Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Showing posts with label Siti Sarah. Show all posts
Showing posts with label Siti Sarah. Show all posts

"Shuib Berperangai Pelik Sehingga Perlu Disuap Makan" - Siti Sarah

Penyanyi Siti Sarah Raisuddin, 32, mendedahkan karenah suaminya, pelawak Shuib (Sepahtu) yang pelik apabila setiap kali menyertai pertandingan Maharaja Lawak Mega (MLM) termasuk perlu disuap makan. Sarah, 32, berkata Shuib kehilangan selera makan selain sering beremosi kerana terlalu memberikan fokus terhadap program tersebut. “Kalau Shuib sertai MLM, maknanya saya perlu memberi fokus lebih kerana ada karenah dia yang saya perlu jaga. "Bayangkanlah, sebelum ini, apabila dia sertai MLM, makan pun kena suap kalau tidak dia tidak makan. Berat badannya turun mendadak kerana tiada selera makan. "Saya rasa semua pelawak pun macam tu, dia akan dilanda kemurungan. Masa buat standupper tahun lepas, nak tidur pun tak boleh kerana risau tak pernah buat persembahan solo," katanya kepada mStar Online. Dalam perkembangan lain, Sarah kini sedang hamil anak ketiganya empat bulan hasil perkongsian hidup dengan Shuib. Tambah Sarah, dia tidak menolak rezeki jika dikurniakan anak yang ramai kerana suaminya dulu merupakan anak tunggal dalam keluarganya dan dia begitu seronok setiap kali menerima kehadiran cahaya mata. Siti Sarah dan Shuib mendirikan rumah tangga pada 27 Februari 2011 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Uwais Alarni yang kini berusia empat tahun dan Dzahira Talita Zahra berusia dua tahun.

Siti Sarah Serah Tugas Jaga Anak Pada Ibu Mertua

Penyanyi Siti Sarah Raisuddin, 30, tidak akan melakukan kerja menjaga dua anaknya jika pulang ke rumah ibu mertua. Isteri kepada Pelawak Shuib (Sepah) ini berkata, dia akan memberi peluang kepada ibu mertuanya iaitu Nooraini Mohamed untuk menjaga cucu-cucunya itu. "Kami jarang balik ke Johor dan setiap kali balik, memang saya tidak akan jaga anak -anak saya dan tugas itu saya serahkan kepada ibu mertua saya. "Ibu memang mahu buat semua kerja-kerja seperti mandikan anak, beri makan dan melayan kenakalan mereka," katanya kepada mStar Online. Tambah Siti Sarah, biarpun sibuk dengan kerja seharian namun dia dan Shuib akan cuba untuk pulang ke Johor Bahru sekerap mungkin memandangkan suaminya merupakan anak tunggal. "Kalau ada masa memang kami akan balik sekerap mungkin, kerana keluarga suami saya tidak ada cucu lain melainkan anak-anak kami," katanya. Kata Siti Sarah, jika mereka terlalu sibuk, keluarga mertua akan datang melawat. "Saya bersyukur dapat keluarga mertua yang memahami, walaupun Shuib anak tunggal namun mereka tidak pernah mendesak atau meminta kami balik kampung selalu kerana mereka faham situasi kerja kami. "Selain itu dengan adanya ruang bertemu keluarga mertua, saya juga dapat melepaskan rasa rindu terhadap arwah ibu saya yang meninggal dunia baru-baru ini," katanya Siti Sarah dan Shuib mendirikan rumah tangga pada 27 Februari 2011 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Uwais Alqarni yang kini berusia setahun tujuh bulan dan Dzahira Talita Zahra berusia tiga bulan.

Siti Sarah Tidak Mampu Lupakan Arwah Ibu

Penyanyi Siti Sarah Raisuddin masih bersedih atas kehilangan ibunya yang meninggal dunia pada 26 Jun lalu. Sarah, 30, berkata, air matanya sentiasa mengalir jika teringat atau bercakap tentang Allahyarham. "Pemergian ibu saya pada Jun lalu sangat memberi kesan sehingga saat ini pun saya tidak boleh bercakap tentang dia kerana perasaan sedih akan muncul. "Begitu juga dengan ayah, dia sangat tertekan sejak ibu meninggal dunia.Disebabkan itu saya kerap berulang-alik dari Kuala Lumpur ke Kuala Selangor untuk temani ayah," katanya ketika kepada mStar Online. Isteri kepada pelawak Shuib (Sepah) ini merancang untuk kembali ke pentas nyanyian bagi melupakan kesedihan tersebut. "Insya-Allah saya akan kembali menyanyi, mungkin dengan cara itu dapat mengubat rasa sedih yang terlalu memikirkan pemergian ibu. "Saya bersyukur mendapat suami yang memahami dan sentiasa menyokong apa juga tindakan saya. Arwah juga menggalakkan untuk saya kembali semula aktif menyanyi," katanya. Sementara itu, Sarah yang baru melahirkan anak kedua iaitu Dzahira Talita Zahra pada tiga bulan lalu mengakui semakin cekap menguruskan hal berkaitan bayi selepas mengambil kursus jangka pendek di sebuah pusat penjagaan. "Kita mungkin rasa tidak penting untuk mengambil tahu tentang perkembangan bayi, tapi sebenarnya ia sangat membantu kita apabila berlaku perkara tidak diingini. "Banyak yang dipelajari dalam hal penjagaan bayi. Ketika anak kedua saya sakit kuning saya boleh merawatnya sendiri tanpa ke hospital melalui beberapa kaedah yang diajar," katanya. Jelas Sarah, dia dan suami mengambil kursus dua hari tersebut sebelum lahir anak sulungnya, Uwais Alqarni yang kini berusia setahun tujuh bulan.
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
free counter

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails