Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Sam (Bunkface) buat hal!


KALAU cerita perihal si Sam, kumpulan Bunkface ini tentu ramai sudah tahu fasal kisah cintanya dengan pelakon Juliana Evans. Sampaikan Joyah dengar oleh kerana tak mahu bersoal jawab tentang kisah cinta, Sam tak mahu buat fotografi dengan beberapa majalah.

Relakslah Sam. Bukan semua reporter minat nak tahu tentang kisah cinta anda sahaja. Kisah kerjaya anda pun ramai nak tahu.

Iyalah, bukannya apa, selama dua hari hingga hari ini, kumpulan ini dipilih oleh 8TV untuk mengadakan persembahan di One Movement for Music Perth 2009 (OMFM) di Australia.

Joyah dikhabarkan 80 band berkumpul di sana dan buat persembahan. Inilah masanya kita nak tunjukkan bakat anak Malaysia pula.

Tapi dalam dok syok mendengar khabar itu, yang tak sedapnya, Joyah juga terdengar perihal sikap kurang enak si Sam ini.

Bukannya apa. Baru-baru ini ada satu sidang akhbar dan seperti biasalah mestilah ada wartawan yang mahu menemuramah Sam bersama dua lagi anggota Bunkface, Paan dan Youk.

Tapi bukan sahaja mereka tak dapat menemuramah si Sam malah bayangannya pun sampai ke sudah entah ke mana.

Pada hal awalnya ketika wartawan memberitahu mereka mahu menemuramah, dia sudah berjanji tetapi meminta waktu sebentar untuk menemui orang.

Tapi janji hanya tinggal janji. Orang yang ditunggu tak tiba dan dengarnya dia sibuk melayan kawan-kawannya hingga lupa dengan janji yang ucapkan.

Helo Sam, kalau tak nak diinterbiu cakap sahaja awal-awal. Tak perlulah mereka tertunggu-tunggu. Mereka pun ada kerja lain yang nak dibuat.

Nasib baik Paan dan Youk terus setia menunggu dan menjawab segala persoalan tanpa banyak songeh.
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
free counter

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails