Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..
Showing posts with label Puteri Mardiana Zainal Abidin. Show all posts
Showing posts with label Puteri Mardiana Zainal Abidin. Show all posts
Putri Mardiana Terkejut Dikenakan Waran Tangkap
Pelakon Putri Mardiana terkejut dikenakan waran tangkap kerana perbicaraan kes khalwatnya di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur berlangsung pada Selasa lalu tanpa pengetahuannya.
Putri Mardiana Zainal Abdiin, 34, berkata, dia tidak diberitahu mengenai tarikh perbicaraan berkenaan dan tidak menyangka pihak mahkamah mengeluarkan perintah itu.
"Sebelum ini saya pernah cuba menghubungi pegawai syariah untuk bertanyakan mengenai tarikh perbicaraan tetapi tiada siapa pun yang menjawab.
"Dua kali saya cuba. Tetapi tiada siapa yang menjawab panggilan. Berkenaan dengan kes perbicaraan semalam (Isnin lalu) saya memang tidak tahu," katanya yang dihubungi mStar Online di sini pada Selasa.
Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur pada Selasa lalu mengeluarkan waran tangkap terhadap pelakon filem Ngangkung itu kerana gagal hadir pada perbicaraan tersebut.
Hakim Syarie, Mohamad Zaid Abdul Aziz mengeluarkan perintah itu selepas Putri Mardiana tidak hadir tanpa mengemukakan sebarang alasan munasabah kepada mahkamah.
Malah waran tangkap tersebut turut dikeluarkan kepada penjamin Putri Mardiana yang sepatutnya hadir pada perbicaraan itu.
Sementara itu, pelakon itu berharap ketidakhadirannya ke mahkamah tidak disalah anggap oleh mana-mana pihak kerana dia tidak berniat untuk merumitkan lagi kes tersebut.
"Saya harap orang ramai tidak menuduh saya sebarangan kerana tidak hadir ke perbicaraan itu. Saya akan menghubungi pegawai yang berkenaan untuk menyelesaikan perkara ini," ujarnya.
Terdahulu, pada 23 Jun lalu, Mardiana dan pasangannya, Shahrizam Abdullah mengaku tidak bersalah atas tuduhan tersebut di mahkamah sama dan mereka dikenakan ikat jamin sebanyak RM1,500.
Menurut fakta kes, Mardiana, dan Shahrizam, 31, telah ditahan di sebuah premis kediaman beralamat C-05-08 Jalan UP 1/1D Jalan Ukay Perdana, Hulu Klang pada 14 Disember 2014, pukul 3.03 pagi berdasarkan aduan awam kepada Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais).
Mereka ditahan mengikut Seksyen 29 (1) A dan B Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995 dan jika sabitkan kesalahan boleh dikenakan denda tidak melebihi RM3,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali.
Putri Mardiana dalam satu kenyataan kepada mStar Online bertarikh 17 Disember 2014 memberitahu kes berkenaan tidak akan dibawa ke mahkamah atas sebab-sebab tidak dijelaskan selain mendakwa mereka tidak bersalah.
Pelakon itu mendakwa serbuan tersebut sengaja dirancang oleh bekas teman lelakinya dan bekas isteri Shahrizam dengan tujuan untuk memalukannya.
Puteri Mardiana pelakon wanita drift pertama Malaysia
Pelakon yang pernah popular dengan filem "Santau " terbitan MIG Production akui kembali merangkak lebih sebulan selepas keluar dari syarikat milik penerbitan terkemuka, David Teo tidak lama dahulu. Namun ujar Putri Mardiana pada awalnya memang sedikit sukar namun lama-kelamaan produksi luar sudah dapat melihat kehadiran Putri sebagai artis yang bergerak bebas.
"Permulaan bergerak sendiri tawaran itu memang kurang, namun lama kelamaan selepas mula bekerja dengan produksi luar mereka mula memanggil saya balik untuk berlakon. Yang terkini, saya sudah dalam perbincangan untuk berlakon di dalam sebuah filem namun tajuk filem masih belum diketahui."
"Alhamdullilah, sekarang tawaran berlakon tidak putus – putus dan sentiasa masuk. Akhirnya produksi luar dapat melihat kebolehan saya berlakon. "
Tidak mahu dikatakan kecewa dengan percintaan yang tidak kesampaian sebelum ini, Putri Mardiana tekad untuk menceburkan diri di dalam sukan kereta drift untuk menghilangkan rasa sedih di hati.
"Permulaan memang saya lakukan hanya untuk melupakan si dia, namun bila sudah mula dalami sukan kereta ini minat itu datang secara tiba-tiba. Jika tiada aral melintang, saya akan beli sebuah kereta khas untuk sukan perlumbaan drift ini." Ujar Putri mardiana yang ditemui di majlis pelancaran produk kereta D'Carbo Sabtu lalu.
Dia turut menambah bahawa sepanjang latihan yang dijalani di Speed City , Sungai besi , dia telah mengetahui 2 asas untuk memandu drift. Antaranya adalah asas "Doughnut" dan juga "figure". Antara latihan lain yang dilakukan adalah memandu secara garisan z dengan memakai kon.
Putri Mardiana atau nama sebenar, Puteri Mardiana Zainal Abidin memberitahu peluang yang dikecapi ini tidak akan disia-siakan kerana tidak ramai pelakon wanita di Malaysia ini mampu memandu kereta Drift dan melakukan aksi ngeri.
"Saya adalah pelakon wanita pertama yang boleh memandu kereta secara Drift ini, dengan latihan dan asas yang saya belajar Insyallah boleh rasanya saya membintangi filem aksi seterusnya menjadi stuntman mereka."
Tidak mahu memikirkan soal cinta lagi, Putri Mardiana bertekad untuk memenuhi masanya dengan aktiviti sukan drift dan dia sendiri mengaku masih solo.
Putri Mardiana Tangguh Bertunang Bukan Kerana Hubungan Retak
PETALING JAYA: Pelakon Putri Mardiana Zainal Abidin atau Nina, berkata pembatalan majlis pertunangannya dengan Mohd Hasnul Amril (Anol) yang sepatutnya pada Disember tahun lalu bukan berpunca daripada keretakan hubungan mereka.
Sebaliknya, aktres berusia 31 tahun ini berkata keputusan itu diambil selepas ahli keluarga kedua belah pihak memutuskan untuk melangsungkan perkahwinan tanpa majlis bertunang.
“Selepas berbincang dengan keluarga, kami batalkan perancangan untuk bertunang pada Disember tahun lalu sebaliknya memilih untuk terus kahwin pada tahun ini bagi mengelakkan pembaziran.
“Tempoh di antara tarikh bertunang yang dirancang dan majlis perkahwinan kami pun mungkin tidak jauh mengapa tidak kami batalkan saja pertunangan dan terus berkahwin,” jelasnya kepada mStar Online.
Nina menambah, mereka tetap akan berkahwin pada tahun ini namun masih belum dapat mengesahkan tarikhnya kerana sedang melaksanakan beberapa persiapan untuk majlis itu.
“Anol sudah tetapkan yang dia akan mengahwini saya pada tahun ini juga cuma kami belum boleh umumkan sebarang tarikh.
“Pada peringkat ini, kami sibuk dengan kerja masing-masing dan persiapan perkahwinan sedikit demi sedikit. Insya-Allah kami juga akan menjalani ujian HIV tidak lama lagi,” katanya.
Dalam perkembangan lain, Nina mengakui perjalanan kariernya semakin baik dan stabil sejak bergerak sendiri tanpa pengurusan di bawah MIG Talents.
“Alhamdulillah, tawaran lakonan tidak pernah putus. Walaupun ada pihak yang meragui saya kononnya tidak boleh berdikari selepas keluar daripada pengurusan MIG, tanggapan itu adalah salah.
“Saya akui perlu bekerja keras dan ringan mulut dengan para penerbit dan orang industri. Keadaan itu sebenarnya mematangkan dan membuatkan saya lebih kuat daripada sebelum ini,” katanya.
Nina tidak serik kahwin

TIDAK lama dahulu nama Puteri Mardiana Zainal Abidin, 28, tiba-tiba menjadi panas apabila bersimbah dengan berita perceraian dan sedikit kontroversi nakal, seksi dan pernah digoda orang kenamaan.
Habuannya, wanita kelahiran Kuala Lumpur itu lebat didatangi tawaran demi tawaran. Menyaksikan lakonannya menerusi Santau, tidak sia-sia ibu kepada tiga cahaya mata, Alia Wirdani, 6, Amir Firman, 4, dan Airill Zuhair, 3, itu terjun ke bidang lakonan.
Buktinya, jika bukan kerana potensi yang dimiliki, namanya tidak tersenarai dalam dua judul filem Ngangkung dan Keramat yang telah selesai di lokasi penggambaran.
Baru sahaja menghabiskan dua drama bersiri, Adamaya dan Adnan Sempit The Series, pelakon yang mahu disapa Nina itu sedang menunggu peluang mencuba bakat sebagai pengacara.
Katanya: "Menjadi pendatang baru dalam bidang seni saya harus mencuba banyak perkara, barulah cepat mendapat pendedahan."
Subscribe to:
Posts (Atom)
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
