Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..
Showing posts with label Shila Hamzah. Show all posts
Showing posts with label Shila Hamzah. Show all posts
Shila Hamzah tetap syarat
CANTIK sungguh apabila Shila Amzah mengenakan tudung, itu persepsi spontan Diva apabila melihat gambar yang menunjukkan Shila sudah berhijab.
Tengah-tengah ramai artis menutup aurat, Shila yang manis juga tidak ketinggalan mendapat seru memakai tudung.
Selepas itu, Diva dengar cerita yang Shila juga sudah membuat larangan. Khabarnya, dia tidak akan bergambar dengan mana-mana lelaki selepas berhijrah. Bagus juga niat dan larangan yang dibuat itu.
Tetapi Diva rasa, Shila juga tidaklah dapat bergambar lagi dengan kekasih hatinya, Sharnaaz selepas larangan tersebut dibuat. Yelah, bukan muhrim dan tidak ada apa-apa hubungan lagi, kan? Lainlah kalau sampai jodoh dan berkahwin kelak, bolehlah ambil gambar puas-puas.
“Saya Mengharapkan Agar Shila Terus Bertudung Sampai Bila-bila” – Ibu Shila Amzah
Semua sedia maklum bahawa Shila Amzah telahpun menukar penampilannya kepada seorang gadis yang bertudung, setelah 15 hari melepasi tempoh percubaan. Oleh itu, menerusi pihak Media Hiburan Online, ibu Shila Amzah telah mengucapkan rasa terharu dan syukur atas perubahan yang telah dilakukan oleh anak perempuannya.
Menurut ibu Shila, sebelum Shila mengambil keputusan untuk terus bertudung, beliau terlebih dahulu meminta pendapat daripada ibu dan ayahnya, N.D Lala mengenai keputusan yang bakal dilakukan.
Sebelum ini Shila risau sekiranya beliau bertudung, ia akan menjejaskan kerjaya beliau sebagai seorang penyanyi. Namun begitu, atas nasihat ibu bapanya yang menyatakan bahawa “rezeki semuanya datang dari Allah S.W.T.” Oleh itu, apa yang tertulis menjadi milik umatnya, pasti akan terjadi dan begitu juga sebaliknya.
Pada masa yang sama, ibu Shila turut berharap agar anaknya akan terus bertudung dan beliau bersyukur atas keputusan drastik yang dilakukan oleh Shila.
“Saya mengharapkan agar Shila akan terus bertudung sampai bila-bila dan kami sekeluarga akan terus menyokong Shila,” ujar ibunya lagi.
Tambah ibunya lagi, kini dia dan anak gadisnya sedang gila “shopping” tudung dan sudah beberapa kali pergi ke Jalan TAR untuk membeli koleksi tudung buat anaknya, Shila.
Mahal tanda Shila Amzah matang
MENDENGAR khabar tentang Shila Amzah diberi cuti lima hari oleh doktor yang merawatnya di Pusat Perubatan Pantai pada awal minggu lalu, satu persoalan tercetus. Sakitkah dia atau tertekan sangatkah anak sulung penyanyi ND Lala itu terhadap isu naik harga yang baru-baru ini hangat diperkatakan?
Satu panggilan diajukan kepada ibunya Fauziah Sarman menanyakan situasi sebenar. Mujurlah jawapan yang diberikan tidak menghalang hajat merakamkan satu sesi fotografi bersama Shila sebagai pengisi ruang portfolio minggu ini.
Tiba lengkap dengan pakaian kasual dan solekan yang sedia untuk melangkah ke depan kamera, kesungguhan pelantun Patah Seribu itu menunjukkan keseriusannya memberikan komitmen. Bisik ibu: "Shila cuma migrain. Memang doktor minta dia rehat, tapi dalam jadual, hari ini kami ada sesi latihan untuk rakaman sebuah program raya dengan Astro, tapi tiba-tiba ia ditunda ke tarikh lain, ini rezeki awak."
Agak keletihan barangkali kesan sampingan berjenis ubat yang diambil, Shila bagaimanapun tidak mengecewakan. Puas dibidik lensa kamera, si kekasih aktor Sharnaaz Ahmad itu sudah tahu apa yang dikehendaki daripada bicaranya.
"Saya anggap diri saya dalam laluan yang positif ketika ini. Sepanjang tempoh 12 tahun lepas, sudah banyak cabaran yang saya lalui. Bagi saya, Tuhan tidak akan berikan semua sekali gus apa yang kita mahukan tapi dia berikan kita cabaran, cabaran itulah yang sedang saya depani hari ini," ungkapnya tenang saat definisi kerjaya minta diulas sebagai mukadimah.
Masuk ke topik Mania yang banyak menjadi platform kepadanya untuk menyambung harapan untuk ke Indonesia, kata Shila dia tidak mahu berhenti berharap ke arah itu. Janji Ahmad Dhani mahu dipegang dan jika dipermudahkan Tuhan, cita-cita untuk melebarkan pengaruh ke negara serumpun itu akan terlaksana jua.
Banyak yang cuba Shila kongsikan, paling utama rasa terkilannya terhadap isu yang menjadi buah mulut ramai. Isu menaikkan bayaran nyanyian sebenarnya bukan isu baharu dalam senario nyanyian tanah air. Cuba bayangkan, selama lebih 20 tahun industri, sudah berapa kali agaknya Datuk Siti Nurhaliza atau Anuar Zain begitu juga Ziana Zain menaikkan tahap bayaran masing-masing.
Kali pertama menjadi perhatian atas isu yang berkait rapat dengan suhu karier seninya, Shila tidak melihat isu bayaran sebagai satu masalah besar.
"Mungkin sebab dahulu orang anggap saya artis suam-suam kuku, nampak tak tegas. Sebab itulah bila saya naikkan fi persembahan, hal itu jadi isu besar. Saya bergerak sendiri, bila orang hubungi dan bertanya tentang bayaran, saya beri harga yang sepatutnya. Sebenarnya, itu harga sejak awal tahun 2012 lagi, sebelum masuk Mania dan selepas Anugerah Juara Lagu lagi.
"Bagi saya, ia tak sepatutnya jadi isu sebalik satu perkara yang normal. Menaikkan harga bermakna saya meletakkan tanggungjawab yang lebih tinggi, mencabar diri saya untuk memberi hasil yang lebih baik, memberi motivasi untuk diri sendiri supaya lebih memuaskan hati dan membuka mata ramai untuk melihat kematangan Shila Amzah," Shila mengusung pendiriannya.
Bukan naik kosong
Usia semuda 22 tahun bukan bermakna Shila kosong pengalaman. Berbelas tahun menyanyi, sudah entah berapa kali dia hanya dibayar dengan harga saguhati sedangkan ada artis lain yang sebaya dengannya menerima bayaran yang sepatutnya dibayar terhadap penyanyi profesional.
"Insiden-insiden begitu buat saya lebih berhati-hati. Dalam diam, saya juga ada membuat perbandingan, orang kata saya sudah pandai naikkan harga sedangkan ada penyanyi lain yang satu generasi dengan saya menetapkan bayaran berganda lebih tinggi berbanding saya.
"Sebelum berada di tahap yang sepatutnya, saya sendiri memang tidak berani letak harga mahal-mahal, saya takut juga tak boleh nak penuhi kehendak orang. Tapi sekarang saya sudah beroleh keyakinan, saya naikkan pada kadar yang berpatutan dengan diri saya. Saya masih sedar diri dan saya percaya isu ini pun pernah terjadi kepada rata-rata artis," katanya yang popular dengan Beribu Sesalan gandingan bersama Ning Baizura dan Jaclyn Victor.
Sharnaaz panas baran, merokok
Sambil menyifatkan Patah Seribu sebagai kayu ukur pencapaian peribadi Nur Shahila Amir Amzah, kemunculan Sharnaaz Ahmad yang kini bertakhta di hati sedikit sebanyak memanaskan keberadaan Shila, di mata peminat.
Sudah resam cinta sesama artis, perhubungan Shila dan Sharnaaz yang mulanya menjadi bahan cerita, kini beransur tenang dek pengakuan dan keintiman yang bersulam restu orang tua.
"Saya baca hampir semua artikel tentang saya dan Sharnaaz. Dahulu saya pernah kata mahu ketepikan cinta demi karier tapi bila dengan Sharnaaz, saya tak tahu macam mana hendak tepis lagi. Orang kata, sekarang masa yang terbaik untuk saya fokus dengan kerja, tapi syukurlah juga, sebab Sharnaaz muncul ketika kerja saya juga sedang menunjukkan 'sesuatu.' Sekarang, rasanya saya sedang ada kedua-duanya (cinta dan karier) pada satu sama masa," ucap Shila tanpa sembunyi.
Belum boleh meramal masa depan, namun Shila yakin sudah ada keberanian untuk percaya pada kata hati. Antara dia dan Sharnaaz, Shila juga sedar, banyak perkara tentang lelaki dari Pulau Pinang itu yang tidak disukainya.
"Rasa 70 peratus apa yang ada pada Sharnaaz ialah perkara yang saya tidak begitu gemar, dia merokok, kasar dan mudah marah. Dia juga kuat cemburu, tapi Allah sudah buka pintu hati saya untuk jatuh cinta dengannya. Sekarang terserah kepada jodoh sahaja," katanya bersaksikan ibu yang tersenyum di sebelah.
Mengakui, biarpun bapanya, ND Lala tidak pernah menghalang hubungan mereka, namun kata Shila: "Ayah saya juga tidak pernah 'ya' atau 'tidak.' Bila jumpa Sharnaaz, dia okey cuma tidak beri kata putus."
Kata orang, cinta itu datang dan pergi, bagi Shila dia juga tidak tahu sama ada cintanya bersama Sharnaaz akan berpenghujung ke destinasi yang diimpikan. Biarlah tempoh dua atau tiga tahun dari sekarang menjadi waktu untuk mereka mengukuhkan kedudukan.
Shila bakal berkahwin?
MEMANG percintaan penyanyi Shila Amzah dan aktor, Shaarnaz Ahmad sudah diketahui umum dan khalayak juga tertunggu-tunggu bila pasangan itu mahu mendirikan rumah tangga.
Masakan tidak, ke mana sahaja pergi, Shila pasti ditemani Shaarnaz dan begitulah sebaliknya. Mereka ibarat pasangan dua sejoli yang tidak boleh dipisahkan lagi.
Sabtu ini, Shila juga akan berada di Festival Pengantin Malaysia, di Wangsa Walk Mall, Wangsa Maju, Kuala Lumpur.
Mungkinkah Shila ke situ untuk meninjau pakej-pakej menarik tempahan perkahwinan impiannya?
"Mana ada, saya ke situ sekadar untuk menghibur para tetamu. Hubungan saya dengan Shaarnaz bukan sampai ke tahap perkahwinan. Kami masih belajar memahami antara satu sama lain. Lagipun saya masih muda dan banyak perkara yang belum dicapai.
"Saya mahu pastikan kerjaya seni berada pada tahap yang memuaskan. Namun saya tidak nafikan begitu teruja diundang menjayakan Festival Pengantin Malaysia. Sikit sebanyak membuka mata saya soal perkahwinan impian. Ia adalah pengalaman baru buat artis muda seperti saya," katanya.
Sebenarnya Shila merupakan artis jemputan ke festival berkenaan yang bermula Jumaat ini.
Shila bakal menghiburkan orang ramai dengan rangkaian lagu popularnya termasuk Patah Seribu, Beribu Sesalan dan single terbaru, Sedar.
Penganjurnya, Nor Sharlina Abdul Rashid, berkata, kehadiran Shila pastinya menarik perhatian pengunjung terutama bakal pengantin baru untuk memeriahkan festival tersebut.
"Artis dan Festival Pengantin Malaysia saling memerlukan. Kami tidak pernah ketinggalan mengundang barisan artis popular untuk memeriahkan acara yang diadakan. Acara festival mendapat sambutan ramai dengan kehadiran artis yang menjadi penyeri.
"Festival Pengantin Malaysia turut membuka peluang kepada selebriti yang bakal naik pelamin. Kami akan membantu mencari penaja dan menguruskan majlis pernikahan dan resepsi," katanya.
Tambahnya, 100 pengunjung pertama setiap hari akan menerima cenderahati istimewa daripada Inani Craft. Selain itu, mereka juga menerima aiskrim percuma daripada Wafi Soft Ice Cream.
Untuk keterangan lanjut sila layari Facebook - Festival Pengantin Malaysia.
Harga Bayaran Persembahan Shila Amzah Sudah Naik
Shila & Sharnaaz enggan ikut desakan orang
SEPULUH bulan menjalin hubungan cinta, nampaknya ada segelintir pihak tidak suka melihat gelagat Shila Amzah, 22, dan Sharnaaz Ahmad, 27, sebagai pasangan kekasih.
Kedua-dua mereka teruk dihentam dari pelbagai sudut lantaran ada yang mendakwa terlalu sakit mata menyaksikan aksi romantis mereka.
Romantis mereka dikatakan bagai tidak kena tempat apabila tanpa segan silu menunjukkan kemesraan di depan ibu dan bapa mereka.
Jadi kerana itulah, ramai yang melahirkan rasa kurang senang dengan dua merpati sejoli ini yang dianggap kurang sensitif dengan isu ini.
Bak kata orang, `orang lain pun bercinta juga, tapi tidaklah sebegitu rupa.’
Isu kemaruk cinta juga turut mengheret kedua-dua figura seni ini ke dalam masalah kerjaya.
Ada yang mendakwa kononnya, apabila kedua-dua mereka mendedahkan cerita cinta mereka di mata umum, kerjaya seni mereka dikatakan semakin `sejuk’.
Paling ketara adalah Sharnaaz. Ia dapat dilihat menerusi penglibatannya dalam drama bersiri Bicara Hati di mana, ada sesetengah pihak menyifatkan populariti Sharnaaz semakin menurun.
Bukan itu sahaja, malah ada yang mendakwa mutu lakonannya semakin susut dan dia tidak lagi fokus. Itu andaian yang dibuat terhadap anak kelahiran Georgetown, Pulau Pinang ini.
Tampil menjelaskan keadaan, Sharnaaz tegas menolak dakwaan tersebut.
“Hal ini tidak ada kena-mengena dengan isu saya sedang hangat bercinta. Saya akui, drama Bicara Hati memang lambat momentumnya untuk menarik penonton.
“Apa yang saya boleh katakan, itu bukan salah saya atau pelakon lain. Bukan soal peribadi. Bicara Hati diadaptasi daripada novel.
“Jadi apabila ia divisualkan, benda dah jadi tak sama. Versi novel, ia memang mampu menarik perhatian pembaca. Namun untuk drama mungkin kurang.
“Benda ni dah pernah terjadi pada beberapa naskah yang dihasilkan menggunakan idea yang sama. Ada yang menjadi dan tidak. Di akhirnya, ia berbalik kepada pilihan penonton. Jadi jangan salahkan pelakon sehingga mengaitkan sebab-sebab peribadi pula," katanya.
Selain itu, dedah Sharnaaz, dia juga tidak menolak bahawa drama itu juga kurang mendapat sambutan lantaran waktu tayangannya tidak tepat.
“Ia ditayangkan pada waktu orang memang tak berapa nak menonton televisyen. Itu saya serahkan pada pihak pemasaran stesen TV. Mungkin itu strategi pemasaran mereka.
“Namun, saya juga tak tolak, mungkin mereka juga sudah tahu bahawa drama tersebut memang tidak mampu menjadi hits," katanya.
Mengenai prestasi lakonan, kata Sharnaaz, dia masih belajar untuk menjadi penggiat seni yang bermutu.
Hal yang sama turut ditanyakan kepada Shila yang mana, selepas mengembar-gemburkan kisah cintanya dengan Sharnaaz, ada dakwaan kononnya kerjayanya juga seakan sudah terkebelakang berbanding sebelum ini.
Ia bagaimanapun dinafikan oleh Shila yang kemudiannya menyifatkan bahawa isu ini tidak relevan.
“Saya masih menerima undangan nyanyian dan sebagainya. Setakat ini Alhamdulillah, rezeki saya ada dalam bidang ini.
“Sibuk bercinta tak bermakna saya telah hilang fokus terhadap kerjaya. Lagipun apa yang orang lihat dan dengar tak sama dengan apa yang saya lalui. Baik saya mahupun Sharnaaz, kami berdua masih tahu batasannya.
“Sebagai artis memang tak dapat lari daripada gosip dan peminat juga nak tahu hal peribadi artis itu.
“Gosip ada pro dan kontranya. Ya, saya bercinta dan kami sama-sama mengaku tentang hal ini. Sekurang-kurangnya kami tak hidup dalam dunia plastik, " katanya.
Mengenai tanggapan negatif orang terhadap hubungan cinta mereka, kata Shila, dia merasa hairan mengapa ada pihak yang kurang senang dengan cinta mereka itu.
“Saya nak tanya jugalah, kalaulah betul saya keluar berdua pun, adakah ia menjadi satu kesalahan? Saya dan Sharnaaz pun macam pasangan lain juga.
“Adakah kerana kami ni artis maka orang boleh mengata dan memburukkan kami? Walhal, ada sesetengah gosip yang dikeluarkan tentang kami, banyak yang telah ditokok tambah. Kami tak buat pun orang kata kami buat.
“Bayangkanlah, sampai ada yang tergamak mendakwa kami ni bersekedudukan. Saya tinggal bersama keluarga, jadi bila masa saya duduk dengan Sharnaaz? Berpada-padalah bila nak mengata kami pun, " pintanya.
Tunang dan kahwin
Lanjut bercerita mengenai pengakhiran hubungan yang nampaknya direstui penuh oleh kedua-dua belah keluarga, Shila dan Sharnaaz terus diasak dengan pertanyaan bila akan melangkah ke fasa bertunang.
Mengaku acap kali menerima tekanan begitu, jawab Sharnaaz, kalau diikutkan hati, mahu sahaja dia meminang anak sulung penyanyi N.D. Lala itu segera.
Pun begitu, kata Sharnaaz, dia tidak mahu terburu-buru dalam soal ini selain perlu menghormati permintaan keluarga Shila.
“Ramai yang asyik bertanya hal yang serupa. Acap kali juga kami didesak tentang pertunangan dan perkahwinan. Tapi bagi saya itu semua urusan Dia.
“Saya tak mahu bertunang dan berkahwin kerana didesak orang. Hal nikah kahwin ni perlu ada perancangan yang teliti.
“Ibarat nak pergi berperang. Sebelum berperang, kita perlulah sediakan kelengkapan dulu. Tak boleh main hentam saja.
“Begitu juga hal kahwin. Perancangan dah ada. Cuma masa belum tiba lagi. Kami berdua perlu stabilkan kerjaya dulu baru fikir tentang bertunang dan kahwin, " katanya.
Dalam pada itu, Shila yang positif menerima kritikan mengenai cinta mereka, bagaimanapun meminta supaya isu ini tidak lagi dipanjangkan oleh mana-mana pihak.
Baginya, permohonan maaf telah pun dibuat secara terbuka terhadap mana-mana pihak yang kurang senang dengan kelakuan mereka dan ia sepatutnya tidak lagi menjadi buah mulut
“Saya harap ini adalah yang terakhir. Selepas ini kita berbicara pula soal kerjaya. Namun itu tak bermakna kami ni jenis yang tak boleh terima teguran.
“Mana yang baik kami ambil. Lagipun, ibu bapa kami sudah banyak kali menegur dan beri nasihat. Kami sebaik mungkin akan cuba mengikut nasihat mereka demi kebaikan bersama, " katanya.
Dilamar Pihak Luar Kerana YouTube, Shila Amzah Belum Bersedia
KUALA LUMPUR: Penyanyi Shila Amzah berkata dia belum bersedia untuk mengembangkan kerjayanya di pentas antarabangsa walaupun ada menerima pelbagai tawaran daripada pihak luar yang tertarik dengan bakatnya menerusi pautan klip video nyanyiannya di laman YouTube.
Shila atau nama sebenarnya Nur Shahila Amir Amzah berkata pautan pelbagai klip video tersebut sebaliknya bertujuan sebagai medan komunikasi dengan para peminatnya yang berada jauh dari Kuala Lumpur.
“Asalnya, saya memuat naik klip video-klip video itu adalah untuk berkomunikasi dengan para peminat. Saya dapat membaca dan menjawab respons mereka menerusi komen-komen yang ditinggalkan pada laman tersebut.
“Tidak sangka pula, klip video nyanyian saya itu turut mendapat perhatian daripada wakil-wakil syarikat rakaman di luar negara yang menawarkan peluang untuk saya memulakan kerjaya di luar.
“Tetapi, pada waktu ini sejujurnya saya belum bersedia untuk mengembangkan kerjaya ke luar negara, selagi nama saya belum kukuh pada industri muzik sendiri,” katanya kepada mStar Online.
Penulis lagu berusia 22 tahun itu berkata keutamaannya kini adalah untuk melebarkan potensi diri sebagai pengkarya muda menerusi muzik dan personalitinya.
“Peluang untuk menembusi pentas antarabangsa itu akan datang lagi pada masa akan datang jika memang sudah tertulis rezeki saya ke luar.
“Buat masa ini, biarlah saya mengukuhkan diri dan bakat yang ada, selain melonjakkan jenama saya pada khalayak yang lebih luas di Malaysia,” katanya yang pertama kali memuat naik klip video nyanyian lagu Patah Seribu pada Mei 2010.
Ditanya adakah pendekatan tersebut membantu dalam meningkatkan jumlah peminat, anak kepada penyanyi ND Lala ini mengakui ia adalah langkah berkesan yang membuatkan dia semakin dikenali pada hari ini.
“Kalau sebelum saya memuat naik klip video nyanyian di YouTube, jumlah peminat di laman Twitter dan media sosial lain sekitar 50,000 orang.
“Tetapi selepas dua tahun, ia menunjukkan penerimaan yang positif daripada khalayak umum. Kini, jumlah pengikut di laman sosial sudah mencecah sekitar 200,000 orang,” katanya.
Terbaru, Shila yang bakal bekerjasama dengan komposer Datuk M. Nasir dalam program Mania menyifatkan peluang itu sebagai platform terbaik untuk memantapkan dirinya.
“Secara kebetulan, saya dan Datuk adalah penyanyi dan penulis lagu, jadi gandingan ini pasti memberikan perkongsian idea yang baik untuk saya.
“Kalau pun saya hanya mendapat 10 peratus perhatian dan bimbingan daripada Datuk, ia adalah input besar yang sangat bernilai.
“Kita pun tahu, bukan mudah untuk mencuri perhatiannya jika kita hanya menyanyi di luar sana dan tidak terlibat atau bekerjasama dengannya secara langsung,” katanya.
Cabaran cinta Shila dan Sharnaaz
TIDAK seperti sesetengah artis yang suka mengelak atau lebih senang mendiamkan diri daripada mengulas mengenai cinta mereka, pasangan ini nyata sebaliknya.
Mereka kelihatan begitu romantis dan tidak menyembunyikan perasaan indah yang dirasai itu daripada mata umum. Malah kedua-duanya amat terbuka memperkatakan tentang hati dan perasaan masing-masing.
Tidak mahu berselindung dan amat memahami diri masing-masing sebagai seorang artis yang menjadi tumpuan, mereka mengakui lebih senang berterus terang mengenai hubungan masing-masing.
Kini mereka ibarat belangkas yang tidak boleh dipisahkan. Ke mana sahaja bersama andai ada masa terluang.
Namun bukan mudah bercinta atas tiket seorang artis. Cabaran itu kini dirasai oleh pasangan Shila Amzah, 22, dan Sharnaaz Ahmad, 27.
Masakan tidak, tatkala mereka berdua sedang enak diulik cinta, timbul isu hangat yang mengaitkan gaya romantis yang ditunjukkan pasangan ini.
Ada mendakwa cara mereka di hadapan kamera terlalu berani malah kemesraan Shila dan Sharnaaz di khalayak ramai juga mula dipersoalkan.
Shila atau nama sebenarnya Nur Shahila Amir Amzah tenang sahaja ketika diminta menjawab mengenai perkara tersebut.
Tidak mahu cepat melatah, tegas Shila, bukan niatnya untuk memulakan sebarang kegusaran di hati peminat.
Bagi anak kepada penyanyi popular tahun 1980-an, N.D. Lala itu, dia hanya mahu menjadi dirinya sendiri.
“Secara jujurnya kami berdua tahu akan batas yang perlu kami patuhi sebagai anak serta artis.
“Jadi, sepatutnya tidak timbul isu ini kerana peminat Shila sendiri sebenarnya tidak pernah menyuarakan rasa tidak senang mereka di atas kemesraan yang kami pamerkan,” katanya ketika ditemui pada majlis santai telefilem Patah Seribu lakonannya bersama Sharnaaz.
Bagaimanapun kata Shila, dalam mendapatkan kepercayaan keluarga dan peminat terhadap hubungannya dengan pelakon tersebut, dia bersedia untuk menerima sebarang teguran dan nasihat.
Ini kerana, bagi penyanyi muda itu, tiada lain yang dimahukan selain yang terbaik untuk sebuah hubungan yang masih mentah ini.
“Jika ada yang tidak senang dengan hubungan kami, saya minta maaf.
“Mungkin dengan teguran serta nasihat yang diberikan kami berdua akan mendapat hubungan yang direstui,” tambahnya.
Mengharungi kehidupan sebagai seorang penyanyi sejak berumur 10 tahun, bagi Shila, pengalaman selama 12 tahun berada dalam dunia hiburan banyak mengajarnya untuk menjadi seorang yang jujur.
“Bukan mudah sebenarnya untuk menjalinkan hubungan ini, tambahan pula dengan gelaran yang dipegang kami berdua.
“Bagaimanapun membawa gelaran sebagai seorang artis tidak bermakna hubungan ini harus dirahsiakan.
“Saya percaya saya juga milik peminat dan mereka mempunyai hak untuk mengetahui mengenai hubungan ini,” katanya.
Keluarga jadi landasan
Menurut Shila, seperti lazim seorang insan, dia juga ingin merasai kehangatan sebuah percintaan seperti orang lain biarpun dirinya bergelar artis dan dikenali ramai.
Namun cara dia menghargai cinta pertamanya ini sedikit berbeza seperti orang lain apabila keluarga sentiasa menjadi landasan untuk memastikan kesucian hubungan tersebut.
“Kami tidak pernah keluar berdua bersama. Selalunya saya akan ditemani sama ada oleh ibu atau adik saya.
“Mungkin agak janggal pada yang tidak biasa. Namun bagi saya sendiri, ia merupakan cara terbaik untuk kami berdua malah Sharnaaz sendiri selesa dengan permintaan ini,” jelasnya.
Ditanya keistimewaan yang terdapat pada lelaki pilihannya itu, Shila memberitahu, walaupun masing-masing mengenali di antara satu sama lain sejak dua tahun lalu namun dia dan Sharnaaz hanya mula bercinta sejak lima bulan lepas.
“Satu sikapnya yang membuatkan saya tertarik kepada Sharnaaz adalah cara dia menghormati keluarga saya.
“Selain itu Sharnaaz juga melalui pandangan saya adalah seorang yang bertanggungjawab bukan sahaja terhadap dirinya tetapi juga cara dia menghargai hubungan kami berdua,” jelasnya.
Bukan cari populariti
Mempunyai impian untuk bergelar pelakon sejak kecil, kata Sharnaaz, dia sebenarnya diminta oleh ayahnya untuk menghabiskan pengajian terlebih dahulu sebelum boleh mengejar cita-citanya itu.
“Bagi menghormati permintaan ayah hanya selepas mendapat ijazah dalam bidang Logistik dari Kolej Olympia, Kuala Lumpur baru saya berjinak-jinak dengan dunia lakonan.
“Walaupun bermula agak lewat saya bersyukur dengan peluang yang diberikan kepada saya malah sehingga kini saya sebenarnya masih di dalam proses pembelajaran bagi memantapkan teknik lakonan saya,” katanya yang sering menimba ilmu daripada rakan pelakon yang lebih senior.
Mempunyai pengalaman berkerja dalam dunia perbankan, cari gali minyak dan hartanah, menurut Sharnaaz dia sebenarnya amat tertarik dengan bidang professional sebelum memilih untuk terjun ke dalam dunia lakonan.
“Saya sebenarnya suka mencari pengalaman dan sebab itu saya tertarik untuk berada di dalam dunia professional, walaupun tidak lama ia banyak membantu saya.
“Sebenarnya tujuan saya berada di dalam dunia lakonan bukanlah untuk mencari populariti semata-mata ini kerana apa yang paling penting untuk saya adalah untuk mengetengahkan bakat yang dimiliki saya,” katanya.
Bergelar pelakon
Sementara itu Shila pula yang julung kali melangkah ke dunia lakonan melalui telefilem Patah Seribu arahan Michael Ang memberitahu agak gementar dan gusar dengan kemampuan dirinya.
Namun sokongan oleh para pelakon yang menjayakan telefilem tersebut serta Michael telah memudahkan percubaan kali pertamanya itu.
"Selama 12 tahun berada dalam industri, ini kali pertama saya bergelar seorang pelakon.
"Pada mulanya saya agak takut. Itulah pertama kali memegang skrip. Namun lama kelamaan ia menjadi mudah apabila mendapat bantuan dari Michael sendiri," katanya.
Masih tidak pasti apakah akan terus aktif dalam dunia lakonan, menurut Shila, buat masa ini dia lebih senang memberi tumpuan kepada bidang nyanyian.
Malah dia percaya, tahun ini bakal menjanjikan sesuatu yang lebih manis untuk dirinya sebagai seorang penyanyi.
"Tahun ini kalau boleh saya mahu menumpukan perhatian kepada bidang nyanyian dahulu. Namun saya juga tidak akan meminggirkan dunia lakonan yang baru saya ceburi ini.
“Semuanya terpulang kepada kemampuan saya kerana saya tidak mahu hilang fokus. Dan antara impian utama saya untuk tahun ini adalah untuk muncul dengan album baru.
“Tentu sahaja album ini sesuatu yang amat istimewa kerana saya yang akan menulis semua lagu-lagu yang terkandung dalam album ini nanti," katanya yang baru menjulang trofi Naib Juara Anugerah Juara Lagu ke-26 (AJL26) bersama trio 3Suara menerusi lagu Beribu Sesalan yang didendangkan bersama Ning Baizura dan Jaclyn Victor.
Shila Amzah Tidak Terfikir Jadi Pelakon
KUALA LUMPUR: Penyanyi Shila Amzah yang bakal muncul dengan telefilem pertama berjudul Patah Seribu mendedahkan tidak pernah terfikir untuk terjun dalam bidang lakonan sebelum ini.
Shila berkata, pelawaan pengarah filem dan drama berbakat, Michael Ang untuk sama-sama mengajaknya terlibat dalam projek tersebut benar-benar adalah di luar jangkaannya.
"Ini adalah kali pertama saya berlakon, sudah tentu pelbagai perasaan timbul dalam diri kerana tidak pernah melakukannya. Bagaimanapun dengan tunjuk ajar Michael saya rasa telah melakukan dengan baik untuk Patah Seribu," ujarnya.
Shila ditemui pada majlis sidang media telefilem itu di sini pada Selasa lalu.
Tambahnya, dia turut bersetuju untuk berlakon dalam telefilem berkenaan adalah kerana telah mengenali Michael sebelum ini dan selesa bekerja di bawah pengarah itu.
"Sebelum ini Michael telah mengarahkan muzik video Patah Seribu dan saya berasa selesa bekerja dengan orang yang dikenali," ujarnya.
Dalam pada itu, Shila meluahkan rasa teruja apabila lagu Patah Seribu yang ditulisnya diangkat menjadi sebuah drama dan turut dilakonkan olehnya sediri.
Shila memberitahu ia adalah salah satu daripada detik penting dalam kerjayanya dan telah membangkitkan semangat untuk terus berkarya pada masa hadapan.
"Berapa ramai penulis lirik dan komposer yang lagu dihasilkan mereka dijadikan filem atau drama? Ini adalah detik manis dalam hidup saya sebagai seorang pencipta lagu," ujarnya.
Sementara itu, Shila berkata, dia tidak berasa kekok berlakon di samping kekasihnya, pelakon Sharnaaz Ahmad dalam drama tersebut malah berasa selesa.
Katanya, ketika penggambaran dijalankan dia dan Sharnaaz masih belum mempunyai apa-apa hubungan secara rasmi namun tidak menafikan sedang mengenali antara satu sama lain.
"Ketika berlakon dalam Patah Seribu kami masih bergelar kawan dan tidak mempunyai apa-apa hubungan cinta dan dia seorang yang banyak membantu ketika di lokasi," katanya.
Selain Shila dan Sharnaaz, drama itu turut dilakonkan oleh Sharifah Shahora, Amar Baharin, Jihan dan Reza Mohd. Ia akan ditayangkan pada 23 Februari depan, pukul 9 malam menerusi saluran Astro Ria.
Akhirnya Sharnaaz Dan Shila Amzah Mengaku Bercinta
PETALING JAYA: Teka-teki mengenai kisah cinta pasangan artis Sharnaaz Ahmad, 27, dan Shila Amzah, 22, akhirnya terjawab apabila mengumumkan status hubungan cinta mereka.
Pasangan tersebut yang ditemui pada pelancaran slot terbaru TV9, 9X di Yayasan Seni, Persiaran Ritchie di sini, malam Khamis.
Sharnaaz berkata, mereka sebenarnya masih lagi baru bercinta secara rasminya sebelum Anugerah Juara Lagu (AJL) selepas merasakan masing-masing memiliki keserasian dalam sesebuah perhubungan.
"Benar, kami sedang bercinta dan proses hubungan ini baru sahaja bermula. Shila seorang yang sangat memahami diri saya.
"Selain itu dia sering memberi sokongan dalam setiap perkara yang saya lakukan. Paling penting dia mampu membuat saya berasa tenang dalam apa jua keadaan," katanya.
Tambah Sharnaaz, sebelum ini, walaupun khabar angin mengatakan dia dan Shila sudahpun menjalinkan hubungan cinta, mereka sebenarnya masih lagi berkawan biasa dan nafi sengaja menyembunyikannya daripada pengetahuan peminat dan pihak media.
Pasangan ini memberitahu, mereka bertemu kali pertama pada dua tahun lalu ketika dipertemukan dalam sebuah sesi fotografi oleh seuah majalah hiburan namun Shila langsung tidak menunjukkan minat terhadap Sharnaaz.
Mereka mula berkawan selepas Shila menghantar SMS kepada Sharnaaz mengenai lakonannya dalam drama Ungunya Cinta dan mula keluar bersama lima bulan yang lalu.
Sementara itu, bertanyakan mengenai perancangan untuk mendirikan rumah tangga pula, mereka enggan tergesa-gesa.
"Saya sudah berumur 27 tahun dan sudah tentu ada terfikir untuk berkahwin tapi perlu diingat, berkahwin ini bukan perkara main-main. Kami masih dalam proses saling mengenali.
"Tetapi saya tidak memberi tekanan kepada diri mahupun Shila tentang hal ini. Begitu juga dengan keluarga kami, mereka tidak pernah mendesak," ujar Sharnaaz.
Beritahu Shila pula, walaupun umur Sharnaaz sudah sesuai untuk bergelar suami, penyanyi muda itu mengakui dia belum bersedia daripada segi mental dan fizikal.
"Perkahwinan adalah satu tanggungjawab yang cukup besar dan kalau boleh saya mahu mempersiapkan diri untuk menempuh fasa itu kerana ingin memberikan yang terbaik sebagai seorang isteri.
"Biarlah kami betul-betul bersedia. Doakan agar perhubungan kami berkekalan dan menuju ke arah kebaikan,” tutur Shila.
Shila, Sharnaaz nikah lima tahun lagi
GOSIP percintaan antara pelakon popular Sharnaaz Ahmad, 26, dengan pelantun Patah Seribu, Shila Amzah, 21, semakin kencang bermain di bibir ramai. Bermula daripada kerjasama menghasilkan klip video single Patah Seribu, hubungan dan kemesraan mereka semakin terserlah.
Kerap kali mereka dilihat bersama bahkan pada acara karpet merah Anugerah Skrin 2010, mereka juga hadir berpasangan. Kepada pengikut Sharnaaz dan Shila di laman sosial Twitter, kemesraan dua selebriti ini bukan satu rahsia. Luahan rindu, sayang serta panggilan 'anja' antara mereka berdua mudah mengiakan sangkaan bahawa anak sulung ND Lala itu sedang menganyam cinta bersama aktor kelahiran Georgetown, Pulau Pinang.
Terbaru, gambar-gambar yang dimuat naik Shila dan Sharnaaz semakin menjelaskan status hubungan mereka walaupun Shila sendiri ada membuat penafian. Di matanya, Sharnaaz bagaikan biasan cermin. Mereka intim tetapi belum sampai ke tahap bercinta.
"Kami memang rapat tetapi untuk bercinta mungkin belum masanya kerana saya ada sasaran, mungkin empat atau lima tahun lagi baru saya akan sedia untuk memikirkan soal perkahwinan," katanya yang pernah menangis melihat lakonan Sharnaaz dalam drama Ungunya Cinta.
Tidak adil untuk Shila, jawapan Sharnaaz yang sedang menjalani penggambaran drama bersiri Bicara Cinta, mungkin mampu menjelaskan situasi sebenar. Secara budiman akui Sharnaaz, cinta yang diperkatakan itu belum berbunga namun seperti Shila, Sharnaaz mengiakan mereka kini dalam status sahabat baik.
SENSASI BINTANG: Makin kuat gosip percintaan kalian, benarkah sedang bercinta dengan Shila?
SHARNAAZ: Memang tidak bercinta tapi kami memang rapat. Saya selesa sebab dia jenis gila-gila macam saya juga, kami tak perlu nak 'kontrol-kontrol' bila bersembang.
Pernah keluar berdua?
Tak pernah, langsung tak pernah. Saya takut nanti kena belasah dengan ayah Shila. Saya masih hormatkan orang tua Shila, setakat ini belum pernah kami keluar berdua, kalau berjumpa selalunya Shila ditemani ibu atau adik lelakinya. Saya memang rapat dengan ahli keluarga termasuklah bapanya, mungkin kalau dibenarkan ayahnya, suatu hari nanti mungkin kami pun akan keluar bersama.
Kenapa begitu tertarik mahu bersahabat dengan Shila?
Saya anggap Shila anak seni yang serius dengan kerja seninya, saya suka cara dia bekerja. Biarpun muda, tapi kematangannya mengatasi usia.
Apa panggilan terhadap Shila?
Saya panggil dia dengan panggilan 'anja', memang sejak dulu lagi saya panggil Shila 'anja' sebab karakternya yang manja-manja. Dia pun panggil saya anja juga.
Mula kenal Shila sebenarnya sejak bila?
Rasanya sudah setahun lebih, sebelum kami buat klip video bersama, saya dipertemukan dengan Shila dalam satu fotografi untuk majalah Mangga. Dari situ mulai baik sampailah Shila hubungi saya untuk projek klip video Patah Seribu.
Ada apa-apa perancangan bersama?
Sebenarnya kami tengah bekerjasama untuk sebuah projek, projek apa kena tunggu. Saya belum umumkan lagi. Apa yang pasti, bukan projek duet sebab saya tak pandai menyanyi macam Shila.
“Terpulang Pada Mata Masing-Masing & Ya, Saya Selesa Bersamanya” – Shila Hamzah Respon
“Setiap orang ada perspektif tersendiri. Macam saya sendiri kalau dikalangan peminat atau kawan-kawan saya, saya dianggap seorang yang terlebih peramah. tapi dikalangan mata orang-orang yang tidak mengenali saya, mereka menganggap sikap peramah saya dianggap satu kegedikan bagi mereka, jadi itu terpulang pada mata masing-masing” ujar Shila Hamzah menjawab isu dan kritikan segelintir pihak yang melabelkan dirinya ‘gedik’.
Tambahnya lagi, meskipun menerima kritikan pedas dek sikap ‘gedik’ yang diluahkan oleh segelintir pihak di laman Twitter-nya, Shila menjadikan kritikan tersebut sebagai pengajaran dan iktibar buat dirinya.
“Orang-orang yang mengkritik ini sebenarnya sayang pada saya. Kalau peminat tegur saya, mereka akan tegur saya dengan cara yang baik. Mereka sukakan saya, saya peramah, saya selalu layan diorang kan? Tapi kalau orang yang tidak menyukai saya, mereka mendidik saya dengan cara berbeza, mungkin menggunakan kata-kata yang kasar, but that just the way they are,”
“Secara jujurnya, saya memang sedih. Tapi bila saya pandang di sudut positif pula, saya sedar orang yang tidak menyukai saya rupa-rupanya mengambil tahu tentang saya, jadi saya rasa benda ini sebagai kelebihan pada saya. Tuhan tidak bagi semua. Alhamdulillah hidup saya best. Kalau semua orang suka suka saya, “alamak, rasa macam dah bagus pula”, jadi bila ada benda macam ini baguslah, kerana ia membuatkan saya sentiasa beringat dan mematangkan saya mengendalikan hal-hal sebegini,”
Menyentuh soal hubungannya dengan aktor baru, Sharnaaz Ahmad yang sekarang ini dikatakan sedang bermain-main cinta, gadis berusia 21 tahun ini tampil menjelaskan status perhubungan mereka.
“Orang banyak cakap, dah tak payahlah sorok-sorok. Kalau dah bercinta, cakap sajalah. Tapi masalahnya sekarang, kami masih belum di tahap bercinta lagi,” ujar Shila.
Namun apabila pihak media berseloroh mengatakan dia dan Sharnaaz nampak seperti pasangan kekasih bukan seperti ‘kawan’ seperti yang dikatakannya, Shila menjawab;
“So far, kami memang selesa bersama, barangkali itu istilah yang lebih tepat berbanding mengatakan kami bercinta. Cakap ‘I Love You’ pun belum lagi,” terang Shila berseloroh.
Ditanya tentang keistimewaan Sharnaaz yang membuatkan hatinya tertarik, Shila menyatakan dia melihat Sharnaaz sebagai cermin dirinya.
“Kami sama-sama gila, dan masing-masing tidak pandai cover cun. Saya dah jumpa ramai orang, ramai kawan lelaki begitu juga sebaliknya dengan Sharnaaz. Dan kebanyakan kawan lelaki saya, walaupun dah selalu jumpa masih lagi control macho. Tapi macam Sharnaaz, dia seorang yang very let go, dia seorang yang fun,”cerita Shila penuh gembira mengenai Sharnaaz yang mulai berkawan rapat sejak pembikinan klip video ‘Patah Seribu’,”
“Saya tak berani nak cakap banyak kerana orang selalu salah anggap dengan saya, bila saya kawan dengan orang ini, orang tu orang cakap saya bercinta. Lepas tu orang cakap saya player pula,” ujar Shila lagi ketika ditemui di sidang media Konsert Semangat Inspirasi di One World Hotel, petang semalam.
Ketika diajukan soalan bila agaknya dia mengakhiri zaman bujang, Shila memberi tempoh empat tahun lagi untuk menuju ke alam berumah tangga.
“Insyaallah, kalau tidak ada aral melintang, mungkin dalam empat tahun lagi. kalau ada jodoh. Tak tahulah siapa jodoh saya. Belum tentu saya berkahwin dengan orang yang saya berkawan sekarang kan? Saya berserah pada jodoh saja,” jelas Shila mengakhiri perbualan.
Pengakuan Teman Tetapi Mesra Shila Amzah Dan Sharnaaz Ahmad
Bagaimana cuti panjang anda semua? Pasti anda ingat laman hiburan kesayangan ramai ini akan bercuti sepanjang Aidiladha — selak beberapa muka untuk melihat gossip yang terlepas.
Kami sebenarnya kurang sedar dengan gossip cinta Shila Amzah & Sharnaaz Ahmad sehinggalah perbualan bersama seorang teman memberikan gambaran sebenar gossip mereka.
Rupa rupanya di’beberapa buah forum hiburan Malaysia sudah lama sibuk berbicara tentang hubungan dua orang selebriti ini — namun seperti biasa permainan tarik tali kegemaran mereka.
Video yang di’rakamkan selepas Anugerah Skrin 2011 berlangsung ini bukan’lah video sebenar mengiyakan hubungan cinta mereka tetapi lebih kepada gurauan anda kami bersama Shila Amzah & Sharnaaz Ahmad.
Tetapi jika anda perhatikan gelagat mereka berdua di’dalam video ini, pasti anda akan merasakan yang mereka berdua ini sebenarnya sudah cocok untuk mula berpacaran.
Tunggu masa untuk mengaku sahaja. Kami tidak memaksa, kami suka tarik tali. Video Shila Amzah & Sharnaaz Ahmad selepas ini. Enjoice!
Subscribe to:
Posts (Atom)
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
