Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Showing posts with label Sari Yanti. Show all posts
Showing posts with label Sari Yanti. Show all posts

Dua Tahun 'Solo', Sari Yanti Belum Sedia Kahwin Lagi

Pelakon Sari Yanti masih belum terfikir untuk mencari pengganti selepas bercerai dengan bekas suaminya, Mohd Edy Casmadi Che Hussin pada 11 Disember 2014. Pemilik nama sebenar Sari Yanti Mohamad Nazari, 32, itu berkata, buat masa ini dia selesa dengan kehidupan solo selain dapat memberi fokus kepada pembesaran dua anak lelaki dan karier seninya. "Jujurnya saya sendiri tidak tahu sama ada saya sudah bersedia atau pun tidak untuk berkahwin semula. "Pada tahap sekarang saya tidak terlalu memikirkan soal perkahwinan kerana sibuk menguruskan anak-anak selain karier juga padat dengan pelbagai aktiviti," katanya kepada mStar Online. Sari Yanti dan Mohd Edy berkahwin pada 16 Januari 2009 dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Barr Al Aliy, 6, dan Basit Al-Haq, 4. Dalam pada itu, Sari Yanti berkata, sebagai manusia biasa perasaan sunyi dan ingin hidup dalam alam rumah tangga adalah perkara biasa dan mengakui pernah berfikir mengenainya.
Bagaimanapun dia menyerahkan perkara itu kepada jodoh dan ketentuan Allah. "Jika saya belum pernah berkahwin mungkin saya agak risau kerana belum berumah tangga tetapi saya sudah melalui kitaran berkahwin, mempunyai anak dan bercerai. "Ada saya terfikir tentangnya tetapi ia sekadar itu sahaja dan tidak terburu-buru pun hendak mencari pengganti. "Insya-Allah jika ada jodoh pasti saya berkahwin dan menyerahkan segala-galanya kepada ketentuan Ilahi," jelasnya. Dalam perkembangan lain, Sari Yanti berkata, dia kini lebih selektif terhadap tawaran lakonan diberikan kepadanya kerana ingin menyesuaikan masa anak-anaknya. "Saya seboleh-bolehnya tidak mahu mengambil projek yang memerlukan waktu panjang di lokasi kerana anak-anak pun sudah bersekolah jadi keperluan mereka perlu saya utamakan. "Atas sebab itu juga saya banyak mengambil tawaran telefilem berbanding drama bersiri kerana waktu penggambaran lebih pendek," katanya. Sementara itu, Sari Yanti berkata, dia bakal muncul dalam sebuah drama berjudul Lip Lap Raya yang menggandingkannya dengan pelakon berasal dari Uzbekistan, Daler Yusof.

Sari Yanti Ingin Serius Jadi Penerbit Drama

Pelakon Sari Yanti yang baharu berjinak-jinak dalam bidang penerbitan mengakui mendapat banyak permintaan daripada stesen televisyen bagi menerbitkan lagi drama selepas terbitan pertamanya berjudul Pengancam Perkahwinan disiarkan di Astro Ria akhir tahun 2013. Bagaimanapun, Sari Yanti berkata, perkara tersebut masih dalam perancangan berikutan tiga lagi rakan kongsi dalam syarikat penerbitannya Media Glow iaitu pelakon Tam Shuhaimi, Farish Aziz dan Intan Ladyana kini sibuk dengan komitmen masing-masing. "Alhamdulillah selepas tayangan drama itu kami banyak dapat maklum balas yang positif dan ada stesen yang minta untuk kami terbitkan lagi daram-drama berbentuk begitu. "Namun buat masa ini kami masing-masing belum ada masa untuk berbincang kerana semua sibuk dnegan komitmen dan penggambaran drama," katanya kepada mStar Online. Drama Pengancam Perkahwinan berjaya dicalonkan dalam kategori Lakon Layar Komedi Terbaik (TV) pada Anugerah Lawak Warna 2014 yang akan berlangsung pada 19 September ini di Teater Selangor, Shah Alam. Tambah Sari Yanti, pencalonan yang diterima itu merupakan pembakar semangatnya untuk lebih serius dalam bidang penerbitan. "Ini memang impian saya untuk menceburi bidang penerbitan, sebagai pendatang baru pencapaian ini sudah boleh membangga kami. "Insya-Allah, dengan pencalonan ini sedikit sebanyak beri semangat kepada kami berempat untuk cari idea untuk menghasilkan produk yang urban dan lebih berkualiti," ujarnya. Pengancam Perkahwinan mengisahkan mengenai dua sahabat baik sejak di bangku sekolah. Bagaimanapun, kerana sikap ego dan cemburu masing-masing yang tinggi mereka bertukar menjadi seteru.

'Tanya Dia, Jangan Tanya Saya' - Suami Sari Yanti

Suami kepada pelakon dan peserta program Fear Factor Musim Kedua, Sari Yanti iaitu Mohd Edy Casmadi Che Hussin meminta pihak media tidak bertanya sebarang soalan mengenai keretakan rumah tangganya bersama wanita berkenaan kepadanya. Mohd Edy, 34, ketika ditemui diperkarangan Mahkamah Rendah Syariah Subang Bestari di sini pada Khamis berkata, dia tidak mempunyai sebarang sebab untuk mengulas mengenai perkara itu memandangkan dia bukan seorang selebriti. "Tanya dia, jangan tanya saya. Lebih baik dia (Sari Yanti) yang memberikan komen mengenai perkara ini kerana saya bukannya selebriti," katanya kepada mStar Online. Pada 25 Februari lalu, Sari Yanti atau nama sebenarnya Sari Yanti Mohamad Nazari, 30, menfailkan permohonan cerai terhadap suaminya di Mahkamah Syariah Seremban, Negeri Sembilan. Usaha untuk memperbaiki keadaan juga tidak berhasil apabila kedua-dua belah pihak tidak hadir untuk mengikuti proses sulh (berdamai) yang sepatutnya berlangsung di Kompleks Mahkamah Syariah Seremban, pada Rabu lalu. Mengulas mengenai perkara berkenaan, Mohd Edy secara ringkas memberitahu; "Saya tidak bersetuju dengan penceraian". Terdahulu, Mohd Edy hadir di mahkamah tersebut bagi sebutan permohonan kembali taat dan nusyuz yang difailkannya terhadap Sari Yanti selaku defendan pada 7 Mac lalu dihadapan Hakim Syarie, Abdul Halim Abu Samah.
Permohonan itu dibuat mengikut Seksyen 60 (2) Enakmen Undang-undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003. Pada prosiding berkenaan, Mohd Edy memberitahu mahkamah, isterinya telah pun dimaklumkan mengenai permohonan itu bagaimanapun dia sebagai plaintif gagal untuk menyerahkan surat saman kepada wanita berkenaan. "Saya pertama kali cuba membuat penyerahan saman tersebut kepadanya di rumah beralamat di Petaling Jaya namun defendan tidak berada di rumah. "Saya kemudiannya sekali lagi cuba menyerahkan saman sama di kediaman keluarga Sari Yanti di Kuala Pilah, Negeri Sembilan namun usaha itu juga gagal," katanya. Mohd Edy bagaimanapun berkata, saman berkenaan hanya diserahkan kepada kakak kepada defendan. Dalam pada itu, peguam syarie, Munirah A. Bakar yang mewakili Mohd Edy berkata, pihaknya menfailkan afidavit penyampaian saman berkenaan dan menyerahkan kepada mahkamah pada 19 Mac. Munirah turut memohon kepada mahkamah supaya penyampaian surat saman berkenaan dapat dibuat secara tampalan di rumah defendan di Kuala Pilah. Hakim Abdul Halim membenarkan permohonan berkenaan dan mengarahkan ia difailkan secara bertulis kepada mahkamah. Kes ditangguh untuk sebutan semula pada 30 April depan. Hasil perkongsian hidup dengan Mohd Edy Casmadi selama lima tahun, Sari dikurniakan dua anak lelaki iaitu Barr Al Aliy, 4, dan Basit Al-Haq, 2.

'Tanya Dia, Jangan Tanya Saya' - Suami Sari Yanti

Suami kepada pelakon dan peserta program Fear Factor Musim Kedua, Sari Yanti iaitu Mohd Edy Casmadi Che Hussin meminta pihak media tidak bertanya sebarang soalan mengenai keretakan rumah tangganya bersama wanita berkenaan kepadanya. Mohd Edy, 34, ketika ditemui diperkarangan Mahkamah Rendah Syariah Subang Bestari di sini pada Khamis berkata, dia tidak mempunyai sebarang sebab untuk mengulas mengenai perkara itu memandangkan dia bukan seorang selebriti. "Tanya dia, jangan tanya saya. Lebih baik dia (Sari Yanti) yang memberikan komen mengenai perkara ini kerana saya bukannya selebriti," katanya kepada mStar Online. Pada 25 Februari lalu, Sari Yanti atau nama sebenarnya Sari Yanti Mohamad Nazari, 30, menfailkan permohonan cerai terhadap suaminya di Mahkamah Syariah Seremban, Negeri Sembilan. Usaha untuk memperbaiki keadaan juga tidak berhasil apabila kedua-dua belah pihak tidak hadir untuk mengikuti proses sulh (berdamai) yang sepatutnya berlangsung di Kompleks Mahkamah Syariah Seremban, pada Rabu lalu. Mengulas mengenai perkara berkenaan, Mohd Edy secara ringkas memberitahu; "Saya tidak bersetuju dengan penceraian". Terdahulu, Mohd Edy hadir di mahkamah tersebut bagi sebutan permohonan kembali taat dan nusyuz yang difailkannya terhadap Sari Yanti selaku defendan pada 7 Mac lalu dihadapan Hakim Syarie, Abdul Halim Abu Samah. Permohonan itu dibuat mengikut Seksyen 60 (2) Enakmen Undang-undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003. Pada prosiding berkenaan, Mohd Edy memberitahu mahkamah, isterinya telah pun dimaklumkan mengenai permohonan itu bagaimanapun dia sebagai plaintif gagal untuk menyerahkan surat saman kepada wanita berkenaan. "Saya pertama kali cuba membuat penyerahan saman tersebut kepadanya di rumah beralamat di Petaling Jaya namun defendan tidak berada di rumah. "Saya kemudiannya sekali lagi cuba menyerahkan saman sama di kediaman keluarga Sari Yanti di Kuala Pilah, Negeri Sembilan namun usaha itu juga gagal," katanya. Mohd Edy bagaimanapun berkata, saman berkenaan hanya diserahkan kepada kakak kepada defendan. Dalam pada itu, peguam syarie, Munirah A. Bakar yang mewakili Mohd Edy berkata, pihaknya menfailkan afidavit penyampaian saman berkenaan dan menyerahkan kepada mahkamah pada 19 Mac. Munirah turut memohon kepada mahkamah supaya penyampaian surat saman berkenaan dapat dibuat secara tampalan di rumah defendan di Kuala Pilah. Hakim Abdul Halim membenarkan permohonan berkenaan dan mengarahkan ia difailkan secara bertulis kepada mahkamah. Kes ditangguh untuk sebutan semula pada 30 April depan. Hasil perkongsian hidup dengan Mohd Edy Casmadi selama lima tahun, Sari dikurniakan dua anak lelaki iaitu Barr Al Aliy, 4, dan Basit Al-Haq, 2.

Sari Yanti jaga status

Saya jenis yang mengutamakan keluarga. Tanggungjawab saya hanya pada suami dan dua orang anak. Saya hanya berlakon sekiranya keadaan mengizinkan. “Dunia lakonan sekadar memenuhi keinginan semata-mata. Lebih penting lagi saya bukan jenis pelakon yang mengejar job setiap bulan. Saya berlakon sekiranya ada kelapangan waktu. “Itulah cara yang saya amalkan sejak berkahwin hampir lima tahun dulu. Apa pun saya tak menyesal sebab semua itu adalah pilihan saya sendiri," tegas Sari menyuarakan pendirian diri pada pertemuan baru-baru ini. Malahan sebagai seorang wanita yang sudah ada tanggungjawab, Sari perlu mempertimbangkan agar tiada pihak yang terluka setiap kali menerima tawaran melakonkan sesuatu watak. Lantaran itu pelakon filem Impak Maksima kini menjadi lebih selektif sewaktu pemilihan watak demi menjaga status dirinya di mata masyarakat. Menolak watak negatif seperti wanita liar, pelacur dan adegan rogol kerana baginya semua itu boleh mengundang tanggapan negatif masyrakat. Pada masa yang sama Sari Yanti perlu memikirkan tentang sensitiviti keluarganya kerana tidak mahu mereka berfikir buruk tentang kerjaya pilihannya itu. “Hanya orang yang sudah berkeluarga saja yang tahu bagaimana cara untuk menjaga hati dan air muka keluarganya sendiri," katanya penuh makna. Sengaja mengusik sama ada suami yang memberi syarat tertentu kepada Sari sebelum menerima tawaran berlakon, pemenang pertandingan CLEO’s Cover Girl Search 2005 ini menyangkal. Katanya suami tidak pernah mencampuri jadual seninya tetapi kesedaran itu dilakukan atas dasar inisatif sendiri.

Sari obses dengan anak


MASIH genit dan tak terhakis seri, Sari Yanti kekal menawan walaupun rahimnya telah melahirkan dua permata hati, Barr Al-Aliy, 2, dan Basit Al-Haq, 3 bulan. Lebih daripada itu, kematangan serta kewanitaannya semakin kian terserlah.

Penampilan terkini, pemegang nama Sari Yanti Mohamad Nazari, 28, dapat disaksikan menerusi BFF... Teman Tapi Mesra. Sudah sekian banyak melakonkan watak remaja dan gadis muda, kali ini Sari lebih bervariasi dalam banyak fasa usia - watak pelajar sekolah, zaman kolej dan hidup berumah tangga.

Mengakui, naluri keibuan lebih kuat mengikat kakinya berada di sisi anak-anak dan keluarga, Sari bagaimanapun tidak mampu melupakan cinta terhadap lakonan. Kurang sebulan berehat dari lokasi drama lapan episod itu, An-Nisa’ untuk siaran saluran AlHijrah menjadi drama kedua yang menarik minat Sari untuk turun ke lokasi kedua untuk tahun 2012.

AN-NISA’

An-Nisa’ bermaksud wanita, jadi sitkom berkenaan adalah kisah wanita dan kewanitaan. Saya sangat tertarik dengan konsep ceritanya yang comel dan berwarna-warni. Ia mengisahkan persahabatan empat wanita lakonan saya, Raja Farah, Diana Amir dan Bienda yang sama-sama memgusahakan kedai kek cawan.

BERAT BADAN

Saya benci nampak tembam terutama dalam televisyen. Buat masa ini masih dalam proses menurunkan berat badan, kena turunkan 4 kilogram (kg) lagi barulah dapat semula kembali ke berat badan asal saya, 42kg. Masa mengandung anak kedua, berat saya naik sehingga 60kg. Sekarang bayi saya baru tiga bulan, jadi perlahan-lahan, mengandung pun sembilan bulan kan.

NAMA UNIK ANAK-ANAK

Nama anak-anak saya, Barr Al-Aliy, dua tahun dan Basit Al-Haq taklah unik sangat, itu nama-nama Allah. Al-Aliy maksudnya martabat yang tinggi, Al-Haq pula maha benar. Saya cuma ambil nama-nama yang memberi maksud yang baik-baik.

BFF AKA SAHABAT SELAMANYA

Kawan yang masuk kategori BFF adalah kawan yang kita tidak kenal hanya dia seorang tetapi kenal keluarganya juga, boleh makan-minum bersama tanpa nak segan-segan. Saya masih ada BFF yang terdiri daripada kawan semasa di sekolah dan universiti, ada Jaja, Sher, Rini, Anne dan Hidayah. Tapi sebab saya tak pernah ada kawan yang diistilahkan ‘teman tapi mesra’. Suami juga boleh jadi sahabat. Di kalangan artis, saya paling rapat dengan Wan Sharmila.

OBSES

Dulu saya ada juga obses kumpul kasut dan dres, tapi taklah sampai beratus koleksi kasut dan dres yang kumpul. Sampai sekarang saya masih pakai kasut-kasut itu. Sekarang, saya cuma obses dengan pembesaran anak-anak, mereka sedang membesar. Setiap hari ada sahaja telatah baharu yang dibuat, saya pula belajar perkara baharu setiap hati.

TUDUNG

Dalam An-Nisa’ saya sahaja yang belum bertudung di luar lokasi berbanding pelakon lain. Stail bertudung sekarang sudah ada macam-macam fesyen, tapi seronoknya saya dapat mencuba semua fesyen tudung dalam drama An-Nisa’, seronok rasanya. Satu hari nanti, saya juga berhasrat untuk bertudung. InsyaAllah.

Sari Yanti Telah Selamat Lahirkan Anak Kedua, Nama Basit al-Haq


Hujung minggu apa lebih baik dari kita layankan kisah kisah positif industri hiburan — seimbangkan dengan kontroversi panas Melodi.

Tidak kami tahu bagaimana berita ini boleh terlepas dari radar canggih kami sedangkan Sari Yanti ketika pertemuan terakhir Oktober 2011 lalu berkata beliau tidak akan menunggu lama.

Menurut sumber yang kami terima, Sari Yanti telah selamatkan melahirkan bayi lelaki di sebuah hospital swasta Kuala Lumpur empat hari lalu.

Kami sebenarnya tertarik dengan nama yang suami & Sari Yanti berikan untuk anak kedua mereka ini — Basit al-Haq yang kami kira sebagai sesuatu yang unik walaupun bukan baru.

Beberapa keping gambar Sari Yanti & bayi lelaki beliau Basit al-Haq kiriman wartawan awam di Forum Cari selepas ini. Lihat ibunya yang bakal keluar dengan filem baru Misteri Jalan Lama, masih comel ‘kan?

“Saya Tunggu Masa Sahaja” – Sari Yanti Respon Tempoh Bersalin


“Bila-bila masa sahaja saya akan melahirkan anak kedua ini,” kata Sari Yanti yang ditemui OHBULAN! di The Royale Chulan Hotel KL, lewat petang semalam. Sari Yanti yang turut ditemani suaminya, Mohd Eddy Casmady Che Hussein kelihatan senyum riang walaupun sarat membawa kandungan bersama. Tak henti-henti melemparkan senyuman, Sari Yanti sempat melayan beberapa pertanyaan wartawan OHBULAN! mengenai pengalamannya sepanjang kehamilan kedua.

“Pada awalnya ramai yang tak tahu saya mengandung. Banyak juga tawaran lakonan yang datang ketika itu, namun saya terpaksa tolak demi mengutamakan kandungan. Bagaimanapun, ada satu tawaran lakonan yang saya perlu jalankan kerana sudah pun terikat dengan kontrak. Kalau tak silap, ketika saya hamil sekitar 1-3 bulan,” ujar Sari Yanti mengenai tawaran lakonan ketika minggu kehamilan.

“Di awal kehamilan, seperti kebanyakan kaum ibu yang lain, saya turut mengalami rasa mual dan tidak sedap badan. Namun, lama-kelamaan ia kembali seperti normal. Oh ya, bayi dalam kandungan ini jantinanya lelaki,” tambah Sari Yanti, ibu kepada Barr Al Aliy yang kini berusia setahun dua bulan.

Mahu anak lima orang - Sari Yanti


BARU sahaja mendapat bentuk asal tubuh selepas tujuh bulan melahirkan Barr Al Aliy Eddy Casmady, 10 bulan, Sari Yanti, 27, disahkan mengandung anak kedua pula.

Pemilik nama sebenar Sari Yanti Mohamad Nazari itu bagaimanapun tidak terkejut dengan berita tersebut, malah menerimanya dengan limpahan kesyukuran.

“Saya memang tidak merancang dan tidak kisah mengandung pada bila-bila masa. Selagi masih muda saya mahukan anak seramai mungkin,” katanya ketika ditemui selepas pelancaran drama terbaharu terbitan Astro, Suria Di Cordoba, di Alexis Ampang, Kuala Lumpur.

Katanya yang membawakan watak Suria di dalam drama tersebut, apa yang penting dia kena mendapatkan dahulu bentuk badan asal sebelum mengandung anak yang seterusnya.

Sari yang menginginkan anak sehingga lima orang itu memberitahu, jika tidak dapat bentuk asal badan dan seterusnya mengandung, sukar untuk seseorang wanita itu memperoleh bentuk badan yang ideal selepas melahirkan anak nanti.

“Semasa mengandungkan Barr, berat badan saya naik mendadak sehingga 25 kilogram dan selepas bersalin saya kena ambil masa selama tujuh bulan untuk kembalikan bentuk badan saya,” katanya yang mengamalkan pantang secara tradisional.

Kandungan Sari yang kini masuk empat bulan itu bagaimanapun tidak mendatangkan sebarang masalah.

Berbeza dengan keadaannya sewaktu mengandungkan anak pertama, Sari menerima alahan yang teruk.

“Masa mengandungkan Barr saya alah sampai lima bulan. Makan sahaja muntah sehinggakan dalam sehari saya muntah sebanyak empat kali. Tawaran berlakon yang datang pada masa itu juga terpaksa ditolak.

“Berbeza dengan kandungan kedua ini. Saya cuma alah pada waktu pagi sahaja,” katanya yang rancak menerima tawaran berlakon termasuk drama yang menjalani penggambaran di Sepanyol itu.

Rezeki anak kedua

Bagi pelakon bermata cantik ini, tawaran lakonan yang datang mencurah-curah ketika dia mengandungkan anak kedua ini adalah rezeki. Bagaimanapun, pelakon yang terkenal dengan drama Kisah Kaisara itu mempunyai pendirian untuk tidak berlakon di luar negeri apatah lagi di luar negara.

Katanya, dia enggan berlakon drama yang melibatkan penggambaran luar daripada Kuala Lumpur disebabkan tidak sanggup berpisah dengan Barr.

Atas sebab itu, Sari pada mulanya menolak tawaran drama Suria Di Cordoba di Madrid, Sepanyol itu biarpun memegang peranan utama.

Namun, selepas mendengar kata-kata nasihat daripada ibunya dan mendapat keizinan daripada suami, Sari menerimanya.

Sari juga memberitahu, tawaran drama daripada syarikat produksi milik Datin Zaiton Mohd. Jiwa itu begitu besar dan cabaran untuk membawakan watak Suria .

Bercerita tentang cabaran sepanjang menjalani penggambaran di negara orang, Sari memberitahu, ketika itu kandungannya baru sahaja berusia sebulan dan dia sukar untuk mencari makanan halal dan sesuai di sana.

Malah, katanya, cuaca di sana juga sejuk sehingga mencecah sembilan darjah selsius.

“Ketika menjalani penggambaran sepuluh hari di sana saya masak bubur serunding untuk mengisi perut. Memang susah hendak cari makanan halal di sana. Saya juga tidak sangka cuaca begitu sejuk sedangkan saya tidak membawa kasut yang bertutup. Jadi, terpaksa beli kasut bertutup di sana,” katanya yang menceritakan pengalamannya semasa menjalani penggambaran di luar negara.

Sari juga turut menjalani penggambaran untuk drama lain di bawah produksi yang sama semasa di Madrid, Sepanyol berjudul Cinta Dari Madrid.

Cinta Dari Madrid masih mengekalkan pelakon yang sama seperti dalam drama Suria Di Cordoba iaitu Adi Putra dan Fahrin Ahmad.

Sari juga tidak menolak jika selepas ini dia mendapat tawaran melakonkan watak perempuan mengandung pula.

Pembantu rumah

Selama beberapa bulan lebih tidak berlakon, Barr dijaga sepenuhnya oleh Sari tanpa bantuan pembantu rumah. Bagi anak kedua daripada tiga beradik itu, dia sanggup menolak tawaran drama dan filem yang datang demi membesarkan anak dan keluarga.

“Memang saya tidak suka ambil pembantu rumah. Bagi saya, biarlah anak dijaga sendiri oleh saya. Keluarga menjadi keutamaan. Biar tidak berlakon asalkan keluarga dijaga dengan sempurna,” katanya yang akan menerima tawaran mengikut kesesuaian masa dan jalan cerita.

Bagaimanapun, akhirnya Sari terpaksa mengambil pembantu rumah disebabkan ibunya. “Saya terpaksa ambil pembantu rumah sebab sudah mula berlakon dan emak pun kurang sihat untuk menjaga Barr.

“Namun, saya akan pastikan Barr tetap diuruskan oleh saya manakala pembantu rumah hanya melakukan kerja-kerja rumah sahaja,” katanya yang tidak kisah jantina bayi dan tidak sabar menunggu kelahiran anak keduanya yang dapat memeriahkan suasana sambutan Hari Raya Aidilfitri nanti.

Sari yang sudah mendirikan rumah tangga sejak dua tahun lalu turut bersyukur kerana suaminya, Eddy Casmady sangat memahami kerjayanya sebagai seorang pelakon dan meletakkan sepenuh kepercayaan kepadanya.

Permintaan baru Sari Yanti


DI sebalik bundar matanya, ada kerdipan baru yang enggan pergi jauh. Seraya itu juga, kelopak senyumnya lebar menandakan tiada sekelumit resah yang ditanggung.

Dia cukup bahagia, persis segala permintaan tentang hidup sudah dikabulkan Sang Pencipta.

Tidak banyak juga impian tentang karier yang mahu dikejarnya. Di depannya sudah ada matlamat jitu yang sedang menanti, untuk dibelai mahupun dirapi.

"Hala tuju karier saya, mestilah saya mahu terus (berada) dalam dunia seni dan ingin sampai ke satu tahap yang paling bagus.

"Tetapi untuk beria-ria sangat itu, tidak. Dalam situasi ketika ini, fokus saya adalah kepada keluarga.

"Keluarga sudah jadi perkara nombor satu dalam hidup," enak bibirnya melantunkan ayat tentang hidup dan masa depan.

Sari Yanti, pengacara dan pelakon genit yang saya temui ini bukanlah anak remaja yang bercanda ria dalam siri televisyen Kisah Kaisara .

Bukan juga seorang pelakon yang sedang galak mencelah mencari peluang atau merebut pantas setiap tawaran yang datang.

Tuturnya penuh berhemah, dia bukan menyepikan diri daripada dunia lakonan. Bukan juga terlalu memilih atau hanya menetapkan banyak syarat untuk terlibat dalam produksi lain selain daripada Chopp!! yang bersiaran menerusi TV9.

Barangkali, disebabkan rentetan itulah, ada bisik pernah berdesir, kononnya Sari Yanti sekarang sudah terlalu memilih, harga khidmat yang diletakkan juga tinggi, hingga ada jurang yang besar berbanding detik awal dia menceburi seni lakonan sekitar tahun 2007.

"Sebenarnya, banyak juga tawaran yang datang, tapi banyak saya tolak. Sebabnya saya masih sesuaikan diri dengan fasa baru saya ketika ini. Anak saya masih kecil, jadi kalau tak berlakon pun okey," katanya optimis.

'Harga'

Penulis sogokkan si cantik 26 tahun itu dengan satu pertanyaan, tentang 'naik harga' yang ada diperkatakan.

"Kalau hendak dikatakan menaikkan harga, rasanya saya macam biasa sahaja. Lagipun, macam manalah saya hendak menaikkan harga, sedangkan sudah lebih setahun saya tidak terlibat dengan mana-mana produksi, kecuali Chopp!! dan episod penyudah Kisah Kaisara, itu pun sejak akhir Oktober 2009.

"Termasuklah juga telefilem Keabadian Cinta yang baru disiarkan di Astro Prima, ketika penggambaran drama itu, saya belum tahu bahawa kandungan saya sedang berusia dua minggu. Itulah drama terakhir saya," luahnya tanpa secalit kesal.

Menyelongkar diari seni wajah jenama Kotex itu juga, Sari hanya boleh menetapkan November ini sebagai tarikh untuknya kembali ke lokasi penggambaran.

"Saya tak berani beri nama judulnya, sebab tak pasti sama ada boleh sertai atau tidak.

"Terbaru, saya baru tamat penggambaran untuk iklan Kotex. Ia belum disiarkan," katanya yang laris sebagai model iklan sebelum mula bergelar pelakon.

Aksinya bersama Bront Palare untuk iklan Hotlink paling berkesan dan menjadi buah mulut sehingga dia disunting untuk berlakon dalam filem Impak Maksima arahan Ahmad Idham.

Keibuan

Bernikah dengan Mohd. Eddy Casmady Che Hussin pada 17 Januari 2009, Sari kini melengkapi fasa hidupnya sebagai wanita dan isteri dengan kehadiran Barr Al Aliy, yang lahir 10 Julai lalu.

Bukan sesuatu yang luar biasa buat kebanyakan ibu di luar sana, tetapi peribadinya kepada Sari, syukur dan bahagia tidak tergambar untuk diluahkan.

Daripada seorang yang tidak disangka-sangka akan berkahwin, dia kini sudah menimang cahaya mata sendiri.

"Ramai juga yang tak sedar bila masa saya hamil dan bila masa saya bersalin. Mungkin ramai yang tak perasan sebab sepanjang mengacarakan Chopp!!, saya asyik peluk bantal.

"Sampai sekarang saya masih peluk bantal dalam Chopp!!" usulnya sambil menceritakan pengalaman pertama bergelar ibu.

Hampir-hampir juga dia berputus asa untuk meneruskan penyusuan badan terhadap putera sulungnya, Barr yang kini menjangkau usia tiga bulan.

Jika tidak kerana dipaksa jururawat dan doktor yang merawatnya, pasti anak kecil itu sudah membesar dengan susu formula.

"Syukurlah, sehingga sekarang bayi saya masih mendapat penyusuan badan sepenuhnya," ujar Sari.

Dalam banyak faktor yang harus diambil kira untuk sesuatu tawaran kerja yang diterima, Sari menetapkan lokasi sebagai syarat pertama untuk kembali aktif dengan lakonan.

Jika di luar Lembah Klang, mungkin payah untuk sesuatu tawaran berkenan di hati. Agak sulit untuk dia dan anak kecilnya dipisahkan.

Mengisi bicara soal wanita dan kewanitaan, ibu dan keibuan, ibu muda itu meletuskan beberapa pertimbangan yang baru melintas tiba di minda.

Apa yang nyata, tamatnya tempoh berpantang 45 hari, Sari memulakan langkah dengan banyak visi yang baru.

"Kini saya semakin matang. Sekarang ada kemahuan yang baru, tentang masa depan anak dan jika diberi rezeki akan ada anak yang seterusnya.

"Jika sebelum bergelar ibu, saya masih boleh keluar dengan teman-teman dan membeli-belah untuk diri sendiri tetapi sekarang semuanya terfikir tentang anak.

"Ke mana-mana pun harus bersama anak," riang Sari bila soal anak yang meluncur di bibir.

Tidak mahu leka bercanda ria, Sari mohon pulang awal. Ada 'isyarat' sedang berdenyut, menandakan si kecil, Barr sedang menunggu untuk dahaganya reda di pangkuan ibu.

Sari Yanti Takut Mandikan Anak


PETALING JAYA: Pelakon Sari Yanti mengakui hidupnya kini berubah dengan kehadiran Barr Al Aliy yang kini sudah pun berusia dua bulan.

Katanya, banyak perkara yang dipelajari semasa membasarkan Barr Al Aliy dan dia juga berhasrat menjaga bayinya itu sendiri tanpa bantuan daripada pembantu rumah.

"Memang banyak yang berubah sejak kehadiran Barr, saya banyak belajar tentang susah payah menjaga anak. Tapi saya rasa puas bila lakukanya sendiri.

"Saya akan jaga dia sepenuhnya dan jika keadaan memerlukan saya untuk berhenti kerja dan tumpukan pada keluarga saya sanggup lakukan," ujarnya ketika ditemui di rumah terbuka Siti Nurhaliza, Khamis.

Jelas Sari Yanti, dia tidak akan menyerahkan tanggungjawab menjaga bayinya itu kepada orang luar terutamanya pembantu rumah.

"Buat masa ini saya rasa biarlah saya yang jaga dia. Saya tidak mahu dia mendapat kasih sayang dari orang lain, lagi pula banyak kes-kes pembantu rumah yang tidak boleh dipercayai sekarang.

"Jika keadaan terdesak saya akan minta bantuan keluarga terdekat yang jaga dia, Insya-Allah selagi berupaya saya sendiri akan besarkannya," katanya.

Dalam pada itu, Sari turut bercerita pengalaman sepanjang bergelar ibu, biarpun agak kekok namun dia mengambilnya sebagai salah satu cabaran dalam hidup berumah tangga.

"Saya paling takut untuk mandikan bayi, hingga sekarang saya suruh suami saya yang mandikannya. Tapi yang lain saya yang uruskan.

"Alhamdulilah suami juga banyak membantu dalam menguruskna hal-hal rumah tangga. Malah suami saya lebih cekap menguruskan hal bayi dari saya," katanya.

Sari Yanti yang berkahwin dengan Eddy Casmady Che Hussin pada 2009 lalu juga memberitahu akan memulakan penggambaran pada bulan November ini.

"Selepas berkahwin tentu saya lebih memilih watak terutamanya yang hanya melakukan penggambaran di sekitar Kuala Lumpur sahaja.

"Saya rasa selepas ini saya mungkin akan bawa watak lebih dewasa berbanding sebelum ini yang sering memainkan watak remaja belasan tahun," katanya.

Intipati Sari Yanti


BIARPUN bergelar anak seni yang dilimpahi cahaya glamor, dia tetap menguruskan rumah tangga seperti kebanyakan suri lain. Mengemas, membasuh dan menguruskan makan minum suami, semua dilakukan sendiri tanpa campur tangan pembantu rumah.

Baginya, tidak rugi berbakti kepada suami kerana kepada jejaka itulah segala kasihnya tertumpah. Walaupun ada ketikanya sehari suntuk di lokasi, tanggungjawab sebagai isteri tidak pernah diabaikan.

Malah, sejak mendirikan rumah tangga Januari lalu, Sari Yanti Mohamad Nazari, 25, lebih selektif dalam kerjaya. Seboleh mungkin dia cuba mengelak tawaran yang menuntut masa panjang demi suami tercinta, Mohd Eddy Casmady Che Hussein.

“Jangan salah faham, Eddy tidak pernah mengongkong,apa lagi minta Sari mengutamakan dirinya. Mungkin kerana kami berkawan sebelum Sari menceburi bidang ini, dia sangat memahami corak kerja Sari.

“Cuma sebagai isteri, Sari rasa bersalah andai melebihkan kerja. Sari perlu tahu tanggungjawab sebagai isteri dan jika terpaksa memilih, pasti Sari utamakan suami. Bagi Sari, keluarga jadi keutamaan, malah tiada apa yang boleh gantikan suami.

“Setakat ini Sari tiada masalah membahagikan masa antara kerja dan rumah tangga. Cuma, Sari akui tidak boleh menerima tawaran penggambaran yang memakan masa hingga berbulan-bulan lamanya. Sari kena fikirkan Eddy, kasihan dia andai hari-hari Sari di lokasi.

“Alhamdulillah setakat ini Eddy gembira, malah tidak pernah sekali pun dia merungut atau mengungkit kesibukan Sari. Ada juga penggambaran sehingga jam 6 pagi, tetapi tak jadi masalah kerana kebetulan dia bekerja di luar Kuala Lumpur,” kata pelakon bermata galak ini.

Aktres yang sinonim dengan watak pelajar dan remaja ini bertuah apabila bebas daripada kontroversi, bahkan sepanjang pembabitannya dalam industri, tidak pernah dia dikaitkan dengan cerita liar. Pendek kata, semuanya 'bersih' hinggalah selamat mendirikan rumah tangga Januari lalu.

Sambil berseloroh Sari berkata, barangkali dia jarang menghadiri majlis hiburan menyebabkan media kurang berminat menulis mengenai dirinya.

“Bukan tiada undangan, tetapi Sari tidak dapat hadir kerana terikat dengan jadual penggambaran. Bila jarang bercampur, kuranglah cerita mengenai Sari. Apapun, Sari bersyukur tidak dikaitkan dengan cerita negatif.

“Mungkin juga kerana Sari tidak berahsia dengan media. Dari awal pembabitan, Sari mengaku ada teman lelaki dan bila ada yang cuba mengorek cerita, Sari jelaskan buah hati Sari itu orang biasa dan bukan daripada kalangan teman industri.

“Bila tarikh perkahwinan makin dekat, Sari jemput media. Jadi, tiada apa yang boleh disensasikan. Sari tidak pernah putus berdoa dijauhkan daripada cerita negatif, lebih-lebih lagi bila sudah berkeluarga. Sari tidak mahu gara-gara khabar angin yang bukan-bukan, ada hati yang terluka,” katanya.

Mengulas sisi peribadinya, andai tidak terbabit dengan penggambaran, anak kedua daripada tiga beradik ini gemar menghabiskan masa di rumah dan sesekali pulang bertemu keluarga di kampung.

“Eddy 'sporting' orangnya. Jika dia sibuk dan tidak dapat menemani Sari, dia akan izinkan Sari pulang ke kampung atau ke rumah saudara mara. Kebetulan, ramai sepupu Sari menetap di Kuala Lumpur, jadi kerap juga berkumpul dan habiskan masa bersama.

“Dua bulan lalu Sari kerap pulang ke Kuala Pilah kerana membantu keluarga melakukan persiapan perkahwinan kakak. Dulu dia bertungkus-lumus bantu Sari, tiba pula giliran Sari menolongnya,” kata Sari yang mula mencuri perhatian ramai menerusi komersial Hotlink.

Menyingkap perkembangan terkini, Sari baru saja selesai penggambaran kesinambungan musim ketiga siri Kisah Kaisara arahan Nyon Othman yang bersiaran secara eksklusif di laman sesawang Kotex.

Masih mengekalkan pelakon sama, penggambaran 10 episod siri popular dilema Kaisara dan rakannya ini mengambil masa dua minggu.

“Tidak banyak beza, cuma kali ini isu dan permasalahan wanita dikupas dengan lebih mendalam. Malah apabila disiarkan di laman sesawang, kami lebih bebas berbicara soal haid dan dilema remaja, malah boleh menyebut perkataan Kotex.

“Setiap episod ditayangkan selama 15 minit. Apabila lama terbabit dengan siri ini, Sari tidak lagi fikir soal impak watak atau sambutan penonton, sebaliknya yang lebih penting adalah maklumat yang mahu disampaikan.

“Jika di televisyen penyampaian informasi terhadap permasalahan datang bulan agak terhad tetapi bila menggunakan laman sesawang sebagai medium siaran, ia lebih terbuka.

“Selesai Kaisara, Sari terbabit pula dengan penggambaran Juanna musim baru. Sari juga ada menerima tawaran sebuah drama panjang tetapi masih dalam pertimbangan kerana jadualnya bertindih dengan penggambaran Juanna,” kata anak jati Kuala Pilah, Negeri Sembilan ini.

Selain itu Sari turut terbabit dengan telefilem Keabadian Cinta arahan Kabir Bhatia. Menariknya, kali ini Sari memegang watak gadis buta di samping pelakon berbakat besar, Remy Ishak.

“Sebelum ini Kabir ada panggil berlakon di bawah arahannya tetapi Sari terpaksa tolak kerana terikat dengan produksi lain. Sari sangat berbesar hati dapat bekerja dengan Kabir yang terkenal dengan karya kreatif dan memikat.

“Konsep Keabadian Cinta tidak jauh berbeza dengan filem Cinta tetapi kali ini Kabir mengetengahkan tiga cerita yang berkait antara satu sama lain. Selain Sari dan Remy, telefilem ini dijayakan Eizlan Yusof, Tiz Zaqyah, Cheryl Samad dan Gavin Stenhouse.

“Menghidupkan watak gadis buta bukan mudah malah pengalaman itu jauh berbeza daripada produksi yang pernah Sari jayakan sebelum ini. Biarpun sukar Sari cuba yang terbaik malah sangat bertuah kerana Kabir dan Remy banyak membantu.

“Sari gembira kerana ramai pengarah mula percaya kemampuan diri ini dengan memberi watak lebih matang dan sesuai dengan status Sari. Tidaklah lagi terikat dengan watak remaja, pelajar sekolah atau kolej semata-mata,” katanya.

Berpeluang menjayakan beberapa babak filem Impak Maksima dan Jalan Lama membuka keinginan aktres ini untuk serius memahat nama di layar perak.

Pun begitu, dia tidak terlalu ghairah mengharap lantaran sedar banyak kekurangan perlu diperbaiki, khususnya aspek persembahan.

“Sari ada dalam bidang ini secara tidak sengaja selepas menjayakan komersial. Yang Sari ada sekarang adalah pada paras sederhana dan pengalaman pun tidak sebanyak mana.

“Soal mampukah Sari dibawa ke layar perak, terpulang kepada penilaian mereka yang melihat lakonan Sari. Jika ada tawaran, Sari akan berusaha sebaik mungkin,” katanya merendah diri.

Lulusan Diploma Pengurusan Perniagaan Universiti Tenaga Nasional (Uniten) ini pernah memasang cita-cita mengusahakan perniagaan, namun hasrat itu belum mampu direalisasikan kerana menumpukan sepenuh masa terhadap bidang lakonan.

Katanya, apabila yakin dan ada perancangan rapi, baru dia berani mengambil apa saja risiko untuk menceburi bidang itu.

“Satu lagi perkara yang ingin Sari lakukan adalah menganjurkan program kesedaran bersama remaja dan pelajar sekolah.

“Sari mahu menyuntik kesedaran remaja, khususnya pelajar perempuan, terhadap penyakit berbahaya termasuk kanser yang meragut banyak nyawa.

“Sari tertarik untuk mendekati golongan ini, mungkin kerana mereka dekat di hati berikutan watak yang Sari bawa sebelum ini. Ini adalah perancangan jangka panjang dan tanggungjawab sosial Sari terhadap masyarakat,” katanya.
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
free counter

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails