Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Syazwan Zulkifli Enggan Disamakan Dengan Pelakon Lain

PETALING JAYA: Pelakon Syazwan Zulkifli enggan disamakan dengan mana-mana aktor lelaki lain kerana menganggap dirinya masih mentah dalam dunia lakonan. Syazwan berkata, perjalanannya dalam bidang seni masih lagi panjang dan tidak layak untuk disamakan dengan mana-mana pelakon lelaki yang telah lama berada dalam bidang seni. "Buat masa ini tumpuan saya adalah untuk mengembangkan lagi bakat lakonan selain mengejar peluang untuk bekerja dengan pengarah-pengarah hebat yang kita ada. "Jika ada pihak ingin menyamakan saya dengan mana-mana aktor yang lebih pengalaman rasanya itu adalah hanya satu pujian tetapi jujurnya saya rasa tidak layak kerana masih baru," jelasnya kepada mStar Online. Syazwan baru sahaja muncul dengan filem pertamanya iaitu Juvana yang telah pun berada di pawagam bermula 24 Januari lalu arahan Faisal Ishak. Ia turut menampilkan pelakon seperti Johan As'ari, Sharnaaz Ahmad, Syafie Naswip, Zahiril Adzim dan Shiera Aiyob. Dalam pada itu, Syazwan berkata, dia sangat bersyukur kerana kemunculannya dalam drama rantaian Juvana telah membuka lebih banyak ruang kepadanya dalam dunia lakonan. Menurut Syazwan, biarpun masih baru tetapi kepercayaan pengarah memberinya beberapa peranan dalam drama mereka telah membuatkannya terharu. "Perasaan gembira itu sudah tentu adalah paling mudah untuk dijelaskan apabila pengarah mempercayai keupayaan saya untuk memegang watak utama dalam sesebuah drama. "Ia juga membangkitkan semangat saya untuk terus memberikan terbaik dalam setiap watak diberikan," jelasnya. Sementara itu, Syazwan berkata, selain sedang sibuk mempromosikan filem terbarunya, Juvana, dia juga bakal muncul dengan drama Bunga Merah Punya selain terlibat dalam sebuah drama aksi berjudul Carlos arahan Feroz Kadir disamping Johan. Selain itu, Syazwan berkata, dia juga berdebar menanti reaksi peminat terhadap dua filem terbarunya iaitu, Sunti @Facebook dan Laga yang menggandingkannya dengan nama besar seperti Eman Manan dan Wan Hanafi Su.
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
free counter

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails