Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Nasha Aziz masih menawan di usia 41 tahun

13 Jul – Bukan tidak mahu berkahwin namun masih mencari "cinta", itu yang diucapkan oleh pelakon terkenal, Nasha Aziz kepada pihak media yang menemuinya ketika ditemubual. Dipetik dari laporan portal hiburan Gua, Nasha berkongsi rahsia dia masih kekal menawan walaupun sudah berusia 41 tahun. "Hidup saya dikelilingi cinta, disebabkan itu saya sentiasa rasa bahagia walaupun kini keseorangan. Saya bersyukur sangat kerana masih dikurnai keluarga yang memahami, rakan yang banyak mendengar rintihan saya ketika suka dan duka serta tidak dilupakan juga peminat saya yang senantiasa menceriakan hidup saya." Ditanya selepas hubungan yang tidak berpanjangan dengan Nur Iman Tong setelah bertunang pada tahun 2010, Nasha berkata itu ketentuan ilahi, setiap dari kita Tuhan telah sediakan pasangan masing-masing. "Saya masih mencari cinta, setiap hawa pasti akan dikurniakan adam untuk melengkapi antara satu sama lain mungkin saya punya masa belum sampai lagi." Ujar pelakon filem "Laila Isabella" ini, apa yang dia lakukan untuk kekal berseri adalah dengan "cinta". "Tiada rahsia apa-apa. Senang saja, cinta. Cinta menjadikan saya nampak muda. Cinta melindungi saya daripada rasa tua. Cinta buat saya nampak sihat dan ceria. Cinta, cinta dan cinta. Setiap hari saya menerima cinta dan memberi cinta," tambah Nasha Aziz lagi. Dalam perkembangan lain, pelakon jelita ini baru sahaja selesai penggambaran drama bersiri bersama produksi Indonesia dan Malaysia di Jakarta, Indonesia, bergandingan bersama aktor popular Jehan Miskin untuk drama bersiri "Stand By Me".
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
free counter

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails