi.
Dalam perkembangan lain, pelakon jelita ini baru sahaja selesai penggambaran drama bersiri bersama produksi Indonesia dan Malaysia di Jakarta, Indonesia, bergandingan bersama aktor popular Jehan Miskin untuk drama bersiri "Stand By Me".
Gambar Nasha Aziz tingkatan 3

Gambar masa muda ni memang selalu kita ingin lihat, apatah lagi golongan selebriti, nak juga tengok mereka dikala mereka masih muda lebih-lebih lagi di bangku sekolah. Tip top sekarang dah jadi artis terkenal. Kalau lihat waktu kecil, memanglah tak cantik. Begitulah yang anda bakal saksikan, gambar Nasha Aziz tahun 1986, 25 tahun yang lalu. Waktu ni Nasha sudah tingkatan 3 dah. Mungkin ada pembaca disini masih belum lagi lahir atau pun masih kecil lagi kan.
Nasha teruja jadi ibu
TIDAK dapat membayangkan bagaimana agaknya apabila aktres dan model jelita Nasha Aziz menjadi seorang ibu.
Namun, itulah kelebihan menjadi seorang pelakon seperti Nasha kerana dia boleh menjadi sesiapa sahaja di layar lakonan.
Menerusi siri televisyen yang kini sedang hangat ditayangkan di TV3, Supermak, Nasha berpeluang melakonkan karakter ibu kepada dua orang anak.
Namun, dia bukan sembarangan ibu tetapi ibu yang mempunyai kuasa luar biasa, malah dia boleh dikatakan seorang adiwira.
Naskhah terbitan Filmscape Sdn. Bhd. yang masih menjalani penggambaran pada bulan Ramadan ini mengisahkan tentang seorang ibu dan suri rumah sepenuh masa lakonan Nasha Aziz yang mempunyai kekuatan dan kelajuan seorang adiwira. Keistimemewaan kuasanya diwarisi daripada keturunannya iaitu daripada sebelah nenek moyang Nasha yang berasal dari Kepulauan Riau.
Tampak sopan dan lemah lembut di rumah menjaga kebajikan suami dan dua orang anaknya, tetapi apabila berada di luar rumah Nasha merupakan adiwira yang menghapuskan penjahat.
Bercerita tentang wataknya, Nasha mengakui dia cukup teruja. Malah, Nasha juga dikatakan sanggup menjalani uji bakat kerana menganggap drama tersebut luar biasa.
“Saya sanggup pergi uji bakat untuk drama Supermak. Memang pendirian saya akan terima tawaran drama yang boleh membuatkan saya jatuh cinta dengan jalan cerita dan wataknya.
“Sebelum ini banyak tawaran telefilem dan drama bersiri saya tolak sebab tidak berkenan dengan jalan cerita dan juga watak,” katanya menjawab mengenai dirinya yang kurang muncul di dalam drama mahupun telefilem sejak kebelakangan ini.
Tidak gentar melakukan apa jua babak aksi yang dikehendaki pengarah, Nasha bagaimanapun mengakui berdepan dengan cabaran lain semasa penggambaran Supermak.
Satu-satunya pengalaman yang tidak pernah dirasai olehnya iaitu menjadi ibu kepada dua orang anak.
“Saya tidak menghadapi masalah untuk menjayakan babak aksi atau romantis. Yang tidak biasa adalah untuk menjaga anak yang kecil. Jaga baby sangat mencabar,”-katanya.
Tambah Nasha lagi: “Sebabnya kena ikut mood dia. Kita tidak tahu bila dia bersedia, menangis dan mahu ketawa, jadi kami buat macam-macam untuk hasilkan yang terbaik.
Namun, Nasha mengakui menghadapi kesukaran apabila berlakon dengan kanak-kanak, apatah lagi bayi yang baru berumur setahun.
“Namun saya akui juga kesukaran itu adalah disebabkan saya sendiri tiada pengalaman menjaga baby. Pernah terjadi babak bersama adik ini terpaksa ditangguhkan dua hari kerana mood dia yang tidak berapa baik pada hari itu,” jelasnya lagi mengenai adik Haider Harris, satu tahun, yang berlakon sebagai anak keduanya dalam Supermak.
Keterujaan Nasha untuk berlakon dalam drama itu juga membuatkan pendiriannya berubah.
“Terus terang, selepas lima tahun tidak ambil job pada bulan puasa, ini kali pertama saya berlakon dalam bulan Ramadan,” katanya.
Melihat pada jalan cerita Supermak ia sememangnya berbeza dengan cerita-cerita adiwira yang ada sebelum ini.
Ia ditekankan oleh pengarah Supermak, Prem Anand Pallai yang penuh berkeyakinan drama tersebut mempunyai kelebihan tersendiri yang mampu menarik penonton.
“Drama ini mempunyai kekuatannya sendiri. Supermak bukan sahaja drama aksi tetapi juga drama komedi dan kekeluargaan. Di samping aksi seorang ibu yang cekap menguruskan hal rumah tangga dan masalah jenayah. Saya yakin drama ini akan mempunyai pengikut terutamanya seisi keluarga,” tegasnya.
Selain Nasha, drama bersiri 13 episod yang ditayangkan menerusi slot Aksi pada setiap hari Isnin pukul 9 malam itu turut dibintangi oleh Azhan Rani, Zul Yahya, Zara Zya, Amirul Hadi, Rosli Sako, Syawal AF, Henzy Andalas dan Melly Amalin.
Nasha Aziz kekal misteri

LIHAT kelibatnya dari hujung rambut ke hujung kaki, nilai komersial si jelitawan Nasha Aziz belum terhakis. Dia masih di takhtanya sebagai ratu dalam kelas yang tersendiri.
Kisah cintanya kekal misteri. Masih berbalam-balam persis malam suram bersimbah bayang rembulan, ada seperti tiada, tiada tetapi ada. Awal-awal dahulu, Nasha merancang beradu kasih dengan Nur Iman Tang Abdullah.
Namun, lebih setahun berlalu, putik cinta Nasha dan Iman masih tidak terhidu. Nasha ternyata sangat tertutup dengan cerita peribadinya, apatah lagi untuk berkongsi tentang kesediaannya menamatkan zaman solo bersama orang kuat konsert, Iman Tang yang tidak asing lagi dalam kalangan media tempatan.
“Terlalu banyak lampu merah berbanding hijau. Banyak benda belum diselesaikan untuk saya sampai ke arah itu,” jelas Nasha menjawab soalan mengenai perkahwinannya.
Kelihatan anggun dalam balutan busana rekaan Iszal, dia yang ditemui pada majlis The Blue Kebaya Showcase baru-baru ini juga ditanya tentang status Iman dalam hatinya.
“Silaturahim sesama Islam tidak akan terputus. Ia kekal hingga ke akhir hayat, sama seperti silaturahim antara kita,” katanya tersenyum sambil menutup jendela hatinya daripada terus dikuak.
Nasha enggan kisah dalam kainnya terus dijaja walaupun sedar cerita sebegitu boleh menjadi pelaris. Supaya adil kepada pembaca dan peminat, wanita yang pernah dinobatkan sebagai Pelakon Wanita Terbaik Festival Filem Malaysia (FFM17) itu cenderung menjual hasil kerjanya yang kini boleh dilihat menerusi SuperMak.
Muncul dengan kuasa luar biasa, Nasha buat kali pertama melakonkan drama bercorak fiksyen dan aksi menerajui watak Amy, seorang isteri dan ibu yang dalam misi menjadi adiwira.
“Sebenarnya, saya sendiri yang datang ke sesi uji bakat SuperMak. Masa mula-mula saya dapat tahu drama ini, saya sudah dapat rasakan ia sangat berlainan.
“Lagipun, pendirian saya selepas ini adalah untuk melakonkan watak yang berbeza dan menarik berbanding biasa. Bila lihat skrip, kreativiti, produksi dan semua watak terbabit, saya dengan hati terbuka menerimanya,” jelas Nasha yang berganding dengan Azhan Rani sebagai suaminya dalam siri berkenaan.
Seronok beraksi dan melakukan sendiri aksi lagak ngeri untuk setiap babak dalam drama berkenaan, Nasha bagaimanapun agak tercabar apabila berdepan kanak-kanak berusia satu tahun, Haider Harris dalam drama itu.
“Agak sukar apabila saya kena berlakon dengan budak kecil. Maklumlah kita tidak tahu bila dia bersedia, menangis dan mahu ketawa, jadi kami buat macam-macam untuk hasilkan yang terbaik,” sambung Nasha. Buat kali pertama kali juga dalam tempoh lima tahun kebelakangan ini dia terpaksa berpuasa di lokasi penggambaran demi SuperMak.
“Sudah lima tahun saya tak berlakon pada bulan Ramadan tapi kali ini saya kena menghadapinya. Dah terikat dengan jadual, jadi saya kenalah penuhi komitmen tersebut. Tapi kalau boleh saya harap masih ada masa untuk berehat dan beribadat sebelum memulakan tugas semula," katanya lagi.
Selain Nasha, SuperMak yang mengisi slot Aksi sebanyak 13 episod bermula 25 Julai setiap Isnin pukul 9 malam di TV3 itu turut dibintangi oleh Azhan Rani, Zul Yahya, Rosli Sako Zara Zya, Syawal, Henzy Andalas dan Melly Amalin.
Kisah Cinta Nasha Aziz Ibarat 'Lampu Merah'

PETALING JAYA: Pelakon Nasha Aziz menjelaskan perjalanan cintanya terlalu banyak rintangan berbanding pasangan lain kerana ia sering tidak menjadi.
Kata Nasha, kalau disebut soal cinta dalam dirinya, ia umpama lebih banyak “lampu merah” berbanding “lampu hijau”.
“Sebagai orang yang bercinta atau berada dalam sesebuah hubungan itu, kita tentu mengharapkan sesuatu yang terbaik untuk menuju ke peringkat seterusnya. Tetapi sayang, perjalanan cinta saya terlalu banyak rintangan iaitu lampu merah lebih banyak berbanding lampu hijau,” ujarnya ketika ditemui pada Majlis Sidang Media Drama Supermak, di sini, Rabu lalu.
Ditanya tentang hubungan cintanya dengan Nur Iman Tang s yang dikatakan telah berakhir, Nasha enggan mengulas panjang dan menganggap perkara tersebut hanya khabar angin.
“Sebagai seornag Islam, hubungan saya dengan dia tidak pernah putus,” jelasnya yang enggan mengesahkan khabar angin tersebut.
Sementara itu Nasha Aziz menjelaskan 2011 merupakan tahun bertuah baginya kerana mendapat tawaran berlakon dengan skrip yang berkualiti dan karakter yang bagus.
Dia yang bakal muncul dalam drama bersiri Supermakbermula 25 Julai ini mengakui memilih skrip yang mempunyai sesuatu karakter yang berlainan daripada kebiasaan.
"Alhamdulillah tahun ini saya banyak mendapat tawaran yang mempunyai skrip dan karakter yang bagus-bagus dan kuat.
"Saya akui memang sekarang saya memilih dalam pelbagai segi terhadap sesuatu tawaran seperti skrip, kreativiti dan karakter sesuatu watak.
"Saya berada dalam industri ini bukan kerana ingin menjadi kaya tetapi kerana kepuasan dalam bidang ini dan sebab itu juga saya tidak malu untuk pergi uji bakat drama Supermak kerana ia berbeza daripada watak biasa," ujarnya.
Turut hadir pada majlis tersebut ialah pengarah drama tersebut Prem Anand Pillai dan barisan pelakon seperti Azhan Rani, Zul Yahya, Rosli Sako dan Syawal.
Sementara itu, Nasha berkata drama Supermak ini menuntutnya melakonkan watak aksi luar biasa yang belum pernah dilakonkan sebelum ini.
"Saya sudah biasa memegang watak-watak tentang kisah hidup sebenar yang dilalui oleh orang biasa, jadi saya ingin cuba menjadi luar biasa iaitu watak Superhero.
"Bagaimanapun tahap yang paling mencabar ialah berlakon bersama kanak-kanak kecil yang menjadi anak saya, kita terpaksa mengikut “mood” dia untuk berlakon," jelasnya.
Selain itu, ditanya tentang persiapan bulan Ramadan yang bakal menjelma, kata Nasha, dia agak sedih kerana terpaksa melakukan penggambaran drama tersebut sepanjang bulan berkenaan.
"Sudah lima tahun saya tidak mengambil sebarang tawaran ketika bulan Ramadan bagi menumpukan kepada amal ibadah tapi tidak untuk tahun ini kerana terpaksa menghabiskan penggambaran untuk drama ini," jelasnya.
Nasha Aziz Tangguh Kawhin & Umrah

KUALA LUMPUR: Perancangan pelakon dan model, Nasha Aziz, (gambar) untuk melangsungkan majlis perkahwinannya dengan Nur Iman Tang pada Jun lalu terpaksa ditangguhkan.
Hasrat kedua mereka yang turut merancang untuk mengerjakan umrah sebelum pernikahan mereka juga tidak menjadi.
Nasha berkata, dia agak sukar untuk membicarakan hal berkaitan peribadinya dengan pihak media.
Bagaimanapun, selepas dipujuk untuk memberi komen mengenai status hubungannya dengan lelaki yang merupakan mualaf itu, kata Nasha, mereka masih lagi menjadi pasangan kekasih.
"Alhamdulillah, hubungan kami masih lagi baik. Saya memerlukan seseorang untuk menyokong saya dalam segala hal. Dia (Iman) menjadikan saya seorang manusia yang tahu memilih mana baik dan mana buruk.
"Tahun depan, umur saya dah nak masuk 40 tahun. Siapa yang tak nak kahwin? Mungkin Allah belum membuka jalan untuk saya kahwin lagi.
"Andaikan satu hari nanti saya perlu berhenti daripada karier demi seseorang, saya akan lakukan perkara itu. Saya sanggup berkorban demi suami," katanya ketika ditemui, di Hotel Park Royal di sini, Selasa.
Nasha menghadiri majlis sidang media anjuran Rafflesia yang turut menjadi penaja aksesori artis wanita untuk Festival Filem Malaysia ke-23
Mengenai perancangan menunaikan Umrah seperti yang dijanjikan sebelum ini, kata Nasha, kekasihnya itu mungkin belum lagi bersedia.
"Awal-awal, memang dia teruja untuk melakukannya (umrah) tapi bila masanya hampir tiba, dia senyap. Bagi saya, sebagai seorang manusia biasa, terpulang pada seseorang itu untuk membuat keputusan.
"Saya memang ingin membantu orang yang ingin tahu tentang Islam tapi kalau seseorang itu belum bersedia, saya tak boleh nak paksa. Pada awal tahun depan saya bercadang akan menunaikan umrah dan terpulanglah sama ada dia mahu ikut atau tidak," katanya yang banyak melakukan aktiviti peragaan di Shah Hai, China.
Nasha mahu diwalikan bapa kandung

TERMENUNG seketika Nasha Aziz sewaktu diajukan persoalan sama ada bapanya, Abdul Aziz Mohd Ali akan menjadi walinya semasa perkahwinannya pada Jun ini.
“Anda tanya saya? Saya juga tanya diri sendiri... tetapi ia berlaku sewaktu saya bertunang dulu, saya mengundangnya tetapi dia tidak hadir.
“Bagaimanapun, barangkali... saya tidak tahu. Saya akan buat yang terbaik pada masa depan, untuk perkahwinan saya. Saya akan pergi dan memintanya menjadi wali saya,” kata model dan aktres jelita ini.
Nasha ditemui Mingguan mStar sewaktu menghadiri Pameran Pesona Mutiara Rafflesia di Muzium Negara baru-baru ini.
Pun begitu, kes mahkamah membabitkan Nasha, 39, dan bapanya sedikit sebanyak merenggangkan perhubungan anak beranak tersebut.
Abdul Aziz, 61, seorang guru silat sebelum ini mengemukakan saman terhadap Nasha, yang nama sebenarnya Noraishah Abdul Aziz, berhubung artikel bertajuk Jangan tanya hal peribadi dalam akhbar Mingguan Malaysia bertarikh 24 Oktober 2004 yang mendakwa Abdul Aziz bukan bapa kandungnya.
Abdul Aziz dalam pernyataan tuntutannya berkata beliau adalah bapa kandung Nasha dan mendakwa perkataan fitnah di dalam artikel itu telah menyebabkan perasaan beliau tersiksa, memalukan dan mencemarkan maruahnya.
Beliau memohon ganti rugi, faedah, kos dan faedah lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah dengan mendakwa artikel itu boleh difahamkan sebagai bermaksud yang beliau sudah meninggal dunia.
Nasha, dalam pernyataan pembelaannya menjelaskan bahawa perkataan “bapa” dalam temu bual dengan akhbar itu adalah merujuk kepada bapa saudaranya, Abdul Aziz Hathim, yang membesarkannya.
Pelakon itu tidak menafikan bahawa Abdul Aziz ialah bapa kandungnya tetapi beliau menganggap bapa saudaranya sebagai bapa dalam hidupnya.
Biarpun kesudahannya adalah Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memerintahkan Nasha membayar ganti rugi am RM10,000 kepada bapanya, Nasha tetap menyayanginya.
Bukankah air dicincang tidak akan putus? Nasha mendambakan bapa kandungnya sanggup melupakan kisah lampau dan menjadi walinya.
Nasha Terharu Terima Lamaran Iman Tang!

AKTRES jelita Nasha Aziz mengakui dia tidak mampu menolak cinta barunya yang bernama Nur Iman Tang.
Jujurnya kata Nasha, kekasihnya itu begitu luhur menyayanginya. Akur dengan ketentuan jodoh pertemuan, Nasha sudah bersedia untuk bergelar suri rumah pada bulan Jun tahun ini.
Ketika ditemui di hari persandingan sahabat baiknya, Datin Paduka Umie Aida dan Datuk Paduka Khairuddin kelmarin, Nasha yang kelihatan berseri-seri berkata, teman lelakinya Iman Tang sudah pun melamarnya.
"Saya terharu mendapat lamaran darinya. Tapi yang penting sekali ialah keberkatan ikatan perkahwinan itu nanti. Saya juga inginkan restu dari kedua orang tua, dan keluarga.
Kata aktres berperwatakan manja ini lagi, "Saya mahu perkahwinan ini diberkati Allah. Iman akan menjadi ketua keluarga dan dia sedang berusaha ke arah itu, insya Allah.
Model tinggi lampai yang tidak mudah meluahkan rahsia hatinya itu berkata, cinta itu lebih manis bila dipelihara batasan agama.
"Saya agak tradisional dalam soal pergaulan dan perhubungan. Mungkin sebab itu saya ambil masa yang lama untuk menerima lelaki untuk menjadi teman hidup," kata Nasha yang mengakui dia sudah pun membuat perancangan untuk menunaikan umrah terlebih dahulu sebelum mendirikan rumah tangga.
Menurut Nasha, dia dan Iman Tang akan menunaikan umrah pada 10 Mei depan selama dua minggu. Sekembalinya dari sana, jika tiada aral melintang dan sekiranya semua berjalan lancar, Nasha akan disatukan dengan kekasih hatinya itu.
Kebetulan ketika sedang berbual, Iman Tang telah menelefon Nasha dan di kesempatan itu, Nasha telah menghulurkan telefon bimbitnya untuk penulis bertanya khabar. Di hujung sana, kedengaran suara Iman Tang memberi salam dengan penuh takzim.
Tanpa perlu mengorek isi hatinya, Iman Tang berkata, "Saya amat sayangkan Nasha. Insya Allah, kami akan berkahwin Jun ini sekembalinya dari Mekah".
Iman Tang, yang sedang mengikuti kursus kahwin berkata, wajah ayu dan peribadi menarik milik wanita bernama Nasha Aziz ini sudah lama jadi dambaannya. Malah kata Iman Tang lagi, perhubungan dua tahun antara mereka sudah cukup membuktikan yang mereka pasangan serasi.
Bak kata Nasha, "bukan tidak ada sengketa antara kami tapi ia tidak berpanjangan kerana Iman pandai memujuk." Sebelum melepaskan telefon bimbit kepada Nasha semula, Iman Tang sempat berkata, "Dia lah wanita yang saya tunggu-tunggu selama ini.
Saya harapkan Allah pertemukan jodoh kami secepat mungkin. Doakan kami ye..."Sekilas itu juga, wajah Nasha berseri-seri sambil bibir menguntum senyuman seperti sudah maklum apa yang telah disampaikan oleh kekasihnya.
Nasha Aziz nak kahwin?
DAH lama Joyah tak dengar khabar berita Nasha Aziz yang sekarang ini Joyah lihat semakin cantik dan anggun. Masa temannya Umie Aida bertunang tempoh hari dia turut hadir memeriahkan majlis tapi Joyah tak sempat bertemu dengannya sebab dia balik awal.
Teringin juga nak bersembang-sembang dengan Nasha. Iyalah, dah lama tak jumpa dan Nasha sendiri pun nampaknya sejak kebelakangan ini seolah-olah ‘mengelak’ dengan media.
Joyah tak pastilah mengapa. Nak kata tak berlakon lagi, ada pula drama-drama lakonannya di televisyen.
Mungkin kot dia mengelak sebab malas nak layan soalan tentang hubungan cintanya dengan Nur Iman Tang.
Tak kisahlah... Yang penting Joyah dengar Nasha nak kahwin. Betul ke Nasha? Dengarnya dalam tahun ini juga tapi Joyah tak pastilah pula bila.
Kalau tahun ini rasanya tak lama lagilah dia akan mendirikan rumah tangga. Sebab sekarang pun dah nak masuk hujung tahun.
Nasha pula kalau jumpa awal-awal pesan tak mahu cakap soal peribadi. Apalagi si Iman yang Joyah dengar amat pemalu orangnya.
Tapi yang penting, kata seorang teman Joyah, Iman yang dulunya kurus dah semakin berisi sekarang.
Senang hatilah katakan. Dapat kekasih cantik dan manja. Dan lebih penting, tak lama lagi nak kahwin.
Tahniahlah Joyah ucapkan kepada pasangan ini kalau benar mereka dah nak kahwin. Cuma Joyah harap, Nasha dan Iman tak lupa melayangkan kad jemputan kepada Joyah sudahlah ya!
Nasha bapa kandung diarah bayar RM10, 000

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini semalam memerintahkan pelakon dan model, Nasha Aziz (atas), membayar ganti rugi pm berjumlah RM10, 000 kepada bapa kandungnya, Abdul Aziz Ali, 61, Berhubung saman fitnah yang difailkan empat tahun lalu.
Hakim Datuk Abdul Wahab Patail turut memerintahkan Nasha Noraishah atau nama sebenarnya Abdul Aziz, 38, membayar kadar faedah peratus LAPAN Bermula 31 Mac 2005 Sehingga penyelesaian kes itu.
Bagaimanapun, Abdul Wahab menolak tuntutan ganti rugi lain termasuk tambahan yang dimohon Abdul Aziz saman kerana itu membabitkan isu kekeluargaan.
Abdul Wahab dalam penghakimannya, berkata keputusan itu dibuat selepas Nasha dan peguamnya tidak hadir pada perbicaraan kes berkenaan, Rabu lalu.
Bagaimanapun, menerusi Nasha yang populer Filem Laila Isabella, hadir di mahkamah, semalam tanpa diwakili peguam, manakala bapanya ditemani keluarga dan diwakili peguam, M Visvanathan.
Abdul Aziz, seorang guru silat, mengemukakan saman terhadap artikel Berhubung dalam Nasha Akhbar Mingguan Malaysia bertarikh 24 Oktober, 2004, yang mendakwa Abdul Aziz bukan bapa kandungnya.
Pernyataan dalam tuntutannya, Abdul Aziz berkata, beliau adalah bapa kandung Nasha mendakwa perkataan dan fitnah di dalam artikel itu menyebabkan perasaannya terseksa, memalukan dan mencemarkan maruahnya.
Beliau memohon ganti rugi, faedah, dan faedah kos lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah mendakwa dengan artikel itu boleh difahamkan Sebagai yang bermaksud beliau sudah meninggal dunia.
Nasha dalam Pernyataan pembelaannya dalam menjelaskan perkataan bapa Akhbar temu bual itu dengan merujuk kepada bapa saudaranya, Abdul Aziz Hathim, yang membesarkannya.
Pelakon itu tidak menafikan bahawa Abdul Aziz ialah bapa kandungnya, tetapi beliau menganggap Sebagai bapa bapa saudaranya dalam hidupnya.
Dalam penghakimannya, Abdul Wahab berkata, Abdul Aziz dapat membuktikan beliau difitnah Nasha menerusi artikel berkenaan yang Menyatakan dirinya hanya mempunyai seorang ayah.
Pernyataan menerima tuntutan Mahkamah plaintif, iaitu ayat disebabkan perkataan itu, Abdul Aziz Nasha Berhubung dikatakan berbohong adalah anak kandungnya Sehingga menyebabkan beliau dipandang rendah, katanya.
Nasha Ketika ditemui di luar mahkamah berkata, beliau menerima keputusan itu dan menjelaskan bahawa perkataan ayat dalam artikel berkenaan merujuk bapa saudaranya (Abdul Aziz Hathim) yang memeliharanya.
Subscribe to:
Posts (Atom)
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
