Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Showing posts with label Nita OIAM. Show all posts
Showing posts with label Nita OIAM. Show all posts

Pemuda 26 tahun takluk hati Nita

PERNAH melalui fasa cinta dengan penyampai radio Era FM dan juga bekas bintang Akademi Fantasia, Zahid suatu ketika dahulu, kini, cerita cinta penyanyi yang lahir daripada program realiti televisyen Malaysian Idol, Norhanita Hamzah, atau lebih dikenali sebagai Nita dilihat sepi tanpa sebarang khabar berita. Menginjak usia 34 tahun, sudah semestinya, gadis sepertinya perlu mencari teman hidup dengan secepat mungkin. Mengakui dirinya sebelum ini sibuk dengan karier seni dan aktiviti sebagai seorang guru penyelam, Nita kini komited untuk menjalinkan hubungan serius. Perkenalan selama lapan bulan bersama seorang jejaka menerusi kenalannya membibitkan perasaan cinta. Nita yang membuka ruang untuk kaum yang bernama lelaki mengakui dia tidak pernah memilih apabila berkaitan isu lelaki walaupun lelaki tersebut hanya bekerja sebagai ‘office boy’ sahaja. Apa yang menjadi kepentingan bagi gadis yang berasal dari Kuala Lumpur ini ialah hati budi seseorang lelaki. Budi pekerti dan perasaan saling memahami merupakan keutamaan kepadanya. Bertemu tuan empunya badan pada sidang akhbar konsert amal kanser payu dara Pinktober Hard Rock Cafe Kuala Lumpur yang bakal diadakan pada 19 Oktober di Hard Cafe Kuala Lumpur, Nita bercakap tentang hubungannya dengan lelaki yang diperkenalkan sebagai Fareez itu. Kosmo!: Setelah kegagalan percintaan Nita dengan bekas bintang Akademi Fantasia, Zahid, adakah anda kini mempunyai teman lelaki baharu dalam kehidupan anda? NITA: Ya, saya kini dalam proses mengenali seorang jejaka Melayu yang dikenali sebagai Fareez. Dia merupakan rakan kepada kenalan saya. Kami mula mengenali antara satu sama lain secara serius pada Disember tahun lepas. Sedar tidak sedar kini kami telahpun menjalinkan hubungan selama lapan bulan. Bagaimanakah jejaka tersebut dapat menawan hati anda? Dia (Fareez) kini berusia 26 tahun. Walaupun umur kami berbeza sebanyak lapan tahun tetapi dia merupakan seorang yang sangat matang. Dia banyak menasihati saya dan dia juga merupakan seorang yang serius terhadap sesuatu perkara. Daripada situlah saya yakin dan berasa selamat bersamanya. Memandangkan kini anda telah mempunyai kekasih, adakah anda bercadang untuk membawa hubungan ini ke peringkat seterusnya? Saya masih belum terfikir ke tahap itu lagi. Kami masih lagi dalam proses perkenalan, mungkin sedikit masa lagi saya akan mengumumkan berita baik tersebut kelak. Namun demikian, buat masa sekarang kami sudah mengenali ibu bapa masing-masing. Insya-Allah kalau tidak apa aral melintang kami akan melangsungkan perkahwinan dalam masa terdekat.
Anda kini dilihat semakin menyepi dalam bidang seni, adakah anda bercadang untuk berhenti dalam bidang nyanyian? Saya tidak pernah terfikir langsung untuk berhenti dalam bidang nyanyian. Cuma sebelum ini saya sibuk dengan aktiviti selam skuba kerana saya merupakan salah seorang tenaga pengajar. Selama dua tahun saya menetap di Pulau Mabul dan Tioman bagi memahirkan skil dan kini saya telahpun mempunyai lesen menyelam sebagai pembantu jurulatih menyelam. Adakah kini anda ingin melakukan ‘comeback’ dalam industri muzik tempatan? Saya kini telah menetap sepenuhnya di Kuala Lumpur sejak setahun yang lalu dan bertekad untuk memberi sepenuh perhatian dalam bidang muzik. Tahun ini sememangnya difokuskan kepada penghasilan single terbaru dan kini single tersebut sudah memasuki proses akhir rakaman. Single yang berjudul Jikalau Kau Tahu itu telah dicipta oleh komposer Daly Filsuf. Bercakap mengenai perkembangan terbaharu anda, adakah anda mempunyai strategi untuk mendapat tempat kembali dalam arena muzik tempatan tanah air? Saya kini bergerak secara sendiri, namun pada masa yang sama saya masih mencari syarikat rakaman yang mahu merealisasikan cita-cita saya untuk melakukan come back. Terus-terang saya rasa berdebar-debar juga untuk melakukan come back. Tetapi, saya rasa tahun ini saya memang sudah bersedia. Saya juga tidak sabar untuk memperdengarkan single terbaharu kepada peminat muzik tanah air. Lagipun ada yang bertanya bila saya mahu menyanyi semula (sebagai penyanyi rakaman) dan muncul dengan lagu baharu.

Nita sudah dapat pengganti Zahid


E berjaya rawat kesedihan putus cinta bintang Malaysia Idol

Difahamkan Zahid dan Nurul sudah saling mengenali sejak lima bulan lalu. Sebelum ini, ramai yang tahu Zahid pernah menjalinkan hubungan dengan Nita Hamzah. Nita ialah penyanyi yang digilap daripada program realiti, Malaysian Idol musim kedua. Bagaimanapun, hubungan yang terjalin dua tahun itu terlerai di tengah jalan. Lumrah hidup, setiap yang terjadi ada hikmahnya. Kehidupan masih perlu diteruskan. "Kita hanya merancang. Dia boleh dikatakan pilihan terbaik Nita. Tapi apa yang bakal terjadi kemudian hari di luar kawalan kita"

Nita
Penyanyi Barang yang lepas, usah dikenang lagi. Lalu tidak hairan, seperti bekas kekasihnya, Nita, 30, juga enggan membiarkan memori lama terus diungkit. Terbaru yang dihidu, Nita sejak September lalu sudah bertemu pengganti. Jejaka yang dikenali dengan huruf pangkal E itu berjaya menawan hati si tinggi lampai berusia 27 tahun ini.

“Apa yang boleh Nita katakan, dialah lelaki yang bertakhta di hati ketika ini. Kami rapat. Sebagai manusia kita ada hati dan perasaan untuk disayangi dan dicintai. Seperti kenyataan Nita sebelum ini, apa yang pernah terjadi tidak sesekali mewujudkan istilah serik untuk bercinta lagi. Kehadirannya sedikit sebanyak berjaya menghakis ingatan Nita pada cinta lalu.

“Lepas itu biarkan ia terbenam begitu saja. Nita perlu buka buku baru.
Setakat ini, Alhamdulillah, hati Nita seakan terubat kembali. Kehadirannya sedikit sebanyak menceriakan hidup Nita. Tanyalah kepada sesiapa pun yang bercinta, mereka semestinya berharap yang terbaik.
“Tetapi kita hanya merancang. Dia boleh dikatakan pilihan terbaik Nita. Tapi apa yang bakal terjadi kemudian hari di luar kawalan kita,” kata Nita ketika dihubungi B*POP, Isnin lalu.

Bercerita lanjut mengenai detik perkenalan mereka, semua terjadi ketika Nita dan teman baiknya (wanita) menghabiskan masa di pusat membeli belah, The Curve, Damansara. Hendak dijadikan cerita, mereka terserempak dengan E yang turut ditemani temannya. Kebetulan teman baik Nita itu berkawan baik dengan E.

“Selepas terserempak, kami masing-masing lepak bersama. Daripada situ, kami mula bertukar pin BlackBerry Messenger (BBM). Kami mula berborak di BBM. Selalunya, kami lebih banyak bergurau daripada serius sewaktu berhubungan menerusi BBM. Selepas tiga minggu pertemuan kami, Nita ada menemaninya menghadiri majlis sambutan hari ulang tahun kelahiran temannya.

“Pada 16 Oktober lalu, boleh dianggap sebagai tarikh rasmi kami jadi ‘rapat’. Dia ada berjumpa dengan keluarga Nita. Cuma setakat ini, Nita belum berkesempatan bertemu dengan keluarganya. Mengenalinya, dia pun lebih kurang macam Nita. Terutamanya daripada sikap ‘gila-gila’ dan ‘senget’ masing-masing.
Tapi dalam bab tertentu, dia akan serius. Biarpun muda daripada Nita, Nita rasa seperti dia yang tua sebenarnya,” seloroh penyanyi lagu Kusut itu.

Ditanya mengenai perkembangan seninya, Nita memberitahu, dia masih memenuhi undangan dan tawaran membuat persembahan makan malam dan korporat.
Malah selepas sekian lama tidak muncul dengan produk baru, Nita juga mempunyai harapan berbuat demikian. Masih berada di bawah pengurusan 8 Unit, Nita mengakui perlu menunggu giliran apatah lagi ramai lagi artis yang diuruskan syarikat itu.

“Nita dan Jaclyn Victor antara artis yang sudah lama menyertai 8 Unit. Sebagai kakak, Nita mengalah kerana ada beberapa orang lagi artis seperti Faizal Tahir, Black, Shila Amzah dan Ayu yang masing-masing juga menunggu peluang sama untuk muncul dengan single atau album. Ada rezeki nanti, Nita akan muncul dengan single baru. Insya-Allah.

“Kontrak Nita bersama 8 Unit pun akan berakhir pada hujung tahun depan,” katanya yang mengakui mempunyai persamaan dengan kekasihnya dalam soal membebel.

Sementara itu, B*POP turut berkesempatan menemubual kekasih Nita yang kebetulan berada dekat dengannya ketika sesi temubual menerusi telefon diadakan. Kata kekasihnya, Nita seorang peramah dan baik hati.

E juga akui selalunya mereka akan bertemu pada setiap hujung minggu untuk melepaskan rindu yang bertamu.

“Saya kerja tak menentu masa. Tapi kalau ada waktu terluang pada waktu bekerja memang kami mengambil kesempatan untuk bertemu. Insya-Allah, selepas ini, saya ada usaha untuk membawanya berjumpa keluarga saya pula,” katanya.
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
free counter

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails