Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Nita sudah dapat pengganti Zahid


E berjaya rawat kesedihan putus cinta bintang Malaysia Idol

Difahamkan Zahid dan Nurul sudah saling mengenali sejak lima bulan lalu. Sebelum ini, ramai yang tahu Zahid pernah menjalinkan hubungan dengan Nita Hamzah. Nita ialah penyanyi yang digilap daripada program realiti, Malaysian Idol musim kedua. Bagaimanapun, hubungan yang terjalin dua tahun itu terlerai di tengah jalan. Lumrah hidup, setiap yang terjadi ada hikmahnya. Kehidupan masih perlu diteruskan. "Kita hanya merancang. Dia boleh dikatakan pilihan terbaik Nita. Tapi apa yang bakal terjadi kemudian hari di luar kawalan kita"

Nita
Penyanyi Barang yang lepas, usah dikenang lagi. Lalu tidak hairan, seperti bekas kekasihnya, Nita, 30, juga enggan membiarkan memori lama terus diungkit. Terbaru yang dihidu, Nita sejak September lalu sudah bertemu pengganti. Jejaka yang dikenali dengan huruf pangkal E itu berjaya menawan hati si tinggi lampai berusia 27 tahun ini.

“Apa yang boleh Nita katakan, dialah lelaki yang bertakhta di hati ketika ini. Kami rapat. Sebagai manusia kita ada hati dan perasaan untuk disayangi dan dicintai. Seperti kenyataan Nita sebelum ini, apa yang pernah terjadi tidak sesekali mewujudkan istilah serik untuk bercinta lagi. Kehadirannya sedikit sebanyak berjaya menghakis ingatan Nita pada cinta lalu.

“Lepas itu biarkan ia terbenam begitu saja. Nita perlu buka buku baru.
Setakat ini, Alhamdulillah, hati Nita seakan terubat kembali. Kehadirannya sedikit sebanyak menceriakan hidup Nita. Tanyalah kepada sesiapa pun yang bercinta, mereka semestinya berharap yang terbaik.
“Tetapi kita hanya merancang. Dia boleh dikatakan pilihan terbaik Nita. Tapi apa yang bakal terjadi kemudian hari di luar kawalan kita,” kata Nita ketika dihubungi B*POP, Isnin lalu.

Bercerita lanjut mengenai detik perkenalan mereka, semua terjadi ketika Nita dan teman baiknya (wanita) menghabiskan masa di pusat membeli belah, The Curve, Damansara. Hendak dijadikan cerita, mereka terserempak dengan E yang turut ditemani temannya. Kebetulan teman baik Nita itu berkawan baik dengan E.

“Selepas terserempak, kami masing-masing lepak bersama. Daripada situ, kami mula bertukar pin BlackBerry Messenger (BBM). Kami mula berborak di BBM. Selalunya, kami lebih banyak bergurau daripada serius sewaktu berhubungan menerusi BBM. Selepas tiga minggu pertemuan kami, Nita ada menemaninya menghadiri majlis sambutan hari ulang tahun kelahiran temannya.

“Pada 16 Oktober lalu, boleh dianggap sebagai tarikh rasmi kami jadi ‘rapat’. Dia ada berjumpa dengan keluarga Nita. Cuma setakat ini, Nita belum berkesempatan bertemu dengan keluarganya. Mengenalinya, dia pun lebih kurang macam Nita. Terutamanya daripada sikap ‘gila-gila’ dan ‘senget’ masing-masing.
Tapi dalam bab tertentu, dia akan serius. Biarpun muda daripada Nita, Nita rasa seperti dia yang tua sebenarnya,” seloroh penyanyi lagu Kusut itu.

Ditanya mengenai perkembangan seninya, Nita memberitahu, dia masih memenuhi undangan dan tawaran membuat persembahan makan malam dan korporat.
Malah selepas sekian lama tidak muncul dengan produk baru, Nita juga mempunyai harapan berbuat demikian. Masih berada di bawah pengurusan 8 Unit, Nita mengakui perlu menunggu giliran apatah lagi ramai lagi artis yang diuruskan syarikat itu.

“Nita dan Jaclyn Victor antara artis yang sudah lama menyertai 8 Unit. Sebagai kakak, Nita mengalah kerana ada beberapa orang lagi artis seperti Faizal Tahir, Black, Shila Amzah dan Ayu yang masing-masing juga menunggu peluang sama untuk muncul dengan single atau album. Ada rezeki nanti, Nita akan muncul dengan single baru. Insya-Allah.

“Kontrak Nita bersama 8 Unit pun akan berakhir pada hujung tahun depan,” katanya yang mengakui mempunyai persamaan dengan kekasihnya dalam soal membebel.

Sementara itu, B*POP turut berkesempatan menemubual kekasih Nita yang kebetulan berada dekat dengannya ketika sesi temubual menerusi telefon diadakan. Kata kekasihnya, Nita seorang peramah dan baik hati.

E juga akui selalunya mereka akan bertemu pada setiap hujung minggu untuk melepaskan rindu yang bertamu.

“Saya kerja tak menentu masa. Tapi kalau ada waktu terluang pada waktu bekerja memang kami mengambil kesempatan untuk bertemu. Insya-Allah, selepas ini, saya ada usaha untuk membawanya berjumpa keluarga saya pula,” katanya.
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
free counter

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails