Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Showing posts with label Sam ( Bunkface ). Show all posts
Showing posts with label Sam ( Bunkface ). Show all posts

Sam (Bunkface) Sedia Kahwin Aida

Vokalis kumpulan Bunkface iaitu Sam menjelaskan akan mengumumkan tarikh perkahwinannya dengan seorang penerbit rancangan bernama Aida Azila jika perkara tersebut sudah benar-benar pasti. Sam atau nama penuhnya Shamsul Annuar Mohd Baharom, 27, berkata, dia memang ada perancangan untuk berumah tangga, namun masih mencari masa yang sesuai. "Saya hanya merancang tapi Allah yang akan menentukannya. Apa yang saya boleh cakap kalau ada rezeki… adalah. "Saya tidak mahu cakap apa-apa buat masa sekarang kerana takut kalau tidak jadi nanti orang akan bertanya. Seelok-eloknya biarlah kalau ianya benar-benar pasti baru saya akan beritahu kepada semua," ujarnya kepada mStar Online pada majlis pelancaran album ketiga Bunkface berjudul Malam Ini Kita Punya, di The Bee, Publika, di sini, Khamis. Dalam pada itu, Sam minta peminat mendoakan sesuatu yang terbaik untuk perhubungan tersebut.
Sementara itu, bercerita tentang album ketiganya itu, Sam berkata, keseluruhan lagu ini banyak berkisarkan tentang perjuangan Bunkface selama lapan tahun dalam industri muzik tanah air. Katanya, pemilihan lagu berjudul Malam Ini Kita Punya sebagai tajuk album adalah kerana ia mempunyai kekuatan tersendiri dan menunjukkan kematangan muzik Bunkface. "Kami biasa akan buat lagu mengikut isu semasa, kali ini banyak lagu adalah tentang industri muzik kita yang sedang merudum sekarang dan tentang perjuangan kami sebagai anak seni. "Seperti lagu Malam Ini Kita Punya adalah meluahkan tentang kepuasan kami selepas berusaha untuk melakukan sesuatu perkara itu sehingga berjaya terutama dalam bidang nyanyian," ujarnya. Sementara itu, ketika ditanya bagaimana mereka mempertahankan ahli kumpulan tersebut agar terus kekal, Sam berkata ketiga-tiga mereka saling memerlukan dalam industri seni ini. Katanya, persahabatan yang terjalin sejak di bangku sekolah membuatkan mereka saling memahami antara satu sama lain. "Kami sudah kenal lama ketiga zaman kecil lagi, jadi sudah dapat baca perangai masing-masing. Bohonglah kalau tidak pernah bergaduh tetapi ia tidak sampai menjejaskan kumpulan ini. "Pada saya kami bertiga ini saling memerlukan untuk berada dalam industri," ujarnya. Album Malam Ini Kita Punya yang diterbitkan oleh Sony Music Malaysia ini memuatkan tujuh buah lagu termasuk sebuah lagu bonus berjudul Anugerah Syawal. Tujuan buah lagu tersebut ialah Malam Ini Kita Punya, Darah Muda, Orang Kita, Rentak Laguku, Kembali, Goyang dan Salam.

Sam Nafi Juliana Evans Punca Pengurus Bunkface 'Disingkirkan'


Sam (kiri) ketika sidang media konsert Hypptunes Rock The World 2009.

TIADA angin, tiada ribut, tiba-tiba saja pengurus Bunkface, Zara Ismail dikhabarkan telah meninggalkan band indie tersebut.

Walhal Zara baru bersama Bunkface selama enam bulan. Kononnya, Zara 'disingkirkan' gara-gara aktres/pengacara Juliana Evans, 20, yang juga kekasih kepada vokalis band itu Sam.

Khabar angin mengatakan Zara dan Juliana memang tidak boleh 'berlaga angin'.

Ketika ditemui di konsert "Fly FM's 4th Fly-Anniversary" yang berlangsung di Central Park Avenue, 1 Utama, Bandar Utama minggu lepas, Sam atau nama sebenarnya Shamsul Annuar, 22, mengakui kumpulannya kini mempunyai pengurus baru sejak tiga bulan lalu.

"Zara sibuk dengan kerjanya dan syarikatnya dan kami pula mempunyai haluan sendiri. Jadi kita berpisah macam itulah....

"Itu juga atas permintaannya sendiri," katanya sambil menambah pengganti Zara ialah Peah, seorang kawan lamanya.

Bunkface yang dianggotai oleh Sam, Paan (Ahmad Farhan Hashim, 22) dan Youk (Muhammad Farouk Jaafar, 20) sudah tiga tahun ditubuhkan.

Apabila ditanya sama ada Juliana merupakan faktor Zara berpisah dengan Bunkface, Sam agak keberatan memberi komen.

Ternyata, Sam kurang selesa dengan soalan itu.

"Itu dari mulut orang lain. Tidak ada kebenaran dengan gosip sebegitu. Saya tiada komen," jawab Sam secara ringkas menafikan gosip tersebut.

Malah katanya, Bunkface dan Zara masih menjalin perhubungan yang baik.

Ketika ditanya bila dia akan berkahwin, Sam tiba-tiba "menjerit": "Wow, ia di luar kotak fikiran saya sekarang.

"Saya masih muda lagi dan biarlah saya menguruskan karier dengan baik dulu sebelum berkahwin."

Sementara itu, Sam memberitahu Bunkface bakal mengeluarkan album baru yang memuatkan 10 buah lagu pada awal tahun depan.

Sam yang dilahirkan di Basildon, England berharap orang ramai dapat menghargai lagu-lagu ciptaan band indie.

Lagu-lagu popular Bunkface termasuk Bunk Anthem, Situasi, Silly Lily, High School Rocker, Tired Misson, Revolusi, Fine, Land Of Hope, Last Minute, Hyper Killer, Our Way, Prom Queen dan Through My Window.

Bunkface mengungguli Shout! Awards yang julung kali diadakan di Stadium Putra, Bukit Jalil dengan kemenangan 'hattrick' iaitu meraih anugerah Rockstar dan Break Out bagi kategori muzik selain anugerah The Ultimate Shout! Award.

Kemenangan besar Bunkface di Anugerah Shout! Award membuka mata pihak One Movement For Music Perth (OMFM) untuk menjemput mereka ke Perth.

Sekaligus undangan ini memberi ruang untuk Bunkface membuat persembahan selama 30 minit. Festival ini berlangsung dari 16 hingga 18 Oktober 2009 di Perth Australia.

"Itu adalah satu pengiktirafan yang tinggi untuk band indie tempatan terutamanya kepada Bunkface," kata Sam.

Sam (Bunkface) buat hal!


KALAU cerita perihal si Sam, kumpulan Bunkface ini tentu ramai sudah tahu fasal kisah cintanya dengan pelakon Juliana Evans. Sampaikan Joyah dengar oleh kerana tak mahu bersoal jawab tentang kisah cinta, Sam tak mahu buat fotografi dengan beberapa majalah.

Relakslah Sam. Bukan semua reporter minat nak tahu tentang kisah cinta anda sahaja. Kisah kerjaya anda pun ramai nak tahu.

Iyalah, bukannya apa, selama dua hari hingga hari ini, kumpulan ini dipilih oleh 8TV untuk mengadakan persembahan di One Movement for Music Perth 2009 (OMFM) di Australia.

Joyah dikhabarkan 80 band berkumpul di sana dan buat persembahan. Inilah masanya kita nak tunjukkan bakat anak Malaysia pula.

Tapi dalam dok syok mendengar khabar itu, yang tak sedapnya, Joyah juga terdengar perihal sikap kurang enak si Sam ini.

Bukannya apa. Baru-baru ini ada satu sidang akhbar dan seperti biasalah mestilah ada wartawan yang mahu menemuramah Sam bersama dua lagi anggota Bunkface, Paan dan Youk.

Tapi bukan sahaja mereka tak dapat menemuramah si Sam malah bayangannya pun sampai ke sudah entah ke mana.

Pada hal awalnya ketika wartawan memberitahu mereka mahu menemuramah, dia sudah berjanji tetapi meminta waktu sebentar untuk menemui orang.

Tapi janji hanya tinggal janji. Orang yang ditunggu tak tiba dan dengarnya dia sibuk melayan kawan-kawannya hingga lupa dengan janji yang ucapkan.

Helo Sam, kalau tak nak diinterbiu cakap sahaja awal-awal. Tak perlulah mereka tertunggu-tunggu. Mereka pun ada kerja lain yang nak dibuat.

Nasib baik Paan dan Youk terus setia menunggu dan menjawab segala persoalan tanpa banyak songeh.
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
free counter

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails