Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Sari obses dengan anak


MASIH genit dan tak terhakis seri, Sari Yanti kekal menawan walaupun rahimnya telah melahirkan dua permata hati, Barr Al-Aliy, 2, dan Basit Al-Haq, 3 bulan. Lebih daripada itu, kematangan serta kewanitaannya semakin kian terserlah.

Penampilan terkini, pemegang nama Sari Yanti Mohamad Nazari, 28, dapat disaksikan menerusi BFF... Teman Tapi Mesra. Sudah sekian banyak melakonkan watak remaja dan gadis muda, kali ini Sari lebih bervariasi dalam banyak fasa usia - watak pelajar sekolah, zaman kolej dan hidup berumah tangga.

Mengakui, naluri keibuan lebih kuat mengikat kakinya berada di sisi anak-anak dan keluarga, Sari bagaimanapun tidak mampu melupakan cinta terhadap lakonan. Kurang sebulan berehat dari lokasi drama lapan episod itu, An-Nisa’ untuk siaran saluran AlHijrah menjadi drama kedua yang menarik minat Sari untuk turun ke lokasi kedua untuk tahun 2012.

AN-NISA’

An-Nisa’ bermaksud wanita, jadi sitkom berkenaan adalah kisah wanita dan kewanitaan. Saya sangat tertarik dengan konsep ceritanya yang comel dan berwarna-warni. Ia mengisahkan persahabatan empat wanita lakonan saya, Raja Farah, Diana Amir dan Bienda yang sama-sama memgusahakan kedai kek cawan.

BERAT BADAN

Saya benci nampak tembam terutama dalam televisyen. Buat masa ini masih dalam proses menurunkan berat badan, kena turunkan 4 kilogram (kg) lagi barulah dapat semula kembali ke berat badan asal saya, 42kg. Masa mengandung anak kedua, berat saya naik sehingga 60kg. Sekarang bayi saya baru tiga bulan, jadi perlahan-lahan, mengandung pun sembilan bulan kan.

NAMA UNIK ANAK-ANAK

Nama anak-anak saya, Barr Al-Aliy, dua tahun dan Basit Al-Haq taklah unik sangat, itu nama-nama Allah. Al-Aliy maksudnya martabat yang tinggi, Al-Haq pula maha benar. Saya cuma ambil nama-nama yang memberi maksud yang baik-baik.

BFF AKA SAHABAT SELAMANYA

Kawan yang masuk kategori BFF adalah kawan yang kita tidak kenal hanya dia seorang tetapi kenal keluarganya juga, boleh makan-minum bersama tanpa nak segan-segan. Saya masih ada BFF yang terdiri daripada kawan semasa di sekolah dan universiti, ada Jaja, Sher, Rini, Anne dan Hidayah. Tapi sebab saya tak pernah ada kawan yang diistilahkan ‘teman tapi mesra’. Suami juga boleh jadi sahabat. Di kalangan artis, saya paling rapat dengan Wan Sharmila.

OBSES

Dulu saya ada juga obses kumpul kasut dan dres, tapi taklah sampai beratus koleksi kasut dan dres yang kumpul. Sampai sekarang saya masih pakai kasut-kasut itu. Sekarang, saya cuma obses dengan pembesaran anak-anak, mereka sedang membesar. Setiap hari ada sahaja telatah baharu yang dibuat, saya pula belajar perkara baharu setiap hati.

TUDUNG

Dalam An-Nisa’ saya sahaja yang belum bertudung di luar lokasi berbanding pelakon lain. Stail bertudung sekarang sudah ada macam-macam fesyen, tapi seronoknya saya dapat mencuba semua fesyen tudung dalam drama An-Nisa’, seronok rasanya. Satu hari nanti, saya juga berhasrat untuk bertudung. InsyaAllah.
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
free counter

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails