Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Sasha Saidin Tak Tahu Nak Panggil Che Tah

Mendengar perkhabaran yang disebar kepada satu Malaysia bahwa adiknya Zain Saidin akan berkahwin dengan kekasih hati, pelakon jelita Rozita Che Wan (Che Ta), sebagai kakak, Sasha Saidin turut mendoakan kebahagiaan adiknya itu dengan pilihan hati. Dan sepertimana ramai peminat sedang menantikan pasangan sensasi itu mengumumkan tarikh pernikahan mereka, begitu juga Sasha turut menantikan berita tersebut. Jelas Sasha, dia tidak tahu apa-apa tentang persiapan perkahwinan pasangan sejoli itu. Malah Sasha sendiri jarang bertemu Zain disebabkan adiknya itu terlampau sibuk bekerja. Meskipun jarak rumah mereka hanya selang beberapa blok sahaja, tetap susah untuk Sasha bersua dengan Zain sejak kebelakangan ini. Tambah-tamabh, kata Sasha, Zain seorang yang tidak suka seseutua perkara itu diheboh-hebokan selagi tiada kata putus yang muktamad. Tetapi ibu anak satu ini percaya adiknya itu banyak berbincang dengan ibu mereka. "Zain, dia memang sangat sibuk sekarang. Memang susah nak jumpa dia walaupun rumah kami berdekatan. Dia pun baru balik daripada shooting di New Zealand. Saya tahu dia ke sana pun melalui Keek. "Kalau nak jumpa pun susah apatahagi nak tahu mengenai persiapan perkahwinan mereka. Mengenai berita mereka dikatakan nak kahwin pada Julai tu, masa berita tu keluar, saya di Sydney. Saya tahu pun sebab pihak media mennghubungi saya untuk mendapatkan kenyataan. "Zain ni dia seorang yang reserve. Dia tak suka kecoh dan tak akan bercerita tentang sesuatu hal tu selagi belum betul-betul sahih. Tapi apa yang saya tahu mereka akan berkahwin pada hujung tahun ini. Bila tarikhnya, tempat dan sebagainya, itu saya tak pasti. Kalau yang banyak tahu pun adalah ibu saya sebab Zain banyak berbincang dengan ibu saya", kata Sasha ketika ditemui baru-baru ini.
Ditanya mengenai hubungan dengan bakal adik iparnya, sambil tersenyum Sasha berkata baru dua kali mereka dipertemukan. Mengakui belum dapat benar-benar mengenai aktres yang lebih berusia daripadanya itu. Namun Sasha menyifatkan Che Tah seorang yang lemah lembut, berbudi bahasa. Bahkan dia sendiri tidak menyangka yang Che Tah mampu 'menundukkan' adiknya itu kerana apa yang diketahui Zain adalah seorang yang sukar ditundukkan. "Saya baru dua kali jumpa dia. Pertama kali masa hari jadi Zain, kami satu keluarga keluar makan dan Zain ada bawa dia bersama. Tapi masa tu saya dan Che Ta duduk berjauhan. Jadi kenal-kenal macam tu jer. Kali kedua jumpa semasa hari mengundi. "Che Tah seorang yang lemah lembut, sopan santun. Dia well mannered lah. Zain ni, sebenarnya bukan senang nak tundukkan dia. Sekali kalau dia dah kata ya, maka ya lah jawabnya. Tapi Che Tah berjaya menundukkan Zain. Mereka memang sesuai bersama", katanya. Jelas Shasha yang nyata lebih muda berbanding Che Ta, jarak usia Zain dan Che Ta yang terlalu jauh mungkin bukan isu besar. Paling penting lelaki itu matang dan dapat memimpin keluarga, sudah memadai. "Saya hormat pada pasangan yang macam ni. Usia bukan isu. Lagipun yang nak berkahwin dengan Che Ta adalah Zain, bukan saya", Lantas diusik dengan pertanyaan apakah panggilan yang akan digunakan antara dia dan Che Tah selepas aktres itu menjadi ahli baru dalam keluarganya nanti, "Hmmm... nak panggil apa yer? Tak pernah terfikir pula tentang itu", jawabnya sambil tersenyum. - mD
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
free counter

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails