Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..
Showing posts with label Safura. Show all posts
Showing posts with label Safura. Show all posts
Safura Mimpi Arwah Anak Pada 1 Ramadan
KUALA LUMPUR: Kerinduan penyanyi dan pelakon Safura Ya’cob (Safura) terhadap Allahyarham anak ketiganya Nur Aisyah Mariam terubat apabila anak itu muncul dalam mimpinya pada hari pertama Ramadan.
Safura, 39, berkata, emosinya semakin stabil dan pulih dengan kehilangan itu selepas 10 bulan pemergian anaknya yang meninggal dunia pada 12 September tahun lalu.
“Alhamdulillah, keadaan emosi saya semakin stabil selepas 10 bulan Mariam meninggalkan kami sekeluarga. Saya mendapat kekuatan itu dengan berfikir bahawa Mariam lebih tenang dan sejahtera di sana.
“Namun, kerinduan itu sentiasa ada sehinggakan pada 1 Ramadan lalu, Mariam dan arwah bapa saya muncul dalam mimpi. Saya jadi sedih juga apabila terjaga,” katanya ketika ditemui mStar Online, baru-baru ini.
Nur Aisyah Mariam yang meninggal dunia pada usia 3 tahun kerana demam berpanjangan pada 12 September tahun lalu adalah anak pertama penyanyi itu dengan pelakon Sahronizam Noor.
Selain Allahyarham, Safura turut mempunyai dua lagi anak bersama Sahronizam iaitu Yusoff Firdaus, setahun setengah, dan Zara Nur Aisyah, tujuh bulan.
Mengenai perkembangan terbaru, Safura berkata, kematian anaknya itu membuatkan dia masih tawar hati untuk kembali berlakon pada waktu ini.
“Hati saya masih belum terbuka untuk berlakon semula. Minat pada menyanyi itu masih ada kerana ia adalah minat utama sejak dulu.
“Saya rasa berat hati hendak berlakon kerana memikirkan sukar untuk tinggalkan anak-anak. Kini, hari-hari saya terisi dengan menguruskan anak-anak selain menziarahi kubur Mariam,” katanya.
Ditanya mengenai perniagaan kek lapis yang diusahakannya, penyanyi lagu Sedalam Mana Cintamu ini berkata, dia hanya mensasarkan untuk menerima tempahan kira-kira 200 biji kek sahaja kerana komitmen masa.
“Alhamdulillah, tempahan daripada ornag ramai sangat meriah. Saya sampai tidak cukup tangan untuk memenuhi tempahan orang.
“Memandangkan saya juga sibuk dengan keluarga dan anak-anak, cukuplah kalau saya terima 200 tempahan sahaja. Itu pun sudah memadai,” katanya.
Hasil perkahwinan terdahulu, Safura turut mempunyai dua anak iaitu Nurul Natasha, 17, dan Muhammad Daniel Khaqim, 11.
Safura, Sharonizam dapat penawar
SUDAH dua tiga hari Diva dapat berita gembira tentang pasangan pelakon, Safura Yaacob dan suaminya, Sharonizam Noor yang baru sahaja menerima kehadiran cahaya mata baharu.
Yelah, dah lama tak dengar cerita mereka berdua selepas tragedi September lalu. Masa itu hidup pasangan itu jadi kelam apabila cahaya mata pertama hasil pernikahan mereka, Nur Aisyah Mariam, 3, meninggal dunia akibat demam panas.
Selang lebih seminggu, bapa Safura pula meninggal dunia. Besar sungguh dugaan yang Allah turunkan kepada Safura dan keluarganya.
Tuhan itu Maha Adil, sebab dalam perut Safura ketika itu ada anugerah yang tidak ternilai. Itu juga punca kepada kekuatan Safura agaknya.
Mungkin untuk tanamkan lagi kasih mereka terhadap Mariam, Safura dan suami namakan bayi baharu mereka sebagai Zara Nur Aisyah, sempena nama Mariam juga.
Diva harapkan kehadiran Zara yang lahir pada 3 Januari di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) itu boleh pulihkan semangat Safura yang dah banyak mengalirkan air mata sebelum ini.
Safura Mengaji Al-Quran Bila Teringat Arwah Anak
PETALING JAYA: Pelakon Safura Yaacob mengikut pesanan arwah bapanya untuk membaca surah Al-Fatihah dan mengaji Al-Quran apabila teringatkan arwah anaknya, Nur Aisyah Mariam yang meninggal dunia pada 12 September lalu.
Menurut Safura, beberapa hari sebelum arwah bapanya meninggal dunia selepas pemergian anaknya, arwah bapanya sempat memberikan nasihat dan pesanan.
“Arwah bapa saya memahami perasaan saya yang kehilangan anak dan sehingga sekarang saya masih terkenangkan Mariam dan terpaksa menangis untuk melepaskan perasaan ini.
“Bagaimanapun dalam masa yang sama saya reda dengan pemergiannya dan arwah ayah pesan kalau teringatkan dia, selalu baca Al-Fatihah dan mengaji untuk mendapat jiwa yang lebih tenang,” katanya kepada mStar Online.
Selepas kehilangan dua insan tersayang, Safura yang sedang hamil lebih 7 bulan diuji lagi apabila anaknya yang keempat, Yusoff Firdaus berusia 1 tahun 11 bulan dimasukkan ke hospital kerana mengidap demam dan paru-paru berair.
“Alhamdulillah, selepas dikeluarkan dari hospital pada dua minggu lalu, Yusoff sudah sembuh dan boleh menjalani kehidupan seperti biasa.
“Sekarang, saya juga terpaksa berehat daripada lakonan disebabkan sedang sarat mengandung.
“Apabila saya menyibukkan diri dengan anak-anak, sekurang-kurangnya rasa sedih kepada Mariam terubat sedikit,” ujarnya.
Safura bakal muncul dalam supertelefilem Parit Jawa di Astro Box Office Movie Tayangan Hebat (saluran 952) pada Disember ini.
"DIA sedang bercakap tentang sabar" - Safura
PETANG, ya saya sengaja memilih untuk menghubunginya pada lewat petang itu. Saya fikir pada ketika itu, dia sudah agak tenang, suasana di rumah kembali ke asal, tidak lagi ramai tetamu bertandang.
Sebenarnya saya tidak malu untuk mengatakan betapa saya berasa sangat ralat, kerana pada saat-saat dia dilanda dugaan, tidak sempat untuk menghadirkan diri menziarah. Sekadar memberi pelukan yang kemas dan erat kepada seorang sahabat sepertinya, kadangkala kita terkandas dengan tekanan lain yang sering menghambat.
Panggilan saya dijawab dengan suara yang begitu lemah. Dia di hujung talian dan sebaik saya bersuara, esakan kecilnya menjadi semakin kuat kedengaran.
“Along, anak aku sudah tak ada. Anak aku sudah mati, dia sudah tak ada Long,” demikian ayat pertama yang terluah. Di sebalik esak tangisnya, saya mendengar setiap biji butir perbualannya dengan jelas, meskipun dalam tonasi paling minimun.
Sahabat saya, Safura Yaakob diuji dengan kehilangan anak perempuan keduanya dan yang pertama bersama suami yang juga pelakon Shahronizam Noor, awal minggu lalu.
Nur Aisyah Mariam, tiga tahun meninggal dunia selepas Maghrib pada petang Isnin, kerana demam berpanjangan dan jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Masjid Al-Ridhuan, Hulu Klang esoknya.
Selain Nur Aisyah Mariam, pasangan ini turut mempunyai seorang anak lelaki berusia setahun, Yusoff Firdaus.
Safura juga turut mempunyai dua anak lagi hasil perkahwinan terdahulu, Nurul Natasha, 17 dan Muhammad Daniel Khaqim, 11.
Nur Aisyah Mariam, anak kecil yang sebaya dengan anak kedua saya, menghadap Illahi pada usia yang belum mengenal apa-apa. Dalam tiga tahun kehidupan, yang dia tahu hanyalah siapa ibu dan siapa ayah, selebihnya anak sekecil itu hanya berserah kepada kita yang dewasa untuk memimpin perjalanan hidupnya.
“Allah bagi pinjam sekejap sangat, aku reda dia pergi walaupun tak dapat hendak bayangkan hari-hari kami tanpa dia.
“Selama ini aku ingat aku seorang yang kuat, datanglah pelbagai dugaan apa sekalipun, aku melangkah dengan tenang.
“Tetapi kehilangan Mariam membuatkan aku sedar yang aku sebenarnya sebagai hamba Allah, kita ini tidak sekuat mana,” katanya.
Menurut Safura, suaminya Shahrol yang lebih terkesan. Apatah lagi, Mariam adalah anak sulung lelaki itu yang setiap hari akan menunggu untuk menjadi peneman tidur si ayah.
“Tempat paling selesa untuk dia tidur adalah di atas dada Shahrol. Kalau dia sakit, dia hendak apa saja, dia akan minta dengan Shahrol sebab mereka memang lebih rapat. Sebab itu selepas kehilangan dia, Shahrol terlalu lemah,”adu Safura.
Benar, setiap yang hidup pasti akan melalui episod kematian. Pun, kehilangan yang secara tiba-tiba, tanpa sebarang alamat memang begitu terkesan. Sebagai sahabat, apa yang boleh saya katakan kepada Safura dan Shahrol hanyalah bersabar dengan segala ujian ini. Percayalah, Dia tidak akan memilih kita untuk diuji, seandainya Dia tahu kita bukanlah orang yang mampu menghadapi segala ujian yang diberi.
Terakhirnya, sebelum kami saling mengucapkan salam selamat tinggal, Safura berkata lagi “Agaknya aku ni banyak dosa, Allah ambil anak aku, kan?’’katanya.
Aduh, saya semakin sebak dan sempat membisikkan “Pora, Dia sedang berbicara padamu tentang sabar dan reda. Gali hikmah daripada kehilangan ini sahabat.”
Al-Fatihah untuk Nur Aisyah Mariam.
Perginya permata hati Safura
MASIH jelas terbayang di mata aktres dan penyanyi Safura Yaacob bagaimana keletah Nur Aisyah Mariam, tiga tahun, anak sulungnya hasil perkahwinannya dengan aktor Sharonizam Noor.
Suara Aishah meminta itu dan ini juga masih terngiang-ngiang di telinganya. Rengekan dan hilai tawanya menjadi penawar duka Safura sekeluarga.
Namun, kini semua itu hanya tinggal kenangan yang cukup perit untuknya apabila Mariam menghembuskan nafas terakhir pada Isnin lalu pada pukul 9 malam di Hospital Ampang Puteri kerana demam berpanjangan.
“Arwah demam panas dan batuk, saya ada bawa dia ke Hospital Ampang dan doktor kata demam biasa walaupun saya lihat nafasnya seperti terganggu.
“Selepas tiga hari iaitu pada hari Isnin, saya lihat keadaannya bertambah lemah, jadi saya hantar dia ke Hospital Ampang Puteri dalam pukul 10 pagi memandangkan dia ada rekod di sana sebelum ini.
“Bila sampai di sana, doktor kata keadaannya sudah teruk kerana disebabkan batuk dia diserang asma walaupun dia tidak ada sejarah penyakit asma. Doktor rawat dia, saya lihat keadaannya okey dan boleh minum susu seperti biasa.
“Dalam tengah hari saya keluar sekejap kerana ada mesyuarat, saya tinggalkan dia dengan suami. Saya janji nak belikan biskut untuk dia tetapi tidak sempat,” cerita Safura dalam linangan air mata.
Bagaimanapun apabila Safura tiba di hospital kira-kira pukul 7 petang, anaknya berada dalam keadaan nazak dan telah dihantar ke Unit Rawatan Rapi Koronari (CCU).
“Daripada sebalik tirai saya nampak dia meronta-ronta tapi dia nampak lemah sangat. Doktor kata, badannya telah menolak semua ubat yang dimasukkan sebelum itu. Dalam dua jam di CCU, dia telah meninggal dunia
“Saya reda dengan ketentuan Allah kerana Allah lebih menyayanginya, tetapi saya tidak tahu bagaimana untuk menyesuaikan diri tanpa arwah,” tuturnya lagi yang kini sedang sarat mengandung anak ketiga yang kini berusia lima bulan.
Luah Safura, meskipun anaknya telah meninggalkannya, sebagai ibu dia telah melakukan yang terbaik dan menuruti segala kehendak anaknya itu.
“Kami sempat menyambut hari jadinya pada 23 Ogos lalu, kami lakukan sambutan hari lahir serentak dengan suami yang lahir pada 24 Ogos di rumah opahnya di Gombak.
“Arwah mahukan kek warna merah jambu, saya buat sendiri kek cawan comel-comel bentuknya dan berwarna merah jambu seperti mana permintaan arwah. Alhamdulillah, segala permintaannya saya tunaikan,” tutur Safura ketika ditemui pada majlis tahlil di kediamannya di Tasek Tambahan Ampang, pada Selasa lalu.
Kata Safura ketika memberi ciuman terakhir kepada arwah anaknya, dia sempat berbisik kepada arwah, jika anak yang dikandungnya perempuan, dia akan memberi nama yang sama seperti nama arwah.
“Selepas jenazah disembahyangkan, saya menciumnya dan berbisik kepadanya, kalau bayi yang lahir adalah perempuan, saya akan letak nama yang sama seperti namanya,” ucapnya.
Suaminya Sharonizam Noor juga tidak dapat menahan sebak kerana arwah cukup manja dengannya.
“Saya tidak tahu bagaimana untuk cakap keadaan kami sekarang, Mariam manja dengan saya kerana sepanjang bulan Ramadan saya lebih banyak berada di rumah.
“Jadi, saya yang uruskan segala kelengkapan hariannya. Sebelum arwah pergi, dia gelisah mungkin kerana badannya sakit, ada sahaja permintaannya, dan sebagai bapa saya ikutkan sahaja kerana dia dalam keadaan tidak sihat,” katanya.
Bagaimanapun, Sharonizam sempat meluahkan perasaan terkilannya pada Hospital Ampang kerana gagal mengesan penyakit anaknya lebih awal.
“Saya tidak mahu ambil tindakan undang-undang, cuma saya akan buat aduan secara rasmi bukan untuk saya tetapi saya tidak mahu perkara yang sama terjadi kepada orang lain.
“Doktor kata demam biasa sahaja sedangkan ketika itu saya tanya berkali-kali pada doktor kerana saya lihat nafasnya terganggu. Tetapi siapalah saya mahu menidakkan pandangan doktor kerana mereka lebih arif. Cuma saya harap pihak hospital tidak mengulangi kesilapan yang sama,” ujarnya.
Jenazah arwah Nur Aisyah Mariam selamat dikebumikan di tanah perkuburan Islam, Masjid Al-Ridhuan, Hulu Klang.
Selain Mariam, Safura mempunyai seorang lagi anak bersama Sharonizam iaitu Yusoff Firdaus, setahun. Hasil perkahwinan Safura sebelum ini, dia dikurniakan dua anak, Nurul Natasha, 17, dan Muhammad Daniel Khaqim, 11.
Anak Safura Meninggal Dunia Demam Panas
Anak kepada penyanyi dan pelakon, Safura, telah meninggal dunia akibat diserang demam panas. Nur Aisyah Mariam, 3, meninggal dunia kira-kira pada 7.30 malam semalam. Jenazah Nur Aisyah akan dikebumikan di Ampang hari ini.
Selain Nur Aisyah Mariam, Safura dan suaminya yang juga seorang pelakon, Sharonizam Noor , pasangan ini turut mempunyai seorang anak lelaki berusia setahun, Yusoff Firdaus.
Safura juga turut mempunyai dua anak lagi hasil perkahwinan terdahulu, Nurul Natasha, 17 dan Muhammad Daniel Khaqim, 11.
Takziah MH ucapkan buat Safura dan suaminya serta keluarga.
Al-Fatihah
Safura Ampunkan Ifa Raziah

PETALING JAYA: Pelakon Safura Yaacob dengan hati terbuka mengampun dan memaafkan perbuatan penyanyi Ifa Raziah yang telah memberi tohmahan buruk dengan menuduhnya sebagai pelakon wanita murahan di sebuah laman sosial, Sabtu lalu.
Safura berkata, dia turut mengikut nasihat ibunya supaya mengambil tindakkan sedemikian bagi memastikan masalah di antara mereka yang terjadi sejak lebih sepuluh tahun lalu tidak terus berpanjangan.
“Saya sudah memaafkan perbuatan dia yang tergamak mengelar saya dengan pelbagai bahasa-bahasa kasar.
“Ibu saya yang mengetahui perkara itu menasihati agar tidak perlu melayan perkara tersebut kerana kita sendiri terkejut kenapa penyanyi itu tergamak mengeluarkan bahasa sedemikian,” katanya ketika dihubungi mStar Online Jumaat.
Safura diminta mengulas kenyataan pelakon dan penyanyi Ifa Raziah yang telah melemparkan kata-kata kesat terhadapnya dalam sebuah laman sosial Twitter berikutan kenyataan Safura mengenai hubungan mereka di sebuah program hiburan televisyen baru-baru ini.
Dalam program itu Safura menceritakan perkembangan peribadinya selama ini selain memaklumkan masalah mengenai kes mahkamah di antara dia dengan pelakon terbabit sudah selesai.
Safura berkata, dia enggan memberi ulasan lanjut atau mengecam semula tindakan artis itu kerana dia percaya manusia yang bersikap demikian tidak pernah berasa kesal dengan apa yang dilakukannya.
“Tidak guna saya memarahi atau membalas tindakannya kerana saya tahu orang seperti itu tidak akan pernah menyesal dengan tindakkannya dan ia akan memburukkan lagi keadaan.

“Lagi pula saya tahu ramai orang yang berpihak dan membela saya. Mereka sendiri tahu siapa betul dan siapa yang salah,” katanya.
Sementara itu, ditanya mengenai dakwaan Ifa Raziah bahawa Safura masih belum menyelesaikan kos mahkamah sebanyak RM500 membabitkan saman di antara mereka seperti mana yang diarahkan, ujar Safura bayaran tersebut sudah dijelaskan melalui peguamnya.
Kata Safura, dia terkejut apabila Ifa Raziah menuduhnya tidak menjelaskan bayaran tersebut sehingga kini sedangkan dia telah berbuat demikian apabila mendapat perintah daripada pihak mahkamah.
“Saya terkejut kenapa dia menuduh saya tidak menjelaskan bayaran tersebut kerana denda RM500 itu sudah diselesaikan pada hari pertama saya diperintahkan membayar.
“Namun bayaran itu diberikan kepada mahkamah melalui peguam saya dan bukan kepada penyanyi itu. Saya tidak berhutang apa-apa dengan dia. Dia sepatutnya bertanya kepada mahkamah mengenai perkara itu,” katanya kesal.
Dalam pada itu, Safura yang berumah tangga dengan pelakon Sahronizam Noor mengakui hidupnya kini lebih tenang.
“Kehidupan saya kini lebih bahagia dan tenang bersama keluarga. Suami saya banyak memberi sokongan terutamanya dalam hal kerjaya lakonan,
“Saya juga sentiasa mengingatkan diri agar tidak menjadi hamba yang dilaknat oleh Allah,” katanya.
Dalam perkembangan lain Ifa Raziah menerusi status Facebook miliknya Rabu lalu memohon maaf daripada peminatnya yang mungkin terasa hati akibat kata-kata kurang enak dilemparkan terhadap mereka sebelum ini.
Pelakon itu berkata dia tiada niat untuk menghina mereka dan mengambil pendekatan untuk berdamai.
"Ifa memohon ampun dan maaf buat peminat-peminat semua. Sama ada peminat Ifa ataupun bukan, sedikit pun sebesar zarah tak ada niat Ifa nak menghina anda semua," katanya.
Sebelum ini Safura pernah mengemukakan tuntutan ganti rugi sebanyak RM500,000 daripada Ifa Raziah dengan mendakwa penyanyi dangdut itu telah secara salah dan dengan niat jahat kepada wartawan untuk menulis, mencetak dan menyiarkan kenyataan mengenainya (Safura) dalam majalah Media Hiburan edisi 10-16 Oktober, 1998 dan edisi 31-06 November, 1998.
Safura mendakwa Ifa Raziah telah mengadakan temu bual dengan wartawan majalah itu dan memberitahu dia (Ifa Raziah) baru sahaja sembuh daripada penyakit ganjil serta penyakit itu disebabkan oleh seorang rakan artis.
Dalam pembelaannya, Ifa Raziah mengaku memberitahu wartawan yang dia baru sahaja sembuh daripada penyakit ganjil tetapi menafikan membuat kenyataan bahawa penyakit itu disebabkan oleh seorang rakan artis iaitu Safura.
Safura bagaimanapun tewas dalam tuntutan itu sebaliknya perlu membayar kos mahkamah sebanyak RM500.
Sementara itu, peguam kepada Ifa Raziah, Shamsul Anwar yang menghubungi mStar Online lewat petang Jumaat berkata Safura sebenarnya salah faham berhubung wang RM500 itu.
Katanya, pihak Safura sepatutnya menjelaskan wang berkenaan kepada anak guamnya berikutan persetujuan kedua-dua belah pihak di mana Safura diperintahkan membayar kepada Ifa Raziah jika ingin menarik semula kes tersebut.
“Kes tersebut memang sudah selesai tetapi kami belum menerima bayaran RM500 yang sepatutnya diselesaikan itu daripada peguam Safura sehingga hari ini.
“Dia salah faham bahawa bayaran itu perlu dibuat kepada Ifa Raziah bukan kepada mahkamah. Sementara itu kes tuntutan ganti rugi RM100,000 yang dikemukakan Ifa Raziah terhadap Safura masih lagi berjalan,” katanya.
Subscribe to:
Posts (Atom)
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
