Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Showing posts with label Syazwan Zulkifly. Show all posts
Showing posts with label Syazwan Zulkifly. Show all posts

Syazwan Zulkifly Kesal Dituduh Panas Baran Terhadap Faye Kusyairi

Pelakon Syazwan Zulkifly terkilan apabila dituduh bersikap panas baran sehingga menjadi punca hubungan cinta dengan pelakon baharu Faye Kusyairi putus di tengah jalan. Syazwan, 28, berkata, keputusan untuk mencari haluan masing-masing diambil selepas dia mendapati tiada lagi persefahaman antara mereka selain kedua-duanya sibuk dengan jadual kerja masing-masing. "Saya terkilan orang sering menyalahkan saya dan menganggap saya yang bersalah dan menjadi punca hubungan kami putus. Mereka tidak tahu apa yang berlaku dalam hubungan itu. "Lebih mengarut saya dituduhan sebagai lelaki panas baran dan psiko. Soalnya mereka pernah nampak ke Faye lebam kena pukul dengan saya lepas kami keluar bersama? Mereka asyik menuduh saya sahaja yang salah. "Cuba mereka tanya pada Faye pernahkan saya bertindak demikian," ujarnya ketika dihubungi mStar Online di sini pada Ahad. Syazwan berkata demikian ketika diminta mengulas tentang dakwaan bahawa hubungan cintanya dengan pelakon Faye Kusyairi putus disebabkan sikap kasar dan panas baran dirinya sehingga membuatkan wanita itu takut setiap kali bertemu.
Sementara itu, Syazwan menegaskan dia tidak pernah memukul atau bersikap kasar terhadap wanita itu sepanjang menjalinkan hubungan cinta. Dia juga meminta agar kisah percintaan dia bersama wanita itu tidak terus dijadikan topik untuk mana-mana ruangan pojok akhbar yang boleh menjejaskan namanya. "Saya bercinta dengan dia lima bulan sahaja dan ketika itu kami sama-sama berlakon dalam drama Istikharah Cinta dan ketika itu saya rasa tidak banyak pun cerita pasal kami berdua bercinta. "Tapi entah kenapa selepas berpisah ini pula banyak cerita tidak baik yang mengaitkan saya dengan dia," ujarnya. Dalam pada itu Syazwan berkata, dia kini sudah mempunyai kekasih baharu iaitu pengacara program hiburan hlive!iaitu Shenty Feliziana yang terjalin sejak tiga bulan lalu. "Saya sudah lama move on dan kini saya pun ada kekasih baru iaitu Shenty dan hubungan kami baru sahaja tiga bulan," katanya.

Syazwan Zulkifly Berang Lakonannya Dengan Nabila Huda Dipersoalkan

Pelakon Syazwan Zulkifly berang apabila ada pihak mempersoalkan kononya dia tidak layak bergandingan dengan Nabila Huda menerusi filem terbaharu yang sedang dalam penggambaran iaitu berjudul Gamatisme. Syazwan berkata, pihak tersebut tidak membuat kajian terlebih dahulu kerana sebelum ini dia sudah beberapa kali digandingkan dengan pelakon wanita popular itu. "Saya agak marah dengan cara seorang wartawan bertanya pada saya sama ada saya layak atau tidak berlakon dengan Nabila Huda disebabkan saya pelakon baru. Sebelum ini saya sudah beberapa kali bergandingan dengan Nabila untuk beberapa drama. "Dia tanya saya dalam keadaan sambil lewa, jadi saya jawab juga sambil lewa dan seperti tidak buat kajian terlebih dahulu sebelum hubungi saya," ujarnya kepada mStar Online.
Syazwan sebelum ini pernah bergandingan dengan Nabila Huda dalam drama berjudul Jodoh Itu Milik Kita yang disiarkan di Astro Mustika HD. Syazwan berkata demikian ketika diminta mengulas tentang tindakannya yang dikatakan menjawab sambil lewa dan memutuskan talian telefon pada pertengahan sesi temuramah yang dilakukan oleh sebuah akhbar harian. Dalam pada itu, Syazwan menafikan bersikap sombong dan bersikap kurang ajar apabila bertindak memutuskan talian tersebut dengan segaja selepas enggan menjawab pertanyaan wartawan berkenaan. "Kalau siapa yang kenal saya, saya masih seperti orang yang dulu, seorang yang gila-gila dan tiada masalah dengan sesiapa. "Saya akui memang talian terputus bukan kerana saya sengaja tetapi beteri saya habis, ketika itu saya di set penggambaran filem tersebut, sehingga malam barulah saya cuba menghubungi wartawan tersebut semula, namun gagal," katanya.

Syazwan Zulkifly Mengaku Silap Timbulkan Masalah

Pelakon Syazwan Zulkifly menjelaskan kegagalannya menjayakan sebuah drama terbitan Primeworks Studio baru-baru ini adalah disebabkan kesilapannya dalam menyusun jadual kerja. Syazwan, 26, berkata, dia terpaksa menarik diri pada saat-saat akhir apabila menyedari tarikh penggambaran tersebut bertindan dengan penggambaran drama yang sedang dijalankan di luar negara. "Saya tidak mempunyai pengurus peribadi, jadi jadual kerja, saya atur sendiri dan hanya ingat di kepala, bila saya sedar tarikh penggambaran tersebut bertindih dengan tarikh penggambaran telefilem Suamiku Encik Perfect 10 di London. "Saya mengaku ia terjadi kerana kesilapan saya dan saya sudah minta maaf kepada pihak produksi tersebut. Saya tahu sukar untuk mencari pengganti pada saat-saat akhir," katanya kepada mStar Online. Syazwan berkata demikian ketika diminta mengulas tentang salah faham di antara dia dengan pihak produksi apabila dia dikatakan menarik diri pada saat-saat akhir penggambaran drama Terukir Di Bintang terbitan Primeworks, anak syarikat TV3. Syazwan dikatakan menarik diri semata-mata untuk menjayakan penggambaran di London dengan sebuah produksi lain. "Saya tidak boleh tarik diri untuk ke London kerana penggambaran sudah dilakukan separuh di Malaysia. Lagi pula drama Terukir Di Bintang itu belum mula penggambaran," katanya. Bagaimanapun, Syazwan berkata, dia kesal dengan perkara tersebut dan sudah meminta maaf dengan pihak yang terlibat. "Saya kesal sangat kesal dengan kesilapan itu, namun Alhamdulillah semuanya sudah selesai," katanya.

Syazwan nafi punca perpisahan Keith, Tyas

RUANGAN pojok sebuah akhbar tempatan Ahad lalu menyiarkan laporan mengenai perpisahan pelakon dan model terkenal yang mencipta nama di Indonesia, Keith Foo dan Tyas Mirasih yang dikatakan berpunca daripada orang ketiga iaitu pelakon Syazwan Zulkifly. Syazwan, 26, sebelum ini bergandingan dengan Tyas menerusi filem Laga. Syazwan yang dihubungi Kosmo! baru-baru ini mengulas lanjut berkenaan gosip yang mengaitkan dirinya sebagai punca perpisahan dua pelakon itu. Ikuti temu bual Kosmo! bersama Syazwan yang menjawab tentang kontroversi terbabit. Kosmo!: Mungkin Syazwan boleh komen mengenai kontroversi yang mengaitkan nama anda sebagai punca perpisahan Keith Foo dan Tyas Mirasih? SYAZWAN: Saya, Tyas dan pihak produksi filem Laga tahu apa yang terjadi dan sepanjang penggambaran tiada masalah antara kami. Apabila timbul cerita sebegini, saya rasa tidak selesa dan kisah percintaan atau perpisahan mereka pun saya dengar daripada Tyas sendiri memandangkan kami masih berhubung sebagai kawan sampai sekarang. Sejauh manakah perkenalan antara Syazwan dengan Tyas secara peribadinya? Menerusi filem Laga, Tyas melakonkan watak kekasih saya dan tiada sebarang babak romantik antara kami berdua pun. Saya seronok mengenali dia kerana kami boleh jadi sekepala dan saya sering menumpangkan dia menaiki kereta saya bersama dua orang pembantu peribadinya sepanjang berada di Kuala Kangsar, Perak. Kali terakhir kami bertemu pun tiga minggu lalu ketika dia berada di Kuala Lumpur. Bagaimanakah pula hubungan Syazwan dengan Keith Foo? Saya tidak salahkan Keith dan saya juga tidak mengenalinya secara personal. Tapi sebelum ini saya pernah satu kali bercakap dengannya menerusi telefon ketika terdengar khabar angin mengenai hubungan mereka yang semakin renggang melalui Tyas. Tiada kes saya merampas kekasih Keith dan tidak rasa kenapa saya perlu jadi orang ketiga dalam hubungan mereka. Kami tiada masalah dan insya-Allah kami akan digabungkan bersama dalam sebuah drama adaptasi novel pada awal bulan Mei nanti yang turut dibintangi Farid Kamil, Nabila Huda dan Izara Aishah. Adakah wujud unsur sabotaj yang ingin memecahbelahkan hubungan Syazwan, Keith dan Tyas? Saya tidak fikir orang dalam produksi yang boleh menyampaikan cerita begini kepada Keith atau Tyas, pastinya pihak terbabit mempunyai akses yang cepat untuk berhubung dengan pihak Keith atau Tyas di Indonesia ketika itu. Apabila timbul gosip sebegini, adakah ia menjejaskan karier atau kehidupan peribadi Syazwan? Saya tidak merasakan ia menjejaskan kerjaya atau kehidupan saya cuma gosip sebegini akan ‘menambah nasi’ terhadap kata-kata orang sebelum ini bahawa saya kaki perempuan. Memang betul saya kenal ramai perempuan dan secara peribadinya, saya rasa tidak salah kerana saya juga masih solo. Apakah tindakan Syazwan selepas ini? Saya tidak terfikir untuk mengambil sebarang tindakan buat masa sekarang dan biarlah masalah ini diselesaikan sendiri oleh Keith atau Tyas. Cuma saya tertanya-tanya kenapa perlu cakap saya menjadi punca mereka putus cinta? Apakah perkembangan terkini Syazwan? Saya baru selesai penggambaran drama bersiri Karlos dan sedang menjalani penggambaran telefilem Wisalah Cinta terbitan Suhan Movies & Trading Sdn. Bhd. bersama Zamarul Hisyam dan Lisdawati, kemudian akan ke set telefilem Ad-Din bergandingan dengan Talha Harith.

Syazwan Rasa Bersalah Dituduh Rampas Kekasih Keith Foo

Pelakon Syazwan Zulkifli kesal apabila dituduh merampas kekasih pelakon Keith Foo, iaitu pelakon Indonesia, Tyas Mirasih selepas mereka digandingkan bersama dalam filem Laga. Syazwan, 26, menafikan sama sekali menjadi punca perpisahan pasangan selebriti dari seberang tersebut. "Kami berlakon bersama dalam sebuah filem pada November lalu, sepanjang penggambaran memang kami rapat tetapi tidaklah sampai ke tahap bercinta. "Jika kami keluar bersama sekalipun secara beramai-ramai dengan pembantu peribadi masing-masing, lagi pula ini pertama kali dia di Malaysia, " katanya kepada mStar Online, di sini, Ahad. Syazwan berkata demikian ketika diminta mengulas ruangan pojok sebuah akhbar Ahad mendakwa dia bercinta dengan seorang pelakon Indonesia yang merupakan kekasih kepada pelakon yang berasal dari Malaysia, Keith Foo. Keith Foo yang popular dan membina kerjaya sebagai pelakon dan model di Indonesia baru sahaja menjadi artis baharu di bawah payung Astro. Jelas Syazwan, sepanjang tempoh penggambaran hampir 20 hari itu, dia sedia maklum bahawa Tyas sedang menjalinkan hubungan cinta dengan pelakon berkenaan. "Saya tahu dia bercinta dengan Keith Foo, ketika pengambaran di Kuala Kangsar dia sering ke Kuala Lumpur untuk berjumpa Keith Foo yang ketika itu ada penggambaran di sana. "Lagi pula hubungan kami seperti kawan dan tiada langsung niat di hati saya untuk menjalinkan hubungan istimewa dengan dia," katanya. Namun begitu Syazwan turut mengesyaki individu yang bertanggungjawab membawa masuk Tyas ke Malaysia telah menyebarkan fitnah tersebut. "Saya tahu siapa yang sampaikan fitnah ini, dia adalah ejen yang juga pelakon Malaysia yang sering bawa pelakon Indonesia ke sini. "Dia sampaikan perkara-perkara yang tidak benar kepada Keith sehingga kami bertiga berantakkan dan saya rasa sangat bersalah apabila mereka berpisah," katanya. Tambah Syazwan, di sebabkan rasa bersalah, dia cuba menjernihkan keadaan dengan cuba menghubungi Keith bagi menjelaskan keadaan sebenar.

Syazwan Zulkifli Enggan Disamakan Dengan Pelakon Lain

PETALING JAYA: Pelakon Syazwan Zulkifli enggan disamakan dengan mana-mana aktor lelaki lain kerana menganggap dirinya masih mentah dalam dunia lakonan. Syazwan berkata, perjalanannya dalam bidang seni masih lagi panjang dan tidak layak untuk disamakan dengan mana-mana pelakon lelaki yang telah lama berada dalam bidang seni. "Buat masa ini tumpuan saya adalah untuk mengembangkan lagi bakat lakonan selain mengejar peluang untuk bekerja dengan pengarah-pengarah hebat yang kita ada. "Jika ada pihak ingin menyamakan saya dengan mana-mana aktor yang lebih pengalaman rasanya itu adalah hanya satu pujian tetapi jujurnya saya rasa tidak layak kerana masih baru," jelasnya kepada mStar Online. Syazwan baru sahaja muncul dengan filem pertamanya iaitu Juvana yang telah pun berada di pawagam bermula 24 Januari lalu arahan Faisal Ishak. Ia turut menampilkan pelakon seperti Johan As'ari, Sharnaaz Ahmad, Syafie Naswip, Zahiril Adzim dan Shiera Aiyob. Dalam pada itu, Syazwan berkata, dia sangat bersyukur kerana kemunculannya dalam drama rantaian Juvana telah membuka lebih banyak ruang kepadanya dalam dunia lakonan. Menurut Syazwan, biarpun masih baru tetapi kepercayaan pengarah memberinya beberapa peranan dalam drama mereka telah membuatkannya terharu. "Perasaan gembira itu sudah tentu adalah paling mudah untuk dijelaskan apabila pengarah mempercayai keupayaan saya untuk memegang watak utama dalam sesebuah drama. "Ia juga membangkitkan semangat saya untuk terus memberikan terbaik dalam setiap watak diberikan," jelasnya. Sementara itu, Syazwan berkata, selain sedang sibuk mempromosikan filem terbarunya, Juvana, dia juga bakal muncul dengan drama Bunga Merah Punya selain terlibat dalam sebuah drama aksi berjudul Carlos arahan Feroz Kadir disamping Johan. Selain itu, Syazwan berkata, dia juga berdebar menanti reaksi peminat terhadap dua filem terbarunya iaitu, Sunti @Facebook dan Laga yang menggandingkannya dengan nama besar seperti Eman Manan dan Wan Hanafi Su.

Syazwan Zulkifly Bangga Dipanggil 'Jelmaan' Benjy


PETALING JAYA: Bagaikan mendapat penghargaan, begitulah perasaan yang diluahkan oleh pelakon Syazwan Zulkifly, 24, (gambar) apabila ramai penonton mengatakan lakonannya seperti jelmaan Benjy.

Dia yang pernah menyukai lakonan pelakon itu suatu ketika dahulu akui masih jauh untuk disamakan dengan pelakon hebat yang pernah mendapat anugerah Pelakon Lelaki Terbaik (Telefilem) di Anugerah Skrin TV3 itu.

“Ramai juga orang menyamakan lakonan saya dengan Benjy tetapi saya tidak pasti bahagian mana yang sama.

“Saya tidak kisah dengan apa pun kata mereka dan menerima dengan hati terbuka. Rasa seperti mendapat penghargaan. Mungkin mereka hanya menyamakan saya dengan Benjy kerana menonton lakonan saya dalam drama Juvana,” ujarnya kepada mStar Online.

Di sebalik lakonan yang diceburinya beberapa tahun lalu, mungkin ada yang tidak tahu dia merupakan bekas pemain bola sepak remaja Malaysia.

Malah, dia yang pernah bermain pelbagai posisi merupakan pernah beraksi bersama pasangan kembar Zaquan Adha dan Aidil Zafuan pada usia 14 tahun.

Berbalik kepada karier seninya, Syazwan berkata dia mungkin akan kembali ke bidang sukan tersebut sekiranya tidak bergelar seorang pelakon atau menyambung pengajiannya ke menara gading.

Bagaimanapun, minat dalam bidang seni lebih mendalam dan menebal dalam diri sehingga menyebabkan dia tidak pernah menyerah kalah untuk bekerja dalam industri yang penuh cabaran ini.

“Pada mulanya saya sekadar suka-suka memasuki bidang lakonan apabila kawan ajak jadi pelakon tambahan. Tetapi bukan senang nak dapat kepercayaan ibu bapa saya kerana waktu itu saya masih belajar.

“Namun selepas mereka nampak saya serius, baru mereka beri sokongan. Apabila saya sudah mencuba dan dapat duit poket untuk berbelanja, rasa seronok untuk berlakon lagi. Lama-kelamaan timbul perasaan minat untuk berlakon sebab saya memang suka kerja pada masa lapang seperti ini,” ujarnya yang berasal dari Kuala Lumpur.

Tambahnya: “Saya rasa tak timbul soal terjamin atau tidak apabila menceburi kerjaya ini kerana saya lihat ada ramai juga artis Malaysia yang berjaya dalam bidang ini.

“Yang penting kita semua perlu bekerja keras dan sabar. Jika tidak berlakon lagi, mungkin saya akan menceburi bidang pengarahan dan membuka syarikat produksi sendiri kerana saya tidak memandang industri ini pada satu sudut sahaja.”
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
free counter

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails