Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..
Showing posts with label Sasha Saidin. Show all posts
Showing posts with label Sasha Saidin. Show all posts
Sasha Saidin Utamakan Keperluan Anak
Penyanyi Sasha Saidin lebih mengutamakan kepentingan dan keperluan anaknya Arya, 4, setiap kali tibanya Hari Raya.
Sasha, 38, berkata, pada cuti Hari Raya ini juga dia dapat meluangkan waktu yang panjang untuk bersama anaknya itu.
"Anak saya sudah bersekolah tadika dan saya pula sibuk dengan kerja.
"Waktu kami berjumpa pun pada waktu pagi sahaja ketika saya hantar dia ke sekolah," katanya kepada mStar Online.
Sementara itu, Sasha berkata sambutan Hari Raya kali ini memberi perbezaan buatnya apabila dia tidak lagi bersama bekas suaminya Salyo Priyanto yang sudah pulang ke Indonesia selepas mereka berpisah kira-kira dua tahun lalu.
"Walaupun kami sudah berpisah dua tahun tapi pada tahun lalu dia masih lagi di sini dan kami sambut raya bersama-sama.
"Kali ini dia sudah balik ke Indonesia, kita mungkin akan berhubung melalui Skype sahaja nanti," katanya.
Tambah Sasha, anaknya kini sudah boleh menerima kehidupan tanpa seorang bapa.
"Kalau dulu memang dia kerap bertanya tentang ayahnya. Tapi sekarang sudah kurang mungkin kerana sudah ramai kawan di sekolah.
"Tapi kalau dia tanya saya akan hubungi Saylo melalui Skype.
"Apa yang saya lihat dia semakin bahagia dan boleh menerima kehidupannya dengan kasih sayang keluarga kami," katanya.
Sementara itu, ditanya tentang teman pengganti, Sasha berkata buat masa ini dia masih belum menemui lelaki yang berjaya membuatnya jatuh cinta kembali.
"Setakat ini belum ada lagi lelaki yang benar-benar buat hari saya terbuka untuk mereka. Kalau boleh saya nak lelaki Melayu yang beriman, yang boleh membimbing saya," katanya.
Sasha Saidin Mahu Punca Perceraiannya Tidak Dipersoalkan
Bekas anggota kumpulan Elite iaitu Sasha Saidin berharap tiada pihak yang akan terus mempersoalkan punca dia bercerai dengan bekas suami, Salyo Priyanto pada 10 Julai tahun lalu.
Sasha atau nama sebenarnya Sasha Mohd Saidin, 37, berkata, adalah lebih baik dia tidak mendedahkan punca penceraian itu kerana menghormati bekas suaminya yang juga ayah kepada Adam Aryasenna Notosoemarsono, 4.
"Bagi yang mengenali rapat dengan saya, mereka tahu (punca penceraian). Jadi saya tak nak besarkan perkara ini kerana dia juga ayah kepada anak saya. Saya perlu hormati dia.
"Memang Salyo mempunyai sedikit masalah dan Insya-Allah dia boleh atasinya dengan baik. Walau bagaimanapun dia tidak pernah melupakan anaknya, itu yang paling penting," katanya.
Ditanya adakah dia akan menerima Salyo semula selepas ini, Sasha berkata, dia tidak mahu kembali ke pangkuannya lagi.
Tambah Sasha, dia bercadang untuk membawa anaknya berjumpa dengan bekas suaminya itu yang kini tinggal di Jakarta dalam masa terdekat.
"Sejak kami bercerai Salyo tidak pernah mengabaikan tanggungjawabnya sebagai seorang ayah. Walaupun nafkah anak tidaklah banyak mana, tetapi dia tetap berusaha untuk menunaikan tanggungjawabnya,” katanya.
Sasha dan Salyo yang merupakan warganegara Indonesia telah berkahwin pada tahun 2007.
Sebelum perkahwinan itu, Sasha pernah bernikah dengan Jason Skinner atau nama Islamnya, Johan Abdullah Skinner, pada 21 Jun 2003 di Masjid Central Regent Park, London, namun mereka berpisah empat tahun kemudian.
Dalam perkembangan lain, Sasha yang membintangi drama Cinta Adam dan Hawa serta Natrah di RTM bakal muncul menerusi drama Mimpi Fara yang akan disiarkan pada Hari Raya ketiga ini di TV9.
Sasha Saidin Tak Tahu Nak Panggil Che Tah
Mendengar perkhabaran yang disebar kepada satu Malaysia bahwa adiknya Zain Saidin akan berkahwin dengan kekasih hati, pelakon jelita Rozita Che Wan (Che Ta), sebagai kakak, Sasha Saidin turut mendoakan kebahagiaan adiknya itu dengan pilihan hati. Dan sepertimana ramai peminat sedang menantikan pasangan sensasi itu mengumumkan tarikh pernikahan mereka, begitu juga Sasha turut menantikan berita tersebut.
Jelas Sasha, dia tidak tahu apa-apa tentang persiapan perkahwinan pasangan sejoli itu. Malah Sasha sendiri jarang bertemu Zain disebabkan adiknya itu terlampau sibuk bekerja. Meskipun jarak rumah mereka hanya selang beberapa blok sahaja, tetap susah untuk Sasha bersua dengan Zain sejak kebelakangan ini.
Tambah-tamabh, kata Sasha, Zain seorang yang tidak suka seseutua perkara itu diheboh-hebokan selagi tiada kata putus yang muktamad. Tetapi ibu anak satu ini percaya adiknya itu banyak berbincang dengan ibu mereka.
"Zain, dia memang sangat sibuk sekarang. Memang susah nak jumpa dia walaupun rumah kami berdekatan. Dia pun baru balik daripada shooting di New Zealand. Saya tahu dia ke sana pun melalui Keek.
"Kalau nak jumpa pun susah apatahagi nak tahu mengenai persiapan perkahwinan mereka. Mengenai berita mereka dikatakan nak kahwin pada Julai tu, masa berita tu keluar, saya di Sydney. Saya tahu pun sebab pihak media mennghubungi saya untuk mendapatkan kenyataan.
"Zain ni dia seorang yang reserve. Dia tak suka kecoh dan tak akan bercerita tentang sesuatu hal tu selagi belum betul-betul sahih. Tapi apa yang saya tahu mereka akan berkahwin pada hujung tahun ini. Bila tarikhnya, tempat dan sebagainya, itu saya tak pasti. Kalau yang banyak tahu pun adalah ibu saya sebab Zain banyak berbincang dengan ibu saya", kata Sasha ketika ditemui baru-baru ini.
Ditanya mengenai hubungan dengan bakal adik iparnya, sambil tersenyum Sasha berkata baru dua kali mereka dipertemukan. Mengakui belum dapat benar-benar mengenai aktres yang lebih berusia daripadanya itu. Namun Sasha menyifatkan Che Tah seorang yang lemah lembut, berbudi bahasa. Bahkan dia sendiri tidak menyangka yang Che Tah mampu 'menundukkan' adiknya itu kerana apa yang diketahui Zain adalah seorang yang sukar ditundukkan.
"Saya baru dua kali jumpa dia. Pertama kali masa hari jadi Zain, kami satu keluarga keluar makan dan Zain ada bawa dia bersama. Tapi masa tu saya dan Che Ta duduk berjauhan. Jadi kenal-kenal macam tu jer. Kali kedua jumpa semasa hari mengundi.
"Che Tah seorang yang lemah lembut, sopan santun. Dia well mannered lah. Zain ni, sebenarnya bukan senang nak tundukkan dia. Sekali kalau dia dah kata ya, maka ya lah jawabnya. Tapi Che Tah berjaya menundukkan Zain. Mereka memang sesuai bersama", katanya.
Jelas Shasha yang nyata lebih muda berbanding Che Ta, jarak usia Zain dan Che Ta yang terlalu jauh mungkin bukan isu besar. Paling penting lelaki itu matang dan dapat memimpin keluarga, sudah memadai.
"Saya hormat pada pasangan yang macam ni. Usia bukan isu. Lagipun yang nak berkahwin dengan Che Ta adalah Zain, bukan saya",
Lantas diusik dengan pertanyaan apakah panggilan yang akan digunakan antara dia dan Che Tah selepas aktres itu menjadi ahli baru dalam keluarganya nanti,
"Hmmm... nak panggil apa yer? Tak pernah terfikir pula tentang itu", jawabnya sambil tersenyum.
- mD
Subscribe to:
Posts (Atom)
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
